Kapitalis

Sunday, January 25, 2015

Cerpen: Ice King and Delinquent Queen (Part 3)

Brofist!. goku:do i smell bacon?<br /> vegeta: with or without wings?<br /> knuckletouch.. Indeed, Good Sir.
[kredit]    


Ferrari F12 kubelok masuk ke dalam perkarangan Menara Foo. Tiba sahaja di pintu utama, aku menyerahkan kunci kepada valet yang bertugas. Langkah yang elegan dan yakin kuatur ke meja penyambut tetamu. Seorang pekerja sudah sedia menungguku dengan senyuman.

Welcome Miss Selena, this way please.” Aku mengangguk lalu mengikut pekerja tadi. Tak sampai dua minit, kami tiba di muka pintu sebuah bilik mesyuarat. Pintu dibuka, aku melangkah masuk dengan yakin.

Welcome Queen!” Aku mengangguk sedikit sebelum duduk di kerusi yang disediakan. Kaki kusilang dan wajah-wajah mereka dihadapanku kuteliti. Bilik ini dpenuhi oleh mereka-mereka yang terlibat dengan kerja ‘belakang tabir’ dan boleh dikatakan berupaya mengawal keadaan ekonomi negara.

Queen, dah lama tak tunjuk muka. Kami ingatkan Queen dah…” Gin, salah seorang ketua kumpulan kongsi gelap dan juga ahli perniagaan terkemuka mula membuka bicara setelah lama aku berdiam diri.


“Dah apa? Mati?!” soalku sinis.

“Mana mungkin, aku ingat Queen dah cuci tangan je.” Sengihannya melebar menampakkan barisan gigi yang putih. Dari dulu dia memang seorang yang suka memprovok. Nasib baik dia berjaya aku jinakkan.

“Hmm kenapa korang panggil aku ni?” soalku dengan muka bosan. Dah lama dah aku tak terlibat dengan mereka. Bak kata Gin, aku memang dah cuci tangan dan tak rasa nak ada apa-apa kaitan dengan pakatan ini.

“Dengar kata Queen dah sakitkan hati anak Datuk Bandar? Datuk Bandar tu tengah nak cari orang untuk jahanamkan bisnes Queen.” Hah? Aku terus menghamburkan tawa. Lawak sangatlah setakat kena tegur sikit dah mengadu kat bapak dia.

Queen? Betul ke ni?” soal Lokman dengan muka serius.

“Aku tak sangka ada lagi manusia perangai bodoh macam ni. Aduilah, dah korang tak payah nak buat apa-apa. Tahulah aku nak uruskan macam mana. Aku akan kenakan dia balik dengan cara yang paling ‘bersih’.” Aku mengesat air mata yang keluar dek terlalu banyak ketawa.

“Hmm dia ada suruh budak-budak aku buat hal dekat kawasan perniagaan kau tapi budak-budak aku reject. Gila ke apa nak kacau Queen?!” tambah Rajesh.

“Dia tak tahu lagi White Fox punya ganas macam mana. Queen, kalau kau perlukan bantuan kitorang, kau call je. Tahulah kau dah tak nak terlibat dalam hal-hal macam ni tapi kalau dia buat kasar kita balas kasar!” Jack mengepal penumbuknya. Dalam ramai-ramai, dialah yang paling baran dan sukar nak dikawal tapi dia setia berkhidmat dibawahku.

Pelik memang pelik sebab walaupun aku tak suka perangai lelaki tetapi ahli kumpulanku ramai lelaki dan mereka setia berkhidmat kepadaku. Masing-masing mempunyai sejarah silam yang gelap dan menyedihkan. Mereka tahu erti dan nilai kesetiaan lantas sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan satu-satunya kumpulan yang sanggup menerima mereka.

“Bila aku cakap aku nak berhenti, maksudnya memang aku nak berhenti.” Mataku memandang tajam ke arah mereka. Wajah setiap dari mereka kupandang menyampaikan maksud ketegasanku.

“Aku sangat percayakan kau orang semua dan aku sangat sayangkan White Fox sebab disini kita semua mahu keluar dari kepompong dan mahu jadi luar biasa. Tapi, aku dah serahkan semuanya pada kau orang jadi aku harap kau orang boleh jaga kumpulan kita macam aku jaga dulu. Rahsiakan segala-galanya dan ingat cara kerja White Fox; senyap, bersih dan misteri.” Senyuman aku hadiahkan buat mereka semua.

