Kapitalis

Monday, December 28, 2015

Heartbreak Compilation 2: Suicide

[credit]  


Melangkah dan terus melangkah. Hidup aku makin tak bermakna dari hari ke hari. Jiwaku kosong dan aku sudah lupa tujuan hidupku. Oh tuhan, kenapa KAU ciptakan aku? Kenapa KAU berikan aku nyawa? Aku dah penat, cukup penat dengan dunia! Dunia yang tak adil dan penuh muslihat! Cukup-cukuplah KAU menyeksa aku wahai tuhan!

 Bangunan pencakar langit aku pandang dengan pandangan lesu seraya berfikir, aku patut habiskan nyawa aku disini. Sudah banyak kali aku cuba membunuh diri tetapi liat sungguh nyawaku nak bercerai dari jasad. Tali gantung aku putus sebelum sempat leher aku terjerut. Apabila aku kelar urat nadiku, jiranku yang datang mahu menumpang tandas segera menyelamatkan aku. Ketika mahu membeli pil tidur di farmasi, boleh pula kehabisan stok dan kelemahan aku yang tak suka bau ubat racun binatang menyebabkan aku tak boleh menelan racun tikus untuk membunuh diri.

Sunday, December 27, 2015

PREORDER AGAIN!! HAPPY VIRUS



Atas permintaan, kini saya buka semula preorder untuk buku kompilasi cerpen Happy Virus. Bagi yang masih tak tahu kewujudan buku ini. Meh saya ceritakan serba sedikit tentang buku kompilasi cerpen Happy Virus.

Buku ini mengandungi 10 buah cerpen dimana lima daripadanya ada tersiar di blog dan lima lagi adalah cerpen baru yang tak akan keluarkan dimana-mana ruang (kecuali kena sabotaj). Antaranya;

1. Bercinta dengan Mamat Alien
2. Bercinta dengan Mamat Downy
3. Still into You
4. Bercinta dengan Mamat Sengal
5. Oh Cik Pelik
6. Hero (baru: cerita pasal Hamdan dan Nailah)
7. Karei wa Hitler desu (baru)
8. Golden Age : Prologue (baru)
9. Incik Boss: Ever After (sambungan Hello Incik Boss)
10. Coma


Buku berharga RM28 dan kos pengeposan ialah RM7 untuk Semenanjung dan RM11 bagi Sabah dan Sarawak.

Saya buka preorder ni sampai 15 Januari 2016 dan buku akan dipos pada pengakhiran Januari.

Jadi tunggu apa lagi? Mai order sebelum habis stok lepas tu menangis melangut akak tak mau layan dah! Hahaha

Oh ye, kawan akak dah buatkan satu page Facebook khas untuk blog ni jadi sila LIKE page akak okay? Terima kasih~~

Untuk sebarang urusan boleh emel ke: kouryu.nasrin@gmail.com
(^-^)v

Friday, December 25, 2015

Heartbreak Compilation 1: The Last Trip

[kredit]  


Penerbangan yang mengambil masa enam jam setengah aku rasakan seperti setahun. Percutian ke Guam yang dihadiahkan oleh anak sulungku untuk aku dan suamiku setelah kami berura-ura mahu berpisah. Usia perkahwinan yang mahu menginjak 30 tahun bagaikan tiada lagi makna buat kami berdua. Masing-masing sudah muak dan bosan dengan perkahwinan yang selama ini bertahan hanya kerana anak-anak dan rasa tanggungjawab.

“Beg awak tu.” Pantas aku letakkan beg untuk pemeriksaan kastam. Bagasi semua sudah selesai diperiksa ketika aku mengelamun tadi.

“Kalau macam ni baik duduk rumah sahaja. Mengelamun tak sudah-sudah!” Bisa perkataan yang keluar dari mulut suamiku tapi aku hanya buat tak peduli dan hanya menunjukkan muka selamba. Malas nak melawan sebab  dia tak akan pernah mengaku kesalahan.

Tuesday, December 8, 2015

Cerpen: Power Ranger Merah dan Raksasa


Aku pandang tiket yang aku pegang. Nama aku jelas tertulis, bersama dengan nombor tempat duduk. Aku mengeluh perlahan. Perasaan cemas memenuhi jiwa. Ini bakal jadi kali pertama aku naik kapal terbang, moganya tak ada apa yang akan berlaku, aku berdoa dalam hati.

