Kapitalis

Tuesday, February 3, 2015

Cerpen: Ice King and Delinquent Queen (Part 5)

[kredit]   


‘When you go,
Would you even turn to say,
“I don’t love you,
Like I did,
Yesterday”’

Huk! Lagu dendangan My Chemical Romance sekali lagi menjadi muzik latar ruang bilik tidurku. Balik sahaja dari I-City, aku berkurung didalam bilik. Mama dan beberapa orang gaji berada dirumah Isaac kerana katanya nak menjaga Amy yang baru lepas bersalin. Bab pantang-pantang selepas bersalin memang mama tak berapa nak reti jadi diserahkan bulat-bulat kepada nenek Amy maka mama hanya membantu dalam menjaga cucu sahajalah.


Selesai mandi, aku mengelap rambutku dengan tuala lembut. Skrin telefon pintarku aku tatap. Ada 10 panggilan tak berjawab dari Suha dan ice king. Rasa kasihan pada Suha makin menebal tapi segera aku singkirkan dek terlalu sakit hati dengan perangai ice king yang buat aku rasa nak terbalikkan meja.

Tadi aku ingatkan dia akan berusaha menahan aku dari pergi tapi haram! Bila aku menoleh, dia dah berjalan jauh ke hadapan macam tak ada apa-apa. Wargh!!!! Sakitnya hati! Nasib aku kira baik juga apabila bertembung dengan Gin ketika mahu menahan teksi. Gin menghantar aku pulang tanpa banyak soal.

Telefon pintar aku capai dan mula menekan nombor Gin. Kasihan pula pada dia yang macam dipergunakan oleh aku. Tadi pun aku terlupa nak mengucap terima kasih kepada dia.

“Yes my Queen.” Suara ceria Gin ditalian sedikit sebanyak membuatkan aku tersenyum.

“Gin, thank you.”

“It’s not a big deal. Are you okay my Queen?” Suaranya yang seperti begitu mengambil berat tentang aku membuatkan aku berasa sedikit risau. Takut jika dia menaruh harapan kepada aku lagi.

“I’m good. Okay Gin, good night.” Talian aku matikan sebelum sempat dia membalas. Nak buat macam mana, daripada memberikan harapan palsu, baik aku bertegas.








Habis sahaja masa bekerja, aku memandu ke pusat latihan judo. Dah lama juga aku tak berlatih. Nasib baiklah guru aku jenis tak kisah sebab aku dah menguasai semua teknik dan pemegang tali pinggang merah ke-10 dan (Jūdan).

Pintu masuk dojo aku buka dan menanggalkan kasut. Adalah tidak sopan jika masuk ke dojo dengan memakai kasut ye adik-adik?

“Tadaima,” ucapku sebelum menghadiahkan senyuman buat para senior dan junior aku di dojo. Masing-masing terdiam sebelum berlari mengerumuniku. Ceh drama sangat! Sejak mula berniaga, aku jarang dapat meluangkan masa dengan mereka semua. Ada dikalangan mereka ialah ahli White Fox dan ada juga geng zaman sekolah aku dulu.

“Okaerinasai Selena-sama! Okaerinasai Queen!” Pulak! Semua pakat memberi tunduk hormat 90°.

Queen, dah lama tak datang sini! Hari ini mari pergi minum?” Helena, ahli White Fox yang boleh dikatakan rapat dengan aku memeluk bahuku.

“Tak ada masalah tapi siapa nak jadi sparring partner aku hari ni?” Pucat lesi muka masing-masing. La..tak habis lagi ke trauma mereka dengan aku? Dulu aku tak reti nak mengawal kekuatan aku jadi ramai juga yang cedera parah selepas menjadi sparring partner aku.

“Err Selena-sama...”

“Biar saya jadi sparring partner awak.” Ehhhhh?! Macam mana pula ice king ini boleh tersesat masuk dalam geng judo aku?

“Ini ahli baru kita, Queen. Syed Azfar boleh kata hebat juga dalam judo dan dia pun Jūdan macam Queen.” Sekarang masing-masing tunjuk wajah lega sebab ada yang sanggup ‘berkorban’ untuk mereka. Bagus juga, aku akan lepaskan geram aku habis-habisan! Kalau tak masuk hospital ice king hari ini jangan panggil aku Selena!








Aku memandang ice king yang sedang menerima rawatan di klinik sahabatnya dengan sedikit rasa bersalah. Risau juga kalau Suha membenciku dek membelasah papanya.

“Honestly speaking, he must be really good in judo. Kau jarang tewas dalam seni mempertahankan diri.”

