Kapitalis

Tuesday, July 8, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 39

taken from here  

Datuk Ilyas berjalan perlahan masuk ke dalam kawasan surau. Pagi ini dia ditugaskan untuk menjadi muazzin di surau taman perumahannya. Langkahnya terhenti apabila melihat kelibat manusia di dalam surau. Makin pelik apabila lampu tidak pula dipasang. Datuk Ilyas membuang perasaan curiga lalu melangkah masuk setelah memberikan salam. Alangkah terkejutnya beliau apabila melihat seorang lelaki yang sedang mengendong seorang bayi cuba mengambil wang dari tabung surau. Wajah lelaki itu turut terkejut dengan kehadiran Datuk Ilyas dan segera melutut.

“Encik, saya bukan nak mencuri encik. Saya nak pinjam sedikit duit dari rumah Allah ini sebab nak beli susu untuk anak saya ni encik. Kasihanilah anak saya.” Terpaku Datuk Ilyas dengan aksi lelaki itu. Dari pandangan kasar, lelaki itu berusia lewat 20an.

“Bawa bertenang saudara. Saya bukan menuduh kamu mencuri. Tapi kelakuan kamu didalam keadaan gelap macam ini memang mengundang curiga.” Terang Datuk Ilyas lalu membantu lelaki itu untuk berdiri.

“Saya minta maaf encik. Saya betul-betul buntu dan hanya Allah sahaja tempat saya bergantung.” Lelaki itu menangis dihadapan Datuk Ilyas. Bayi dikendongnya turut menangis.

“Bersabar saudara. Boleh ceritakan kepada saya apa yang terjadi?” Datuk Ilyas menyentuh bahu lelaki itu sambil membawanya duduk di satu sudut surau.

“Isteri saya meninggal semasa melahirkan anak ini. Saya redha dan nekad untuk membesarkannya dengan sedaya mana yang boleh. Ketika pulang dari hospital, saya dikejutkan dengan kediaman saya terbakar dan ibu saya terbunuh didalam kebakaran itu. Hilang segalanya kerana rumah saya didirikan di tapak setinggan maka saya tak dapat sebarang pampasan. Saya diuji lagi apabila warung yang menjadi mata pencarian saya selama ini dirobohkan kerana lewat memperbaharui lesen dan ada projek lain yang akan dijalankan ditapak itu. Wang simpanan saya pula banyak dihabiskan untuk rawatan ibu dan isteri saya dulu. Saya meminta pertolongan dari saudara-mara saya tapi tiada yang mahu membantu malahan menuduh saya penyebab kematian ibu saya.” Lelaki itu terhenti seketika sebelum menyambung cerita. Mungkin terlalu sedih mengenang nasibnya.

“Saya cuba untuk berfikir dengan waras dan mula bermusafir mencari pekerjaan namun tak ada yang sanggup menggaji saya sebab saya tak boleh tinggalkan anak ketika bekerja. Duit yang ada didalam tangan saya makin berkurangan dan saya memang tak mampu sediakan tampat berteduh untuk anak saya. Saya rela tahan lapar dan gunakan duit yang ada untuk beli susu anak. Duit didalam dompet saya hanya tinggal beberapa ringgit dan memang tak cukup untuk beli susu yang dah habis. Dari semalam saya hanya beri air mineral dan roti yang dihancurkan kepada anak saya. Saya tahu anak ini lapar lantas saya membuat keputusan untuk mengambil sedikit wang dalam tabung surau ini. Saya ada menulis nota memberitahu yang saya meminjam dahulu wang dari tabung ini dan akan membayar semula sebaik sahaja saya punya wang yang cukup.” Lelaki itu mengeluarkan nota yang ditulis lalu menunjukkan kepada Datuk Ilyas. Air matanya masih bergenang dan dikesat kasar dengan belakang tangan.

“Saudara, ini semua ujian yang diturunkan Allah kepada saudara. Apa nama saudara?”

“Malik, encik.”

“Malik, Allah telah memberi pelbagai ujian kepada kamu dan ianya sebagai bukti yang Allah mengingati kamu. Kamu juga boleh menganggapnya sebagai penghapus dosa-dosa yang pernah kamu lakukan. Ye, kita sebagai manusia tak akan terlepas dari melakukan dosa-dosa. Pasal wang kamu tak perlu risau. Saya lihat kamu sihat tubuh badan dan masih muda. Apa yang menyekat kamu sekarang cuma anak kecil yang perlukan perhatian. Saya boleh tawarkan pekerjaan dan tempat tinggal untuk kamu. Adakah kamu berminat?” Bersinar mata Malik mendengarkan tawaran Datuk Ilyas. Segera dia mengucap syukur dan memeluk tubuh Datuk Ilyas.

“Terima kasih encik! Dah lama saya berkeadaan begini dan hanya encik seorang yang sudi menolong saya. Allahuakbar! Alhamdulillah, ya Allah. Encik apa nama encik? Encik imam surau ini ke?”