Saturday, October 10, 2015

Cerpen: The Cool and the Delinquent (END)

 [kredit]
[kredit]

Aku tak tahu apa kena dengan Abang Baby sejak akhir-akhir ini. Setiap hari ada sahaja nota-nota kecil dan bunga kecil diatas meja aku. Macam mana aku tahu dia yang buat? Si dia yang dok sengih-sengih dari tempat duduknya membuatkan aku senang meneka. Ces! Dah nak dekat SPM pun nak mengarut lagi!

Hari ini dia meletakkan lirik lagu ‘Daisy Bell’ dan tiga kuntum bunga daisy biru. Walaupun macam sengal tapi disebabkan aku memang suka bunga jadi aku biarkan sahaja. Kot la esok dia tiba-tiba bagi brokoli tu lain cerita la..

Saturday, September 19, 2015

Cerpen: The Cool and the Delinquent (Part 4)

Abang Baby dan Rei [kredit]   


Latihan merentas desa yang baharu sahaja tamat cukup meletihkan aku. Laluan trek yang agak mencabar membuatkan ramai pelajar yang berhenti sekerat jalan dan berehat di warung-warung yang terdapat di sekitar laluan trek. Aku? Tak adanya nak berhenti! Nadhif menggugut mahu mencari anjing liar dan melepaskan anjing tersebut untuk mengejar aku jika aku berhenti separuh jalan. Memang bagi semangat kaw-kaw punya kat aku!

“Penat?” soalnya sambil menghulurkan sebotol air mineral. Mula-mula agak sangsi juga nak ambil sebab dia ini banyak akal nak kenakan aku tapi…haus punya pasal tibai sahajalah! Alhamdulillah hilang haus dengan air yang Abang Baby beri minum.

Friday, August 21, 2015

HAPPY VIRUS IS HERE!!!!!


muka depan, tepi dan belakang Happy Virus. Hahaha girly sangat!  


Alhamdulillah! Yeah semalam Happy Virus dah siap cetak dan kini ada dalam tangan saya muahahahahaahaha~

Mai beli! Saya cuma cetak 100 buah sahaja jadi sila dapatkan selagi stok masih ada.

Harga buku RM28. Pos RM 7 Semenanjung Malaysia dan RM10 untuk Sabah dan Sarawak.

Perasan tak ada komen-komen kat belakang buku tu? Hehehe maaf ye saya lupa nak minta izin maka sila halalkan.

Okay apa-apa boleh berurusan dengan saya melalui email: kouryu.nasrin@gmail.com atau add Facebook saya: Norlyana Nasrin Zulkifli. 

Wednesday, August 19, 2015

[PREORDER] Buku Koleksi Cerpen!!!! AKHIRNYA!!!


Alhamdulillah akhirnya buku koleksi cerpen saya dah nak siap dan sekarang saya nak buka order. Dalam buku ini terkandung cerpen-cerpen yang pernah disiarkan didalam blog dan beberapa cerpen yang baru.

1. Bercinta dengan Mamat Alien
2. Bercinta dengan Mamat Downy
3. Still into you
4. Bercinta dengan Mamat Sengal
5. Oh Cik Pelik
6. Hero (cerpen baru)
7. Karei wa Hitler-desu (cerpen baru)
8. Golden Age : Prologue (cerpen baru)
9. Incik Bos: Everafter (cerpen baru sambungan dari Hello Incik Bos)
10. Cerpen Bonus: Koma (cerpen baru)

Buku ini berharga RM28 dan untuk pos, saya kenakan RM7 (Semenanjung Malaysia) manakala RM10 untuk Sabah dan Sarawak.

Untuk memesan, anda boleh email saya: kouryu.nasrin@gmail.com sertakan nama, alamat lengkap, nombor telefon dan bukti bayaran (saya akan beritahu melalui emel). Buku ini akan dihantar dalam masa dua minggu.

Jadi tunggu apa lagi? Buku ini saya cuma cetak 100 buah sahaja maka sila order sebelum kehabisan stok!

Huhuhu macam gaya saleswoman apa entah..hehe~

Sunday, August 16, 2015

Cerpen: The Cool and the Delinquent (Part 3)

[kredit]   


Zirafah yang dok seronok mengunyah pucuk daun yang aku beri kuperhatikan sehinggalah dia siap menelan. Sekarang aku di zoo negara bersama dengan kakak-kakak Nadhif, Nadhif, Nashrul serta Rafi dan Rafiq. Oh ye, along aku pula ditugaskan menjadi pemandu kami hari ini. Dari tadi aku perasan yang kakak-kakak Nadhif berusaha nak beramah-tamah dengan along aku tapi…along dah memang sejak azali tak berapa pandai bersosial dengan perempuan maka nampak sangat mereka di’boo’ layan tak pun along aku senyum lepas tu ‘melarikan diri’ konon-konon layan Rafi dan Rafiq. Aku? Bila dah ramai macam ni, aku memang automatik jadi senyap.

