Kapitalis

Sunday, July 27, 2014

Isteriku Ratu Ais Versi Raya~



Ramadhan merupakan bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh keluarga Firdaus. Bulan yang dianggap bulan untuk ‘berpesta’ ibadah disamping melatih diri untuk menjadi insan yang lebih baik untuk 11 bulan berikutnya. Tahun ini, keluarga Firdaus berniat untuk khatam al-Quran sebanyak dua kali. Satu cabaran untuk diri mereka dan sesungguhnya mengejar pahala di bulan Ramadhan amatlah menyeronokkan.

“Abam musyuk~ bangun-bangun. Mari sahur.” Firdaus tersenyum sebelum membuka mata. Apabila isteri kesayangan kejut bangun tidur, siapa tak rasa bahagia weh?

“Ala sayang, abang mengantuklah.” Sengaja dia mahu mengusik Adriana yang sedih mengusap lengannya.

“Abang, nak tambah pahala ke tak nak ni?” Adriana mula menarik telinga capangnya. Firdaus segera bangun. Adriana kalau mula tiba gian untuk mengganas dia juga yang sakit nanti huhu...

Tiba didapur, Firdaus melihat juadah bersahur mereka sambil tersenyum. Sebelum Ramadhan lagi dia dah berpesan agar tak berlebihan dalam ketika bersahur mahupun berbuka dan nampaknya Adriana memang isteri yang mendengar kata. Hanya ada kari daging dan sayur yaumak. Buah kurma dan susu juga ada disediakan oleh isterinya itu.

“Sayang masak pukul berapa tadi? Kenapa abang tak sedar?” Bukan apa, selalunya Firdaus akan membantu Adriana dalam menyediakan juadah buat mereka sekeluarga. Tahu yang isterinya penat menjaga Zimam dan Ayyash yang makin nakal sejak mendapat kaki.

“Kari daging Ana masak tengah hari semalam. Sayur ni baru je tadi. Alah abang oii tak susah manalah. Abang kan penat kerja?” Adriana menjawab sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan untuk suami tercinta. Perniagaan Firdaus semakin majudan suaminya sering tertidur di meja ketika melukis pelan. Manalah dia sampai hati untuk meminta Firdaus menolongnya lagi? Lagipun apa yang susah setakat masak nasi dan menggoreng sayur?

“Ana pun penat jaga hero-hero kita. Abang nak juga tolong sikit-sikit. Tapi jangan risau sebab bulan puasa ni memang abang kurangkan ambil job. Nak bagi peluang untuk abang dan staff abang untuk beribadah dan berehat. InsyaAllah abang balik awal so bolehlah tolong mem abang ni jaga anak-anak.” Firdaus menyambut huluran pinggan nasi yang diberi oleh Adriana lalu membantu isterinya meletakkannya di meja makan. Setelah itu dia menuangkan air di gelasnya dan Adriana. Suami isteri harus saling bantu-membantu bukannya buat macam bini itu kuli kita!

“Petang nanti Ana nak pergi rumah ibu, budak-budak tu sibuk suruh bawa Zimam dengan Ayyash ke sana.” Faham sangatlah Firdaus yang anak-anak Rayyan ada menelefon isterinya. Budak-budak itu memang suka sangat dengan Mama Ana mereka. Baik Daris, Fateh mahupun Fatehah, mereka akan menolong Adriana menjaga Zimam dan Ayyash setiap kali mereka berkunjung ke sana. Suha juga kadangkala akan datang bermain di sana bersama dengan Syed Azfar. Meriah kediaman orang tuanya apabila mereka semua berkumpul.

“Okey so petang ni berbuka kat rumah ibu la ye?” Adriana mengangguk. Puan Hafizah sudah memberitahunya semalam yang kalau boleh dia mahu mereka semua berbuka bersama. Mama dan papanya turut akan hadir. Berkumpul beramai-ramai meraikan kedatangan bulan mulia. Semalam dia tak dapat mengikut suaminya ke masjid untuk bersolat tarawikh dek menjaga Zimam dan Ayyash. Dia hanya boleh menunaikan solat sunat itu apabila anak-anaknya sudah lena tidur. Namun begitu dia seronok menjaga anak-anaknya.