“She’s good.” Bergegar bilik konsultansi dengan ketawa doktor yang bernama Nik Taqiuddin itu.

“Tak sangka kau kena belasah dengan perempuan, Far. Siapa She-Hulk tu?” Aku rasa doktor ini pula yang bakal kena belasah dengan aku! Ice king terus meluruskan jari telunjuknya kepadaku.

“Oppss! Sorry ye miss?” Dalam gelak-gelak itu dia meminta maaf kepadaku. Aku menayang muka selamba sebelum berpura-pura melihat sesuatu diskrin telefon pintarku.

Hmm I got to go. Kau boleh balik dengan kawan kau ni kan?” Walaupun kasihan tapi aku masih terasa hati dengan ice king yang tak reti-reti nak minta maaf dengan aku.

“Err maaf, saya ada hal sikit hari ini. Saya rasa kena minta tolong Miss...”

“Selena.”

“Ye, Miss Selena untuk hantar Far balik. Agak mustahil untuk dia memandu dalam keadaan macam ini.” Ini apa punya jenis kawan? Nak tak nak aku terpaksa juga menghantar ice king ini balik ke rumahnya. Tangannya terseliuh akibat berlatih dengan aku tadi. Kira aku sempat mengawal perasaan aku juga tadi kalau tak mesti dah patah tangan ice king ni! Haish dah ‘ter’sayang punya pasal!





Dalam kereta, dia hanya mendiamkan diri. Ada kala dia duduk menegak dan ada kala menyandar. Hmm tak selesa sangat ke F12 aku ini? Yelah nanti aku tukar Range Rover!

“Selena..” Aku menoleh ke arahnya sekilas. Dia nak minta maaf ke?

“Dah sampai kejutkan saya.” Dia kemudiannya mengiring membelakangi aku. Ini sudah lebih! Aku patahkan juga tangan kiri dia nanti! Elok biar tangan kanan terseliuh dan tangan kiri pula patah aku kerjakan! Aku mendengus kasar dan pedal minyak aku pijak geram! Deruman F12 aku membuatkan ice king duduk tegak kembali. Tahu takut..

“Saitei no otoko,” gumamku perlahan tapi aku dapat rasakan yang dia dengar sebab terus dia menoleh ke arah aku. Aku memandangnya sekilas dengan muka masam.

Daiiiiiiikiraiii!” tambahku lagi. Bengang dengan mukanya yang tak ada reaksi. Macamlah dia faham dengan apa yang aku cakapkan.

Hontou desu ka?” Eh dia tahu bahasa Jepun?!

“Kau faham?” Dia mengangguk dan menghadiahkan senyuman segaris kepada aku. Okey kira terhapus jugalah 30% dari peratus kemarahan aku bila dia senyum. Kau mudah lembut hati Selena!

“Betul Selena benci saya?” Dia ini memang! Tanya soalan macam itu dengan muka tak ada perasaan. Entah apasal automatik aku menggelengkan kepala. Badan aku pun nak mengkhianati aku masa-masa ini!

“Baguslah kalau Selena tak benci.” Arghhh!! Aku dah tak dapat mengawal perasaan lagi!

“Aku benci kau! Ikut suka hati marah aku tapi aku tetap tunggu kau minta maaf. Kau ingat senang ke aku nak tahan diri dari telefon Suha? Aku takut kalau aku telefon, Suha akan tanya kenapa aku tak balik dengan dia hari tu dan bila aku nak jumpa dia lagi sebab aku tak tahu kau akan benarkan aku jumpa dia atau tidak. Tadi ikutkan aku memang nak pukul kau teruk-teruk tapi badan aku tak mahu gerak ikut macam mana yang aku nak. Aku benci kau sebab kau buat aku sayang kat kau!” Ambik! Menangis juga Queen of White Fox disebabkan ice king yang sengal lagi minta penampar.

I’m sorry. Saya memang tak reti sangat nak zahirkan perasaan saya. Jangan risau, saya benarkan awak jumpa Suha walaupun awak tak mahu jumpa saya lagi.” Dia ni!!

“Siapa kata tak nak jumpa?” Aku memandu masuk ke dalam perkarangan kondominium yang menempatkan penthouse milik ice king ini. Sistem keselamatan kondominium ini sangatlah hebat. Nak masuk tadi pun, kena masukkan pin sebab kereta aku tidak didaftarkan ke dalam sistem.

You said you hate me just now.” Ice king membalas dengan muka selamba.

“Kau ni dah kenapa?! Tak dengar ke aku cakap aku sayang kat kau tadi?” Marahku dengan wajah yang sudah membahang. Marah bercampur malu.