“Kau tengah serap semangat zirafah ni dengan harapan kau tinggi sikit dari sekarang ke apa?” Teguran dari Nadhif menghentikan lamunanku.

Saturday, August 8, 2015

Cerpen: The Cool and the Delinquent (Part 2)

my Ricky. hehehe...


Waktu rehat memang waktu yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar. Aku yang baru sahaja lepas membeli roti untuk makan tengah hari berjalan perlahan menuju ke taman botani sekolah. Namun tak sempat keluar dari kantin, aku mendengar jerkahan kasar dan suara perempuan menangis.

“Tak payah kau nak buat drama sedih! Kutip balik makanan tu cepat!” Kelihatan Abang Baby memarahi seorang pelajar perempuan dengan muka memerah. Aku perasan ditangannya ada seekor kucing. Dah macam mak tiri Cinderella pula bila tengok aksi dia marah orang sambil dengan selamba mengusap kucing.

Saturday, July 11, 2015

Cerpen: The Cool and the Delinquent (Part 1)

[kredit]   


Merah langit senja mendamaikan sesiapa sahaja yang memandang. Buku-buku latihan dan ulangkaji sudah siap aku masukkan ke dalam beg galas dan sekarang aku mahu menatap permandangan indah ini sepuas-puasnya sebelum aku pulang ke rumah. Di rumah, aku tak boleh menumpukan perhatianku memandangkan aku ada adik beradik yang masih kecil. Sudah menjadi kebiasaan aku akan memanjat bukit ini dan mengulangkaji sehingga waktu senja.

Okay cukup.”Aku bangun lalu berjalan turun ke tangga pondok. Disebabkan aku selalu datang ke sini, aku telah membina sebuah pondok kecil khas untuk aku mengulangkaji. Ayah dan abang-abang aku turut sama membantu dalam pembinaan pondok ini dan jangan risau, kami dah minta izin tuan tanah sebelum membina. Tuan tanah pun tak kisah sebab dia boleh gunakan pondok untuk berehat selepas berkebun.

Tuesday, June 23, 2015

Cerpen: The Other Side

[kredit]    

Imran memutar kunci rumahnya. Pintu terbuka dan dia melangkah masuk setelah memberi salam. Rumahnya tidak mewah tidak juga daif. Cukup untuk dia tinggal berseorangan di bandar besar ini. Langkahnya diatur ke sofa lantas dia melabuhkan punggungnya. Dia baru sahaja mengimamkan solat berjemaah di surau komuniti kejiranannya.

Imam muda. Panggilan jiran-jiran kepadanya. Kadangkala dia sampai malu sendiri memikirkan dirinya hanyalah manusia biasa dan tak terlepas dari dosa. Jolokan itu kadangkala bagaikan satu beban untuk dirinya. Ilmu agama yang ada didalam dada tak sebanyak mana. Namun dia bersyukur dan menganggap panggilan itu sebagai satu doa dan pemangkin untuk dirinya supaya lebih berusaha menjadi seorang Muslim yang baik.

Sunday, June 21, 2015

Teaser la lagi!

[kredit]  

Assalamualaikum/ salam sejahtera.

Maafla lambat gila nak update cerpen baru dalam blog ni. Serius banyak benda kena buat dan ada la masa-masa yang aku sendiri pun jadi malas semacam. 


Ya Ampun~

Ramadan kareem kepada semua Muslimin dan Muslimat dan sekarang aku tengah karang satu cerpen yang lain sikit dan aku tak tahulah macam mana penerimaan korang semua. 

Macam biasa nanti bila siap aku akan upload maka sementara tu aku harap korang bersabar ye?

Teaser sikit:

“Hai Meran, nampak macam nak cepat je? Nak jumpa awek ke imam muda kita ni?” teguran Makcik Salwa disambut dengan gelak ketawa dari geng makcik-makcik yang selalu membeli barang dagangannya.

“Assalamualaikum makcik-makcik. Saya nak jumpa mak dan ayah saya. Kebetulan mereka singgah rumah kakak saya. Hmm saya gerak dulu ye? Assalamualaikum.” Geng makcik-makcik itu hanya menayangkan senyuman sumbing. Aik terasa ke? Imran menghadiahkan senyuman dan melambaikan tangan kepada mereka.

Tuesday, May 26, 2015

Cerpen: Lieutenant in Love

IchiRuki [kredit]   


“Bila dah besar nanti, kita kahwin eh?”

