Kapitalis

Sunday, March 8, 2015

Cerpen: Ice King and Delinquent Queen (Part 7)

[kredit]  

Ice king yang sedang berenang kuperhati dari tepi kolam renang. Suha turut menyertai papanya setelah selesai aktiviti membuat cheesecake. Ikutkan rasa hati, nak aje aku bertukar ke pakaian mandi dan menyertai mereka berdua tapi...Isaac dah beri amaran supaya aku tak membuat sesuatu yang boleh mendatangkan fitnah kepada aku dan ice king selagi kami masih belum mendirikan rumah tangga. Hmm payah juga jadi orang Islam ini ye?

Lamunanku terhenti apabila Suha berenang mendekatiku.

“Ye Suha nak air ke?” Pantas anak itu menggelengkan kepalanya.

“Selena, papa tanya, nak tak jadi mama Suha?” Mama dia? Eh????!!!!!! Gelap terus dunia aku..






Gamat suasana bilikku dengan gelak tawa Isaac dan Emy. Tadi boleh pula aku pengsan ditepi kolam renang dek terlalu terkejut. Suha dan ice king masing-masing menayang muka risau sebaik sahaja aku terjaga.

“Isaac, kalau kau tak senyap dalam masa seminit, aku upload gambar kau pakai baju pengantin dalam Instagram.” Terdiam terus tawa mereka berdua dengan amaran aku. Siapa lagi yang berani bersuara kalau aku dah mula keluarkan amaran?

“Selena.” Ice king menghulurkan segelas air sejuk kepadaku. Memerah mukaku bila teringatkan lamaran ice king yang berjaya ‘memengsankan’ Queen of White Fox.

“Minta maaf jika cara saya bertanya tadi membuatkan Selena tak selesa.” Eh kenapa ice king tayang muka sedih? Walaupun tak ketara tapi, sejak jatuh hati dengan ice king, sekecil mana pun perubahan wajahnya, aku mesti dapat kesan dengan cepat.

“Minta maaf? Buat apa?” soalku dengan malu yang masih menebal.

“Saya tanya dulu sebelum buat secara rasmi.”

“Apa bendanya yang rasmi Abang Far?” Amboi Isaac, dah siap bagi nama manja kat ice king!

"Err..saya..”

“Dah cukup! Nanti kita bincang ye? Saya ada perkara nak beritahu awak. Selepas dari itu barulah kita buat keputusan okey?” tegahku sebelum terlambat. Aku perlu ceritakan tentang White Fox kepada ice king. Jika dia masih boleh menerimaku selepas itu, maka dia memang ditakdirkan untuk aku.







Seminggu juga aku tak berhubung dengan ice king mahupun Suha. Kononnya mahu tenangkan fikiran dengan bercuti tapi masuk hari yang ketiga aku dah mula nak sasau sebab rindu kat Suha. Nak hilangkan rasa rindu, aku mengambil kelas mempelajari agama Islam di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Terharu aku dengan layanan baik yang diberikan oleh pemilik homestay yang aku duduki apabila aku menyuarakan hasrat untuk mempelajari tentang agama Islam. Pantas dicarinya kelas untuk mualaf dan memperkenalkan aku dengan seorang ustazah yang banyak membantuku sepanjang aku disini.

“Selena maghi make!”

“Ye mokcik!” Komputer riba aku tutup dan kutinggalkan begitu sahaja diatas katil. Hari ini aku akan bertolak pulang ke pangkuan mereka yang menantiku dengan sabar ehey~



Hello.” Suara garau ice king dari hujung talian membuatkan hatiku berdebar-debar.

It’s me, Selena.”

I know. So what’s up?” Mak aih bukan main dingin ice king ni! Marah aku tak call dia banyak hari ke?

“Azfar, let’s meet up?”

“2 o’clock at Melur and Thyme Nu Sentral.” Klik! Talian diputuskan sebelum sempat aku menjawab. Mama, Selena kena buli dengan ice king!








“Grilled lamb cutlet, rice and hot green tea.”

“Gambas in salsa, rice and peach tea.”

Masing-masing pakat buat filem bisu selepas pelayan restoran jauh meninggalkan kami. Oh baru perasan yang ini kali kedua kami makan berdua. Selalunya Suha mesti menyelit sekali hehehe..haih rindu pula kat budak tu.

“Hmm saya minta maaf sebab hilang tiba-tiba.” Ice king memandang wajahku seketika sebelum mengangguk konon faham situasi aku. Padahal aku tahu dia tengah bengang lagi ahaha..

