Kapitalis

Wednesday, July 30, 2014

Cerpen: Bercinta Dengan Mamat Downy (Part 3)

taken from here  

“Assalamualaikum Zuyyin.” Aku menjawab salam lalu turun dari kudaku. Jun aku ikat pada pokok sebelum mengambil tempat di pangkin.

“Aku tak sangka kau dah nak kahwin Zuyyin.” Hanif, sahabatku ketika di sekolah menengah dahulu. Kini dia bekerja sebagai juruukur di pejabat kerajaan. Hubungan kami renggang apabila dia menyatakan hasrat untuk menjadikan aku teman wanitanya.

“Dah sampai jodoh aku.” Dia mengeluh kecil sebelum melabuhkan punggung disebelahku. Aduilah dia ni nak bagi aku kena rejam dengan penduduk kampung ni ke apa? Dengan kadar segera aku bangun dari duduk dan bersandar pada Jun.

“Kenapa kau tolak aku Zuyyin? Aku tak cukup baik untuk kau ke?” soal Hanif dengan nada kecewa. Aku memandangnya dengan pandangan simpati. Hanif boleh dikategorikan lelaki tampan di kampung aku ini. Dengan badan tegap ala-ala Fahrin Ahmad dan kulit lebih kurang Remy Ishak, memang ramai gadis-gadis kampung yang gilakan dia tapi aku...apakehal beb! Dia sahabat aku aje kot!
               
“Hanif. Kita membesar bersama sampaikan aku rasa tak ada rahsia antara kita sepanjang persahabatan kita. Aku anggap kau macam abang aku sendiri dan terus terang aku cakap aku tak ada perasaan cinta untuk kau.” Walaupun kedengaran agak kejam tapi itu sahaja cara untuk buatkan si Hanif ini patah hati dengan aku.

“Zuyyin, aku sayangkan kau sejak kecil lagi. Aku ikutkan sahaja kemahuan kau bila kau nak redah hutan ke panjat gunung ke pergi kejar anjing liar tapi kali ini aku harap sangat kau batalkan perkahwinan kau sebab aku tau kau terima pun sebab keluarga kau kan? Aku sayangkan kau dan aku memang nak jadikan kau isteri aku.” Aku akui Hanif memang seorang lelaki yang baik dan apabila mendengarkan dia dah serupa nak merayu hati aku turut terguris sama.

“Maaf Zuyyin tetap akan kahwin dengan saya.” Entah dari mana ceruk mamat Downy ini tiba-tiba muncul dan terus berdiri disebelahku. Wajah Hanif berubah terus.

“Aku tak sangka dalam diam kau tikam aku dari belakang Nazhan! Kau tahu aku sukakan Zuyyin dari dulu kan?” Aku hanya terkebil-kebil dan hanya mampu mendiamkan diri. Ini drama stesen mana pula ni?

“Saya tak tahu Hanif. Apa yang saya tahu saya dan Zuyyin kena kahwin sebab saya tersentuh dia ketika dia selamatkan saya dari lubuk ular. Saya nak bertanggungjawab.” Aku melihat muka Hanif yang tercengang mendengarkan kenyataan kontroversi dari si mamat Downy.

“Kau ni kan kalau nak bagi orang salah sangka memang terer! Macam ni Hanif, aku tarik dia keluar dari tali air hari tu dan kami terjatuh. Dia terpeluk aku masa tu dan terus dia ingat nak bertanggungjawab. Tapi apapun aku anggap itu semua sebagai takdir yang nak mengikat kami berdua. Mak dengan ayah aku pun dah setuju jadi aku tak boleh nak buat apa-apa. Aku sayangkan kau sebab kau sahabat aku dari kecil Hanif tapi kalau selepas ini kau dah tak nak jadi sahabat aku redha. Maafkan segala salah silap aku selama ini. Assalamualaikum.” Aku terus naik diatas badan Jun lantas beredar dari situ. Dua-dua lelaki buat kepala aku pusing dan aku rasa malam ini beg pasir aku bakal terburai.





“Cikgu!!!!” Anak-anak murid aku terus mengerumuniku. Selain menolong ayah aku, aku menjadi guru mengajar silat di sekolah menengah kampung aku ini. Aku sukakan segala jenis seni mempertahankan diri itu sebab semua pun aku belajar sejak kecil dan ayah aku pula tak pernah menghalang malahan siap mencari guru untuk aku.

“Cikgu, ibu cakap cikgu nak kahwin dengan Cikgu Nazhan.” Kalau nak tahu, mamat Downy itu guru Kimia di sekolah ini. Aku pun baru tahu semalam bila mak membuka cerita. Selama aku mengajar silat, tak pernah pula aku nampak dia. Hmm entahlah...

“Ye. Dah cepat berbaris sebelum cikgu lipat korang!” Bertempiran budak-budak itu mengambil tempat. Haa tau takut?

Selesai latihan, aku merehatkan diri sambil memerhatikan riak wajah murid-muridku. Masing-masing tayang muka minta nyawa.

“Baik minggu depan insyaAllah kita jumpa lagi. Assalamualaikum.” Murid-murid aku bersorak gembira. Latihan intensif selama dua jam sememangnya memenatkan dan disebabkan mereka akan menyertai pertandingan lagi sebulan maka aku kena tegas dengan mereka semua.