“Kalau mama dengan ayah tak bagi?”

“Kita kahwin lari!”

Huk! Tersentak aku dari lamunan. Imbasan memori ketika zaman masih belum mumaiyiz. Mentah dan tak tahu apa-apa. Memori yang jika boleh aku tak mahu ingat dan hari ini merupakan hari perkahwinan si dia yang berjanji mahu berkahwin denganku dahulu.

Hmm wajah si dia yang ceria bergambar dengan isterinya menunjukkan betapa dia tidak ingat akan janjinya dahulu. Heh, siapalah yang ingat janji yang dibuat ketika berusia tujuh tahun?! Oh..kecuali aku.

Saturday, May 23, 2015

Cerpen: Bercinta dengan Minah Cool

Tags: Anime, Ponkan Eight, Yahari Ore no Seishun Love Come wa Machigatteiru, Yukinoshita Yukino
[kredit]   


Wajah gadis yang sedang melakukan flying fox semakin jelas dipandangan mataku. Semakin lama semakin dekat dan dia bagaikan sedang mengatakan sesuatu. Apa dia?

“Ketepi!!!!”

‘Bukk!’. Gelap terus masa depan aku.



Sunday, May 17, 2015

Cerpen: Lovely Otaku (Part 4 End)

Usui Takumi..ehey tergoda tak? [kredit]     

Beg kertas berisi kostum Gintoki aku jinjit lalu melangkah masuk ke dalam pusat beli-belah. Tempat pertemuan yang dirancang oleh pelangganku. Aku pergi seorang diri memandangkan Abang Gin ke luar Negara dan aku tak rasa nak ajak mamat selamba itu untuk temankan aku. Inilah masa untuk aku menjadi betul-betul berdikari bukan?

Tiba di tempat yang dirancang, aku mengambil tempat dan memesan minuman untuk membasahkan tekak. Panas pula cuaca hari ini. Beg kertas itu aku peuk seperti harta yang berharga. Hehehe kalau ada yang menyamun beg aku ni mesti kecewa bila tengok isi dalamnya.  Mata aku melilau mencari si pelanggan. Dari pesanan ringkas yang aku terima, dia menyatakan yang dia akan berpakaian paling senang dikenali dan tak akan susah untuk mengecamnya. Haish macam-macam perangai…

Sunday, May 10, 2015

Cerpen: Lovely Otaku (Part 3)

[kredit]  

Aksi seorang pelajar lelaki melompat dengan papan luncurnya membuatkan aku ternganga seketika. Serius tak takut mati ke?! Di sudut yang lain terdapat beberapa pelajar memanjat tembok batu yang tinggi tahap boleh buat aku rasa gayat walhal aku cuma menonton dari jauh.

“Menung apa tu?” Mamat selamba menghulurkan sebotol air mineral kepadaku. Dia? Punya sedap dok makan aiskrim tapi kat aku beli air mineral je. Huh! Sekejap..salah aku juga sebab pernah cakap yang aku tak berapa minat benda manis tapi…..aku suka aiskrimlah!

“Kenapa ajak saya datang sini, Dr Hilal?” soalku sebelum meneguk air mineral yang diberi.

Sunday, April 26, 2015

Cerpen: Lovely Otaku (Part 2)

Sakata Gintoki from Gintama [credit]  


Awkward. Serius sangat janggal bila makan berdua-duaan di kafe comel ala maid café di Jepun dengan pensyarah yang tunjuk muka selamba badak. Rasanya, badak pun surrender dengan dia ni!

“Dah lama jadi otaku?” soalnya sambil menyuap parfait ke dalam mulutnya. Parfait strawberry cheesecake yang aku tengok pun boleh agak manis gila disuap macam biasa dengan kelajuan konsisten. Okey aku dah mula merepek.

“Lama juga. Saya suka anime, manga dan cosplay. Mula terjebak pun selepas sesat di Akihabara waktu balik Jepun dulu.” Aik apasal pula ringan je mulut aku nak bercerita dengan mamat selamba ini? Aku ini boleh dikategorikan agak tertutup dengan orang yang aku tak kenal atau kurang suka. Tapi…fuh apa jampi yang dia pakai?!

Sunday, April 5, 2015

Cerpen: Lovely Otaku (Part 1)


[kredit]  

Dalam dunia ini memang ada pelbagai jenis manusia. Tapi, bagi aku cuma ada dua jenis; manusia normal dan otaku.


“Ai, hmm nak pergi juga ke esok?” Gin, abangku bertanya lalu duduk di kerusi belajarku.