“Saya pergi bercuti untuk tenangkan fikiran dan saya bersyukur sebab saya dah ada jawapan untuk pertanyaan awak hari tu.” Dia menjungkitkan sebelah keningnya sambil memandang wajahku. Aku menarik nafas panjang sebelum meneruskan kata-kataku.

“Sebelum itu, awak tahu pasal White Fox?”

“Kumpulan yang bergerak secara senyap tapi mampu membuat negara huru-hara dengan pengaruh yang mereka ada. Kenapa dengan White Fox?”

“Awak tahu pengasasnya ialah seorang wanita?” Dia menggelengkan kepala.

“Terlalu banyak rahsia tentang White Fox. Kumpulan itu bagaikan mitos tapi sebenarnya wujud.” Matanya memandang jauh ke luar restoran. Hmm ada ahli White Fox yang cari pasal dengan Azforce ke? Setahu aku kami cuma ‘memerangi’ ahli politik atau kumpulan yang cuba membuat onar.

“Awak benci White Fox?” Dia memandang tajam wajahku sebelum melemparkan semula pandangannya ke luar restoran.

“Buat apa nak benci? Mereka tak pernah timbulkan masalah kepada orang ramai pun.” Fuh, lega!

“Sebenarnya.....sayalah pengasasnya.” Ice king terdiam seketika sebelum menguntumkan senyum kepadaku. Walaupun tak sampai lima saat tapi cukup untuk melegakan hatiku.

“Sebab itu ke awak ‘lari’ seminggu selepas saya melamar?” Aku menganggukkan kepalaku. Memang aku takut jika ice king dan Suha menjauhiku setelah mengetahui identiti sebenarku. Walaupun sudah tak terlibat dengan White Fox tapi ianya tak dapat memadamkan hakikat yang aku adalah pengasas White Fox.

Queen of White Fox to be specific. Sukar untuk saya nak terangkan pada awak sebab saya takut awak dan Suha akan hindarkan diri dari berjumpa dengan saya. Saya....”

“Selena, awak ingat saya ini akan rapat dengan seseorang tanpa menyiasat apa-apa tentang dia ke?”Sekarang aku pula yang terkejut dengan kenyataan dari ice king. Dia ini...

“Hmm saya dah tahu pasal hal tu masa kita pergi I-City dulu.” Patutlah dia macam tak stabil hari itu. Tak pasal-pasal kena pulau dengan aku sekejap.

“Pada mulanya saya agak ragu-ragu dengan  niat awak rapat dengan Suha. Tapi semua itu berubah bila awak menangis depan saya.” Serentak senyuman sinis dilemparkan kepadaku. Aish rasa nak lesing-lesing juga ice king ni tapi...serius comel bila dia senyum macam tu! Sudah, aku ada masalah split personality ke?!

“Saya siasat tentang awak dari awal penglibatan sehinggalah awak buat hal perangkap anak Datuk Bandar hari tu.” Dia melepaskan tawa kecil namun segera berhenti apabila pelayan restoran menghantar makanan ke meja kami.

“Pasal Gin itu pun saya ada siasat juga.” Eh apasal pula?

“Risau pula tiba-tiba dia muncul dan dari situ saya tahu yang awak dah tinggalkan White Fox.”

White Fox adalah sejarah lama saya dan saya tak mungkin dapat ubah sejarah. I’ve become self-concious the moment I fall in love with you. Saya gembira dan takut dalam masa yang sama. Saya gembira bila bersama dengan awak dan Suha tapi..”

“Awak takut jika saya anggap awak sebagai satu ancaman buat keselamatan keluarga saya ke? Don’t be silly Selena! Azforce tak akan terbina jika saya ada sifat pengecut seperti itu!” Keras! Wajah tegang dan kecewa ice king jelas terpancar.

“Sayalah pengecuti tu bukan awak!” Air mata aku mula nak mengalir lagi. Aduh, rapuh betul aku bila berdepan dengan ice king ni..

“Selena, jangan risaukan perkara yang bukan-bukan. Saya lamar awak setelah saya yakin yang saya boleh jaga awak selagi hayat dikandung badan dan saya tahu awak sayangkan Suha sama seperti saya sayangkan anak perempuan saya tu.” Pantas aku mengangguk. Memang aku sayangkan Suha, bidadari kecil yang boleh buatkan aku tersenyum.

