Kapitalis

Tuesday, June 23, 2015

Cerpen: The Other Side

[kredit]    

Imran memutar kunci rumahnya. Pintu terbuka dan dia melangkah masuk setelah memberi salam. Rumahnya tidak mewah tidak juga daif. Cukup untuk dia tinggal berseorangan di bandar besar ini. Langkahnya diatur ke sofa lantas dia melabuhkan punggungnya. Dia baru sahaja mengimamkan solat berjemaah di surau komuniti kejiranannya.

Imam muda. Panggilan jiran-jiran kepadanya. Kadangkala dia sampai malu sendiri memikirkan dirinya hanyalah manusia biasa dan tak terlepas dari dosa. Jolokan itu kadangkala bagaikan satu beban untuk dirinya. Ilmu agama yang ada didalam dada tak sebanyak mana. Namun dia bersyukur dan menganggap panggilan itu sebagai satu doa dan pemangkin untuk dirinya supaya lebih berusaha menjadi seorang Muslim yang baik.

Sunday, June 21, 2015

Teaser la lagi!

[kredit]  

Assalamualaikum/ salam sejahtera.

Maafla lambat gila nak update cerpen baru dalam blog ni. Serius banyak benda kena buat dan ada la masa-masa yang aku sendiri pun jadi malas semacam. 


Ya Ampun~

Ramadan kareem kepada semua Muslimin dan Muslimat dan sekarang aku tengah karang satu cerpen yang lain sikit dan aku tak tahulah macam mana penerimaan korang semua. 

Macam biasa nanti bila siap aku akan upload maka sementara tu aku harap korang bersabar ye?

Teaser sikit:

“Hai Meran, nampak macam nak cepat je? Nak jumpa awek ke imam muda kita ni?” teguran Makcik Salwa disambut dengan gelak ketawa dari geng makcik-makcik yang selalu membeli barang dagangannya.

“Assalamualaikum makcik-makcik. Saya nak jumpa mak dan ayah saya. Kebetulan mereka singgah rumah kakak saya. Hmm saya gerak dulu ye? Assalamualaikum.” Geng makcik-makcik itu hanya menayangkan senyuman sumbing. Aik terasa ke? Imran menghadiahkan senyuman dan melambaikan tangan kepada mereka.