taken from here |
“Saya..saya rasa kita patut kahwin.”
“Hah?!”
“Saya rasa kita kena kahwin.” Aku beristighfar dan menarik nafas sebelum
dihembus perlahan-lahan. Minta oksigen!!! Apa kes ni?
“Encik Nazhan Ariq, saya tak faham macam mana boleh timbul hal ni.” Aku
tahu nama penuh dia pun sebab masa hantar servis kereta hari itu dia sibuk buat
sesi bertaaruf dengan aku. Aku hanya menjawab apa yang perlu dan banyak
mendiamkan diri.
“Ada orang maklumkan pasal hal petang tadi pada keluarga saya. Saya rasa
bertanggungjawab.” Ya Allah, kenapa dengan dia ni? Cara dia cakap macam dia dah
mencabul aku padahal tadi bukan sengaja dan sungguh aku katakan yang aku tak
berperasaan apa-apa pun ketika jatuh sekali dengan dia.
“Tadi tu kali pertama saya bersentuh dengan yang bukan mahram.” Alahai aku
dah rasa semacam dan macam aku pula yang mencabul dia sekarang.
“Woi bro! Kau agak-agak sikit
boleh tak? Tadi tu tak dikira bersentuh pun tahu? Aku nak selamatkan kau je!
Mengarut!” Datang dah angin kus-kus aku. Geram sebab tak pasal-pasal nak kena
kahwin dengan mamat Downy ni! Lemah lembut semacam dan buat aku rasa macam aku
pula lelaki yang tak bertanggungjawab!
“Tapi Cik Zuyyin, hakikatnya saya dah pegang tangan awak dan peluk awak
masa kita jatuh tadi. Saya nak bertanggungjawab.” Lembut tutur katanya langsung
tak mencairkan hati aku. Aku dah mula nak naik hantu maka aku tutup sahaja
telefon pintar aku tu. Malas nak melayan mamat yang entah apa-apa ini!
“Zuyyin, mak nak cakap sikit.” Aku yang sedang duduk mengelamun sambil beri
makan pada haiwan ternakan memandang ke arah mak yang sudah berdiri
disebelahku.
“Ye mak, sekejap ye Zuyyin habiskan bagi makan kat manja-manja Zuyyin ni
ye?” Mak mengangguk dan berlalu ke bilik berehat di ladang ternakan kami.
Fahamlah aku yang kami akan ‘bermesyuarat’ sebentar sahaja lagi. Dengan mak
sahaja yang aku boleh menunjukkan sifat manjaku.
“Ye mak, ada apa?” Aku mengambil tempat disebelah mak yang sedang membelek
katalog perabot. Habislah, nak tak nak ayah kena beli perabot baru la tahun ni
gamaknya.
“Zuyyin, kamu tau yang mak sentiasa sayangkan kamu kan?” Mak memulakan
mukadimah dengan cara yang amat aneh bagi aku.
“Mestilah Zuyyin tahu. Kenapa ni mak?” Risau pula aku bila mak dah bercakap
begini. Aku ada buat perangai anak tak mengenang budi ke depan mak?
“Mak dan ayah selalu doakan yang baik-baik buat Zuyyin. Zuyyin, mak harap
Zuyyin tenang dengan apa yang mak nak sampaikan ni.” Aku hanya mengangguk. Nak
suruh aku hidup berdikari ke? Boleh sahaja tapi aku sukakan kehidupan aku
sekarang.
“Zuyyin dah besar sekarang. Dah ada akal sendiri dan sejak dari dulu mak
sentiasa beri sokongan dalam setiap tindakan Zuyyin selagi tak bercanggah
dengan Islam. Zuyyin seorang sahaja anak yang mak ada. Mak lahirkan dan
besarkan Zuyyin dengan sepenuh hati mak sebab mak tahu yang mak tak boleh nak
melahirkan lagi selepas itu. Dugaan Allah beri pada mak mengajar mak untuk
sabar dan menghargai nikmat yang Allah beri dan Zuyyin adalah antara nikmat
Allah yang mak hargai sepanjang hidup mak.” Air mata mula bergenang, aku ni
bukan boleh kalau mak dah masuk gear sayu mendayu gini. Mulalah nak berair mata.
“Zuyyin, dengar cakap mak. Petang ni ada orang nak datang merisik Zuyyin.
