Kapitalis

Sunday, August 3, 2014

Cerpen: Bercinta Dengan Mamat Downy (Part 6)



Aku memarkirkan keretaku di garaj. Mamat Downy itu tak mengikutku pulang kerana masih ada perkara yang perlu diselesaikan disekolah. Eloklah sebab aku pun tak rasa nak tengok muka dia sekarang. Tadi pun hanya dia yang berusaha memujukku namun tak sekalipun aku layan. Aku kalau sedang dalam keadaan terlalu marah memang akan mendiamkan diri dan beristighfar didalam hati. Ajaran mak yang aku kekadang ikut.

Aku menarik keluar beg galas dari bahagian atas almari pakaian lantas memasukkan pakaian takat mana yang aku rasa perlu bawa. Aku perlu ‘lari’ sebentar untuk menenangkan jiwaku yang sedang menggila mahu menghambur marah. Silap hari bulan, mahu mamat Downy itu lari balik ke rumah ibubapanya. Siap sahaja berkemas aku meninggalkan nota diatas meja solek. Sekadar memberitahu tak perlu mencariku dan aku akan balik lagi dua atau tiga hari lagi.

Kandang Jun aku tuju dengan langkah kaki yang deras. Tak mahu ada sesiapa yang melihatku meninggalkan rumah. Biarlah aku pergi tanpa gangguan. Tiba di kandang Jun, aku mengetatkan pelana dan membawa makanan Jun yang sememangnya disimpan didalam kandangnya.

Jun, let’s go to our secret hideout.” Bagaikan faham akan kata-kataku, Jun berdengus kuat. Pantas aku naik ke atas badannya. Dengan kalimah basmallah, aku memecut laju Jun meninggalkan kawasan rumahku.





Aku memperlahankan pecutan Jun apabila sudah mendengar bunyi air terjun. Kawasan rahsia yang aku temui ketika bergaduh dengan ayahku dulu apabila aku bertegas mahu melanjutkan pelajaran di Amerika ketika mendapat tawaran belajar di universiti dalam negara. Aku bukan memperlekehkan kemampuan universiti tempatan tetapi aku mahu merantau ke negara orang dan cuba belajar hidup berdikari. Berhari-harian juga aku duduk dikawasan hutan ini sehinggakan bekalan makanan habis barulah aku pulang ke rumah. Teringat aku ketika aku sampai, mak terus meluru memelukku dan ayah memandangku dengan mata yang bergenang dengan air mata. Sedarlah aku yang aku dah berdosa pada kedua ibubapa aku ketika itu. Aku melutut memohon ampun pada kedua mereka didepan rumahku sehinggakan menarik perhatian pekerja-pekerja ladang yang turut bersedih akan ‘kehilanganku’. Akhirnya ayah membenarkan aku melanjutkan pelajaran diluar negara dengan syarat aku tak boleh berjauhan selepas tamat belajar. Memang sah-sahlah tak jauh sebab lepas itu memang duduk terus dengan diorang huhuhu...

Aku mendirikan khemah ke tanah tinggi berdekatan dengan air terjun. Ranting-ranting kayu aku kumpul untuk dibuat unggun api malam nanti. Jun aku ikat pada sebatang pokok berdekatan dengan khemahku. Selesai mendirikan khemah dan mengatur, aku memberi Jun minum. Tadi aku sudah memberi sedikit air kepadanya sebaik sahaja sampai.

“Jun, kali ni pun kau temankan aku lagi. Thanks dude.” Jun berdengus bagaikan faham. Perlahan-lahan aku mengusap bulu Jun. Lembut dan bersih sebab aku rajin berus dan bersihkan badan Jun. Jun aku dah anggap macam keluarga aku sendiri.

“Sebab kau baik dengan aku, nanti aku beli kuda betina buat bini kau okey? Jangan risau nanti aku bagi pilih. Hihihi..” Jun menyondol-yondolkan mukanya ke mukaku. Manja betul kuda aku ini.

“Kira kau ni nasib baik sikitlah dari aku sebab boleh pilih-pilih.” Aku melepaskan keluhan berat. Bukan aku tak redha dengan takdirku tapi kejadian hari ini membuatkan aku terfikir kenapa aku tak diberi peluang untuk mengenali siapa suamiku sebelum berkahwin? Ah, sudah syaitan dah mula nak buat aku rasa tak bersyukur dan menyalahkan Allah pula! Astghfirullahalazim!

“Jun ko tunggu sini ek? Aku kena rendam kepala otak aku ni bagi sejuk sikit.” Aku masuk ke dalam khemah untuk menukar baju. Baju renang muslimah kupakai dan kemudiannya aku sarung lagi t-shirt besar. Bukan apa, baju renang Muslimah itu pun bukannya menutup aurat sangat. Buatnya tiba-tiba ada orang lalu mahu terdedah aurat tak ke naya? Tapi sepanjang aku kat sini tak pernah pun aku nampak orang lain. Tempat ini memang terpencil walaupun masih didalam kawasan tanah ayahku.