“Lepas ni kita buat solat-solat sunat dan mengaji sampai Subuh ye sayang?”

“Baik!!” Adriana siap beri tabik hormat pada Firdaus dengan tangan kiri. Tangan kanan kan sibuk menyuap hehehe...



Pagi itu Adriana menghantar Firdaus di pintu dengan mendukung Ayyash. Zimam pula berada didalam dukungan Firdaus. Elok pula mereka berdua bangun pada waktu yang sama. Dah macam kembar pula. Ketika mahu memakai stoking dan kasut barulah Zimam diserahkan kepada Adriana. Latihan angkat berat Adriana setiap hari adalah mendukung kedua-dua anaknya. Memang dah terasa ada pertumbuhan otot di kedua-dua belah tangan hehehe..

“Sayang abang pergi dulu ye? InsyaAllah abang balik awal hari ni okey?” Firdaus mengucup dahi Adriana. Tak mengapa jika Adriana tak dapat nak mengucup tangannya. Mana mungkin nak suruh Adriana menunduk dan mencium tangannya apabila kedua-dua anak mereka didukungan Adriana. Adriana mengangguk. Zimam dan Ayyash turut dihadiahkan dengan kucupan didahi. Ketawa gembira kedua-dua anaknya apabila dimanjakan sebegitu.

“Hati-hati ye abang? Love ya!” Adriana memberi semangat dari pintu kediaman mereka. Nasib baiklah tak ada jiran-jiran diluar kalau tidak tak adanya isterinya nak menjerit-jerit begitu. Tersengih Firdaus dengan gelagat isterinya yang macam-macam. Membuatkan dia semakin sayang akan Adriana dari hari ke hari.




“Zimam mai sini kat nenek!” Datin Hafsyah memanggil Zimam supaya dekat dengannya. Ayyash awal-awal lagi sudah berlari ke arah atuknya. Datuk Ilyas walaupun diam dan tak banyak reaksi tapi sangat kamcheng dengan Ayyash. Atuk dengan cucu sama aje. Dua-dua pun muka tak ada perasaan! Zimam terkedek-kedek berlari ke arah Datin Hafsyah.

“Alah cucu nenek. Dah minum susu dah?” Zimam hanya ketawa mengekek apabila diagah oleh Datin Hafsyah. Manalah reti budak satu tahun setengah nak menjawab? Kalau boleh jawab memang ajaib!

“Mama, Hanan pergi dapur sekejap.” Adriana meminta diri untuk ke dapur. Kini dia berada di kediaman Puan Haizah. Mama dan papanya tadi berbual dengan bapa mertuanya sambil bermain-main dengan anak-anak Rayyan. Syed Azfar juga ada disitu. Seronok berborak dengan Rayyan dan Sufi. Adriana mengatur langkah ke dapur untuk membantu ibu mertuanya. Mana tahu jika ibu mertuanya memerlukan sebarang pertolongan.

“Eh Hanan, pergilah duduk luar berborak. Kat sini semua dah siap. Ibu just kemas-kemas sikit je.” Baru sahaja sampai didapur, Adriana sudah ‘dihalau’ oleh Puan Hafizah.

“Tak apa, Hanan nak tolong ibu.” Adriana membantu menyusun pinggan di meja makan. Tak lama lagi akan tiba waktu Maghrib. Firdaus sudah memaklumkan kepadanya yang dia sudah dalam perjalanan pulang. Tadi suaminya terpaksa mengurus pelajar-pelajar praktikal yang datang untuk membuat latihan industri di syarikatnya. Kebetulan pekerja yang bertanggungjawab tiba-tiba mengambil cuti sakit mengakibatkan mereka kekurangan kakitangan. Nak tak nak, bos pun kena turun padang.

“Hanan penatkan jaga Zimam dan Ayyash.” Puan Hafizah memulakan bicara.

