Kapitalis

Thursday, July 31, 2014

Cerpen: Bercinta Dengan Mamat Downy (Part 4)

taken from here  


Majlis pernikahan aku dengan si mamat Downy berjalan dengan lancar hasil usaha kedua ibubapaku dan orang kampung yang datang bergotong-royong. Dua ekor lembu ayah aku tumbangkan semata-mata nak meraikan anak tomboy dia ini dah berkahwin. Ramai jugalah orang kampung yang datang sempena meraikan kenduri sebelahku. Ada antara mereka yang membuat cerita mengatakan yang aku memaksa si mamat Downy itu berkahwin dengan aku. Aduilah, imej apa yang diorang nampak kat aku ni?!


“Subhanallah, cantiknya kamu Zuyyin.” Kak Melur, mak andam yang mak upah untuk mengandamku memuji-muji wajahku setelah disolek. Solekan ini pun aku pilih yang paling nipis dan tak mahu menyerlah. Aku bukan nak buat pertunjukkan sarkas!

“Zuyyin kalau dari dulu make-up mesti beratur lelaki-lelaki kat kampung ni nak mengorat Zuyyin,” tambah Kak Melur lagi. Alahai Kak Melur yang klasik lagi lemah-lembut, aku rasa tak sampai lima minit diorang beratur, aku dah hambat dengan parang. Sengal!

“Kak, saya tak suka macam tu. Kalau yang tertarik hanya kerana luaran, bila luaran saya bertukar dek usia bertambah saya akan ditinggalkan. Tak begitu?” Kak Melur tersenyum.

“Zuyyin, lepas kahwin ni kamu kena biasakan diri berhias untuk suami. Jangan serabai depan dia. Biarkan dia sentiasa teringatkan Zuyyin. Kak Melur saja beri nasihat ni sebab Kak Melur sayangkan Zuyyin. Kak Melur tahu, walaupun Zuyyin nampak kasar tapi Zuyyin baik sangat.” Kak Melur mengusap pipiku. Adui Kak Melur ni praktis taktik sayu mendayu dari mak ke? Aku hanya membalas dengan senyuman ikhlas. Ye mungkin benar katanya tapi nak ke aku melawa depan mamat Downy itu nanti?

“Nazhan itu pun baik budaknya. Kak Melur kenal korang berdua dari kecil lagi. Eloklah kamu kasar sikit dan Nazhan itu lemah-lembut. Kamu berdua memang pasangan yang sesuai.” Okey nak tersedak. Tapi memang dari dulu pun orang selalu cakap yang kita akan pasangan yang berlawanan dengan sifat kita. Huhu aku ini contoh terbaik ke?

“Okey dah siap. Nazhan pun dah sampai rasanya. Kamu nak air tak?” Aku mengangguk. Serius aku rasa tekak aku macam nak kering memikirkan yang aku bakal bergelar isteri lagi beberapa minit. Ya Allah lindungilah aku!





Malam itu, tak seperti pengantin yang lain aku melarikan diri ke kandang si Jun. Elok pula mak dengan ayah aku tidur awal dek kepenatan menguruskan kenduri aku. Kerja cuci-mencuci dan mengemas berjaya dilakukan dengan pantas berkat kerjasama antara penduduk kampung. Aku dengan si mamat Downy itu pun selesai majlis cepat-cepat tukar baju dan tolong mengemas. Teringat siang tadi....

“Weh kau ada bawa baju salinan kan? Kita nak kena tolong diorang kemas dan mencuci karang.” Aku membuka tudung yang kupakai lantas ke almari mencari baju untuk disalin. Aku berpaling apabila tidak mendengar jawapan dari mamat Downy itu. Dia bagaikan terpaku dipintu yang sudah ditutup. Mahu seminit juga dia begitu sebelum aku mencampak t-shirt kepadanya.

“Maaf saya tak pernah nampak awak buka tudung sebelum ini tu yang saya terperanjat. Maaf.” Apakedehal terperanjat? Aku menggelengkan kepala lalu mengambil baju untuk disalin didalam bilik air. Setakat buka tudung itu aku rasa okey lagi tapi kalau nak minta aku tukar baju depan mamat ini aku tak rasa aku boleh buat sekarang.

“Awak nak ke mana tu?” soalnya sambil membuka baju Melayu yang dipakainya. Sekarang dia hanya bersinglet putih dengan seluar baju Melayu dia tadi.