“Mestilah! Ini acara penting untuk Ai!” Esok ada Anifest di Sunway Pyramid. Sudah menjadi kewajipan untuk aku menghadiri setiap festival anime setiap tahun. Err..baiklah, aku sebenarnya gila dengan anime, manga dan cosplay atau lebih senang sila panggil aku otaku tegar. Perempuan yang jadi otaku ni selalu dikaitkan sebagai seorang yang anti-sosial dan mahu lari dari realiti tapi bukan aku. Aku masih bergaul rapat dengan rakan sekelasku di universiti dan kawan-kawan yang lain. Tetapi, tak dinafikan yang kalau boleh aku mahu lari masuk ke dalam dunia anime. Heh, kalau bolehlah…

Tuesday, March 24, 2015

Tentang Buku Koleksi Cerpen

Assalamualaikum w.b.t/ Salam sejahtera..

[kredit

Hahaha dah macam promosi lebat je untuk buku aku tu padahal aku kena tambah lagi 1 cerpen sebab kawan aku aka editor aka business partner cakap 'Tak cukup!!!' huhuhu sedihnya....tapi kira berita baik untuk korang yang nak membeli la kan?

Cerpen itu pastilah cerpen baru yang korang tak akan jumpa kat mana-mana (kecuali kena sabo) kecuali dalam buku aku tu je..masuk yang baru ni, dah ada 4 cerpen baru panas-panas keluar dari otak aku ahahahaha ayat cannot go!

InsyaAllah aku akan siapkan secepat mungkin dan buka pre-order dalam bulan April. Bertabahlah kalian!

Untuk blog....krik..krik..krik..aku minta maaf sangat sebab tak update apa-apa..bukan daku malas tapi..hukhukhuk sibuk dengan buat persediaan kelas, buku koleksi cerpen dan habiskan anime Gosick! krik...krik..krik...hehehe yang last tu aku buat sebab nak release tension. Tapi silalah layan anime Gosick itu! Victorique sangat comel dan Kujo memang gentlemen yang payah nak cari zaman sekarang muahahaha sempat lagi promote anime~

Baiklah sesiapa yang belum undi nak membeli buku aku tu, boleh undi disini. Banyak sangat update tapi buku tak keluar fed-up pula korang nanti kan? hehehe~sorry~

Saturday, March 21, 2015

Teaserz~

[kredit]  


Assalamualaikum w.b.t  dan selamat sejahtera.

Macam yang korang semua dah maklum, saya akan keluarkan buku koleksi cerpen dalam masa terdekat. Alhamdulillah...

Jadi saya nak belanja sedutan (ehey~) cerpen istimewa yang terdapat didalam buku. 



1) Karei wa Hitler desu!


“Maisarah!” Eh apasal panggil aku ni? Setahu aku, aku tak buat salah apa-apa.

“Awak tunjukkan tempat puaka tu pada mereka! Nak juga tengok mereka balik tersampuk. Sekarang!” Mencicit masing-masing berlari keluar dari bilik Hitler. Tak kira tua muda, semua pun takut dengan Hitler ini. Siapa aje yang berani bila berdepan dengan dia? Hmm dia ini marah sebab projek perumahan di suatu kawasan yang kononnya berpuaka itu ke? Banyak sangat pekerja yang tarik diri dari mengepalai projek ini dek terpengaruh dengan cerita-cerita seram tentang kawasan itu. Konon bekas tapak kubur askar Jepun yang mati dipenggal. Heh! Aku rasa hantu Jepun itu pun lari tak cukup tanah kalau berdepan dengan Hitler kami! Patutnya dialah yang bawa mereka pergi bukan aku okey!




2) Hero.

Bro, kau nak makan apa-apa tak? Aku nak keluar sekejap.” Muiz, sahabat yang sengal tapi tak akan meninggalkan aku disaat aku memerlukan. Macam gay aje ayatnya tapi persahabatan kami berlandasankan ukhuwah fillah.

“Kau belikan aku air kelapa boleh? Teringin pula tekak aku ni nak telan air kelapa pandan.” Aku kini ditahan di wad M hospital memandangkan aku tercedera terkena tembakan dalam operasi kelmarin. Tak kisahlah janji unit kami berjaya menahan kesemua ahli kumpulan pengedar dadah dan senjata api itu sudah! Ramai juga ahli unit aku yang cedera namun masing-masing tak mahu menyerah kalah dan alhamdulillah, kami berjaya memberkas kesemua ahli kumpulan itu baik dalam keadaan hidup atau mati.