“Menjunjung perintah, Queen!” Tak habis-habis dengan lawak bangang mereka. Aku ketawa sebelum melangkah keluar dari bilik mesyuarat.







Queen.” Aku yang baru mahu masuk ke dalam keretaku terhenti seketika. Gin mendekatiku dengan senyuman lebar.

“Kenapa?”

“Dengar kata kau sedang mencari ‘King’. Boleh tak aku nak jadi salah seorang calonnya?”Aku menjulingkan mataku ke atas. Ada sahaja benda yang dia nak buat main si Gin ni.

“Gin, tak payah nak bergurau dengan aku. Dah aku nak cepat ni.”

“Aku serius. Aku suka kau Queen.” Wajah Gin yang berubah serius aku pandang untuk kepastian. Sumpah mamat ini kalau bertukar serius memang agak menakutkan!

“Gin, kau aku layan sama sahaja dengan anggota White Fox yang lain. Sorry, you’re just my comrade not more than that.” Gin mengangguk faham sebelum melangkah jauh dari keretaku. Hmm tak sangka Gin yang sinis dan suka memprovok boleh jatuh cinta dengan aku. Aku memasukkan gear pemanduan dan terus meninggalkan Menara Foo.












Lagu The Ghost of You nyanyian My Chemical Romance berkumandang di bilik tidurku. Percaya atau tidak, migrain aku boleh hilang jika mendengar lagu kumpulan ini. Pelik tapi itu yang berlaku. Mendengar lagu sambil membaca manga merupakan cara aku untuk melepaskan tekanan sekali-sekala. Hobi yang langsung tak keperempuanan tapi ada aku kisah?

“Ya Allah, Selena...kau layan lagi baca manga ni?” Isaac yang masuk ke dalam bilik aku terus mengambil tempat disebelahku. Aku membaca manga di meja komputer maka memang dari dulu dia akan duduk sebelah aku sambil melayan manga dan anime bersama-sama. Tak sampai lima minit, dia dah melekat dengan aku depan komputer.

“Weh sekejap la, tak habis baca lagi.”

“Lembablah kau. Cepat sikit aku tak sabar nak tengok teknik baru Kuroko ni!” Isaac mengubah muka surat setelah habis baca.

“Oh aku jumpa dengan kau ni sebab mama cakap dia nak kahwinkan kau dengan Ethan tapi kau tak nak.”

“Hmm biasalah mama tu. Suka sangat pilih pasangan entah apa-apa untuk kita. Dia fikir nak kembangkan bisnes dengan hubungan rapat dengan keluarga Ethan tu sahaja. Bukan kisah Ethan tu baik ke tidak.” Mataku masih tertumpu pada skrin komputer. Isaac hanya ketawa kecil. Dahulu mama membangkang apabila adikku ini mahu berkahwin dengan gadis Melayu beragama Islam kerana risau adik aku terus buang keluarga namun sebaliknya yang berlaku. Isaac semakin menghormatinya dan selalu juga mama memuji-muji Isaac dan Emy dihadapanku.

“Hahaha teringat aku kat kes dia nak aku kahwin dengan Gina dulu. Nasib baiklah masa-masa itu juga aku sedar yang aku sayangkan Emy.” Aku mengangguk dan beralih muka surat manga.

“Mana kau tahu Ethan tu tak baik Selena?” soal Isaac tiba-tiba.

“Dari segi dia bercakap dengan aku dan aku ada buat research sikit pasal dia. Kau macam tak kenal kakak kau ni,” balasku dengan nada bosan. Malas betul nak sebut lagi pasal Ethan yang hipokrit.

White Fox macam mana?” Dalam keluarga aku, hanya Isaac yang tahu pasal penglibatan aku dalam White Fox.

“Masih teguh. Diorang boleh berdiri tanpa aku.” Isaac mengangguk lantas meneguk air suam milikku. Dia ini bukan kira, dari dulu dia memang tak kisah berkongsi apa-apa denganku. Dari kecil lagi dia sahajalah teman aku untuk bermain dan bergaduh.

“Selena kalau kau dah jumpa lelaki yang kau rasa nak kahwin, kau kahwin je. Kali ini biar aku pula tolong kau kalau mama bantah.”

Thanks dude.” Kami melagakan penumbuk bak kata orang kampung aku, ‘brofist’.