“Jun! Tengok ni wahahaha!” Aku melompat dari tebing sambil melambaikan tangan pada Jun. Jun buat tak tahu sahaja siap kunyah-kunyah lobak aku beri tadi. Haha bukan dia faham pun..

Aku berenang sepuas-puas hatiku. Dulu aku selalu berenang di kolam universiti. Aku siap berpakat dengan pelajar-pelajar Islam yang lain untuk mengasingkan hari berenang untuk lelaki dan perempuan. Ternyata usaha itu tidak sia-sia kerana cadangan kami diterima pihak universiti dan pelajar bukan Islam yang lain. Aku menyelam mencari batu sungai untuk dibuat sental daki dan susun sekeliling unggun api. Sengaja mencari aktiviti mengisi masa yang ada.

Apabila aku rasa matahari mula memanas, aku naik ke daratan untuk mengeringkan sedikit badan. Jam tangan yang aku tinggalkan ditepi khemah kucapai. Lagi satu jam akan masuk waktu Zuhur. Aku masuk ke dalam khemah untuk menukar pakaian dan mengeringkan rambut. Bila rambut dah kering, mata aku dah mula nak kuyu. Aku membuat keputusan untuk tidur sementara menunggu waktu Zohor. Khemahku aku zip dibahagian berjaring didalam. Biar berangin sikit.





“....yin...Zuyyin..Zuyyin!” sayup-sayup aku terdengar suara memanggil namaku. Bunyi derap tapak kaki berlari ke arah khemahku membuatkan aku terjaga terus.

“Ya Allah Zuyyin!” okey memang terer mamat Downy ni sebab boleh cari aku sampai dalam hutan belantara ini. Perlahan aku membuka zip khemah yang memisahkan aku dan dia. Dia terus meluru masuk dan memeluk tubuhku. Peluh membasahi baju dan muka si mamat Downy. Aku menolak perlahan tubuhnya sebelum merangkak keluar dari khemah. Tadi lepas solat Asar aku sambung tidur balik selepas meletakkan belerang disekitar khemah. Penat berenang punya pasal..

“Apahal Zuyyin buat macam ni?! Balik-balik tengok orang dah tak ada! Tinggal nota macam tu ingat abang boleh biar ke?” Terkebil-kebil juga aku bila tengok mamat Downy naik angin. Fuh first time aku tengok tapi apasal aku tak rasa nak melenting? Pelik..pelik..

“Macam mana tahu?” soalku sambil merendam kaki ke dalam air terjun yang sejuk.

“Abang ikut jejak tapak kaki si Jun ni la! Nasib baik tanah basah tu yang nampak jelas tapak ladam tu kalau tak mahu gila abang cari!” marahnya masih tak surut-surut. Dia duduk juga disebelah selepas melepaskan dengusan kasar.

“Nasib baiklah awak sorang aje dalam kampung ni yang ada kuda kalau tak mahu naya!” mulutnya memuncung sambil membebel kalah perempuan. Hahaha pertama kali aku tengok lelaki muncung gini. Aduilah Zuyyin, ni betul ke laki kau yang kat sebelah ni? Aku membaca ayatul Kursi dan tiga Qul sebelum menghembuskan kearahnya.

“Ni apa main hembus-hembus orang ni?”marahnya lagi. Okey sah laki aku. Aku memanjangkan leherkan mendekati wajah si mamat Downy dan....cupp!

Baiklah aku akui yang otak aku makin tak betul lepas berendam dalam air terjun ni. Boleh pula aku cium mamat Downy ni tengah hutan-hutan macam ini! Allah malu gila bila dia pandang muka aku dengan muka tak percaya.

“Be..betul ke ni isteri abang Nurhan Zuyyin?” Dia mula menjauhiku. Timbul idea nakal dalam kepala otak aku.

“Kau percaya ke aku ni isteri kau hummm?” soalku dengan wajah menggoda. Dia mula bangun dan berundur. Aku turut mengikut dia bangun dan terus menyergah. Malang nasib si mamat Downy apabila dia terjatuh ke dalam air terjun. Aku terus mengetawakannya dari tebing.

“Sa..sayang abang,.tak reti berenang!” Tenggelam timbul si mamat Downy di dalam air terjun yang boleh kata dalam juga. Dengan kadar segera aku terus terjun dan menyelamatkan si mamat Downy. Susah payah aku menariknya naik ke tebing.

