Kapitalis

Monday, December 28, 2015

Heartbreak Compilation 2: Suicide

[credit]  


Melangkah dan terus melangkah. Hidup aku makin tak bermakna dari hari ke hari. Jiwaku kosong dan aku sudah lupa tujuan hidupku. Oh tuhan, kenapa KAU ciptakan aku? Kenapa KAU berikan aku nyawa? Aku dah penat, cukup penat dengan dunia! Dunia yang tak adil dan penuh muslihat! Cukup-cukuplah KAU menyeksa aku wahai tuhan!

 Bangunan pencakar langit aku pandang dengan pandangan lesu seraya berfikir, aku patut habiskan nyawa aku disini. Sudah banyak kali aku cuba membunuh diri tetapi liat sungguh nyawaku nak bercerai dari jasad. Tali gantung aku putus sebelum sempat leher aku terjerut. Apabila aku kelar urat nadiku, jiranku yang datang mahu menumpang tandas segera menyelamatkan aku. Ketika mahu membeli pil tidur di farmasi, boleh pula kehabisan stok dan kelemahan aku yang tak suka bau ubat racun binatang menyebabkan aku tak boleh menelan racun tikus untuk membunuh diri.

Sunday, December 27, 2015

PREORDER AGAIN!! HAPPY VIRUS



Atas permintaan, kini saya buka semula preorder untuk buku kompilasi cerpen Happy Virus. Bagi yang masih tak tahu kewujudan buku ini. Meh saya ceritakan serba sedikit tentang buku kompilasi cerpen Happy Virus.

Buku ini mengandungi 10 buah cerpen dimana lima daripadanya ada tersiar di blog dan lima lagi adalah cerpen baru yang tak akan keluarkan dimana-mana ruang (kecuali kena sabotaj). Antaranya;

1. Bercinta dengan Mamat Alien
2. Bercinta dengan Mamat Downy
3. Still into You
4. Bercinta dengan Mamat Sengal
5. Oh Cik Pelik
6. Hero (baru: cerita pasal Hamdan dan Nailah)
7. Karei wa Hitler desu (baru)
8. Golden Age : Prologue (baru)
9. Incik Boss: Ever After (sambungan Hello Incik Boss)
10. Coma


Buku berharga RM28 dan kos pengeposan ialah RM7 untuk Semenanjung dan RM11 bagi Sabah dan Sarawak.

Saya buka preorder ni sampai 15 Januari 2016 dan buku akan dipos pada pengakhiran Januari.

Jadi tunggu apa lagi? Mai order sebelum habis stok lepas tu menangis melangut akak tak mau layan dah! Hahaha

Oh ye, kawan akak dah buatkan satu page Facebook khas untuk blog ni jadi sila LIKE page akak okay? Terima kasih~~

Untuk sebarang urusan boleh emel ke: kouryu.nasrin@gmail.com
(^-^)v

Friday, December 25, 2015

Heartbreak Compilation 1: The Last Trip

[kredit]  


Penerbangan yang mengambil masa enam jam setengah aku rasakan seperti setahun. Percutian ke Guam yang dihadiahkan oleh anak sulungku untuk aku dan suamiku setelah kami berura-ura mahu berpisah. Usia perkahwinan yang mahu menginjak 30 tahun bagaikan tiada lagi makna buat kami berdua. Masing-masing sudah muak dan bosan dengan perkahwinan yang selama ini bertahan hanya kerana anak-anak dan rasa tanggungjawab.

“Beg awak tu.” Pantas aku letakkan beg untuk pemeriksaan kastam. Bagasi semua sudah selesai diperiksa ketika aku mengelamun tadi.

“Kalau macam ni baik duduk rumah sahaja. Mengelamun tak sudah-sudah!” Bisa perkataan yang keluar dari mulut suamiku tapi aku hanya buat tak peduli dan hanya menunjukkan muka selamba. Malas nak melawan sebab  dia tak akan pernah mengaku kesalahan.

Tuesday, December 8, 2015

Cerpen: Power Ranger Merah dan Raksasa


Aku pandang tiket yang aku pegang. Nama aku jelas tertulis, bersama dengan nombor tempat duduk. Aku mengeluh perlahan. Perasaan cemas memenuhi jiwa. Ini bakal jadi kali pertama aku naik kapal terbang, moganya tak ada apa yang akan berlaku, aku berdoa dalam hati.