“La dua beradik ini dekat sini! Tuan Isaac, cepat turun bawah! Puan Emy dah pecah air ketuban!” Dengan pantas kami turun ke tingkat bawah, Amy yang sedang ditenangkan oleh mama segera dipikul Isaac masuk ke dalam kereta. Fuh nampak jantan sungguhlah Isaac hari ini huhuhu...





“Selena, Suha nak pergi I-City malam ni dengan papa. Selena ikut ye?” suara si comel ditalian membuatkan aku tersenyum tapi...aku yang dalam perjalanan ke hospital nak tak nak terpaksalah menolak.

Sorry Suha, Selena nak pergi hospital ni. Adik Selena nak dapat baby.”

“Haa? Baby? Suha nak pergi tengok boleh? Suha nak tengok baby! Baby mesti comel!” Teruja betul suara Suha ditalian. Aku rasa mesti ice king tu terkejut dengan anak dia yang tiba-tiba menjerit teruja hehehe..

“Boleh nanti bila baby dah lahir, Selena call Suha ye?”

“Hello Selena, bersalin hospital mana?” suara garau si ice king membuatkan hati aku melonjak suka. Hehehe gataiii!!

“M hospital, tau tak kat mana?”

“Tahu. Nanti kami sampai.” Aku tersenyum memerhatikan telefon pintarku. Hmm nampak sangat aku memang dah tertarik dengan ice king ni.

“Siapa tadi?” soal mama yang mungkin pelik melihat anak perempuannya yang asyik tersenyum memandang telefon.

My special one,” balasku selamba. Telefon pintar aku masukkan kembali ke dalam beg tangan. Tiba sahaja dihospital, aku segera keluar dari kereta memanggil jururawat yang bertugas. Bergegas mereka mendapatkan Emy. Emy dimasukkan terus ke bilik bersalin memandangkan bukaan rahimnya sudah 10cm.








“Selena, baby dah keluar ke? Baby girl ke baby boy?” Macam bertih jagung celoteh si Suha yang terus mendapatkan aku sebaik sahaja tiba di hospital.

“Belum lagi. Hari tu check mereka kata baby girl.” Mama dan Isaac disebelah menayangkan muka minta penjelasan.

“Mama, Isaac ni Suha anak kepada Syed Azfar.” Ice king yang hanya mendiamkan diri sejak tadi menunduk sedikit tanda hormat kepada mamaku dn bersalaman dengan Isaac.

“Syed Azfar from Azforce right? Nice to meet you! Syarikat kami memang pakai khidmat Azforce dari dulu.” Mama dengan gembira beramah mesra dengan ice king. Tak sangka mama aku kenal ice king ni.

Nice to meet you too Madam Yeung.”

So, this is your daughter? Isteri tak datang?” Berubah sedikit wajah ice king sebelum kembali tak beriak.

“Isteri saya meninggal dunia sewaktu melahirkan anak saya.”

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un,” ucap Isaac perlahan.

“Awak Muslim?” soal ice king kepada Isaac. Mungkin pelik mendengar apek comel tiba-tiba cakap Arab.

“Ya, kembali fitrah sebelum berkahwin dengan isteri saya.”

“Alhamdulillah.”

“Hmm saya sebenarnya tak boleh tengok darah jadi saya tak dapat nak masuk temankan isteri saya.” Dari nadanya, aku tahu yang adik aku sedang dalam keadaan terkilan. Isaac memang tak boleh tengok darah sejak dari kecil lagi. Silap hari bulan doktor kena tambah lagi satu katil pula untuk si suami dek pengsan akibat tengok darah.

“Isaac boleh buat solat hajat. Minta pada Allah supaya dipermudahkan segalanya. Marilah saya temankan Isaac. Awak jagakan Suha boleh?” Pinta ice king kepadaku. Tenggelam sekejap apabila dia merenung tepat ke dalam mata aku. Dengan kadar segera jugalah aku mengangguk.






Hampir satu jam jugalah Emy bertarung didalam bilik bersalin untuk melahirkan puteri sulung untuk dia dan Isaac. Ice king terpaksa menunggu sama dek Suha yang terlalu ingin nak melihat bayi yang baru lahir.

“Papa, baby tu kulit dia merah.” Aku mengusap-usap kepala Suha. Nasib baiklah bilik yang diduduki oleh Emy boleh kata besar juga kalau tak memang bersempit-sempitlah. Keluarga aku memang aku, mama dan Isaac sahaja tapi keluarga Emy....hahaha memang ramai.

