Kapitalis

Saturday, August 8, 2015

Cerpen: The Cool and the Delinquent (Part 2)

my Ricky. hehehe...


Waktu rehat memang waktu yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar. Aku yang baru sahaja lepas membeli roti untuk makan tengah hari berjalan perlahan menuju ke taman botani sekolah. Namun tak sempat keluar dari kantin, aku mendengar jerkahan kasar dan suara perempuan menangis.

“Tak payah kau nak buat drama sedih! Kutip balik makanan tu cepat!” Kelihatan Abang Baby memarahi seorang pelajar perempuan dengan muka memerah. Aku perasan ditangannya ada seekor kucing. Dah macam mak tiri Cinderella pula bila tengok aksi dia marah orang sambil dengan selamba mengusap kucing.


“Lain kali aku tak suruh kau kutip dah tapi dengan kau, kau sekali aku sepak masuk tong sampah! Faham!” Aku hanya mampu memandang simpati kepada pelajar perempuan yang masih menangis. Abang Baby dengan muka bengisnya berlalu dari tempat kejadian. Ramai pelajar yang lain berada disitu, tapi aku tak rasa mereka berani nak menolong pelajar perempuan tadi. Siapa je yang berani melawan dia tu?


Aku mendekati pelajar perempuan tadi lalu membantu dia untuk berdiri. Dia mengucapkan terima kasih dan terus beredar. Entah apa cerita la yang terjadi tadi tapi aku tak rasa nak tahu pun.







“Tepi! Tepi!” Nasib baik aku sempat mengelak. Haish geng basikal pelesit sekolah ini memang tak makan saman! Tapi marah aku tak bertahan lama..depan mata aku mereka semua masuk longkang. Err nak kesian ke nak ketawa?

“Hahahaha padan muka! Rei apasal balik tak tunggu aku?” Eh bila pula aku berjanji nak balik sama-sama dengan si Abang Baby ni?!

“Bila masa…”

“Ha menjawab! Menjawab! Mulai hari ini dan seterusnya kau kena balik dengan aku! Aku tak percaya kat kau. Buatnya kau terlepas cakap ke apa siapa yang malu? Tak ke aku? Dah jom!” Kurang ajar punya Abang Baby! Dengan selamba dia menarik beg aku sehingga aku terdorong ke depan. Mentang-mentanglah dia itu galah!

“Seronok betul balas dendam kan?” Eh dia cakap apa ni?

“Aku putuskan wayar brek diorang hahaha…” Ya Allah apa kena dengan otak dia ni?! Tahu tak bahaya sebab sekolah kami ini memang sekolah atas bukit?!

“Baha..”

“Ah biarlah! Dah diorang suka sangat bawa laju-laju! Padan muka!” Dia ini memang ada hobi potong cakap orang ke? Hmm tak kuasalah aku nak bercakap dengan dia lagi.

“Berhenti kedai depan jap. Aku nak beli air kelapa. Kau nak tak?” Tak sempat aku menjawab dia dah berlari ke arah gerai menjual minuman dan makanan ringan. Dia memang tak akan dengar cakap orang kan? Buat apa tanya kalau macam ni! Geramnya! Sekejap je dia dah patah balik dengan dua bungkus air kelapa kat tangan. Hmm memang tak boleh nak marah pun dengan Abang Baby ni.






“Macam mana dia boleh dapat nombor aku ni?!!” jerit aku lalu membaling telefon pintarku ke atas katil. Haduilah hari-hari amanku di sekolah kini sudah tamat dan sekarang waktu nak berehat kat rumah pun kena kacau juga! Nadhif aka Abang Baby, kau memang ……

“Alang marah kat siapa?” Nani yang baru lepas mandi menegurku.

“Tak ada apalah ateh. Malam ni Alang tolong Ateh kemas barang ye?” Nani mengangguk sambil menghadiahkan senyuman. Dalam kepala aku sekarang aku rasa nak salaikan je Abang Baby ni!

“Ateh perasan yang alang macam happy balik sekolah tadi.” Ha?

Happy?”

“Selalu alang tayang muka bosan kat depan pintu dan bila Rafi dengan Rafiq dekat baru alang senyum. Tapi tadi sebelum masuk rumah lagi Alang dah senyum.”

“Perasaan ateh je. Alang biasa je.” Telefon pintar yang aku campak tadi aku kutip dan letakkan semula ke meja belajar.

‘Esk aku tggu kau kt tepi simpang. Kte g sekolah sama2. K bye – Nadhif’

Pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp yang dihantar oleh Nadhif membuatkan aku geram. Dah kenapa dengan mamat ni? Apasal aku kena pergi dan balik sekolah dengan dia?! Mental breakdown!







Selalu tengok dalam anime Jepun yang bila waktu rehat pelajar akan makan kat bumbung sekolah. Kat Malaysia ni, memang mengarut kalau nak makan atas bumbung sebab off-limit dan cuaca panas terik kat sini mahu kena kanser kulit masing-masing. Maka taman botani sekolah ini menjadi tempat untuk aku makan dan berehat. Suasana sejuk semulajadi menyelimuti sekitar taman. Aku dengan sukarela menawarkan diri untuk menjaga taman botani ini dan hanya aku sahaja yang ada kunci.