“Tapi seronok.” Adriana membalas. Sungguh memang penat tapi hatinya melonjak gembira melihat anak-anaknya merangkak, berjalan dan bermain sesama mereka. Dari pemerhatiannya, Ayyash sentiasa mengikut ke mana sahaja Zimam pergi dan akan bermain permainan yang sama. Mereka boleh berkongsi tanpa bergaduh dan kadangkala berkomunikasi dengan bahasa yang tak difahami oleh Adriana. Serius sangat comel sehinggakan ada sahaja video yang diambil setiap hari sebagai kenang-kenangan.

“Waktu kecil ni la waktu yang agak mencabar bagi kita. InsyaAllah bila dah besar sikit kurang sikit penat kamu tu. Ana kalau rasa penat, marilah datang berehat dirumah ibu. Daris, Fateh dengan Fatehah pun dah besar.” Adriana hanya mengangguk. Datin Hafsyah pun ada menyuara hal yang sama tapi sebolehnya dia tak mahu menyusahkan mama dan ibu mertuanya kerana dia mahu mereka berdua berehat secukupnya.

“Okey dah nak masuk waktu Maghrib dah. Bolehlah panggil mereka masuk. Kita berbuka dengan kurma dan air dulu lepas tu solat Maghrib. Kemudian baru kita makan nasi.” Adriana mengangguk lagi. Dia pun sudah biasa berbuka sedikit dan pergi solat. Tak mahu melewat-lewatkan waktu solat Maghrib yang sememangnya pendek. Elok pula Firdaus tiba ketika azan Maghrib berkumandang.

“Ilyas imam boleh?” tanya Encik Fikri setelah mereka berbuka dengan kurma dan air. Datuk Ilyas mengangguk. Mereka solat berjemaah dengan diimamkan oleh Datuk Ilyas. Zimam dan Ayyash hanya diam dan memerhatikan sahaja ketika mereka bersolat. Selesai solat, mereka berbuka beramai-ramai.

“Lepas ni kami nak pergi tarawikh di masjid sana.” Encik Fikri berkata sambil mengambil kuih cara sebagai santapan setelah berbuka. Mereka kini sedang duduk berehat beramai-ramai diruang tamu. Kanak-kanak sudah keluar bermain diluar. Zimam dan Ayyash sudah ‘dicekup’ oleh Fatehah dan Suha. Habislah kena gomol dengan kedua-dua cik kak itu.

“Kami mengikut sahaja.” Datuk Ilyas menjawab sambil turut memanjangkan tangan mengambil kuih cara buatan Puan Hafizah.

“Hanan, kamu ikutlah mereka. Biar ibu jaga Zimam dengan Ayyash ye?” usul Puna Hafizah. Adriana berfikir seketika sebelum mengangguk setuju. Firdaus memegang tangan isterinya. Tahu yang isterinya tak mahu menyusahkan sesiapa tapi biarlah hari ini isterinya solat berjemaah di masjid.






Sedar tak sedar Ramadhan sudah ke penghujung. Persiapan raya mereka dibuat secara sederhana. Masakan sepanjang Ramadhan sudah melatih diri supaya tidak membazir takkan nak musnahkan segala-galanya hanya kerana satu hari raya? Pakaian keluarga Firdaus hanya dua pasang seorang kecuali untuk Zimam dan Ayyash yang mendapat banyak baju raya dari nenek-nenek dan atuk-atuk yang terlebih teruja nakmembeli baju untuk cucu-cucu mereka. Adriana dan Firdaus hanya mampu sengih. Anak-anak Rayyan juga turut dimanjakan sebegitu. Kata mereka, biarlah budak-budak ini nak berseronok.

“Sayang, dah mandikan Zimam dengan Ayyash ke?” soal Firdaus sebaik sahaja bangun dari tidur. Adriana menggelengkan kepala. Sah Firdaus masih mamai. Apakedehal mandikan budak berdua itu sedang Subuh pun belum masuk.

“Tak apa biar abang mandikan budak berdua tu. Ana siapkan hidangan ye? Nanti kita ramai-ramai pergi solat sunat Aidilfitri kat masjid.”

