Kapitalis

Saturday, January 31, 2015

Cerpen: Ice King and Delinquent Queen (Part 4)

[kredit]   


Kalaulah ada mesin masa Tardis dalam wad si Emy ini, mesti aku dah naik dan kembali kepada masa Suha sebut nak minta adik. Muka ice king yang terkejut nak aje aku abadikan dalam telefon pintar aku hehehe…

“Ye? Suha nak adik boleh?” Okey rasanya aku tak payah naik Tardis sebab dengan polosnya Suha mengulang semula permintaannya.

“Zimam dengan Ayyash bukan adik Suha ke?” soal ice king kepada Suha. Wajah Suha bagaikan memikirkan sesuatu sebelum mengangguk perlahan. Siapa pula Zimam dengan Ayyash ni?

“Tapi Suha bukan selalu dapat jumpa diorang sebab sekolah. Kalau Suha ada adik, hari-hari boleh jumpa.” Aku hanya mampu menahan tawa apabila si ice king macam dah kehilangan kata-kata.


“Oh tadi kata nak pergi I-City?” Sengaja aku menukar topik. Kesian pula tengok ice king yang menayang muka minta tolong kepada aku. Pertama kali aku tengok banyak riak muka ice king hari ini dan aku akui aku sangat menyukainya.

“Eh boleh ke? Papa kita pergi I-City sekarang boleh?” Aku melihat wajah ice king tampak lega.

“Sekarang dah lewat sangat. Kita pergi esok. Selena boleh ikut?”

I wouldn’t miss it for a world!” Okey semangat tak jawapan aku? Ice king hanya tersenyum sedikit. Mereka kemudian meminta diri memandangkan sudah lama berada di hospital. Keluarga Emy dan Isaac keluar untuk solat meninggalkan aku, mama, Emy dan si bayi didalam bilik ini.

You look happy.” Emy yang sedang menyusukan puteri sulungnya menghadiahkan senyuman. Mama hanya memandangku dari sofa.

Indeed.” Tak perlu nak berahsia. Aku memang gembira nak-nak lagi aku sudah naik pangkat menjadi seorang makcik. Hahaha...

“Ini baby ni nak namakan apa?”

“Hmm sebenarnya banyak juga nama yang Isaac cadangkan tapi saya tak fikir sangat. Tak apalah, biar Isaac buat list so nanti korang boleh tolong pilih.” Hahaha selamba betullah Amy ni..









Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan aku mengikut ice king dan Suha ke I-City. Pada mulanya kami melawat Red Carpet, iaitu muzium patung lilin. Menarik juga melihat patung lilin yang dihasilkan dengan teliti dan menyerupai manusia sebenar. Suha dan aku seronok bergambar dan tekalah siapa tukang ambil gambar kami hehehe...Ice king dengan sabar melayan kerenah kami berdua dan bila melawat muzium Trick Art. Dia pula yang macam teruja tapi masih menunjukkan muka tanpa riak. Macam mana aku tahu dia teruja? Kamera dihulurkan kepada Suha dan disuruhnya si anak mengambil gambarnya. Serius ice king ni memang lawak. Ada juga gambar kami bertiga dan ada kisah disebaliknya. Seorang pelancong dari Australia meminta tolong si ice king mengambil gambar keluarganya dan untuk membalas budi, dia ambilkan gambar kami. Aku rasa gambar tu mesti aku cuci saiz besar dan bingkaikan hehehe...

“Selena, jom masuk House of Horror!” Baiklah, walaupun aku ini ganas tetapi aku sangat tak suka dengan benda-benda macam hantu ke zombie ke apa. Senang cakap aku penakut hantu.

“Err..Suha masuk dengan papa je boleh?” Ice king memandang wajah aku lama. Mesti dia perasan yang riak wajah aku berubah.

“Tapi Suha nak masuk dengan Selena dan papa...” Aduilah, suara Suha yang mengendur membuatkan aku serba-salah. Nak tak nak, aku masuk juga rumah hantu itu dengan perasaan tak rela.

Masuk sahaja, bulu roma aku dah tegak berdiri. Tangan Suha aku genggam kemas. Ruang dalam House of Horror ini gelap dan luas. Ikutkan, aku mahu menutup mata sepanjang berjalan tapi takut terlanggar hantu pula. Tengah aku berusaha untuk tidak bertentangan mata dengan hantu-hantu, satu jasad tiba-tiba memegang bahuku dari belakang dan ketahuilah aku terus melompat lantas memeluk tubuh sasa ice king dihadapanku.

