Kapitalis

Sunday, May 10, 2015

Cerpen: Lovely Otaku (Part 3)

[kredit]  

Aksi seorang pelajar lelaki melompat dengan papan luncurnya membuatkan aku ternganga seketika. Serius tak takut mati ke?! Di sudut yang lain terdapat beberapa pelajar memanjat tembok batu yang tinggi tahap boleh buat aku rasa gayat walhal aku cuma menonton dari jauh.

“Menung apa tu?” Mamat selamba menghulurkan sebotol air mineral kepadaku. Dia? Punya sedap dok makan aiskrim tapi kat aku beli air mineral je. Huh! Sekejap..salah aku juga sebab pernah cakap yang aku tak berapa minat benda manis tapi…..aku suka aiskrimlah!

“Kenapa ajak saya datang sini, Dr Hilal?” soalku sebelum meneguk air mineral yang diberi.


“Oh ye jom masuk stadium.” Langkahnya dipanjangkan ke pintu stadium sukan universiti. Ramai pelajar sudah memenuhi stadium dan masing-masing menunjukkan wajah ceria dan teruja. Ada pertandingan ratu cantik ke?


“Ai tengok sana.” Aku melihat ke arah yang ditunjuk oleh mamat selamba. Terdapat beberapa pemain bola keranjang yang tinggi mereka aku agak semuanya lebih 180cm. Masing-masinng sedang mendengar penerangan dari jurulatih dan salah seorang dari mereka sangat menonjol. Oh ye, siapa lagi kalau bukan Raiqarl, The No Caffeine guy!

“Raiqarl main basketball?” Mamat selamba itu hanya mengangguk sebelum mengambil tempat duduk belakang kerusi pemain. Fuhyoo tempat VIP ni!

“Dia pernah main sampai jadi wakil negeri dan bila ditawarkan untuk bermain secara professional dia menolak. Baru-baru ni baru dia main semula untuk lepas gian.”

“Raiqarl kerja apa ye Dr Hilal?”

“Dia saintis di Jabatan Meteorologi. Bahagian apa saya tak pasti tapi dia memang kerja tak tentu masa. Game dah start!” Puding yang dibeli dari Komugi dikeluarkan dari beg dan dia mula makan. Aduilah mamat selamba ini. Tak pernah-pernah aku tengok orang yang kemaruk makan macam dia ini. Makan-makan pun, mata dia tak lepas dari menonton perlawanan.

Perlawanan boleh dikatakan sengit dan aksi kedua-dua belah pasukan cukup membuatkan stadium gamat. Masing-masing menonjolkan skil yang menarik dan dalam tak sedar aku bersorak untuk Raiqarl sehinggakan mamat selamba menyinggung bahu aku. Malu weh sebab perempuan yang duduk sebelah aku ini asyik memandang aku dengan pandangan tajam. Fangirl si Raiqarl ke apa?




Tamat masa pertama perlawanan, Raiqarl berlari-lari anak ke arah kami. Tapi tak sempat sampai dah kena kerumun dengan peminat-peminatnya. Tak sangka mamat pemalu ini ada ramai peminat dan tekalah kaum mana yang ramai? Semestinya perempuan. Tak kira apa bangsa semuanya berebut nak bergambar dengan Raiqarl dan ada yang nak cuba memeluk tubuh tinggi Raiqarl namun sempat dihalang oleh ahli-ahli pasukan Raiqarl yang datang menghulurkan bantuan. Serius apasal popular sangat The No Caffeine Guy ini?

“Ai, Hilal..” Raiqarl menegur dengan muka merah padam. Malu sebab dikerumun sebegitu mungkin. Peluh yang merintik didahi dan dilengan membuatkan Raiqarl nampak…errr seksi?!

“Kau masih popular seperti dulu.” Raiqarl meraup mukanya sambil menggelengkan kepalanya.

I’m traumatized by them okay? Ai ikut kita ke hari ini?” Ikut pergi mana pula?

“Terpulang pada Ai.” Selamba benar cara si mamat selamba ini menjawab. Nak ajak ke tidak dia ini?

“Pedulikan dia Ai. Hmm kami nak ke Pertak. Ai nak ikut?” Berkelah ke? Aku baru rancang nak habiskan anime baru yang aku muat turun malam tadi. Tapi…sekali-sekala keluar pun bagus untuk tenangkan fikiran aku kan?

“Ai beritahu papa Ai dulu.” Telefon aku keluarkan dari dalam beg dan nombor papa aku dial. Harap-harap papa bagi.