“Nama saya Ilyas. Hari ini saya ditugaskan jadi muazzin surau ni. Oh ye Malik boleh bersihkan diri dan mengambil wuduk. Kita solat sunat dan mengaji dulu. Lagi 10 minit baru masuk waktu Subuh.” Malik menganggukkan kepala. Dia membentang sehelai sejadah sebelum meletakkan anaknya dibawah. Mujur anaknya sudah tertidur. Mungkin kerana lapar dan mengantuk. Segera dia mengikut Datuk Ilyas ke tempat mengambil wuduk. Dia bersyukur kerana Allah telah menurunkan seorang hamba persis malaikat yang sudi membantunya disaat saudara sedarah dagingnya memulaukannya.





“Hanan, kamu tak payahlah masuk dapur ni. Kamu tu dah sarat,” nasihat maksu Azean. Adriana mengangguk patuh sebelum berpatah balik ke ruang tamu. Hari ini dia mengikut mamanya merewang di rumah Paksu Hafiz. Akhirnya, kahwin juga si Hisyam sengal walaupun sepupunya itu ada buat drama tragis konon tak rela kahwin. Tapi tak adalah tragis sangat sebab bila nampak je muka gadis yang bakal dinikahinya, terus Hisyam setuju nak kahwin. Ceit!

Adriana menyeluk keluar telefon pintarnya dari cardigan dipakainya. Bosan kerana tidak dibenarkan membantu. Jika dia tahu begini, lebih baik dia ke rumah ibu mertuanya. Kurang-kurang dia boleh membantu Puan Hafizah menjaga anak-anak abang iparnya. Tengah dia seronok melihat koleksi peribadi gambar sengalnya bersama Firdaus, suaminya itu menelefon. Huhu macam ada instinct..

“Assalamualaikum sayang buat apa?” suara sang suami di talian membuatkan hatinya berbunga gembira.

“Waalaikumussalam. Tengah tengok gambar. Abang?”

“Tengah buat kerja tapi tiba-tiba teringat kat sayang abang tu yang terus call. Ana dengan mama lagi ke?” Adriana memintal-mintal hujung tudungnya. Aduilah macam angau pun ada padahal hari-hari jumpa. Perbuatannya automatik terhenti apabila ada dua orang sepupu perempuan yang melintas dihadapannya.

“Hmm. Bosan sebab diorang tak bagi Ana tolong.” Firdaus dibalik talian hanya ketawa apabila Adriana mula mengadu bosan. Faham sangat dengan isterinya yang sentiasa aktif walaupun makin sarat.

“Nak abang ambil Ana ke? Tadi Henry hantar kan?” cadangan Firdaus disambut baik oleh Adriana. Lama-lama disini pun bukan dia boleh buat apa.

“Abang dah habis kerja ke? Nanti Ana bagi alamat.”

“Okey. Wait aaa...I’ll fetch you as soon as possible my love.” Adriana sudah tersengih-sengih dengan apabila mendengar Firdaus beromantik dengan dialek Padayappa.

“Amboi mak buyung ni awat dok sengih sorang-sorang?” Maksu Azean yang baru masuk dari dapur menegur Adriana. Pelik binti ajaib melihat anak saudara yang selalu muka tiada reaksi boleh pula tersengih seorang diri. Adakah ini kesan hormon ibu mengandung? Ehey~

“Maksu, beritahu mama sekejap lagi Hanan nak balik dengan suami Hanan.” Adriana mengaris senyum buat ibu saudaranya. Maksu Azean lebih kurang sama mesra terhadapnya seperti Paksu Hafiz. Suka memanjakannya kerana mereka tiada anak perempuan.

“Ye nanti maksu beritahu. Hailah, dulu maksu ingat nak jodohkan kamu dengan Hisyam tapi apa boleh buat, dah Allah putuskan yang jodoh kamu dengan Firdaus. Suka maksu tengok kamu sekarang. Makin berseri.” Maksu Azean mengusap lembut pipi Adriana. Anak saudara yang tak betah berkongsi perasaan sejak kecil tapi tetap comel dimatanya. Adriana hanya memandang wajah maksu Azean dengan muka tanpa reaksi. Dari dulu lagi dia senang dengan keluarga paksunya.

“Nanti maksu bekalkan makanan untuk kamu dengan Firdaus ye? Maksu nampak kamu asyik menjeling kat gulai kawah je waktu nak masuk dapur tadi. Ingatkan nak panggil kamu makan, sekali dah nak balik dah mak buyung ni.” Adriana mengangguk suka. Ingatkan tak siapa pun yang perasan yang dia teringin merasa gulai kawah yang baru dimasak oleh maksunya. Mamanya riuh didapur bersembang dengan saudara-mara dan jiran-jiran maksunya mana nak perasan akan dirinya yang teringin nak makan gulai kawah.

Kedengaran sayup suara memberi salam dari luar. Alahai dengar suara sahaja Adriana sudah tersenyum. Serius laju gila!

“Amboi dengar je suara suami dia terus senyum. Pergilah sambut suami kamu tu,” Adriana mengangguk lalu berjalan pantas ke pintu. Firdaus yang dari jauh dah nampak si isteri turut tersenyum.

“Cepatnya abang sampai!” Adriana menyalami tangan Firdaus sebelum menghadiahkan kucupan dipipi suaminya. Berani buat pun sebab tak ada orang kalau tak malu woo..