“Selena!” Suha yang turut terkejut ikut sama memeluk tubuh ice king. Dek terlalu takut, aku biarkan sahaja ice king mengheret kami berdua keluar dari House of Horror dalam keadaan dipeluk belakang dan tepi. Nampak sahaja cahaya matahari, aku menarik nafas lega dan melepaskan tubuh ice king.

“Sorry. Aku memang takut hantu.” Aku tahu yang aku dah buat satu kesalahan kepada ice king sebab agama dia melarang lelaki dan perempuan tanpa hubungan keluarga atau suami-isteri berpelukan.

“Awak tak sengaja dan silap saya juga.”

“Suha minta maaf sebab ajak Selena masuk.” Alahai budak comel ni. Aku menghadiahkan senyuman lantas menggelengkan kepala.

“Tak apa. Selena ni je yang penakut. Jom pergi Waterworld? Suha ada bawa bathing suit right?” Suha mengangguk kepalanya riang. Budak-budak biasalah suka main air.









Selesai berendam dan bermain air dengan Suha, kami menukar baju sebelum beredar ke restoran untuk makan tengah hari yang boleh dikatakan agak lewat juga dek terlalu asyik bermain. Tadi ice king hanya memerhati dan ada ketika dia menghilangkan diri. Mungkin ke tandas atau solat.

“Selena, tengok jari Suha kecut.” Aku hanya ketawa lalu menunjukkan jari tanganku yang turut sama mengalami kekecutan itu.

“Lepas ni kita nak pergi mana papa?”

“Snowalk.” Ice king mengeluarkan beg kertas dan diberikan kepadaku.

“Eh kau pergi ambil ke tadi? Thanks.” Beg kertas berisi sarung tangan, stokin, baju sejuk dan penutup telinga untuk aku dan Suha. Aku tinggalkan didalam kereta tadi sebab agak sengal nak membawa segala barang ke sana ke mari.

“Kenapa kau tak join main air tadi?” soalku sambil menyuap kentang goreng kepada Suha.

Not interested.” Ice king memandang wajahku sekejap sebelum meneruskan suapan.

“I prefer swimming in private pool,” balasnya lagi. Waa dia dah mula membuka ruang untuk aku!

Well you can come to my house for swimming. I have a private infinity pool with KLCC view.” Ice king tersenyum sedikit sebelum menggelengkan kepala.

Why? Suha nak datang rumah Selena tak?” Masa-masa ini memang rasanya kena gunakan budak comel ni.

“Nak!”

“Selena, jangan gunakan Suha!” Tersentak aku apabila ice king memberikan amaran tegas. Suha turut menikus melihatkan papanya yang sudah naik angin.

I’m sorry.” Sunyi memenuhi ruang dan aku betul-betul dah hilang mood.








Tak ada siapa pun yang mahu bersuara. Masing-masing mendiamkan diri dan aku hanya melayan Suha bermain salji didalam Snowalk. Rasa macam nak balik rumah je sekarang!

“Selena, jom masuk igloo.” Aku menganggukkan kepala dan memegang tangan Suha untuk masuk ke dalam igloo. Ice king tu memang aku tak nak ambil kisah langsung kalau boleh! Sentap tak habis lagi. Igloo ini memang sesuai untuk kanak-kanak sahaja tapi ada aku kisah?

Masuk sahaja dalam igloo, aku terkejut apabila Suha tiba-tiba menjerit kesukaan.

“Mama Ana!” Suha terus mendapatkan seorang wanita yang sedang bermain salji dengan anak-anaknya.

“Suha datang dengan siapa?”

“Suha datang dengan Selena dan papa. Mana Papa Daus?” Wajah wanita itu tak beriak. Sebiji macam ice king tu!

“Hai saya Selena.” Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan wanita tak beriak ini.

“Saya Adriana.” Dia menghadiahkan senyuman segaris untukku. Walaupun tak lama tapi aku dapat merasakann keikhlasannya.

“Mana Papa Daus?”