Bekal makanan yang disediakan oleh mak pagi tadi aku buka dengan cermat. Ada nasi putih, ayam masak gulai cili api dan sayur bayam. Makanan kegemaran keluarga aku. Aku merayau sekitar taman untuk mencari ulam-ulaman yang aku tanam untuk dipetik. Sengaja nak ulam juga walaupun dah ada sayur.

Aku rasa kat sini sahajalah tempat yang aku boleh bebas dari si Abang Baby yang tak habis-habis nak kucar-kacirkan hidup aku. Dalam tak sedar aku salahkan Cikgu Yusuf sebab kalau tak sebab dia suruh aku hantar nota kat mamat tu aku rasa mesti aman bahagia je hidup aku sekarang. Dalam kelas tadi pun si Nadhif buat hal…

“Oii kau pergi duduk tempat aku. Mulai hari ni aku duduk sini okay?!” Tak sempat kawan tu nak menjawab, beg dan buku si Fatimah diangkat pergi ke tempat duduk dia yang memang cikgu khaskan jauh dari orang. Tak rela pun si Fatimah terpaksa pindah tempat jugalah.

“Ha sekarang makin senang kerja aku nak pantau kau! Hahahaa…” Cikgu Yusuf yang sedang mengajar kat depan pun tak boleh nak buat apa-apa dan berlagak macam tak ada apa yang berlaku.

“Aku tak suka kau buat macam ni.” Aku lantas bangun dari duduk. Bekal makanan aku ambil dan aku terus keluar dari kelas. Kalau cikgu pun tak mahu bertindak biar aku yang buat tindakan sendiri. Ini dah melampau!

Bekas makanan yang sudah kosong aku basuh. Nasib baiklah dalam taman ini memang dah tersedia ada paip air. Semasa sedang membasuh aku rasakan ada mata yang memandang. Bila mendongak, memang sahlah. Dia ini ada pakai jin ke apa? Tahu aje kat mana aku ada. Nasib baik aku dah kunci pagar taman maka dia sekarang kat luar dan aku dalam taman.

“Aku cari kau.” Aku hanya mengangguk. Malas nak melayan.

“Lepas rehat ni kau baliklah kelas. Aku dah bagi balik tempat Fatimah tu.” Aku masih membuat riak malas. Sebenarnya aku tak kisah pun si Fatimah tu nak duduk mana sebab sepanjang tahun ini pun kami cuma bercakap bila ada kerja berkumpulan. Apa yang buat aku marah ialah sikap Nadhif yang sesuka hati sahaja buat keputusan sendiri tanpa menghiraukan orang lain.

“Aku minta maaf.” Aku memandang wajah Nadhif. Mata kami bertembung tapi aku buat muka selamba. Dia pula yang macam malu-malu. Pelik aku dengan perangai Abang Baby ni.

“Tapi balik ni kau kena balik dengan aku jugak! Faham?!” Haish tak berubah lagi perangai dia.

“Aku belanja kau air tebu pulak hari ni.” Dan dia terus pergi tanpa berpaling. Ceh ayat…







Nak dekat sebulan jugalah aku menjalani rutin pergi dan balik sekolah dengan Nadhif. Mula-mula tak suka tapi bila dah lama-lama, aku jadi tak kisah. Perlahan-lahan aku kenal perangai sebenar si Nadhif. Hmm aku rasa dia bukanlah jahat ke apa cuma tak berapa reti nak bergaul dengan orang je. Boleh kata sama je dengan perangai aku.

“Hmm aku nak ajak kau datang rumah aku Sabtu ni. Mak aku buat doa selamat sebab kakak-kakak aku baru balik dari Ireland.”

“Nanti aku tanya mak ayah aku dulu.” Dia mengangguk faham.

“Jemputlah semua sekali. Memang kitorang jemput semua jiran-jiran.”

“Yelah nanti apa-apa aku beritahu.” Sekarang kami sedang menyiapkan kerja sekolah yang bertimbun di pondok. Bertimbun sebab cuti sekolah dan cikgu masing-masing berlumba nak bagi kerja sekolah. Konon persediaan untuk menempuh SPM.

“Alang belum nak balik ke?” Rafiq mendekati dengan seekor arnab yang dia dapat entah dari mana.

“Sekejap je lagi. Ni arnab siapa?” Rafiq menunjukkan ke arah Auntie Fei. Kelihatan Rafi sedang bermain-main dengan seekor lagi arnab bersama Uncle Ho. Bila masa pula Auntie Fei dengan Uncle Ho ternak arnab?

“Abang Nadhif suka arnab?” Rafiq dengan selamba meletakkan arnab keatas riba Nadhif.