“Sebenarnya masa call Ana, abang dah dalam perjalanan dah pun. Rindu punya pasal,” jawab Firdaus dengan sengihan melebar. Memang rindu pun dan kalau boleh dia mahu membantu dalam persiapan majlis si Hisyam. Lega sikit sepupu sengal Adriana dah bertemu jodoh kalau tak asyik nak mengacau isterinya.

“Sayang, kita masuk jumpa diorang dulu? Kot-kot ada benda yang abang boleh tolong. Lepas tu kita balik ye?” Adriana memaut tangan Firdaus lalu membawa Firdaus berjumpa dengan maksunya. Maksu Azean menyambut kedatangan Firdaus dengan baik. Memandangkan segala persiapan sudah hampir siap dan maksu Azean mengarahkan Firdaus membawa Adriana pulang untuk berehat, mereka berdua pulang ke rumah dengan bekalan lauk-pauk dari maksu Azean.





“Abang tak aci!” Firdaus yang sudah berenang jauh ke depan menayang muka berlagak kepada Adriana.

“Aci? Siapa? Ahaha...ahahaha....” Adriana mengetap bibir geram. Sengal punya suami! Boleh pula main tipu ketika berlumba berenang dengannya. Tak kasihankan ibu mengandung ke apa?!

“Abang! Ni kalau tak ada baby ni memang Ana dah berenang laju-laju lepas tu seligi-seligi abang tau!’ Firdaus menayang muka selamba sambil mengacah mahu keluar dari kolam renang. Nasib baiklah mertuanya tiada dirumah kalau tidak tak adanya dia nak buat sengal dengan isterinya di rumah mertua.

“Abang! Ana tak puas berenang lagi! Tak maulah naik dulu!” Menjerit-jerit Adriana didalam kolam renang dengan muka masam. Hari ini seronok pula Firdaus menyakat Adriana. Selalu dia aje yang kena sakat.

“Ala..abang penat la...” Sengaja dia menunjukkan muka penat sambil berenang perlahan mendekati isterinya. Okey salah langkah sebab Adriana terus memaut lehernya dan cuba membenamkan dia ke dalam air. Fuh cubaan membunuh ke apa?!

“Balasan! Jahat lagi dengan Ana tadi.” Adriana ketawa puas sebelum berenang jauh sedikit dari Firdaus.Namun tak lama, Adriana berhenti ketawa apabila melihat Firdaus tak menunjukkan reaksi. Dia mula panik apabila tubuh Firdaus seakan-akan mahu terapung.

“Abang! Bangun!” Adriana segera menarik tubuh Firdaus yang sudah tak sedarkan diri ke tepi kolam. Sedaya-upaya dia cuba naikkan Firdaus ke tebing kolam mandi.

“Waa..tak maulah main macam ni! Abang bangun! Waaaa!!!” Adriana menolak-nolak tubuh Firdaus. Mahu tiga minit juga baru Firdaus membuka sebelah matanya sebelum mencubit pipi Adriana. Perlahan dia bangkit dan duduk dihadapan isterinya yang sudah dibanjiri air mata.

“Haish ni kalau sungguh abang lemas ni memang dah innalillah. Apa punya penyelamat? CPR tak reti nak bagi ke?” Adriana mencubit pantas paha Firdaus. Orang tengah panik, semua benda tak ingat.

“Jahatlah main mati-mati ni! Tak suka!!!!” Firdaus hanya ketawa sambil mengusap perut isterinya. Alahai bini, kalau dia yang buat nakal lagi teruk dia tak tahu.

“Yela..yela..abang tak main macam tu dah. Ni nak sambung swimming ke tak nak?” soal Firdaus dengan menjungkitkan sebelah kening.


“Naklah!” Adriana menarik tangan Firdaus. Macam-macam gaya renang mereka cuba tapi kebanyakannya Firdaus akan menyuruh Adriana memeluknya dari belakang dan mereka berenang bersama. Mahu nak dekat Maghrib barulah mereka berhenti aktiviti berenang sambil menyakat. Itupun sebab Datin Hafsyah yang sudah pulang melaung memanggil mereka untuk makan malam.

6 comments:

Anonymous said...

huu.lama tunggu entry baru akk ni.macehh kak.nanti update lelaju lagi tauu.hee
suka gaya akk.
btw,ramadhan kareem,kak :)

-dyla b-

Norlyana Nasrin said...

Thanks dyla b (^-^)
sorry la akak ni busy buat persediaan untuk kelas sem depan maka susah sikit nak update lelaju..
insyaAllah akan cuba ye.

Allahuakram (^-^)

Syahid zulkifli said...

Best.. Lama betul den tunggu hihi

Norlyana Nasrin said...

Thanks Syahid Zulkifli.
InsyaAllah try update lagi secepat yang boleh huhu~ (^-^)v

Anonymous said...

sukenye cite ni... antara karya terbaik dan xmembosankan :)

Norlyana Nasrin said...

terima kasih..

insyaAllah akan cuba hasilkan yang lebih baik di masa akan datang (^-^)