“Papa Daus keluar sekejap. Nanti datanglah rumah main dengan Zimam dan Ayyash.” Aku mendekati anak-anak Adriana. Kedua-duanya lelaki dan mereka sangat aktif. Salji bagaikan pasir buat mereka. Kalau budak-budak lain nampak kesejukan, anak-anak Adriana bagaikan imun dengan sejuk salji.

“Kembar ke?” soalku kepada Adriana sambil mengusap-usap kepala mereka.

“Bukan. Yang kanan Zimam dan kiri Ayyash.” Aku menganggukkan kepala. Aku tak terus bertanya memandangkan Adriana bagaikan berat untuk bercerita panjang. Mungkin merasakan kami terlalu lama didalam igloo, ice king masuk mencari.

“Adriana.” Zimam dan Ayyash terkedek-kedek berjalan mendekati ice king. Aku yang masih mogok dengan ice king hanya memerhati dari hujung mata. Adriana dan ice king berbual mesra dengan cara mereka sendiri. Masing-masing tak menunjukkan emosi tapi masih serasi. Suha pula seronok bermain dengan Zimam dan Ayyash. Sekarang kalau aku ada pintu suka hati Doraemon, memang aku balik terus! Perlahan aku aturkan langkah keluar dari igloo. Aku betul-betul berasa yang diri aku tak diperlukan disitu.

Queen! What are you doing here?” Aiseh hari ni hari berjumpa secara kebetulan ke? Gin yang teruja terus memegang kedua-dua belah tanganku. Dia dah lupa ke yang aku dah reject dia?

Nothing, just hanging out. Kau datang dengan siapa?” Pelik juga jika dia ke sini seorang diri. Selalunya tempat sebegini dilawat oleh keluarga dan kalau tak pun pasangan kekasih.

“Aku temankan adik aku tadi tapi tiba-tiba pula dia ada hal jadi aku lepak sini dulu. Tak sangka jumpa Queen.” Tanganku masih didalam genggaman Gin dan aku tak rasa dia nak lepaskan. Sejuk sangat ke?

“Jom naik ice slider? Aku nak naik tapi agak awkward kalau naik sorang-sorang. “ Gin menayangkan muka minta simpati kepadaku.

“Hmm yela.” Alang-alang aku tengah kecewa, baik aku hiburkan hati dengan buat benda sengal dengan si Gin ni. Gin menarik tanganku untuk ke tempat luncur ais. Selesai luncur ais, aku masih tak nampak bayang Suha dan ice king maka aku putuskan untuk balik bersama-sama dengan Gin. Mungkin mereka betul-betul dah lupakan aku. Aku menghantarkan pesanan ringkas kepada ice king setelah keluar dari Snowalk.

“Jom?” Gin menarik tangan aku. Dia ini mentang-mentang aku tak cakap apa-apa..

“Selena!” Entah dari mana, ice king memunculkan diri dengan muka marah. Terus dia merentap pergelangan tanganku dari pegangan Gin dan automatik juga aku menepis kembali tangannya. Memerah juga wajah dia apabila aku menepis tangannya tadi.

“Siapa ni Queen?” soal Gin yang bingung dengan situasi sekarang.

“Dia datang dengan saya jadi saya yang akan hantar dia balik. Jom Suha dah tunggu! Dia menangis cari awak tadi!” Dengar sahaja Suha menangis, hati aku sudah dilanda resah. Kasihan anak kecil itu.

“Gin, terima kasih temankan aku tadi.” Gin mengangguk faham. Riak di wajahnya nyata kecewa.

“Tak apalah, aku sedar aku tak setaraf dengan Queen. Maaf aku lupa diri tadi.” Aku mula dilanda rasa bersalah kerana seperti mempergunakan Gin lantas aku menarik tangannya.

You are my best comrade! Aku tak pernah rasa yang kau tak setaraf dengan aku.” Gin tersenyum sedikit sebelum beredar meninggalkanku. Aku membontoti ice king yang sudah berjalan dihadapanku.

“Hilang tiba-tiba menyusahkan orang betul!” Eh dia cakap dengan aku ke? Ini sudah lebih!

“Dah kau seronok berborak dan buat aku macam tak wujud apa kau ingat aku nak tunggu lagi ke?” Kali ini aku memang tak akan berlembut. Marah aku sudah tak boleh ditahan. Ice king tiba-tiba berhenti melangkah dan memusingkan badannya. Dia berdiri dihadapanku dan mula memandangku dengan muka serius.