“Assalamualaikum.” Aku menoleh ke arah pemberi salam. Okey tak payah nak teka, memang si mamat Downy.

“Waalaikumussalam. Ye?” Dia menghulurkan sebotol air mineral kepadaku dan untuk tidak memalukan dia dihadapan murid-muridku, aku menyambut hulurannya. Murid-murid aku dah mula bersiul nakal tapi segera berhenti apabila aku menjeling tajam ke arah mereka. Nak tidur kat hospital?

“Saya selalu perhatikan awak dari sana.” Dia menunjukkan ke arah bangunan berdekatan dengan padang. Murid-murid aku spontan menayang muka nakal lantas aku menayangkan isyarat penumbuk. Semua bersurai dengan kadar segera kerana tahu jika aku dah mula menunjukkan isyarat sebegitu mereka akan sakit.

“Saya suka tengok awak bila awak mengajar budak-budak ni.” Tambah mamat Downy itu lagi. Aku hanya menjulingkan mataku ke atas. Aku bukan perempuan yang senang dibeli dengan kata-kata manis sebegitu.

Hmm thanks for the drinks. Got to go. Assalamualaikum.” Aku cepat-cepat berjalan ke arah keretaku. Tak kuasa nak berlama-lama dengan mamat Downy yang bakal buat cerita drama stesen mana pun aku tak tahu.

“Zuyyin.” Aku berpaling memandangnya. Dia menguntumkan senyuman untuk aku.

“Saya akan berusaha.” Senyum dan senyum lagi. Entah kenapa kali ini hati aku mula terusik dengan senyuman si mamat Downy. Ohoiii~







“Zuyyin, mak nak pergi KL dengan ayah esok. Zuyyin jaga kedai ye? Kebetulan esok ada pengedar kita nak datang ambil stok.”

“Mak nak pergi KL buat apa? Beli barang raya ye? Zuyyin nak ikut?” Aku mengeselkan pipiku ke lengan mak yang sedang melipat baju.

“Apa kejadahnya barang raya Zuyyin oiii?! Mak nak beli sikit barang untuk majlis kamu la. Nak ikut ke? Mak minta Mat sahajalah tengok-tengokkan pengedar kita tu esok.” Gulp! Majlis kahwin aku? Nak dekat dah ke?

“Ta..tak apalah. Biar Zuyyin yang selesaikan hal kat sini. Mat tu bukan reti nak handle diorang tu.” Mak hanya mengangguk. Untuk membuang resah, aku mengapai katalog di meja.

“Oh ye Zuyyin. Kamu suka warna hijau kan? Nak hijau emerald ke hijau epal ke hijau pucuk pisang?” Ambik kau! Segala hijau mak aku tanya.

“Mak pilihlah mana-mana pun janji hijau,” jawabku malas.

“Zuyyin. Kenapa macam ni? Tak suka mak beli ke? Nak pergi beli dengan Nazhan ke?” Aku menegakkan badan aku apabila mendengar saranan mak. Biar betul?

“Tak, tak , tak...Zuyyin blur sikit tadi mak. Mak pilihlah nanti mana mak rasa cantik kat mata mak, cantiklah juga pada Zuyyin. Taste kita kan lebih kurang?” Fuh peluh besar sekejap aku tadi. Mak tersenyum lalu mengangguk. Aku dan mak memang bercitarasa sama jadi dia yang selalu uruskan pakaian dan kemasan bilik aku.

“Tadi petang, Nazhan hantar mak balik.” Apakah? Dia nak lobi mak aku ke sekarang?

“Eh mak keluar dengan dia ke?”

“Tak, mak pergi jumpa mama dia. Tanya pasal tema kenduri belah sana sambil bincang-bincang sikit,” terang mak sambil tangannya masih ligat melipat baju. Aku? Tolong tengok ajelah. Aku malas gila bab-bab melipat baju ni, lipat orang je yang aku rajin.

“Oh..”

“Nazhan cakap dia ada jumpa Zuyyin kat sekolah.” Ramah juga mamat Downy itu bercerita dengan mak. Taktik pikat hati bakal mertua ke?

“Hmm Zuyyin kan ajar budak-budak silat.”

“Bila dia sebut nama kamu, mak tengok muka dia ceria sangat Zuyyin. Mak rasa dia sayangkan kamu.” Terdiam terus aku mendengarkan kata-kata mak. Dia sayang aku? Ye ke?


“Zuyyin. Lepas kahwin nanti, baik-baiklah hidup dengan Nazhan tu. Mak doakan yang baik-baik sahaja untuk kamu.” Adui mak, kalau tak masuk gear sedih memang tak sah. Aku hanya mampu mengangguk. Nampaknya memang terbantutlah segala rancangan nak membuli mamat Downy itu.

2 comments:

Suha Fasihah said...

Wah ada sambungan... Hehe
Sis, kebetulan, sy pun suka kaler hijau... ;)
Cepat2 sambung ye :)

Norlyana Nasrin said...

@Suha: huhu biase2

Woo..sama2..memang kaler hijau itu favourite!

InsyaAllah (^-^)v