“Nanti saya akan ke rumah awak untuk meminta izin dari mama awak. Maaf, saya tak buat mengikut adat sebab mak saya tak ada di Malaysia.” Aku hanya mengangguk. Air mata aku ni tak reti-reti nak berhenti mengalir ke? Dahlah ramai pelanggan yang dok mengusha kami dari tadi! Kot ingat aku kena buli dengan ice king ni ke?

“Awak tahukan jika ingin berkahwin dengan saya, awak perlu memeluk agama Islam?”

“Saya tahu dan saya dah belajar sedikit sebanyak tentang Islam dan sudah bersedia.” Ice king tersenyum lagi. Hari ini rasanya banyak kali juga aku tengok dia senyum.

“Baiklah. Oh ye, saya tak pernah dengar pasal ayah awak. Dia macam mana?” Tersentak aku dengan pertanyaan ice king yang tiba-tiba.

“Makan cepat, saya nak kena balik butik.” Aku meneruskan suapan bagaikan tak ada apa-apa yang berlaku.








“Isaac, malam ini kita akan mati.” Aku memeluk tubuh adikku yang masih lena. Jeritan menggila diluar bilik menakutkan aku dan dengan pantas aku menutup telinga adikku. Bimbang jika Isaac terjaga dan menambahkan lagi kekalutan.

“Apa yang aku dapat besarkan anak-anak kau hah, Madam Yeung?!” Prang!! Bunyi sesuatu yang pecah diluar bilik membuatkan aku tersentak. Aku menggigil ketakutan dan air mataku merembes keluar dengan laju.

“Mereka anak awak juga! Sampai ha..” Pang! Bunyi suara mama yang teresak-esak menangis menguatkan sangkaan aku yang mama ditampar kuat oleh lelaki yang aku benci mahu memanggilnya sebagai ‘papa’. Lelaki dayus yang kuat berjudi. Bila kalah judi, habis barang-barang rumah dijual dan yang mana tak berharga, dicampak untuk melepaskan geram. Bodoh punya jantan!

“Hah! Anak-anak pembawa sial! Baik aku jual sahaja mereka!”

“Jangan apa-apakan mereka! Mereka nyawa saya!” jeritan mama dengan sendu tangis membuatkan aku berasa sangat marah. Benarkah aku anak kandung lelaki durjana itu?

“Ke kau yang nak kena jual Madam Yeung?” Celaka punya jantan! Aku yang sudah tak dapat menahan kemarahan meletakkan Isaac ke dalam babys’ crib sebelum melangkah keluar dari bilik persembunyianku. Ayat dari lelaki durjana itu bagaikan menekan suis kemarahan menggila dalam otakku.

“Kau nak apa sial?!” Aku memandang tajam ke arah lelaki yang cukup membencikan itu. Sepanjang hayat, aku tak pernah merasa kasih sayang dari lelaki ini!

“Kau boleh pergi mati dengan ayat sial kau tu!” jeritku lantang. Hujan lebat berserta guruh berdentum diluar tak sedikit pun mengentarkan aku. Aku sudah nekad! Kalau mati pun aku puas sebab dapat meluahkan apa yang sudah lama aku tahan dalam hatiku.

“Kurang ajar punya anak!” Sebuah penumbuk dilayangkan ke mukaku. Aku sempat mengelak dan aku terus menendang kaki lelaki durjana itu. Tubuhnya rebah ke lantai rumah kami. Mama berlari mendapatkanku. Risau jika lelaki durjana itu bangun dan terus memukulku lagi mungkin..

Setelah lima minit, lelaki itu masih tak bangun-bangun. Aku memberanikan diri memeriksa tubuhnya. Keras dan kejung. Matanya terbeliak bagaikan sedang menyaksikan sesuatu yang mengerikan. Tiada denyutan nadi diurat lehernya. Aku mula berasa takut lantas memeluk mamaku.

“Lelaki tu dah mati. Selena dah bunuh papa. Selena pembunuh!” jeritku bagaikan orang histeria. Mama memelukku dan mengusap tubuhku.


“Jangan risau, mama akan lindungi kamu. Dia mati sebab jatuh secara tak sengaja. Dia memang patut mati.” Aku dan mama menangis sehinggalah polis dan ambulans datang. Jiran kami yang mendengar amukan papa menelefon polis kerana risau kami diapa-apakan. Dari hasil siasatan, papa mati akibat serangan jantung mendadak. Mama membina semula hidupnya setelah kematian lelaki durjana itu sehinggalah berjaya. Aku? Membesar dengan perasaan prajudis pada kaum lelaki kecuali pada adikku.

