taken from here |
Pagi Itu aku dikejutkan oleh Makcik Aisyah seawal Subuh.
Pada mulanya aku bingung seketika kerana terlupa dimana aku berada sebenarnya
tetapi aku tetap bangun walaupun jalan pun serupa macam orang mabuk.
“Mar, nanti Mar ikut makcik
solat. Ikut pergerakan makcik. Kalau tak tahu bacaan, Mar baca al-Fatihah je
ok?” Makcik Aisyah menarik tanganku ke bilik air lantas menunjukkan aku cara
untuk berwuduk. Aku memerhatikan sahaja dari mula sehinggalah Makcik Aisyah
habis berwuduk.
“Okey sekarang Mar buat macam
makcik buat tadi. Tak apa, makcik guide dari
tepi.” Ehey Makcik Aisyah pandai cakap omputih lah! Haish tak bangun lagi kau
ni Mar!
“Basuh setiap anggota tiga kali
dengan membaca bismillah. Tang muka tu baca ‘nawaitu raf-‘al
hadathil-asgharil-lillahi ta’ala’ atau nak mudah sahaja aku mengangkat hadas
kecil kerana Allah Ta’ala. Boleh Mar?” Aku mengangguk dan mula berwuduk. Selesai
berwuduk, Makcik Aisyah bagi thumbs-up!
Hehehe bangga sekejap.
“Okey meh ikut makcik baca doa
ni. Ni doa selepas wuduk dan insyaAllah banyak manfaatnya. ‘Ashadu
‘ala-ilaha-illallah, wahdahu-la-shariikallah, wa- ashadu-anna
Muhammadan-‘abduhu wa rasuulluh. Allahummaj ‘al-nii minat-tawwabiin,
waj-‘al-nii minal mutatahirin, waj-‘al-nii min ibadikas-salihiin’. Dapat Mar?”
Dengan kadar bacaan mengajar kanak-kanak tadika, alhamdulillah aku dapat
mengikut membaca doa selepas wuduk. Dengan gembira sekali aku mengangguk.
Serius seronok dapat belajar dengan Makcik Aisyah yang penyabar lagi penyayang.
Elok selepas kami berwuduk, azan Subuh berkumandang. Sayu
hati aku mendengar laungan azan yang mengajak para umat Islam untuk bangun
mengerjakan solat. Makcik Aisyah terus mengajarku cara menjawab azan dengan
kadar kelajuan mengajar kanak-kanak tadika lagi. Ya Allah, Makcik Aisyah I love you!
“Makcik, Mar nak minta izin
tinggal rumah makcik lama sikit boleh?” pintaku ketika sedang membantu Makcik
Aisyah menyediakan sarapan. Puas ditegah oleh Makcik Aisyah tapi aku tetap tak
selesa duduk diam tanpa membantu insan yang sangat berdedikasi dalam membantuku
untuk mengenal Islam. Walaupun terkial-kial memotong sayur, tapi aku puas hati
kerana ini adalah kali pertama aku mencemar duli memasak didapur. Selalunya
pembantu rumah aku yang uruskan semuanya. Tukang masak rumah aku itu pun mama
upah dari hotel terkemuka di ibu kota. Haish kaya sangat...
“Mestilah boleh! Makcik lagi suka
kalau Mar sudi temankan makcik ni. Anak-anak makcik tunggu raya rasanya baru
nak jenguk mak diorang ni.” Sayu kedengaran suara Makcik Aisyah. Aku
menepuk-nepuk bahu Makcik Aisyah untuk menenangkannya.
“Tak apa makcik, lepas ni
insyaAllah Mar tetap datang jenguk makcik selagi hayat Mar masih ada ye?”
Makcik Aisyah mengenggam tanganku sambil mengangguk. Mak bukan main baik macam
ini pun anak-anak tak mahu jenguk? Pelik manusia ini.
“Mar, boleh makcik tahu sebab Mar
datang sini malam tadi?” soalan Makcik Aisyah membuatkan aku tersentak sedikit.
Ya Allah terlupa seketika tujuan asal aku itu.
“Mar datang sebab nak tengok
tapak projek syarikat Mar depan pantai tu. Ada bantahan dari penduduk sebab
kata mereka itu sebenarnya tanah yang dah diwakafkan untuk pembinaan sekolah
tahfiz. Ni Mar datang nak selidik pasal hal tu la.” Aku berterus-terang kepada
Makcik Aisyah tentang tujuan aku itu. Aku terlihat Makcik Aisyah terdiam
seketika.
“Mar, tanah itu milik arwah suami
makcik.” Serius kali ini aku betul-betul terkejut. Jadi anak Makcik Aisyahlah
yang menjual tanah yang ingin diwakafkan oleh bapanya kepada syarikat aku?
“Arwah suami makcik tu nak sangat
bina sekolah tahfiz untuk anak-anak miskin dikampung ini semasa hayatnya masih
ada tapi kami ada masalah kewangan. Jadi dia berniat nak mewakafkan tanah itu
kepada sesiapa sahaja yang mahu membina sekolah tahfiz disitu. Katanya, suasana
kat situ sesuai untuk budak-budak belajar dan menghafal. Bila arwah meninggal,
anak kedua makcik yang makcik tak tahu ada masalah kewangan ambil geran arwah
dan jual tanah itu. Makcik terkedu dan terus marah dia. Sejak dari itu, dia dah
tak balik-balik sini.” Aku lihat air mata Makcik Aisyah membasahi pipi.