“Dengar.” Dia hanya tersenyum dan membuka pintu F12 aku.

See you tomorrow, Queen.” Eh dia ini dah macam bertukar karakter? Aku yang kebingungan terdiam dalam lima minit. Parah macam ni! Kejap. Bila masa pula aku berjanji nak jumpa dia esok? Dari jauh dia berjalan sambil melambaikan tangan kirinya tanpa menoleh ke arahku. Macam tahu-tahu sahaja yang aku masih memerhatikan dia dari dalam kereta.







Bunyi deringan telefon pintar betul-betul mengacau lenaku. Jam dinding aku pandang sekilas sebelum mengapai telefon pintar di meja tepi kepala katil. Si gila mana entah yang menelefon aku pukul tiga pagi ni? Panggilan telefon aku jawab tanpa melihat skrin telefon.

“It’s three o’clock in the morning and who the hell are you?!” Serius aku seorang yang sangat benci jika dikejutkan sebelum jam pengeraku berbunyi. Aku mempunyai tekanan darah rendah maka mood aku memang teruk jika dikejutkan sebegini.

“Selena, it’s your violence victim calling. Saya cuma nak ingatkan awak yang esok..tak pagi nanti awak kena ambil saya dirumah.” Suara ice king yang tenang walaupun dimarahi sedikit sebanyak membuatkan mata aku segar kembali.

“Kenapa pula?” Aku membuka lampu disisi katil lalu menyandarkan tubuh pada kepala katil.

You injured my hand.”

“Oh..”

“Pukul 6.30 awak dah kena ada kat sini sebab kena hantar Suha pergi sekolah.”

“Kenapa call pukul tiga pagi? Malam tadi kenapa tak call?” Marahku yang geram sebab masa tidur aku terganggu. Tapi..ada satu lagi perasaan aneh yang meresap dalam hati aku sekarang. Ianya perasaan yang menyenangkan.

“Malam tadi badan saya sakit-sakit jadi saya tidur awal. Oh Suha excited bila saya beritahu awak akan ambil dia pagi nanti.” Bibir aku menguntum senyum membayangkan wajah Suha yang teruja. Dalam tak sedar, lama juga ice king ni berbual dengan aku sebelum dia meminta izin untuk menamatkan panggilan kerana dia mahu menunaikan solat sunat. Nasib baiklah Isaac pernah terangkan kepada aku dahulu tentang jenis-jenis solat orang Islam kalau tidak mesti aku fikir lain bila terdengar perkataan ‘sunat’ hehehe...








Sebelum 6.30 pagi lagi aku dah menunggu di ruang menunggu kondominium. Pengawal keselamatan membenarkan aku masuk setelah diberi arahan oleh ice king melalui interkom. Aku bersandar di pintu Mazda 2 sambil menunggu dua beranak itu. Tak sampai lima minit menunggu, aku dah nampak Suha berlari anak ke arahku.

“Good morning Selena! I miss you!”  Suha menerpa lalu memeluk tubuhku. Aku mengetatkan pelukan sambil mengusap kepala anak kecil itu.

I miss you too. Jom naik? Nanti lambat pula sampai.” Suha mengangguk faham. Pintu belakang keretaku dibuka dan dia terus memakai tali pinggang keledar. Memang betul-betul mementingkan keselamatan Suha ni hehehe..

“Selena..” Hmm..aku membantu ice king membuka pintu disebelah pemandu. Yelah tangan sebelah je kan? Lagi satu beranduh dan satu lagi memegang beg kerja. Sengaja aku buat tak tahu kat ice king ni walaupun kami ini dah kira berbaik.

“Suha dah breakfast?” soalku prihatin. Enjin kereta aku hidupkan dan kereta mula meluncur keluar dari kawasan kondominium.

“Tak sempat tadi. Tak apa, nanti Suha beli kat sekolah.”

“Selena dah belikan nasi lemak kat gerai kawasan rumah tadi. Jangan risau, Selena beli kat makcik Melayu Islam. Nasi lemak dia sedap. Ada kan kat seat belakang tu?” Aku menjeling memandang  Suha melalui cermin pandang belakang.

“Waa wanginya! Terima kasih Selena!”

“Sama-sama. Papa punya pun ada sekali.” Tiba-tiba aku rasa macam ice king pandang aku semacam.

“Kenapa?” soalku dengan memandang sekilas ke arahnya.

“Awak panggil saya papa.” Eh ye ke? Mulalah muka aku nak jadi kembar warna tomato.

“O..oh. Tak jadi masalah pun kan? Tak suka ke?” Dia senyum segaris sambil menggelengkan kepala.