“Sayang kalau tak suka abang sekalipun janganlah buat abang macam ni!” rungut dia sambil batuk-batuk dan muntah air. Aku bangun menuju ke khemah untuk mengambil tuala. Mahu demam pula kalau dibiarkan basah lenjun macam ini. Aku perasan yang dia memandangku dengan pandangan sayu apabila aku bangun meninggalkan dia tadi. Alahai mamat Downy...

Aku mendekatinya lalu mengelap rambutnya yang basah. Terkaku juga si mamat Downy bila aku buat baik dengan dia. Selama ini pun aku memang bagi dia tidur dalam bilik aku tapi tempatnya di atas toto tepi katil aku ajelah. Tak pernah aku offer tidur sekatil dengan aku walaupun itu tempat yang layak buat suami. Itu sebab dia suka bagi reaksi pelik tambah ajaib bila aku buat baik dengan dia.

“Aku minta maaf sebab buat kau macam-macam. Kau kira terer gaklah sebab boleh jejak aku sampai secret hideout aku ni pun dah bukan rahsia lagi.” Selesai mengeringkan rambut, aku meletakkan tuala tadi ke bahunya. Senyuman ikhlas aku hadiahkan kepadanya. Marahku siang tadi dah hilang apabila melihat dia bersusah-payah mencari aku.

“Sayang jangan buat abang macam ni lagi. Kalau marah, marah je kat abang jangan lari-lari. Macam nak gila abang cari sayang sampai mak dengan ayah pun dah tak terkata apa.” Aku mengangguk. Kasihan juga melihat wajahnya yang kusut tadi.

“Jalan kaki ke sampai sini?” soalku sambil tangganku menyusun ranting-ranting yang dah dikumpul sing tadi. Hari sudah semakin gelap dan aku perlu menghidupkan api untuk memasak dan juga mengelak haiwan liar.

“Abang naik basikal tapi bila dah kat bawah tadi basikal tu bantai pancit tu yang abang tinggal je.” Aku teringat akan basikal yang dia tunggang ketika kali pertama aku selamatkan dia ditali air lubuk ular dulu. Titik tolak jodoh kami. Basikal itu juga yang membawa si mamat Downy menjejaki aku hahaha..lawak-lawak..

“Ni sayang nak tidur sini ke malam ni?” soalnya sambil menepuk-nepuk nyamuk yang mula menggigit tubuhnya. Aku yang duduk sini dari siang tak ada pula nyamuk yang menghinggap. Darah manis dia ni.

“Yup kenapa? Nak balik ke? Abang balik sorang la..” Aku menutup mulut apabila tersasul memanggilnya dengan panggilan ‘abang’. Ohoi muka dia dah tersenyum-senyum macam kuda miang. Hahaha sorry Jun...

“Tak naklah. Kita honeymoon sini la eh?” Dia dah mula menggatal dan duduk dekat-dekat dengan aku. Haish aku lempar masuk air terjun kang mahu dapat title isteri derhaka.

“Uit sat gi nak masuk waktu Maghrib. Ni sementara nampak ni meh ambil air nak buat wuduk dan lepas tu kita boleh mula masak.” Aku bangun mengeluarkan stok-stok makananku. Hmm nampaknya memang esok kena baliklah sebab aku bawa untuk aku seorang makan aje dan mamat Downy ini pun walaupun kurus tapi makan boleh tahan banyak. Ceit!


10 comments:

SuhaFasihah said...

Hahaha~ Nice!!! secret hideout dah tak jadi secret dah... Cepat2 update lagi ye ;)

Norlyana Nasrin said...

Ufufufu~

Update lepas ini akan bertukar menjadi kelajuan siput kerana sudah mula kerja + kelas dah mula minggu depan~

Bertabahlah anda2~

(^-^)v

SuhaFasihah said...

Hehe... Faham2... OK... Kami akan bertabah...

SuhaFasihah said...
This comment has been removed by the author.
koonamu said...

Bertabahlah saya, bertabahlah *usap kepala sendiri
Lepasni part bertambah baik niii adeh

Norlyana Nasrin said...

@Suha: hehehe bagus2~
@Anis Syuhadah: *tepuk2 bahu ye2 sila bertabah huhu~

Anis Farhana said...

aahhhhhh x sabaq2 nak baca sambungan.

inshaAllah saya akan bertabah sobs sobs

Norlyana Nasrin said...

@Anis Farhana: Sabaq na~

tak pa akak pun tengah curi2 masa nak sambung mamat Downy ni huhu~

Unknown said...

Ari2 tgk klo dah sambung...kesian den ni ha dh addict ngn mmt downy.

Norlyana Nasrin said...

Alahai cik @Haryati Abu Manshor,huhu bawak bertenang ye? Sikit aje ni nak siap. Sabar ye? (^-^)v