“Okey.” Adriana mengacau rendang ayam didalam kuali. Dia menyediakan rendang ayam dan rendang daging kambing sendiri tahun ini berkat tunjuk ajar mamanya dan ibu mertuanya. Kuah kacang dan nasi himpit juga sudah siap.

“Abang pastikan air tu suam sebelum mandikan budak-budak tu ye?” laung Adriana ketika Firdaus sudah mula mahu mendaki tangga ke tingkat atas.

“Baik mem!” balas Firdaus semula. Cepat-cepat dia naik ke tingkat atas untuk mandi sambil memandikan anak-anaknya. Tadi dia sudah dengar suara Zimam dan Ayyash yang sudah bangun. Kedua mereka diletakkan didalam baby cribs yang sama. Baby cribs ciptaan Firdaus dan dia membuatnya dengan tangannya sendiri. Cukup luas dan selesa untuk anak-anaknya.

Sesudah memandikan anaknya, Firdaus mengajak Adriana menunaikan solat sunat Fajr. Solat sunat yang pahalanya lebih dari dunia dan segala isi-isinya maka rugilah sesiapa yang meninggalkannya. Sementara menunggu waktu Subuh, mereka bertadarus bersama-sama. Alhamdulillah mereka mencapai target untuk khatam dua kali tahun ini. Adriana turut beruntung kerana berjaya puasa sebulan tahun ini kerana kitaran haidnya datang sebelum Ramadhan hari itu.


“Alahai comelnya anak papa pakai baju merah!” puji Firdaus apabila memakaikan baju Zimam. Ayyash berada dengan Adriana. Tahun ini, mereka semua memilih warna merah sebagai warna tema. Tadi mereka memakaikan baju biasa sahaja untuk budak berdua itu sebab tahu mesti comot punya selepas makan. Mandi dua kali mereka pagi ini sahaja.

“Lepas solat ni kita pergi rumah mama ye? Diorang semua pun berkumpul dekat situ.”

“Yup. Semalam ibu ada beritahu Ana.” Awal Ramadhan di rumah keluarga Firdaus maka Syawal dirumah keluarga Adriana la pula. Setelah beraya, mereka semua akan berkonvoi pulang ke kampung Datin Hafsyah di Sungai Petani, Kedah. Tahun ini semua berpakat mahu beraya di Kedah.

“Abang, Ana nak minta maaf kalau Ana pernah sakitkan hati abang sepanjang perkahwinan kita ini. Ana sayang abang sangat-sangat.” Sesi memohon maaf bermula secara spontan. Kelakar betul membuat sesi bermaafan ketika sibuk menyediakan anak-anak.

“Abang pun sama. Maafkan segala khilaf abang. Abang sentiasa berdoa agar kita dipertemukan semula disyurga sana dan keluarga kita hidup dalam redha Allah.” Firdaus menarik tubuh Adriana dekat kepadanya. Zimam dan Ayyash yang sudah lengkap berpakaian sibuk bermain dengan mainan mereka.

“Kalau ada rezeki kita tambah lagi koleksi anak-anak ye sayang?” ujar Firdaus sambil mengenyitkan mata kepada Adriana. Adriana mencubit perut Firdaus yang nak masuk gear miang pepagi raya ini.


“Hehehe..jom-jom nanti ramai susah pula nak dapat tempat.” Mereka bangun dari duduk lalu mendapatkan Zimam dan Ayyash. Ramadhan pergi dan Syawal tiba setiap tahun tapi apakah amalan kita semakin bertambah atau seperti graf yang ada naik turun? Adriana berdoa supaya keluarganya dilindungi dan diredhai Allah sehingga akhir hayatnya. 

2 comments:

Anonymous said...

knapa mcm nk hbis ja cite ni
ala xbest la klw cite dia nk hbis
kak smbng lgi

always the best kak hehe
selamat hari raya kak ^_^

Norlyana Nasrin said...

Alahai dik kalau cite ni x habis-habis mau bosan plak korang nanti hahaha~

InsyaAllah nanti akak sambung ye?

thanks dik
selamat hari raya (^-^)v