       “Air kelapa pondan? Ada jual ke?” Sah dia dah mula dah sengal dia!





Cukup!!!! Hehehehe...Kedua-dua cerpen istimewa ini memang tak akan disiarkan di blog. Jika rasa nak baca habis, silalah beli buku koleksi cerpen saya nanti okey?

Oh ye sila undi disini untuk saya tahu berapa ramai yang betul-betul serius untuk memiliki buku koleksi cerpen saya. Sokongan kalian amatlah saya hargai. 

(^-^)v

Friday, March 20, 2015

Koleksi Cerpen update! Sila Undi!!

[kredit]   

Assalamualaikum w.b.t/ Salam sejahtera,

Alhamdulillah buku koleksi cerpen saya dah siap draftnya dan bakal dihantar untuk dicetak. Perlu diingatkan bahawa buku ini mengandungi cerpen-cerpen yang ada dalam blog ini dan juga cerpen istimewa untuk para pembaca.

Disini saya nak tahu siapa yang benar-benar berminat untuk memiliki buku koleksi cerpen ini jadi saya boleh estimate untuk cetak berapa dan jika kos buku insyaAllah tak melebihi RM30 sebuah.

Sila undi dibawah ye? (^-^)v

Adakah anda berminat untuk membeli buku koleksi cerpen saya? Would you interested to buy my short-stories collection?

Ya (Yes)
Tidak (No)
Poll Maker

Sunday, March 15, 2015

Cerpen: Ice King and Delinquent Queen (Part 8 END)

Infinity Love
[kredit]   


Kawasan jirat tempat dimana lelaki durjana itu ditanam aku pandang dengan perasaan sebal. Batu penanda hanya ada gambar dan nama. Tiada pun sembahan yang diletakkan di jirat. Sekitar jiratnya dipenuhi semak lantas membuatkan aku ingin segera beredar dari situ. Mahu jadi kubur aku pula jika tiba-tiba ada ular mematuk! Tapi..kaki aku tak mahu melangkah pergi dan mataku tertancap tak beralih pada batu penanda jirat lelaki durjana ini.

“Pa..papa.” Air mata aku tiba-tiba mengalir deras. Entah kenapa, aku sangat rindu untuk memanggil lelaki durjana ini sebagai ‘papa’. Walaupun aku tak pernah disayangi namun, aku tahu tanpa dia aku tak mungkin lahir ke dunia ini. Aku menangis sepuas-puas hatiku dihadapan kubur. Nasib baik ketika ini tiada pengunjung lain jika tidak , tak pasal-pasal aku menjadi tumpuan.

Setelah bertahun papa pergi meninggalkan kami baru sekarang aku ada kekuatan untuk melawat tempat persemadiannya. Ini semua atas desakan Isaac yang mahukan aku untuk memaafkan papa yang banyak membuat onar pada keluarga kami. Aku terduduk menangis melepaskan segala yang terbuku didada.

Sunday, March 8, 2015

Cerpen: Ice King and Delinquent Queen (Part 7)

[kredit]  

Ice king yang sedang berenang kuperhati dari tepi kolam renang. Suha turut menyertai papanya setelah selesai aktiviti membuat cheesecake. Ikutkan rasa hati, nak aje aku bertukar ke pakaian mandi dan menyertai mereka berdua tapi...Isaac dah beri amaran supaya aku tak membuat sesuatu yang boleh mendatangkan fitnah kepada aku dan ice king selagi kami masih belum mendirikan rumah tangga. Hmm payah juga jadi orang Islam ini ye?

Lamunanku terhenti apabila Suha berenang mendekatiku.

“Ye Suha nak air ke?” Pantas anak itu menggelengkan kepalanya.

“Selena, papa tanya, nak tak jadi mama Suha?” Mama dia? Eh????!!!!!! Gelap terus dunia aku..



Sunday, March 1, 2015

Keputusang~



Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera guys!

Setelah melakukan bancian, saya mendapati lebih ramai yang berminat untuk membeli koleksi cerpen saya berbanding dengan novel Isteriku Ratu Ais. Jadi insyaAllah, saya akan teruskan dengan usaha mengeluarkan buku pertama yang merupakan koleksi cerpen-cerpen dan tambahan cerpen istimewa untuk anda.

TAPI..

Jangan risau, novel IRA akan menyusul kemudian okey? InsyaAllah..

Pengakhiran cerpen 'Ice King and Delinquent Queen' akan saya sertakan sekali dalam buku saya itu nanti.