“Tukar baju la kenapa?”

“Tukar jela kat sini. Lambat-laun saya dapat tengok juga.” Berdesing telinga aku mendengar ayatan paling tak boleh blah dari si mamat Downy.

Der, kau ada death wish ke?” balasku dengan jelingan tajam. Buat pasal kang ada gak sambut malam pengantin kat hospital!

“Zuyyin, awak memang cute!” katanya sambil ketawa riang  macam kanak-kanak Ribena. Aku yang malas melayan segera masuk ke dalam bilik mandi untuk menukar pakaian.







“La Zuyyin, awak kat sini rupanya. Penat saya cari satu rumah.” Adui macam mana dia boleh tahu aku kat sini?

“Saya cari awak dalam rumah. Lepas tu terfikir nak tengok kat ladang ni dulu sebelum cari sekeliling kampung. Awak ni, kalau nak pergi mana-mana beritahulah saya. Tak adalah saya tercari-cari. Saya risau tahu?” bebel mamat Downy itu lagi. Fuh macam perempuan bebelan pakcik ni! Aku yang malas mendengar terus bangkit dari duduk lalu mendapatkan Jun yang seronok mengunyah lobak merah yang aku beri tadi.

“Awak marah kat saya ke? Saya minta maaf. Saya risaukan awak yang hilang tiba-tiba aje tadi. Yela kita kahwin ini pun bukan atas kehendak awak.” Kata-kata mamat Downy itu kedengaran sungguh sayu lagi sadis. Haih mak ajar dia cara nak pujuk aku ke ni?

“Nak naik kuda tak?” Aku memecah sunyi setelah dia diam seketika. Ceria terus muka si mamat Downy apabila mendengar ajakan aku. Buat kali pertama dalam hidup aku, aku akan menunggang kuda dengan lelaki. Dengan ayah aku pun tak pernah ajak tahu?

Dengan berhati-hati aku membantu dia naik ke atas badan Jun. Maaflah Jun, malam ini kau kena bawa lebih muatan tapi aku yakin Jun tak ada masalah punya!

Perlahan-lahan aku menunggang Jun dengan mamat Downy di belakang. Pelik pula aku bila dia tak bersuara sejak naik tadi.

                “Kau okey tak ni?” soalku apabila lama sangat tak berbunyi. Dia mengetatkan pelukan dipinggangku sambil menggelengkan kepala. Aku tahu pun sebab kepala dia betul-betul kat tulang belakang aku ini aje rasanya. Haish nasib baiklah kau mahram aku kalau tak memang aku campak ke gaung!

“Sayang, abang gayat..” Eh? Apa kedehal tiba-tiba tukar panggilan ni? Takut sangat sampai terputus wayar ke?

“Kau nak turun ke?” Dia pantas menggelengkan kepala.

“Tak nak! Abang suka dapat peluk sayang macam sekarang.” Perlahan sahaja dia menuturkan ayat yang hujung itu. Tapi entah kenapa aku tak rasa nak marah dia. Dalam diam aku rasa mamat Downy ini sangat comel hahaha...

“Subhanallah cantik betul bulan malam ni.” Aku memuji keindahan alam ciptaan Allah. Antara sebab aku mahu berjalan-jalan menaiki kuda malam ini adalah mengikut ramalan pusat meteorologi, malam ini boleh nampak tahi bintang meluncur dilangit. Aku dapat merasakan yang dia mendongak sedikit dari belakang badanku.

“Subhanallah memang cantik. Siang tadi pun sayang cantik sangat sampai abang ingatkan bidadari mana yang Allah bagi abang nikah. Abang terpegun tu yang abang ‘ternangis’ tadi masa diorang suruh sayang cium tangan abang.” Pelukan dipinggang sudah tak seketat tadi dan aku dapat merasakan dagunya dibahuku. Muka aku dah mula nak memerah menahan malu. Kasar macam mana pun aku ini perempuan sejati lagi tulen tahu?

“Macam-macamlah kau ni. Malam ni insyaAllah ada tahi bintang. Mula-mula aku ingat nak tengok sorang tapi disebabkan kau dah ‘jumpa’ aku tadi maka marilah kita tengok sama-sama.” Dia mengetatkan pelukan sehinggakan aku dapat merasakan hembusan nafasnya ditepi telingaku. Nak tolak kang mahu jatuh kuda mamat Downy ni. Trauma pula nanti huhu...