“Makcik, nasib baik Allah temukan
Mar dengan makcik. Jangan risau Mar akan fikirkan sesuatu yang akan beri
kebaikan kepada syarikat Mar dan sekolah tahfiz itu.” Makcik Aisyah segera
memelukku.
“Terima kasih Mar. Alhamdulillah
ada juga yang sanggup tunaikan hajat arwah suami makcik.” Aku hanya tersenyum.
Di dalam kepala aku sedang merangkakan sesuatu untuk melaksanakan projekku dan
pembinaan sekolah tahfiz itu.
“Makcik jom jalan-jalan IKEA nak?”
Sengaja aku mengajak Makcik Aisyah berjalan-jalan ke gudang perabot terbesar
itu memandangkan aku melihat dia suka menghias rumahnya.
“IKEA? Makcik pernah dengar tapi
tak pernah pergi. Perabot-perabot dalam rumah ni dulu anak sulung makcik yang
pilihkan ikut citarasa makcik.”
“Kalau macam tu mari saya bawa
makcik pergi sana. Makcik mesti suka.” Aku sudah dapat membayangkan wajah
teruja Makcik Aisyah apabila tiba disana nanti.
“Kita pergi esok pagi la ye? Dah
petang sangat ni,” saran Makcik Aisyah.
“Okey!” jawabku ceria. Jam
menunjukkan pukul 6 petang. Patutlah Makcik Aisyah tak mahu keluar. Aku ini
ajelah yang sengal nak mengajak Makcik Aisyah keluar senja-senja begini huhu...
Selama tiga hari aku duduk di rumah Makcik Aisyah, dia
dengan sabar mengajar segala perkara-perkara asas dalam Islam dan dia bawa aku
pergi ke surau untuk dengar ceramah. Asal ke surau aje mesti aku terfikir pasal
Ustaz Elyas tapi tak jumpa pun dengan dia. Rasanya dia itu penceramah jemputan
dari luar. Tapi, kalau terjumpa dia pun gerenti aku menyorok sebab malu. Hahaha
tak pasal-pasal...
“Malam ni makcik ajar kamu
mengaji ye Mar? Kita mula slow-slow.
Mar pun cepat tangkap apa yang makcik ajar.” Aku hanya mampu tersenyum.
Alhamdulillah segala ilmu yang diajar oleh Makcik Aisyah meresap masuk ke
otakku dan aku juga merajinkan diri meminjam buku-buku agama di surau untuk
menambah ilmu. Aku nekad mahu menjadikan seminggu di kampung ini sebagai
seminggu yang menjadi titik tolak perubahan dalam hidup aku.
“Mar, ni ke IKEA tu” soal Makcik
Aisyah ketika aku memarkirkan keretaku. Wajah Makcik Aisyah nampak ceria dan
dari telahan aku mesti dah lama dia tak keluar berjalan-jalan.
“Ye makcik. Jom makcik.” Aku
menarik tangan Makcik Aisyah untuk masuk ke dalam pusat beli-belah IKANO. Makcik
Aisyah tampak gembira melihat perabot-perabot dan pelbagai hiasan rumah lain di
gudang terbesar ini. Aku yang tak pernah-pernah teruja ini pun ikut sekali
teruja. Bila dah menjelang pukul 12 tengah hari, perut mula berkeroncong.
Banyak jugalah perabot yang dibeli Makcik Aisyah dan nasib baik mereka memang
ada servis menghantar ke rumah. Kalau tak memang kena sewa lori treler haha
nampak sangat hiperbola!
“Makcik nak makan apa? Ada
makanan Barat, Jepun, Korea...” Makcik Aisyah hanya tersenyum dengan soalanku.
“Makcik ni tak biasa makan
pelik-pelik. Tengah-tengah hari macam ni makcik makan nasi je.” Tepuk dahi aku
dengan kesengalanku sendiri. Aduilah Mar, dahlah pagi tadi sarapan roti aje
takkanlah nak makan benda mengarut tengah-tengah hari ni.
“Kita makan kat food court jela ye makcik?” Serius aku
tak tahu restoren yang ada jual nasi yang sedap jadi food court jela tempat yang ideal. IKEA pun ada food court. Rasa-rasa Makcik Aisyah
makan tak bebola daging? Huhu...
“Assalamualaikum.” Terkejut aku
apabila ditegur oleh seorang anggota polis. Apa pula salah aku ni? Makcik
Aisyah yang tolong jawabkan salam sebab aku dah tercengang dek terkejut.
“Waalaikumussalam, Ustaz Elyas
tengah kerja ke?”
“Waktu rehat ni makcik. Makcik
beli barang ke?” Apa? Ustaz Elyas itu polis? Oh my goodness! Dahlah aku ini ada uniform
fetish! Oh makin gila aku dengan ustaz ni!
