Kapitalis

Saturday, July 26, 2014

Cerpen: Bercinta Dengan Mamat Downy (Part 2)

taken from here   

“Saya..saya rasa kita patut kahwin.”

“Hah?!”

“Saya rasa kita kena kahwin.” Aku beristighfar dan menarik nafas sebelum dihembus perlahan-lahan. Minta oksigen!!! Apa kes ni?

“Encik Nazhan Ariq, saya tak faham macam mana boleh timbul hal ni.” Aku tahu nama penuh dia pun sebab masa hantar servis kereta hari itu dia sibuk buat sesi bertaaruf dengan aku. Aku hanya menjawab apa yang perlu dan banyak mendiamkan diri.


“Ada orang maklumkan pasal hal petang tadi pada keluarga saya. Saya rasa bertanggungjawab.” Ya Allah, kenapa dengan dia ni? Cara dia cakap macam dia dah mencabul aku padahal tadi bukan sengaja dan sungguh aku katakan yang aku tak berperasaan apa-apa pun ketika jatuh sekali dengan dia.

“Tadi tu kali pertama saya bersentuh dengan yang bukan mahram.” Alahai aku dah rasa semacam dan macam aku pula yang mencabul dia sekarang.

“Woi bro! Kau agak-agak sikit boleh tak? Tadi tu tak dikira bersentuh pun tahu? Aku nak selamatkan kau je! Mengarut!” Datang dah angin kus-kus aku. Geram sebab tak pasal-pasal nak kena kahwin dengan mamat Downy ni! Lemah lembut semacam dan buat aku rasa macam aku pula lelaki yang tak bertanggungjawab!

“Tapi Cik Zuyyin, hakikatnya saya dah pegang tangan awak dan peluk awak masa kita jatuh tadi. Saya nak bertanggungjawab.” Lembut tutur katanya langsung tak mencairkan hati aku. Aku dah mula nak naik hantu maka aku tutup sahaja telefon pintar aku tu. Malas nak melayan mamat yang entah apa-apa ini!






“Zuyyin, mak nak cakap sikit.” Aku yang sedang duduk mengelamun sambil beri makan pada haiwan ternakan memandang ke arah mak yang sudah berdiri disebelahku.

“Ye mak, sekejap ye Zuyyin habiskan bagi makan kat manja-manja Zuyyin ni ye?” Mak mengangguk dan berlalu ke bilik berehat di ladang ternakan kami. Fahamlah aku yang kami akan ‘bermesyuarat’ sebentar sahaja lagi. Dengan mak sahaja yang aku boleh menunjukkan sifat manjaku.

“Ye mak, ada apa?” Aku mengambil tempat disebelah mak yang sedang membelek katalog perabot. Habislah, nak tak nak ayah kena beli perabot baru la tahun ni gamaknya.

“Zuyyin, kamu tau yang mak sentiasa sayangkan kamu kan?” Mak memulakan mukadimah dengan cara yang amat aneh bagi aku.

“Mestilah Zuyyin tahu. Kenapa ni mak?” Risau pula aku bila mak dah bercakap begini. Aku ada buat perangai anak tak mengenang budi ke depan mak?

“Mak dan ayah selalu doakan yang baik-baik buat Zuyyin. Zuyyin, mak harap Zuyyin tenang dengan apa yang mak nak sampaikan ni.” Aku hanya mengangguk. Nak suruh aku hidup berdikari ke? Boleh sahaja tapi aku sukakan kehidupan aku sekarang.

“Zuyyin dah besar sekarang. Dah ada akal sendiri dan sejak dari dulu mak sentiasa beri sokongan dalam setiap tindakan Zuyyin selagi tak bercanggah dengan Islam. Zuyyin seorang sahaja anak yang mak ada. Mak lahirkan dan besarkan Zuyyin dengan sepenuh hati mak sebab mak tahu yang mak tak boleh nak melahirkan lagi selepas itu. Dugaan Allah beri pada mak mengajar mak untuk sabar dan menghargai nikmat yang Allah beri dan Zuyyin adalah antara nikmat Allah yang mak hargai sepanjang hidup mak.” Air mata mula bergenang, aku ni bukan boleh kalau mak dah masuk gear sayu mendayu gini. Mulalah nak berair mata.