Dari tutur kata dia, mak yakin dia lelaki yang sesuai buat Zuyyin. Sanggup dia
datang seorang diri meminta izin dari ayah untuk datang merisik. Mak harap
Zuyyin terima ye nak?” Bagaikan dipukau, aku mengangguk. Mak tahu sahaja
kelemahan aku. Buat sahaja aku menangis dan aku akan setuju dengan segala
permintaan dia. Hadoilah mak....
“Kami ni datang membawa hajat. Anak teruna kami berkenan dengan anak gadis
kamu dan berhajat untuk menjadikan dia sebagai isteri. Maaflah kami ni tak
pandai berpantun bagai.” Woah straight to
the point! Pakcik yang memakai baju Melayu berwarna hitam itu aku intai
dari dalam bilik. Sekarang ini, aku tengah ikut nasihat mak yang mahukan aku
mendengar dari dalam bilik ala-ala gadis Melayu versi pemalu lagi anggun ehey~
“Tak apa, saya ni pun bukan reti berpantun bagai.” Alahai ayah nak merendah
diri padahal satu kampung tahu yang ayah aku ini jaguh berpantun dan bersyair
bagai.
“Ada minta persetujuan dari anak gadis yang kami ingin sunting ini?” Lembut
sahaja tutur kata ibu kepada lelaki itu. Mukanya juga sejuk mata memandang dan
aku rasa insyaAllah dia takkan buli aku.
“Ada, saya ada beritahu dia.” Mak menjawab senada dengan ibu lelaki itu.
“Nazhan tu sebenarnya nak ikut tapi kami tak beri sebab macam tak menyempat
sangat,” ujar bapa kepada lelaki tadi. Apa nama dia? Nazhan? Macam biasa
dengar....
“Zuyyin ni banyak kekurangan tapi insyaAllah saya yakin dia boleh menjadi
isteri yang baik.” Ayah memulakan percakapan setelah mereka terdiam seketika.
“InsyaAllah. Nazhan itu pun bukannya sempurna. Allah ciptakan lelaki dan
perempuan untuk saling melengkapi. InsyaAllah selagi mereka hidup berlandaskan
agama Allah, redha Allah sentiasa bersama mereka.” Aku mula tertarik dengan
peribadi keluarga lelaki yang datang merisikku. Jika dia dididik dengan acuan
keluarga sebegini, insyaAllah dia lelaki yang baik.
“Baiklah. Saya rasa baik kita nikahkan mereka. Saya rasa, tak perlulah nak
mengikut adat bertunang bagai. Benda yang baik tak usah ditangguh,” usul bapa
si Nazhan. Mak dan ayah saling berpandangan.
“Biar kita tanya tuan empunya badan dulu.” Serentak itu namaku dipanggil
oleh mak. Aku yang berbaju kurung kain kapas dan bertudung berjalan perlahan
masuk ke ruang tamu. Ingat imej pemalu lagi anggun bergaya yang diajar mak.
“Zuyyin dah dengar kan tadi? Apa pendapat Zuyyin?” soal ayahku.
“Saya ikut mana yang baik,” jawabku dengan penuh debaran dihati. Terdetik
juga, apakah ini keputusan yang baik buatku?
“Mak......” rengekku kepada mak setelah ayah keluar ke surau. Hatiku mula
berbelah bahagi apabila melihat gambar bakal suamiku. Sungguh tak boleh blah!
Mamat Downy tu rupanya yang ingin mengahwiniku. Nak bertanggungjawab ye?
“Kenapa Zuyyin?” soal mak yang sedang mengacau gulai. Aku memeluk tubuh mak
dari belakang.
“Zuyyin rasa macam tak nak kahwin lagi.” Aku meluahkan perkara yang
membelenggu dalam kepala otakku sejak melihat gambar bakal suami aku itu.
Hadoilah..mati aku nak berdepan dengan adik dia yang macam minah hulu sengal!
“Zuyyin, bersabarlah ye. Bukan Zuyyin dah setuju ke tadi? Zuyyin, ni semua
mainan perasaan je sebelum kahwin memang kita orang perempuan ni banyak
berfikir yang bukan-bukan.” Nasihat mak bagaikan tak memberi kesan. Aku risau
sungguh sekarang ni! Keluar juga kes isteri derhaka membelasah suami sehingga
tak ada rupa orang huhuhu....