“Tadi kau buat aku rasa macam aku tak sepatutnya datang hari ni. Bila aku jemput datang rumah aku, kau tiba-tiba naik marah. Aku tahulah kita tak boleh berdua-duaan dalam rumah tapi rumah aku tu ada ramai orang gaji dan mama aku pun tinggal kat situ. Aku rasa macam bangang je sebab nak kenal kau lebih dalam tapi kau buat aku nampak bodoh! Sudahlah aku dah tak larat nak jadi bodoh sebab kau! Ramai lagi yang boleh aku pilih selain kau!” Aku memusingkan tubuh dan mula melangkah laju ke pintu keluar. Kalau tak jumpa Gin, aku boleh balik naik teksi!

***************************************************************************
Alhamdulillah siap lagi satu part. Saya dah mula sibuk dengan persediaan kelas jadi saya harap anda semua dapat bertabah menunggu update dari saya. Macam biasa tak suka ka apa sila komen.

(^-^)v

#Tardis adalah mesin masa merangkap kapal angkasa dalam siri Doctor Who.

Tardis [kredit]

16 comments:

adryz annissa said...

OMG, kakkkkkkk !!!! Kenapa ada Gin dalam kisah hidup diorang ni?????? Kacau daun betullah. But still, I knew Azfar is starting to love Selena. Yeayyyyy

Norlyana Nasrin said...

Adryz annisa: hehehe..Gin adalah watak yang akak suka. Dia sangat baik walaupun nampak mcm licik.

Indeed. Hehehe..bertabahlah tggu update ye?

(^-^)v

Nura Ifah said...

best lah akak..azfar ngn selena memang serasi.tapi,Gin kacau pulak...sambung lah lagi...best sangat..nak tahu jugak apa sambungannya..saya tunngu!hehe

Norlyana Nasrin said...

@Nura ifah: Alhamdulillah terima kasih dik..yup mmg x dpt disangkal lg yp mslh skang bl azfar jns payah nk tnjk perasaan dia huhu..Gin ialah penyeri haha..

InsyaAllah nnt akak smbg ye.

(^-^)v

jude judy said...

walaupun diminta bertabah untuk menunggu update...sy masih mo tya...next plzz?? Hihihihi...

Norlyana Nasrin said...

@jude judy: hahaha nnt bila senang saya update..hehehe..

Till then, keep stalking (^-^)v

tinta merah said...

Mcm dah nmpk aura cemburu azfar.... Hehhehe

Norlyana Nasrin said...

@tinta merah: huhu sila tggu update seterusnya.

(^-^)v

Anonymous said...

Haha..ske la ngan watak Gin tu..wlaupun org laen angp die tu kacau daun..dh trjatuh ske pulk watak die..hope Azfar cpt sedar ngn perasaan sndiri..lg 1..hope Gin tak la dpt sad ending sgt yee..walaupun die x dpt Selena tu.. .^^

rozita kadiman said...

txs akhirnya sambungan yg ditunggu2kan. Aih marah plak ais king nie... sejak bila pandai marah nie selalu dingin beku jer... kesian selina. bagus juga ada Gin tu utk sedarkan ais king..
tak sabar nak tunggu next episode.

Norlyana Nasrin said...

Anonymous: Akhirnya!! Ada juga yg suka jat Gin hehehe..
insyaAllah saya try buat ending yg ok utk Gin xpun buat satu cerpen khas utk dia muahahahahaha

Norlyana Nasrin said...

@rozita kadiman: hehe Alhamdulillah..
hrhe bila nmpk Selena dgn laki lain dia trs marah..ais pun cair huhu....
insyaAllah nnt saya sambung lg na..

Anonymous said...

Wow ! Cerpen baru khas untk Gin? Haha..i will be waiting for it ! ^^

Norlyana Nasrin said...

@Anonymous: Hehehe yup2~

Bertabahlah~

(^-^)v

Suha Fasihah said...

hoyeah akhirnya dpt jgk luangkan masa utk baca.. hehehe... puas hati sekali baca terus sampai part 4... dan puas hati juga sebab cerita bestttt...
mohon sambung bila free... mohon ;)

Norlyana Nasrin said...

@Suha: Alhamdulillah, terima kasih. Tu la..lama x nmpk Suha comment kat sini huhu..
insyaAllah sekarang tengah dalam usaha nak meng'update' huhu..
(^-^)v