“Suka. Abang suka arnab, kucing, anak harimau, anak beruang…” Mula dah dia nak mengarut.

“Abang pernah pegang anak harimau dengan beruang?” tanya Rafiq dengan muka teruja.

“Pernah. Nak pegang? Kalau nak nanti abang bawa Rafiq pergi zoo.”

“Rafi?”

“Rafi pun boleh ikut. Alang mesti kena ikut kan alang?” Dia mula nak membahan aku dengan nama panggilan aku pula. Tak apa..tak apa..

“Mestilah. Abang Baby mana reti nak jaga Rafiq dengan Rafi.” Mencerun juga mata si Nadhif bila aku sebut ‘Abang Baby’ tapi ada aku kisah? Lagipun Rafiq tak perasan pun aku panggil Nadhif tu Abang Baby.







Tiba hari kenduri doa selamat. Aku datang dengan ahli keluargaku. Kebetulan mak dan ayah aku kenal dengan ibubapa si Nadhif dan sudah menerima undangan lebih awal dari aku.

“Dah makan dah?” tegur Nadhif sambil mengambil tempat dihadapan aku. Ahli keluarga aku yang lain ada yang masih makan dan ada yang beramah mesra dengan tetamu yang lain. Aku ini aje yang selalu akan keseorangan sebab aku tak berapa pandai yang bersosial.

“Dah. Kau?”

“Dah juga. Tak sangka mak ayah kita saling kenal.” Aku hanya mengangguk sambil buat muka selamba. Apa nak dihairankan sangat sebab jarak antara rumah pun bukan jauh mana.

Baby!! Girlfriend ke ni?” Terkejut gila aku apabila Nadhif dipeluk erat oleh tiga perempuan sekaligus. Ini dah tahap kasanova!

“Ish lepaslah! Tak sukalah!” Memerah muka Nadhif sambil berusaha kuat untuk melepaskan diri dari pelukan.

Baby! Ala waktu kecil dulu suka je kena peluk. Siap tidur dengan kitorang lagi kan?” Eh? Ini pelik.

“Kakak! Malulah buat macam ni depan semua orang!” Oh kakak-kakak dia rupanya. Aku hanya mampu tersenyum tapi aku tahu ianya nampak agak tak berapa ikhlas dek terkejut tak habis lagi.

“Ni apa nama? Girlfriend baby ke? Maaflah kami ni lama sangat tak jumpa adik lelaki kami ni tu yang geram sangat. Nak-nak lagi dah pandai nak ber’girlfriend’ bagai. Ala busyuk-busyuk dah pandai baby kita ni!” Memang mereka gomol siap cubit-cubit pipi. Aku sekarang tak tahu nak tunjuk muka apa depan diorang. Pelik dan agak kelakar dengan reaksi diorang.

“Nama saya Reika Dhaniyah. Saya kawan sekolah Nadhif.”

“Sama kelas ke? Waa dah pandai berkawan baby kita ni. Hahaha..” Nadhif masih tak dilepaskan dari pelukan. Aku hanya mampu tersenyum.

“Eh mesti Reika pelik tengok kami kan? Nadhif ni kami panggil baby sebab jarak umur kami memang beza agak banyak. Hmm lapan tahun dengan kami bertiga. Masa tu memang ingat dia ini jela adik bongsu tapi tup-tup Nashrul lahir empat tahun yang lepas tapi dah alang-alang panggil baby, kami teruskan je panggil dia baby. Sebab macam mana pun, he’s still a baby in our eyes.” Erk kakak dia ni kembar tiga? Muka lain-lain tapi perangai lebih kurang sama.

“Hmm diorang ni kembar tiga. Bayangkan aku diseksa dan digomol sejak kecil oleh tiga-tiga ni. Haish.” Nadhif meluahkan perasaan dengan muka memerah. Marah dan malu la tu. Aku hanya mengangguk dan senyum.

“Rei, jom! Kitorang dah nak balik,” Abang sulungku memanggil aku dari jauh.

“Eh kejap, Reika adik Razif ke?” Mereka bertiga kemudiannya berbisik sesame mereka sambil memandang ke arah aku.

“Err kak, saya balik dulu la ye?”


“Sekejap. Beritahu kat Razif, Najwa kirim salam ye?” Ha? Aku mengangguk dan terus beredar. Lambat-lambat kang mahu aku balik jalan kaki.

**********************************************************************
Alhamdulillah settle part 2. Macam biasa tak suka ka apa sila komen. (^-^)v

6 comments:

lebah comel said...

TEBAIK

Norlyana Nasrin said...

@lebah comel: alhamdulillah. InsyaAllah akan try buat lg okay huhu
(^-^)v

Anonymous said...

Kembar 3 tu... Huhuhuhu... Epic!!!

Norlyana Nasrin said...

Hehehe tripet versi perempuan
(^-^)v

arinie said...

best...nak lagi sis...hehehe

Norlyana Nasrin said...

@arinie: Alhamdulillah thanks sis..insyaAllah nnt saya update lg ye.

(^-^)v