“Nanti bila baby dah besar sikit, Suha bolehlah main dengan dia.” Suha mengangguk dengan kata-kataku. Memang sekarang ini aku pun tak berani nak pegang.


“Papa, Suha nak adik?” Huk?! Okey permintaan Suha  yang tiba-tiba kali ini memang buat aku dan ice king terdiam seribu bahasa. Alahai Suha yang comel lagi bijak bestari, macam manalah nak dapatkan adik untuk Suha? Melainkan.....

*************************************************************************
Alhamdulillah siap juga lagi satu part. Minta maaf sangat-sangat sebab tak boleh nak update laju-laju. Terima kasih kepada yang masih sudi menunggu dan membaca kesengalan saya disini. Macam biasa tak suka ka apa sila komen ye?
(^-^)v

22 comments:

Anonymous said...

sambung lagi

Anonymous said...

Yeayy..suha bleh dpt adik syg..tggu selena tawen ngn papa suha..hahahaha.. sis update lelaju pasnih.. x sabaq aih nak tau kisah lanjut pasal kak yong kawasan nih..hahaha

Anonymous said...

Nak lagi

Norlyana Nasrin said...

Anonymous sekalian..ahaha aci dak semua letak skali..hehehe...insyaAllah saya akan sambung secepat yang boleh.

Alhamdulillah dan terima kasih kat hangpa semua yang sudi baca dan komen disini. I really appreciate it! Arigatogozaimasu!

Hamba Allah said...

Salam. X sangka btol queen tu title besar. Ptut relex je. Menghiburkan dan mesej dsampaikn jelas. Syabas.

Norlyana Nasrin said...

Waalaikumussalam. Alhamdulillah terima kasih.

Sengaja buat cerita kali ni sengal sikit.
(^-^)

adryz annissa said...

Wuhuu, akak nak buat berapa part ni? Tak sabarnya nak tunggu diorang kahwin...

Norlyana Nasrin said...

@adryz annisa: honestly speaking, I didn't even thought on that.
InsyaAllah akak try buat takat mana akak rasa nk buat hehehehe...
(^-^)v

jude judy said...

ada part kungfu-kungfu ka pas ni?

Really cant wait....

good job!

Anonymous said...

Best3..hope sis dpt smbg cpt2.xsbr nk bc next part.gud luck sis..

syaheira said...

setiap hari mesti akan bukak page ni..utk tgk ada x cerita baru yang di update nye..
by the way, cerita menarik..
thumbs up

Norlyana Nasrin said...

@jude judy: brilliant! Haha thanks bg idea kat akak.

InsyaAllah akak try update lelaju noh?

Norlyana Nasrin said...

@anonymous 25/1/2015 7.51pm: Alhamdulillah, insyaAllah saya try noh? Terima kasih.

aTie said...

Best le... cepat la sambung ye...

Norlyana Nasrin said...

@syaheira: waa Alhamdulillah, terima kasih! Really appreciate that!
InsyaAllah akan trs memperbaiki mutu kesengalan dari masa ke masa.
(^-^)v

Norlyana Nasrin said...

@aTie: Alhamdulillah semua dari Allah. InsyaAllah saya cuba sambung secepat yg boleh.
(^-^)v

rozita kadiman said...

bestlah suka dgn kesengalan Selena. Hehe anak dah keluar soalan cepu mas bila pula bapa dia yg keras tu nak cairkan Selena.. hehe. tak sabra nak tunggu next chapter.

Norlyana Nasrin said...

@rozita kadiman: Alhamdulillah, terima kasih.
Hehe ice king x buat apa2 pun blh buat Selena cair, bygkn klu tetiba ice king romantic? Pengsan Selena...hahaha
InsyaAllah saya try update secepat mungkin.
(^-^)v

Manusiaituaku said...

follower #100..nice blog...

Norlyana Nasrin said...

@Manusiaituaku: Waa congrats! Alhamdulillah..Thank you
(^-^)v

Nura Ifah said...

akak..saya slalu bukak blog akak n bace citer akak..terbaik!sambung la lagiii

Norlyana Nasrin said...

@Nura Ifah: Alhamdulillah, terima kasih dik.

InsyaAllah, akak tengah dalam proses nak mengupdate gak ni. hehehe~

(^-^)v