“Saya suka.” Eh? Waa malunya! Jantung aku mula berdetak laju dan sekarang aku rasa nak buat lompat bintang. Perasaan malu bercampur teruja memenuhi segenap ruang hati aku.


*************************************************************************
Alhamdulillah siap lagi satu part! Yeay! Baiklah macam biasa kalau tak suka ka apa sila komen~
(^-^)v

peng'gluta'an hehehe~
* Tadaima: Saya dah pulang
*Okaerinasai: Selamat pulang
*Saitei no otoko: Lelaki yang teruk
*Daikirai: Sangat benci
*Hontou desu ka: Betul ke?

26 comments:

adryz annissa said...

Akak ni suka sangat post mengejut. Nasib baik perasan. Wahhh, rasa macam butterflies berterbangan dalam perut. Hahaha. Awesome like alwayss

jude judy said...

Halu..halu..

Alang-alang jg seliuh ja tangan tu..hihih..or c ice king bagi chance actually? Hahahaha

Norlyana Nasrin said...

@adryz annisa: Hehe biasalah..akak kan mmg ikt suka hati je hehehehe..

Huhu Alhamdulillah, thanks adik~

(^-^)v

Norlyana Nasrin said...

@jude judy: hello~

Hehehe itu rahsia~ muahahahaha...

(^-^)v

Suha Fasihah said...

Tadaima~~~ tak sia2 jenguk...
Hoyeahhh ada sambungan...
oh kesian ice king... haha itulah siapa suruh jd sparring partner selena...

Norlyana Nasrin said...

@Suha Fasihah: Okaerinasai Suha-chan~

Hehehe~ padan muka dia!

Puas sikit hati Selena huhu~

(^-^)v

rozita kadiman said...

salam. Terkejut juga buka2 dah ada update.. selalu lambat... tapi txs for the updated. Giliran ice king pula buli selena tulah nak sgt kerjakan azfarkan... suka2 tak sabar nak tunggu next chapter.

Dilla Don said...

cannot loose my grin at "PAPA's" scene.. hahahha..homaiiiii..

Norlyana Nasrin said...

@rozita kadiman: Waalaikumussalam. Hehehe kebetulan saya ambil cuti isnin jd ada la ms nk update.
Alhamdulillah..insyaAllah nnt saya update lg bl sng.
(^-^)

Norlyana Nasrin said...

@Dilla Don: hehehe..saya pun~

(^-^)v

wan ashida said...

tak sabar nak tunggu episod seterusnya....

Norlyana Nasrin said...

wan ashida: hehe~ sila bertabah

(^-^)v

Nura Ifah said...

waaa!!awesome la akak,patutlah harini rasa macam nak bukak blog akak...terbaik.seperti biasa,saya tunggu next part okeyy?hehe

Norlyana Nasrin said...

@Nura Ifah: Alhamdulillah terima kasih dik hehehe..

InsyaAllah nnt sng, akak update lg ye..

(^-^)v

Anonymous said...

mcm tak teratur.skit..tetiba pulak.selena.boleb jumpa.azfar kat judo tu...by the way best writer saya sukanya...arigatougozaimas...
izz~~~

Aini Yumni said...

Best best besy... kak nak link ceritacisaac dgn amy :)

Norlyana Nasrin said...

@izz: ada explanation dlm bab akan dtg huhu..
Alhamdulillah thanks. (^-^)

syaheira said...

Wah!!best cite...makin x sbr tgu

Norlyana Nasrin said...

@Aini yumni: Ni link dia.
http://isterikuicequeen.blogspot.com/2014/05/the-tale-of-mr-feminine-and-miss.html

Norlyana Nasrin said...

@syaheira: Alhamdulillah terima kasih.

(^-^)v

Tiehah Min said...

nak lagi nK lagi... :) :) +:) ^o^

Norlyana Nasrin said...

@tiehah min : bertabahlah..nnt bl sng akak update lg.

(^-^)v

Anonymous said...

Kak cpat laa update.. xsabar nk bca nie.. best sngt

Norlyana Nasrin said...

@anonymous: huhu dik..disebabkan akak terlalu sibuk maka hjg mggu akak dihabiskan dgn berehat sambil tgk anime..

InsyaAllah nnt bl akak senang akak update ye? huhu sorry...

(^-^)v

Anonymous said...

Best sgt2..saya mmg ske klu watak utama perempuan brutal..brulah org lain x berani nk buli.. Women power..-ikin-

Norlyana Nasrin said...

@ikin: hehehe saya mmg suka watak perempuan yang independent dan tabah.

Alhamdulillah thanks ikin (^-^)v