Apa-apa pun semoga kalian bersabar menunggu kelahiran buku pertama dari saya dan dapatkan terus dari saya disini okey?

p/s: InsyaAllah ini merupakan simpanan untuk kahwin saya..hehehehe (^-^)v


Sunday, February 22, 2015

Cerpen: Ice King and Delinquent Queen (Part 6)

[kredit]  

Tiba sahaja diperkarangan Wisma Azforce, aku membantu membukakan pintu ice king. Mukanya nampak ceria sedikit walaupun kekal tak beriak.

“Awak balik pukul berapa?” soalku sambil menghulurkan beg kerjanya.

“Pukul enam. Tengah hari nanti, awak ambilkan Suha boleh?” Aku mengangguk faham. Dalam hati, aku rasa seronok sebab dah macam perbualan suami isteri. Tanpa aku sedar, aku memasang angan-angan.

Tuesday, February 17, 2015

Pertanyaan

Assalamualaikum/ Salam sejahtera.

Guys! Nak tanya jika saya nak terbitkan sendiri novel atau koleksi cerpen, adakah kalian berminat nak membeli?

Just vote! :)

p/s: utk vote dua option; vote yang pertama, refresh browser anda dan vote utk option kedua :3

ADAKAH ANDA BERMINAT NAK MEMBELI...

Novel saya (IRA)
Koleksi cerpen saya + cerpen khas
Takde kerja nak beli novel kau!
Perlu ke?
Poll Maker

Tuesday, February 3, 2015

Cerpen: Ice King and Delinquent Queen (Part 5)

[kredit]   


‘When you go,
Would you even turn to say,
“I don’t love you,
Like I did,
Yesterday”’

Huk! Lagu dendangan My Chemical Romance sekali lagi menjadi muzik latar ruang bilik tidurku. Balik sahaja dari I-City, aku berkurung didalam bilik. Mama dan beberapa orang gaji berada dirumah Isaac kerana katanya nak menjaga Amy yang baru lepas bersalin. Bab pantang-pantang selepas bersalin memang mama tak berapa nak reti jadi diserahkan bulat-bulat kepada nenek Amy maka mama hanya membantu dalam menjaga cucu sahajalah.

Saturday, January 31, 2015

Cerpen: Ice King and Delinquent Queen (Part 4)

[kredit]   


Kalaulah ada mesin masa Tardis dalam wad si Emy ini, mesti aku dah naik dan kembali kepada masa Suha sebut nak minta adik. Muka ice king yang terkejut nak aje aku abadikan dalam telefon pintar aku hehehe…

“Ye? Suha nak adik boleh?” Okey rasanya aku tak payah naik Tardis sebab dengan polosnya Suha mengulang semula permintaannya.

“Zimam dengan Ayyash bukan adik Suha ke?” soal ice king kepada Suha. Wajah Suha bagaikan memikirkan sesuatu sebelum mengangguk perlahan. Siapa pula Zimam dengan Ayyash ni?

“Tapi Suha bukan selalu dapat jumpa diorang sebab sekolah. Kalau Suha ada adik, hari-hari boleh jumpa.” Aku hanya mampu menahan tawa apabila si ice king macam dah kehilangan kata-kata.

Sunday, January 25, 2015

Cerpen: Ice King and Delinquent Queen (Part 3)

Brofist!. goku:do i smell bacon?<br /> vegeta: with or without wings?<br /> knuckletouch.. Indeed, Good Sir.
[kredit]    


Ferrari F12 kubelok masuk ke dalam perkarangan Menara Foo. Tiba sahaja di pintu utama, aku menyerahkan kunci kepada valet yang bertugas. Langkah yang elegan dan yakin kuatur ke meja penyambut tetamu. Seorang pekerja sudah sedia menungguku dengan senyuman.

Welcome Miss Selena, this way please.” Aku mengangguk lalu mengikut pekerja tadi. Tak sampai dua minit, kami tiba di muka pintu sebuah bilik mesyuarat. Pintu dibuka, aku melangkah masuk dengan yakin.

Welcome Queen!” Aku mengangguk sedikit sebelum duduk di kerusi yang disediakan. Kaki kusilang dan wajah-wajah mereka dihadapanku kuteliti. Bilik ini dpenuhi oleh mereka-mereka yang terlibat dengan kerja ‘belakang tabir’ dan boleh dikatakan berupaya mengawal keadaan ekonomi negara.

Queen, dah lama tak tunjuk muka. Kami ingatkan Queen dah…” Gin, salah seorang ketua kumpulan kongsi gelap dan juga ahli perniagaan terkemuka mula membuka bicara setelah lama aku berdiam diri.