*******************************************************************************

Alhamdulillah dan saya minta maaf sangat-sangat sebab lambat sangat update. Maaf tak terkira sebab saya sangatlah sibuk memandang semester sudah bermula. Jujur saya cakap, saya agak stress dengan bebanan kerja sehinggakan saya procrastinating buat beberapa hari.

Okey dah tak mahu negatif lagi! Macam biasa kalau tak suka ka apa sila komen okey?

(^-^)

14 comments:

Suha Fasihah said...

It's okay sis... Sy faham... Hehehe...
Semoga dgn menulis ni dpt kurangkan stress...
Best!!

Norlyana Nasrin said...

@Suha Fasihah: Huhu terima kasih kerana memahami..

Alhamdulillah, hlg skit stress lps menulis. Thanks ye.

Oh ye tggu jg update novel dr Suha.
(^-^)v

Nura Ifah said...

Warghh..akak mmg hebat!Citer akak mmg best!Tak sangka dapat baca citer ni harini.akak..buku tu bila akan diterbitkan?Harap2 secepat yg mungkin ye,kak?Saya x sabar nk beli..hehe.ape2 pon..sambung la citer..saya tunggu!

Norlyana Nasrin said...

@Nura Ifah: hehe bwk bertenang dik. Alhamdulillah semua dr Allah. Sekarang akak tgh buat 1 lg cerpen khas untuk dimuatkan dlm buku tu. InsyaAllah akak cuba usahakan secepat mungkin ye?
(^-^)v

Suha Fasihah said...

Huarghhh... Sy sendiri down dgn novel tu... Idea ada tapi bila nak taip tu laa masalahnya... Ni baru siap cerpen baru... Insya Allah akan post kt blog hari isnin atau selasa... Lps tu kena jugak tabahkan hati sambung novel... Sis bg sikit tips nak istiqomah tulis novel ;) Sis dah ada pengalaman...

Norlyana Nasrin said...

@Suha: Bertabahlah Suha-chan! Biasalah tu, kte pn mcm tu gak..cara nk istiqomah ialah ttpkn tempoh ms nk post n buat matlamat sndr..hehe pepandai bg nsht tp dr sndr pn...ahahahahahaha....yg penting be happy while you're writing.
(^-^)v

ct.kz said...

wahh rsa mcm nk mlompat bla bka blog,sis da update part 7..heeeee :) thnks sis 4 great crpen..pasni hope sis update lelaju yerr..wish u luck sis..
p/s: sy dh trmmpi2 ni nk pluk bku sis.. ^_^

Suha Fasihah said...

Kalau waktu ayat mampu disusun dan jejari boleh terus menaip tu mmg Sgt happy... Datang waktu yang rasa nak menaip tp tak dapat taip sepatah perkataan tu laa yg seksa jiwa raga...

Anyway, thanks for the tips... Insya Allah boleh cuba :D

Norlyana Nasrin said...

@Suha: InsyaAllah anda blh! Woohoo!
Same here. That's what we call as writer's block. Pernah gak jd tp kte trs menaip smpi inspirasi tu dtg blk.

Selamat mencuba~ (^-^)v

Norlyana Nasrin said...

@ct.kz: hehe Alhamdulillah..
insyaAllah saya cuba ye?
Buku saya masih dlm pembikinan. InsyaAllah bl dh selesai, saya beritahu di sini ye?

Sekarang saya tgh mencari kilang pencetakan. Kalau ada cdgn nlh beritahu saya.
(^-^)v

La Dolce said...

I saw Usui here ~ Haha. Saya suka cerpen akak ^.^ BigFan !! :)

Norlyana Nasrin said...

@La Dolce: Hehe I freaking love Usui ahaha...

Terima kasih (^-^)v

Jangan lupa dapatkan buku koleksi cerpen akak bila dah keluar nanti ye?

rozita kadiman said...

TX for the update walaupun sibuk tetap juga berkarya. Good job and semoga berjaya dlm both belajar and menulis.Tak sangka ice king nie lebh advance. Hehe...

Norlyana Nasrin said...

@Rozita kadiman: Alhamdulillah sama2. Sebab ini jg cara saya nk hlgkn skit stress. Saya dh 2 tahun tamat belajar & kini bekerja di university.

Hehe ice king ni diam2 berisi. Oenuh dengan kejutan dan sgt menghargai org yg dia syg dgn caranya. Ehey~

(^-^)v