Kapitalis

Sunday, July 20, 2014

Segmen Mari Kenal Hero~

1. Isteriku Ratu Ais (IRA)



Muhamad Firdaus bin Muhamad Fikri.
Seorang arkitek dan pereka dalaman yang mempunyai syarikat sendiri. Seorang yang sangat tenang dan penyayang. Mencintai Adriana Hanan sejak dari kecil tetapi malu untuk menyatakan maka dia menggunakan ibunya sebagai orang tengah memandangkan ibunya, Puan Hafizah kamcheng dengan Datin Hafsyah. Seorang yang mementingkan kekemasan dan merupakan seorang yang mementingkan ukhuwah sesama Muslim.

2. Si Cacat itu Suami Aku (SISA)



Syed Nazmi bin Syed Imran
Kakinya cacat akibat ditimpa kemalangan sewaktu kecil dan ianya ada kaitan dengan Myra Humairah tetapi hanya Myra mengetahui tentangnya. Setelah menjalani rawatan fisioterapi secara intensif, kakinya semakin pulih dan mampu berdiri tanpa tongkat. Pewaris bagi perniagaan keluarga dan seorang yang bercita-cita tinggi. Berasa dirinya beruntung kerana dipinang Myra Humairah walaupun ada sedikit rasa malu dihati..ehey~

3. My Miss Always Right (MMAR)



Khalil Irfan bin Kamarul Arifin

Khalil Irfan merupakan seorang anak yatim piatu yang berjaya menjadi seorang jurutera. Mengenali dan meminati Qisya Naazneen dalam diam sejak kecil dan pernah berjanji mahu mencari Qisya apabila dewasa namun dia terlupa dek terlalu asyik mengejar cita-cita. Berkahwin dengan Qisya hasil tindakan berani gadis itu dan sememangnya dia mahu isterinya hanya duduk dirumah dari menjadi model. Seorang yang berdedikasi dan penyayang. Oh cemburunya juga boleh tahan~

4. Hello Incik Bos (HIB)




Wong Jun Hong / Muhammad Harraz Wong
Bersahabat baik dengan Khalil sejak di universiti dan seorang yang sangat cerewet. Suka menyakat Qaireen Safiya kerana suka melihat reaksi gadis itu. Tertarik dengan Islam sejak mengenali Khalil dan selalu mengikut sahabatnya itu ke masjid. Qaireen Safiya merupakan pemangkin untuk dia lebih mendalami Islam justeru dia mengambil keputusan untuk mengahwini gadis itu apabila merasai yang dirinya sudah layak untuk menjadi pembimbing dalam rumah tangga mereka.


5. Berlari ke Syurga



Furqan Mubarak bin Zakaria

Furqan Mubarak merupakan seorang doktor yang dibesarkan dengan cara sederhana dan penuh dengan intipati Islam oleh umminya, Ustazah Maznah setelah walidnya meninggal dunia. Seorang yang penyantun dan baik budi pekerti. Tidak terlalu memikirkan tentang jodoh kerana yakin akan ketentuan Allah. Baginya jodoh dengan Najla Marissa merupakan satu anugerah dari Allah buatnya.


6. The Tale of Mr Feminine and Miss Masculine (TTMFMM)




Isaac Goh

Isaac Goh merupakan seorang lelaki yang berwajah feminine dan sering dipergunakan oleh kakaknya, Selena Goh untuk dijadikan model gaun perkahwinan. Bertambah serius apabila dia telah merosakkan kereta Ferrari F12 kakaknya yang mengakibatkan dirinya diperhambakan ikut sesuka hati Selena. Terlalu bergantung kepada sahabat baiknya, Aimy Adara apabila ingin meminta pendapat kerana senang dengan personaliti gadis itu. Mula menyedari yang dia mencintai Aimy Adara apabila gadis itu menghilangkan diri. Seorang yang sangat comel namun boleh menjadi seorang yang menakutkan apabila marah.


7. Inche Pelajar VS Acik Cleaner (IPVSAC)



Elman Haiyan

Elman Haiyan seorang pelajar PhD yang berperwatakan sombong dan tidak pandai bersosial. Mula berubah setelah mengenali Hessa Nathifa dan merasakan gadis itu punya tarikan tersendiri. Kuat menyakat dan mempunyai imun yang rendah.

8. Bercinta dengan Mamat Alien (BDMA)




Irfan Yasar

Irfan Yasar merupakan seorang professor dalam bidang Fizik dan mempunyai perwatakan yang lain dari orang lain. Seorang yang boleh dikatakan genius tetapi kurang bijak dalam pembawaan diri. Gila akan permainan video dan Dragon Ball. Menunjukkan minat terhadap Raisha Zafrah dengan cara yang unik.


9. Oh Cik Pelik (OCP)



Hamdan bin Helkal

Seorang pegawai polis yang berpangkat inspektor. Mempunyai personaliti yang maskulin dan seorang yang mementingkan persahabatan. Hamdan meminati Nailah kerana tertarik dengan personaliti Nailah yang pelik dan sukar untuk didekati. Pernah bertunang namun tunangnya meninggal dunia sebelum sempat mereka disatukan. Personaliti Nailah yang 180 darjah berbeza membuatkan Hamdan yang selalunya dikejar mula mengejar cinta Nailah.



10. Si Jahat



Murshid bin Aziz

Sejak kecil lagi dia digelar 'Si Jahat' dek personalitinya yang agak memberontak. Ibunya berkahwin lain setelah kematian ayahnya membuatkan dia semakin liar dan terlibat dengan pergaduhan lantas mengakibatkan dia terpaksa ditukarkan sekolah. Mempunyai otak yang genius dan seorang yang sangat kreatif. Macho tetapi hakikatnya dia seorang yang agak pemalu.

11. Still Into You



Dzihni Harith bin Ilyasa

Dzihni Harith merupakan ketua asrama lelaki di sekolah Safa Mawiyah. Seorang yang tegas dan bertanggungjawab. Tidak reti bergaul dengan perempuan dan seorang yang sangat menjaga batas pergaulan. Tertarik dengan sifat lemah-lembut dan penyayang Safa Mawiyah sejak dari sekolah lagi.

Satu entry untuk kenalkan hero-hero dalam novel dan cerpen saya. Suka tak? Hehehe~ (^-^)

9 comments:

Anonymous said...

Kak, tak ada entry lagi ke kak? Lama dah saya tunggu :,(
-aisyaa-

Norlyana Nasrin said...

Bertabahlah aisyaa~ baru empat hari lepas kot akak update..

Akak busy uruskan class preparation tapi insyaAllah akak try gak update dalam minggu ni juga ye? (^-^)V

Anonymous said...

xoxo
sorry kak. Tapi cerita niy best sgt!
-aisyaa-

Norlyana Nasrin said...

hehehe~ xoxoxo

xpe2 insyaAllah aku sambung secepat mungkin ye aisyaa(^-^)

Norlyana Nasrin said...

hahaha baru perasan tertulis 'aku' instead of 'akak' kat komen atas hehehe~

Anonymous said...

Hahahahah . No hal kak

Norlyana Nasrin said...

hehehe (^-^)v

jude judy said...

halu...

Rasanya mcm belum lengkap ni..hihi..

N sesi memperkenalkan heroin x?

Norlyana Nasrin said...

@jude judy: ahaha...yang ni buat masa bosan & xde kerja + idea.

Heroin....hehehe akan dipertimbangkan~

(^-^)v