“Zuyyin, lepas kahwin nanti Zuyyin kena dengar cakap suami selagi tak
bertentangan dengan Islam. Jangan berkasar dengan dia dan sayangi dia selagi
mana hayat dikandung badan. Bertolak ansur dengan suami dan tegur dengan baik
bila dia melakukan kesalahan.” Mak dah mula memberi ceramah percuma. Degil-degil
aku ni, bila mak bersuara aku akan dengar dan diam.
“Zuyyin takut mak.” Mak meletakkan sudip ditepi sebelum memusingkan badan
ke arahku. Tangannya jatuh dibahuku.
“Zuyyin, ada buat istikharah kan? InsyaAllah ini keputusan tepat.” Mak cuba
menyuntikkan semangat ke dalam diriku. Aku hanya mampu mengangguk. Aduilah
tensen wooo!!!!
Aku meneliti
penapis udara didalam kandang lembuku. Ladang ternakan milik keluarga aku ini
memang serba moden. Kandang lembu aku ni pun pasang penghawa dingin dan pemanas
udara mengikut keadaan kamu tahu. Jika musim hujan, kami akan pasangkan pemanas
manakala ketika cuaca panas, penghawa dingin akan dipasang. Lembu ini pun tahu
panas sejuk jadi kenapa nak seksa haiwan yang beri keuntungan kepada kita?
Tahap kelembapan udara juga diberi perhatian supaya lembu tak mudah diserang
penyakit.
Selesai kandang
lembu, aku memeriksa keadaan di kandang kambing. Kandang unuk lembu dan kambing
serta ternakan lain memang diasingkan. Kenapa? Ikut suka hati akulah! Ladang
aku! Hehehehee...
“Zuyyin, nanti kamu bawalah Jun jalan-jalan. Dah lama dia tak berjalan.”
Pesanan ayah aku balas dengan anggukan. Jun itu kuda yang ayah aku beli dari
seorang sahabatnya. Ayah aku cakap, ladang tak lengkap kalau tak ada kuda.
Kebetulan dulu ketika di universiti aku pun memang aku ada menyertai sukan
ekuestrian jadi memang Jun dibawah jagaan akulah.
“Mat, stok ayam untuk minggu depan kau dah kira?” soal aku kepada salah
seorang pekerja diladangku.
“Sudah Yin. Cukup aje. Weh aku dengar kau nak kahwin? Siapa laki malang tu?
Hahaaha..” Ada gak masuk hospital hari ini. Nasib baiklah Mat ini aku dah
anggap macam saudara.
“Malang pebenda? Dah jangan banyak cakap kang aku lesing kang!” balasku
sebelum keluar dari kawasan kandang kambing. Kandang si Jun comel kutuju.
Tiba sahaja, Jun
sudah menyambut kedatanganku dengan menyondolkan kepalanya ke mukaku. Aku
mencapai berus lalu memulakan operasi memanjakan si Jun. Memberus dan
membersihkan bulu si Jun. Bila aku rasa dah lawa, barulah aku bawa keluar dari
kandang dengan menunggang Jun.
Aku membawa Jun
pusing-pusing di kawasan kampung. Pernah juga ada yang menuduh keluarga aku
macam riak dengan harta kekayaan kami sebab keluar berjalan-jalan pun naik
kuda. Orang macam itu selalunya aku buat tak layan dan ligan mereka dengan si
Jun ni aje. Hahaha mahu terkucil masing-masing dan sejak dari itu memang tak
ada yang berani berkata sebegitu lagi. Nasib baiklah aku tak kejar dengan
senapang patah ditangan huhuhu....
“Assalamualaikum Zuyyin.” Aku berpaling ke arah suara yang memanggil
namaku. Hmmm dia lagi...
*******************************************************************************
Hehe rasa macam nak buat satu benda lagi maka ada harapan cerpen ni nak tertangguh ahahah~ ohoi tak baik menyeksa perasaan orang....
4 comments:
ala smbg la lgi please!!!
:-) ~fifah~
Sis, sambung cepat2 pelissss ;)
Haha comel... Sebab tu ke dapat mamat downy... Hihihi
kak, jangan tangguh-tangguh, kesian kitorang~~
@fifah: Hehehe akak nak settlekan satu benda ni dan akak sambung lepas tu ye? huhuhu~
@suha: hehehe~
yup lemah lembut tahap apa..habislah dia kena dengan Zuyyin huhu~
@adryz annissa: keskeskes akak nak melatih kesabaran korang diakhir-akhir Ramadhan ni je hehehe~
(^-^)v
Post a Comment