“Zuyyin, dengar cakap mak. Petang ni ada orang nak datang merisik Zuyyin. Dari tutur kata dia, mak yakin dia lelaki yang sesuai buat Zuyyin. Sanggup dia datang seorang diri meminta izin dari ayah untuk datang merisik. Mak harap Zuyyin terima ye nak?” Bagaikan dipukau, aku mengangguk. Mak tahu sahaja kelemahan aku. Buat sahaja aku menangis dan aku akan setuju dengan segala permintaan dia. Hadoilah mak....






“Kami ni datang membawa hajat. Anak teruna kami berkenan dengan anak gadis kamu dan berhajat untuk menjadikan dia sebagai isteri. Maaflah kami ni tak pandai berpantun bagai.” Woah straight to the point! Pakcik yang memakai baju Melayu berwarna hitam itu aku intai dari dalam bilik. Sekarang ini, aku tengah ikut nasihat mak yang mahukan aku mendengar dari dalam bilik ala-ala gadis Melayu versi pemalu lagi anggun ehey~

“Tak apa, saya ni pun bukan reti berpantun bagai.” Alahai ayah nak merendah diri padahal satu kampung tahu yang ayah aku ini jaguh berpantun dan bersyair bagai.

“Ada minta persetujuan dari anak gadis yang kami ingin sunting ini?” Lembut sahaja tutur kata ibu kepada lelaki itu. Mukanya juga sejuk mata memandang dan aku rasa insyaAllah dia takkan buli aku.

“Ada, saya ada beritahu dia.” Mak menjawab senada dengan ibu lelaki itu.

“Nazhan tu sebenarnya nak ikut tapi kami tak beri sebab macam tak menyempat sangat,” ujar bapa kepada lelaki tadi. Apa nama dia? Nazhan? Macam biasa dengar....

“Zuyyin ni banyak kekurangan tapi insyaAllah saya yakin dia boleh menjadi isteri yang baik.” Ayah memulakan percakapan setelah mereka terdiam seketika.

“InsyaAllah. Nazhan itu pun bukannya sempurna. Allah ciptakan lelaki dan perempuan untuk saling melengkapi. InsyaAllah selagi mereka hidup berlandaskan agama Allah, redha Allah sentiasa bersama mereka.” Aku mula tertarik dengan peribadi keluarga lelaki yang datang merisikku. Jika dia dididik dengan acuan keluarga sebegini, insyaAllah dia lelaki yang baik.

“Baiklah. Saya rasa baik kita nikahkan mereka. Saya rasa, tak perlulah nak mengikut adat bertunang bagai. Benda yang baik tak usah ditangguh,” usul bapa si Nazhan. Mak dan ayah saling berpandangan.

“Biar kita tanya tuan empunya badan dulu.” Serentak itu namaku dipanggil oleh mak. Aku yang berbaju kurung kain kapas dan bertudung berjalan perlahan masuk ke ruang tamu. Ingat imej pemalu lagi anggun bergaya yang diajar mak.

“Zuyyin dah dengar kan tadi? Apa pendapat Zuyyin?” soal ayahku.

“Saya ikut mana yang baik,” jawabku dengan penuh debaran dihati. Terdetik juga, apakah ini keputusan yang baik buatku?






“Mak......” rengekku kepada mak setelah ayah keluar ke surau. Hatiku mula berbelah bahagi apabila melihat gambar bakal suamiku. Sungguh tak boleh blah! Mamat Downy tu rupanya yang ingin mengahwiniku. Nak bertanggungjawab ye?

“Kenapa Zuyyin?” soal mak yang sedang mengacau gulai. Aku memeluk tubuh mak dari belakang.

“Zuyyin rasa macam tak nak kahwin lagi.” Aku meluahkan perkara yang membelenggu dalam kepala otakku sejak melihat gambar bakal suami aku itu. Hadoilah..mati aku nak berdepan dengan adik dia yang macam minah hulu sengal!

“Zuyyin, bersabarlah ye. Bukan Zuyyin dah setuju ke tadi? Zuyyin, ni semua mainan perasaan je sebelum kahwin memang kita orang perempuan ni banyak berfikir yang bukan-bukan.” Nasihat mak bagaikan tak memberi kesan. Aku risau sungguh sekarang ni! Keluar juga kes isteri derhaka membelasah suami sehingga tak ada rupa orang huhuhu....