Saturday, January 17, 2015

Cerpen: Ice King and Delinquent Queen (Part 2)

[kredit]   


Di dalam kereta. Masa seakan-akan terhenti dan aku rasa dah macam kat tanah perkuburan sebab terlalu sunyi. Radio pun tak dipasang dan suhu penyaman udara sejuk mencengkam tulang. Aku yang sememangnya tak reti nak duduk diam mula membuka laci dashboard kereta ice king ini. Penuh dengan koleksi lagu kanak-kanak dan ada beberapa CD bertulisan Bahasa Arab.

“Itu anak saya punya.” Eh dia perasan ke apa yang aku buat dalam kereta dia? Hahaha…

“Oh, berapa umur dia?”soalku dengan nada agak teruja. Jujur, aku memang suka dengan kanak-kanak walaupun senakal mana pun mereka. Pada aku mereka lebih jujur dan masih belum dikotori dengan ideologi yang membantutkan keupayaan berfikir.

Almost seven.” Hish dia ni..tanya sepatah, jawab sepatah! Tapi…perangai macam inilah yang buatkan aku lagi rasa nak ‘kacau’ dia. Hahahaha..

Sunday, January 11, 2015

Cerpen: Ice King and Delinquent Queen (Part1 )


[kredit]   

Aku melangkah malas ke dalam restoran elit di pusat bandar. Sebuah meja yang terletak di satu sudut menjadi perhatianku. Kelihatan seorang lelaki berkemeja putih sedang bersantai sambil meminum kopi. Dengan dengusan kasar aku terus mengambil tempat dihadapan lelaki itu.

“Aku Selena Goh, umur 29 tahun, tinggi 175cm, berat 55kg dan aku ada butik perkahwinan sendiri. Apa lagi yang kau nak tahu?” Terjungkit kening lelaki dihadapanku tapi wajahnya masih tanpa perasaan. Cawan yang masih bersisa kopi diletakkan semula keatas piring.

“Kau tak payah nak buat tak faham! Mama aku paksa aku jumpa kau dan dalam masa empat bulan dari sekarang dia mahu kahwinkan aku dengan kau. Entah apa yang mama aku fikir pun aku tak tahu.” Dek terlalu marah dengan mama, aku menghamburkan rasa tak puas hatiku dihadapan lelaki yang masih aku belum kenal siapa dirinya.

“Kenapa kau senyap? Tak nak kenalkan diri ke?” soalku jengkel. Wajahnya yang masih tak beriak membuatkan aku makin geram. Dia ni raja jajahan kutub utara ke apa? Ice king?

“Syed Azfar, 32 tahun, tinggi 185cm, berat 70kg dan memiliki syarikat Azforce. Saya tak tahu apa yang awak merepek dari tadi dan siapa mama awak yang boleh paksa saya kahwin?” Terbeliak mata aku apabila ice king depan mata aku mula memperkenalkan diri. Okey bukan sebab aku teruja atau apa tapi…..warghhhh aku dah tersalah orang!!!!!

Thursday, January 8, 2015

Hi guys!

I couldn’t hug all of my family at once… so I made them a little smaller for the picture. ;3
[kredit]  
Assalamualaikum w.b.t/ Salam sejahtera para pembaca!

InsyaAllah saya akan muatnaik cerpen yang baru dalam masa terdekat. Paling lambat pun Ahad rasanya. Cerpen kali ini menampilkan dua watak dari cerita yang berbeza dalam blog saya ni. Haaa...siapa tu? Hehehehehe..

IRA saya akan halt dulu memandang saya ingin mencuba nasib menghantar IRA ke syarikat-syarikat penerbitan novel Malaysia. InsyaAllah jika ada rezeki, dapatlah korang pegang novel saya. Rasanya nak juga approach mereka untuk keluarkan koleksi-koleksi cerpen saya dalam bentuk buku huhuhu boleh ke?

Jika pembaca karya Melur Jelita dipanggil divaz, Ramlee Awang Murshid dipanggil RAMians..pembaca IRA nak dipanggil apa? IRAnian? Hehehe tak pasal-pasal tukar kewarganegaraan ahahahaha~

Baiklah teaser untuk cerpen akan datang!

I _ _   _I_G

Cer teka!

Saturday, January 3, 2015

Cerpen: Kita Sahabat.

[kredit]  


“Kawan, aku dah tak boleh teruskan lagi. Korang pergilah dulu. Tinggalkan aku sendiri.”

“Tapi..”

“Sudah, tinggalkanlah sahaja daku. Aku tak mahu menjadi beban buat kalian.”

“Baiklah, aku akan cuba mendapatkan bantuan.”