“Perasaan sayang kat sayang sekarang makin bercambah dan bila sayang ajak abang jalan-jalan dengan sayang, abang seronok sangat. InsyaAllah malam ini akan menjadi memori yang terindah dalam hidup abang. Terima kasih sayang.” Dia mengucup tepi pipiku dari belakang. Ehey berani pula dia nak menggatal dengan aku atas Jun sekarang?!

Jun yang tiba-tiba bergerak menakutkan mamat Downy lantas pinggangku dipeluk erat sehingga nak sesak nafas.

“Sa..sayang kita turun dari kuda sayang ni boleh? Kita tunggu tahi bintang kat bawah pokok tu eh?” Aku menahan tawa apabila mendengar nada gugup lagi takut si mamat Downy. Diatas bukit ini tiada orang lain selain kami. Yelah orang kampung ini manalah ambil tahu sangat pasal fenomena tahi bintang ke apa. Aku ini jela yang selalu teruja sorang dan sekarang nampaknya aku dah ada teman untuk teruja sekali hehehe....

Tanpa alas, kami melabuhkan punggung diatas rumput. Bukit ini terletak diatas tanah milik ayah aku dan termasuk didalam kawasan ladang. Dulu aku siap pasang khemah semata-mata nak menunggu komet Halley. Ayah dan mak tak pernah melarang hobi aku yang satu ini kerana masih didalam kawasan ladang yang berpagar tinggi.

Jam menunjukkan sudah pukul 12 tengah malam. Suasana malam yang tenang dan damai membuai jiwa. Aku membaringkan diri dengan mataku tak lepas dari memandang langit. Mamat Downy itu turut berbaring disebelahku tapi yang tak boleh tahan dia mengiring ke arah aku tu kenapa? Aku memandang wajahnya dengan muka pelik.

“Weh kita nak tengok tahi bintang so keep you eyes focus to the night sky not me.” Dia hanya tersenyum dan tangannya mengusap-usap pipi aku membuatkan aku terpaku. Apa kena dengan mamat Downy ni?

“Nurhan Zuyyin.” Matanya memanah tepat ke mataku membuatkan jantungku berdetak laju. Dia mendekatkan tubuhnya ke tubuhku lantas menarik tubuhku kedalam pelukkannya.

“Tadi abang peluk sayang dari belakang jadi tak dapat tengok muka isteri abang secara dekat. Sayang cantik sangat walaupun tanpa make-up. Abang bersyukur Allah temukan sayang dengan abang.” Dia mengucup dahiku sebelum beralih kedua-dua belah pipi. Aku menunduk malu setelah dikucup oleh suamiku sendiri. Malu woo..jantung aku ini pun berdetak macam baru lepas merentas desa!

“Okay now focus to the night sky.” Dia memeluk tubuhku lantas menelentangkan badannya menghadap ke langit. Seriously, mamat Downy ini macam dah berjaya menjinakkan aku!




*******************************************************************************
Ufufufu first time rasa nak guling-guling masa taip cerpen sendiri. Adakah anda rasa seperti mana yang saya rasa? huhu~

6 comments:

Anis Farhana said...

hahahaha tetiba rasa geli wiwiwiwiwiwiwi

Norlyana Nasrin said...

kan kan kan? akak pun x caya boleh buat cerpen geli-geli macam ni wahahaha~

guling-guling~

Anis Syuhadah said...

Nampak je abang-sayang dah memunculkan diri, terus je tutup phone dengan cover diaaaa hahahahahah blushing woooo

Suha Fasihah said...

Samalah kita! Geli jgk! Hehe... Dah ada kemajuan nampaknya mereka ni...
Ingatkan part4 ni dah final... Tolonglah ckp bukan final lagi... Nak lagi kisah dorang ;p

Fazliana Nazri said...

hahha..Terbaik lah akak..comel diorang nih

Norlyana Nasrin said...

@Anis Syuhadah: Haha cover cemerlang tu!

@Suha: Ngehehe~ kte rasa nak sambung lagi sebab suka pula dengan mamat Downy ni ahahaa~

@Fazliana: hehe thanks (^-^)
kan? pasangan paling tak boleh blah rasanya hehehehe~