“Zuyyin, lepas kahwin nanti Zuyyin kena dengar cakap suami selagi tak bertentangan dengan Islam. Jangan berkasar dengan dia dan sayangi dia selagi mana hayat dikandung badan. Bertolak ansur dengan suami dan tegur dengan baik bila dia melakukan kesalahan.” Mak dah mula memberi ceramah percuma. Degil-degil aku ni, bila mak bersuara aku akan dengar dan diam.

“Zuyyin takut mak.” Mak meletakkan sudip ditepi sebelum memusingkan badan ke arahku. Tangannya jatuh dibahuku.

“Zuyyin, ada buat istikharah kan? InsyaAllah ini keputusan tepat.” Mak cuba menyuntikkan semangat ke dalam diriku. Aku hanya mampu mengangguk. Aduilah tensen wooo!!!!






Aku meneliti penapis udara didalam kandang lembuku. Ladang ternakan milik keluarga aku ini memang serba moden. Kandang lembu aku ni pun pasang penghawa dingin dan pemanas udara mengikut keadaan kamu tahu. Jika musim hujan, kami akan pasangkan pemanas manakala ketika cuaca panas, penghawa dingin akan dipasang. Lembu ini pun tahu panas sejuk jadi kenapa nak seksa haiwan yang beri keuntungan kepada kita? Tahap kelembapan udara juga diberi perhatian supaya lembu tak mudah diserang penyakit.

Selesai kandang lembu, aku memeriksa keadaan di kandang kambing. Kandang unuk lembu dan kambing serta ternakan lain memang diasingkan. Kenapa? Ikut suka hati akulah! Ladang aku! Hehehehee...

“Zuyyin, nanti kamu bawalah Jun jalan-jalan. Dah lama dia tak berjalan.” Pesanan ayah aku balas dengan anggukan. Jun itu kuda yang ayah aku beli dari seorang sahabatnya. Ayah aku cakap, ladang tak lengkap kalau tak ada kuda. Kebetulan dulu ketika di universiti aku pun memang aku ada menyertai sukan ekuestrian jadi memang Jun dibawah jagaan akulah.

“Mat, stok ayam untuk minggu depan kau dah kira?” soal aku kepada salah seorang pekerja diladangku.

“Sudah Yin. Cukup aje. Weh aku dengar kau nak kahwin? Siapa laki malang tu? Hahaaha..” Ada gak masuk hospital hari ini. Nasib baiklah Mat ini aku dah anggap macam saudara.

“Malang pebenda? Dah jangan banyak cakap kang aku lesing kang!” balasku sebelum keluar dari kawasan kandang kambing. Kandang si Jun comel kutuju.

Tiba sahaja, Jun sudah menyambut kedatanganku dengan menyondolkan kepalanya ke mukaku. Aku mencapai berus lalu memulakan operasi memanjakan si Jun. Memberus dan membersihkan bulu si Jun. Bila aku rasa dah lawa, barulah aku bawa keluar dari kandang dengan menunggang Jun.

Aku membawa Jun pusing-pusing di kawasan kampung. Pernah juga ada yang menuduh keluarga aku macam riak dengan harta kekayaan kami sebab keluar berjalan-jalan pun naik kuda. Orang macam itu selalunya aku buat tak layan dan ligan mereka dengan si Jun ni aje. Hahaha mahu terkucil masing-masing dan sejak dari itu memang tak ada yang berani berkata sebegitu lagi. Nasib baiklah aku tak kejar dengan senapang patah ditangan huhuhu....

“Assalamualaikum Zuyyin.” Aku berpaling ke arah suara yang memanggil namaku. Hmmm dia lagi...

baca part 1
 *******************************************************************************

Hehe rasa macam nak buat satu benda lagi maka ada harapan cerpen ni nak tertangguh ahahah~ ohoi tak baik menyeksa perasaan orang....

4 comments:

Anonymous said...

ala smbg la lgi please!!!

:-) ~fifah~

SuhaFasihah said...

Sis, sambung cepat2 pelissss ;)
Haha comel... Sebab tu ke dapat mamat downy... Hihihi

Unknown said...

kak, jangan tangguh-tangguh, kesian kitorang~~

Norlyana Nasrin said...

@fifah: Hehehe akak nak settlekan satu benda ni dan akak sambung lepas tu ye? huhuhu~

@suha: hehehe~
yup lemah lembut tahap apa..habislah dia kena dengan Zuyyin huhu~

@adryz annissa: keskeskes akak nak melatih kesabaran korang diakhir-akhir Ramadhan ni je hehehe~
(^-^)v