Kapitalis

Friday, August 21, 2015

HAPPY VIRUS IS HERE!!!!!


muka depan, tepi dan belakang Happy Virus. Hahaha girly sangat!  


Alhamdulillah! Yeah semalam Happy Virus dah siap cetak dan kini ada dalam tangan saya muahahahahaahaha~

Mai beli! Saya cuma cetak 100 buah sahaja jadi sila dapatkan selagi stok masih ada.

Harga buku RM28. Pos RM 7 Semenanjung Malaysia dan RM10 untuk Sabah dan Sarawak.

Perasan tak ada komen-komen kat belakang buku tu? Hehehe maaf ye saya lupa nak minta izin maka sila halalkan.

Okay apa-apa boleh berurusan dengan saya melalui email: kouryu.nasrin@gmail.com atau add Facebook saya: Norlyana Nasrin Zulkifli. 

Wednesday, August 19, 2015

[PREORDER] Buku Koleksi Cerpen!!!! AKHIRNYA!!!


Alhamdulillah akhirnya buku koleksi cerpen saya dah nak siap dan sekarang saya nak buka order. Dalam buku ini terkandung cerpen-cerpen yang pernah disiarkan didalam blog dan beberapa cerpen yang baru.

1. Bercinta dengan Mamat Alien
2. Bercinta dengan Mamat Downy
3. Still into you
4. Bercinta dengan Mamat Sengal
5. Oh Cik Pelik
6. Hero (cerpen baru)
7. Karei wa Hitler-desu (cerpen baru)
8. Golden Age : Prologue (cerpen baru)
9. Incik Bos: Everafter (cerpen baru sambungan dari Hello Incik Bos)
10. Cerpen Bonus: Koma (cerpen baru)

Buku ini berharga RM28 dan untuk pos, saya kenakan RM7 (Semenanjung Malaysia) manakala RM10 untuk Sabah dan Sarawak.

Untuk memesan, anda boleh email saya: kouryu.nasrin@gmail.com sertakan nama, alamat lengkap, nombor telefon dan bukti bayaran (saya akan beritahu melalui emel). Buku ini akan dihantar dalam masa dua minggu.

Jadi tunggu apa lagi? Buku ini saya cuma cetak 100 buah sahaja maka sila order sebelum kehabisan stok!

Huhuhu macam gaya saleswoman apa entah..hehe~

Sunday, August 16, 2015

Cerpen: The Cool and the Delinquent (Part 3)

[kredit]   


Zirafah yang dok seronok mengunyah pucuk daun yang aku beri kuperhatikan sehinggalah dia siap menelan. Sekarang aku di zoo negara bersama dengan kakak-kakak Nadhif, Nadhif, Nashrul serta Rafi dan Rafiq. Oh ye, along aku pula ditugaskan menjadi pemandu kami hari ini. Dari tadi aku perasan yang kakak-kakak Nadhif berusaha nak beramah-tamah dengan along aku tapi…along dah memang sejak azali tak berapa pandai bersosial dengan perempuan maka nampak sangat mereka di’boo’ layan tak pun along aku senyum lepas tu ‘melarikan diri’ konon-konon layan Rafi dan Rafiq. Aku? Bila dah ramai macam ni, aku memang automatik jadi senyap.

“Kau tengah serap semangat zirafah ni dengan harapan kau tinggi sikit dari sekarang ke apa?” Teguran dari Nadhif menghentikan lamunanku.

Saturday, August 8, 2015

Cerpen: The Cool and the Delinquent (Part 2)

my Ricky. hehehe...


Waktu rehat memang waktu yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar. Aku yang baru sahaja lepas membeli roti untuk makan tengah hari berjalan perlahan menuju ke taman botani sekolah. Namun tak sempat keluar dari kantin, aku mendengar jerkahan kasar dan suara perempuan menangis.

“Tak payah kau nak buat drama sedih! Kutip balik makanan tu cepat!” Kelihatan Abang Baby memarahi seorang pelajar perempuan dengan muka memerah. Aku perasan ditangannya ada seekor kucing. Dah macam mak tiri Cinderella pula bila tengok aksi dia marah orang sambil dengan selamba mengusap kucing.