Pertak. Tempat yang terkenal sebab banyak nyawa yang terkorban disini akibat beraktiviti ketika musim hujan. Mula-mula aku agak pelik bila si mamat selamba membelok masuk ke kawasan perkampungan orang asli tapi bila dengar bunyi air terjun, aku dah mula rasa seronok dan buka tingkap. Pandailah mamat selamba itu tutup penghawa dingin.

Tadi papa memberikan aku kebenaran tapi dengan syarat, aku perlu membawa dua orang kawan perempuan aku pergi bersama. Masa aku balik mengambil baju, mamat selamba dan mamat pemalu itu di’temu’ ramah oleh papa. Mama? Nasib baik dia tak ada sebab pergi membeli-belah kalau tak jangan harap aku nak keluar macam ini. Tak habis-habis nak mengongkong!

Kim dan Fiona aku ajak untuk menemaniku. Nasib baik kedua-duanya bersetuju dan memang dah lama tak pergi mandi air terjun. Paling tak boleh blah bila si Kim ingat nak bawa bikini. Mahu Raiqarl terus balik rumah.

“Waa sini tak ramai sangat ye? Dulu saya pergi Sungai Chiling dan sana sangat ramai.” Mamat selamba itu senyum dengan kata-kata Kim.

“Kat sana sebab dah dikomersialkan dengan ada fish sanctuary bagai. Kat sini tak begitu dikomersialkan sebab ada banyak kes kematian. Jadi kamu semua berhati-hati ye?” Nasihat mamat selamba yang dah masuk mode pensyarah.

“Betul. Saya ada baca juga berita pasal orang mati lemas disini tapi selalunya ia berlaku pada musim hujan. Hmm kalau dah maut menjemput..tapi jangan risau kami akan berhati-hati doktor.” Fiona dengan gaya ketua kelas membuatkan aku rasa nak ketawa tapi aku tahan. Aku membantu Raiqarl membina khemah untuk menukar baju dan meletakkan barang-barang. Manakala yang lain membawa keluar barangan dari bonet kereta. Selesai membina khemah. Aku duduk berehat diatas batu yang sudah dialas dengan tikar.

“Hmm nak makan dulu atau mandi?” soal Raiqarl kepada semua. Masing-masing macam terlalu teruja mengeluarkan bekal makanan yang dibawa dan yang paling menonjol keterujaan itu adalah mamat selamba.

“Saya rasa kita makan sedikit dulu sebelum mandi.” Raiqarl mengangguk dengan cadanganku. Yang lain? Cepat-cepat ambil pinggan dan mula menghidang. Hahaha lawak betul perangai masing-masing. Selesai makan, semua pakat berendam berdekatan dengan air terjun. Disebabkan tempat ini agak terpencil, hanya dua keluarga selain kami yang berkelah disini.

Aku berenang perlahan sambil menikmati keindahan alam. Aku memang suka main air tapi aku tak suka mandi laut. Hahaha pelik ke? Aku yang pernah tercekik air laut memang terus tak suka mandi laut. Selalunya aku akan berenang di kolam renang dirumah atau di pusat sukan universiti. Sedang aku berenang, aku terdengar suara seorang kanak-kanak riang bermain air. Aku hanya memerhatikan sahaja gelagat kanak-kanak itu yang bermain tanpa pengawasan ibubapa. Kiri-kanan aku toleh mencari ibubapa kanak-kanak tersebut.

Bush!

Kanak-kanak itu terjatuh ke dalam air dan aku dengan pantas berenang untuk menyelamatkan kanak-kanak malang itu. Sebaik sahaja dapat menangkap tubuh kanak-kanak itu, aku cuba berenang ke tepi namun bagaikan ada satu kuasa lain yang turut menarik tubuhku tenggelam dan kanak-kanak itu hilang dari peganganku. Eh? Sayup kedengaran suara memanggil-manggil namaku dan berusaha menarik tubuhku keluar dari air. Aku yang bagaikan disedut segala tenaga pengsan sebaik sahaja ditarik keluar.







Silau! Sebaik sahaja aku membuka mata, aku melihat wajah risau Kim dan Fiona. Raiqarl dan mamat selamba langsung tak kelihatan.

“Dr Hilal dan Raiqarl tengah solat.” Bagaikan dapat membaca otakku, Fiona menerangkan sambil membantu aku untuk duduk. Sekejap, kami semua kat mana? Ini bukan tempat air terjun tadi.

Where are we?”