“Mar? Tak ingat ke siapa ni? Ini
ustaz yang beri ceramah malam tu.” Alahai makcik, Mar ingat sangat makcik
dengan lelaki yang Mar ajak kahwin.
“In...ingat makcik. Mar..Mar
ingat dia ustaz sekolah rendah.” Allah apa yang kau mengarut ni Maritza?! Awat
tak cakap ustaz tadika terus! Aku lihat acik polis itu hanya tersenyum. Mungkin
dalam hati dia tengah gelak guling-guling dengan kesengalan aku ni!
“Ustaz dah makan? Kalau belum
marilah makan sekali.” Makcik Aisyah mempelawa dengan senyuman tak lekang
dibibir. Kulihat Ustaz Elyas agak sukar untuk menolak pelawaan Makcik Aisyah
kerana ketika itu dia pun sedang beratur untuk membeli makanan.
“Baiklah makcik.” Aku hanya
mendiamkan diri. Tak tahu nak gembira ke nak menangis sebab malu. Aduilah
Makcik Aisyah..
Ketika Makcik Aisyah minta diri ke tandas, tinggallah aku
berdua dengan Ustaz Elyas di food court.
Ustaz itu makan sopan sangat sampai Makcik Aisyah pun makan lagi laju dari dia.
Aku? Aku boleh geng dengan ustaz depan aku ni sebab aku ni jenis suka berangan
waktu makan huhu..
“Tak sangka ustaz ni polis.” Aku
membuka bicara setelah lama juga masing-masing berlakon jadi bisu.
“Kenapa ustaz tak boleh jadi
polis ke?” tanyanya tanpa memandangku.
“Manalah saya tahu,” balasku
geram. Tak suka betul! Aku tanya aje pun!
“Saya ni kerja biasa je. Nak
kahwin juga dengan saya ke?” Pukk! Tersedak terus aku. Apakedehal ustaz ni!
Hilang imej anggun aku bila dah tersedak macam ni! Kontrol Mar..kontrol...
“Ustaz tak mahu kahwin dengan
saya ke?” soalku balik. Tak sampai lima saat aku tanya soalan itu aku dah mula
menyesal. Apa ke sengal kamu ni Maritza? Malulah sikit! Dia dah tersenyum-senyum
bila tengok muka aku memerah kalah beg Salvatore Ferragamo aku tapi sekejap aje
pun dia pandang. Huhu malu ke ustaz?
“Awak tak bagi pun alamat rumah.
Nak kena bincang dengan wali awak dulu. Takkanlah saya nak bawa awak kahwin kat
sempadan Thailand nun.” Ambil kau setepek Mar!
“Alah ustaz yang tak bagi jawapan
nak ke tidak buat apa saya nak bagi alamat rumah!” balasku tak mahu kalah.
Haish belum kahwin lagi aku nak tunjukkan sifat kuat melawan mahu juga ustaz
depan aku ni tukar fikiran. Tapi..dia hanya senyum dan senyum siap geleng sikit
kepala. Ceit!
“Saya nak la ni tu yang minta
alamat.” Okey minta oksigen! Minta oksigen! Dari jauh aku dah nampak Makcik
Aisyah berjalan ke arah meja kami. Fuh lega...
“Nanti saya hantar alamat tu kat
nombor ustaz.” Ustaz Elyas mengangguk sebelum meneruskan suapan. Dia ini masa
bercakap dia berhenti menyuap, kalau macam ini esok kot baru habis nasi dia tu!
baca part 1
baca part 2
*****************************************************************************
Tengah-tengah gila prepare barang-barang untuk kelas esok sempat lagi buat sengal update cerpen hehehe..insyaAllah nanti saya update lagi ye~
Macam biasa, kalau tak suka ka apa sila komen (^-^)v
baca part 1
baca part 2
*****************************************************************************
Tengah-tengah gila prepare barang-barang untuk kelas esok sempat lagi buat sengal update cerpen hehehe..insyaAllah nanti saya update lagi ye~
Macam biasa, kalau tak suka ka apa sila komen (^-^)v
9 comments:
bestlah tak sabar nak tunggu sambunganyer.... :)
@rozita kadiman: alhamdulillah
thank ye (^-^)v
insyaAllah try update secepat mungkin~
heheheeheh tergelak saya sorang2 baca cerpen ni hehehehehehe. nasib baik umah takdak orangggg fuhhhhh makruh
@Anis Farhana: Hehehe bawak bertenang dik..hehe~
(^-^)v
Ustaz kje polis....? Menarik watak dy tu...
(^_^)v
Wahhhhh ada update... Hoyeah~! Go Mar go! Cayalah ustaz dah setuju... Ngeeee~~~
@Faiz Nizam: (^-^)v
@Suha Fasihah: Hehehe...tengah gila2 sibuk ni pun sempat sebab kemaruk nak update hahaha....
Yeah mari kita beri bola jiwa Son Goku kepada Mar!!!
(^-^)v
Ok..memang terbaek..sambung cepat pls..tq. :)
@iyads: Alhamdulillah ..
Huhu bertabah ye? InsyaAllah akak try update selaju yang boleh huhu~
(^-^)v
Post a Comment