Well, we’re in Raiqarl’s family house. Kau pengsan tadi dan mula meracau jadi Raiqarl bawa kau ke sini untuk berubat dengan nenek dia.” Kim menghulurkan air untuk aku minum. Air aku teguk perlahan dan otakku pusing mengingatkan kembali apa yang telah terjadi.

“Kami pelik bila tengok kau tiba-tiba berhenti berenang dan mula tenggelam. Kau macam pegang something dan bila Dr Hilal selamatkan kau, kau macam kena tarik.” Bulu roma aku dah mula meremang. Pegang sesuatu? Oh kanak-kanak itu!

“Aku nampak ada budak kecil jatuh dalam air jadi aku pergi selamatkan dia.” Membulat mata Kim dan Fiona bila aku menyebut pasal budak kecil.

“Jujur aku cakap, keluarga yang berkelah sekali dengan kita itu anak-anak diorang mandi dikawasan cetek dan tak ada yang mandi dekat tempat kita tadi sebab dalam. Kau nampak apa sebenarnya ni Ai?” Tegak terus bulu roma dan aku pengsan sekali lagi.

“Ai!!”






Dalam manga yang aku baca, payah sekali aku nak jumpa cerita dimana watak utama disampuk dan pengsan berkali-kali macam aku. Hahaha..lawaklah sangat padahal setiap kali teringat, seluruh bulu roma aku akan menegak. Nampaknya lepas ini aku tak akan mandi disungai lagi. Aish rugi...

Balik rumah sahaja, aku dimarahi mama kerana tidur diluar. Bila aku katakan yang aku disampuk, mama terus memarahi aku dan mengatakan ianya adalah balasan sebab aku pergi tanpa pengetahuan dan kebenaran dia. Err..yeke? Entah.



Baju kimono Gintoki milik pelanggan aku sudah siap dan esok aku akan menghantar sendiri baju ini kepada pelanggan aku itu. Permintaan dari pelanggan itu sendiri memandangkan dia tak percaya dengan servis pos di negara ini yang katanya selalu sahaja barangnya hilang. Aku tak reti nak cakap apa sebab aku tak pernah pun hilang apa-apa barang sepanjang mengunakan perkhidmatan pos.

“Tak tidur lagi?” Gin yang baru pulang dari kerja menegurku yang sedang duduk menikmati air teh didapur. Aktiviti mencari ketenangan selepas kerja siap konon.

“Sekejap lagi. Kenapa lambat sangat balik abang?” Abang Gin hanya melemparkan senyuman dan duduk disebelahku.

“Banyak kerja. Ada lagi teh?”

“Ada.” Aku menuangkan secawan teh untuk abangku. Muka dia nampak tak gembira. Kenapa ye?

“Abang penat?” Dia menggeleng lalu menghirup teh  dengan perlahan.


“Heartbroken. Okay gotta go. Thanks for the tea Ai.” Oh patah hati. Ehhh??? Siapa yang kecewakan Abang Gin aku ini?!


**************************************************************************
Alhamdulillah siap juga. Maaf sebab lambat. Macam biasa tak suka ka apa sila komen. Oh ye sila undi ye untuk cover buku saya tu. Sila undi di sini. Terima kasih ye.

(^-^)v

8 comments:

Suha Fasihah said...

Disampuk dan pengsan berkali2... Haha!

Nice! As always :)

Norlyana Nasrin said...

@Suha: Hehe alhamdulillah thanks Suha~

(^-^)v

Anonymous said...

Thanks akak. Huhu. Bersinar-sinar hidup saya lepas dapat entry baru ni. Hahahaha. Peace yo!

(^-^)v

Norlyana Nasrin said...

Hahaha you're welcome. Bertabahlah insyaAllah ada kelapangan, akak update lagi.

(^-^)v

lisanna said...

Semua cerpen best.. xsabar menunggu sambungan isteriku ice queen.. hrp disambung ye..

Norlyana Nasrin said...

@lisanna: IRA akak cdg nk publish dlm bntk buku. InsyaAllah akan menyusul selepas buku koleksi cerpen.
(^-^)v

Cahaya Princess said...

Nice story .....x pelik pon kalo suka main air tapi x suka air laut....saya suka pantai n' air tapi x suka berenang.....yg ni macam mne pulak ....hehehehhe

Norlyana Nasrin said...

@Cahaya Princess: Alhamdulillah terima kasih sebab sudi baca dan komen.

Hehehe saya pula gila berenang tapi tak suka air laut.

X pelik pun sebab setiap kita ada minat berbeza huhuhuhu~

(^-^)v