Kapitalis

Friday, August 8, 2014

Cerpen: Bercinta Dengan Mamat Downy (Part 7 End)

taken from here  

Malam itu aku dan mamat Downy itu duduk dihadapan unggun api. Cuaca sejuk didalam hutan menggalakkan lagi si mamat Downy untuk duduk rapat-rapat dengan aku. Katanya sejuk sebab jatuh dalam air terjun tadi tak hilang-hilang. Ceit! Berapa jam punya cerita dan aku dah bagi tukar baju lagi apa? Sengal...

“Sayang ni kenapa ada banyak t-shirt besar-besar?” soalnya ketika aku tengah mengelamun.

“Saja je. Selalu pakai lepas dah sarung swimming suit.” Wajahnya dah bertukar menjadi nakal. Aduilah lelaki, kalau kata baju renang mesti ingat bikini. Perlahan aku tolak bahunya.

“Tu ha swimming suit Muslimah. Muslimah-muslimah pun kalau dah pakai ketat juga tu yang aku sarung t-shirt besar kat luar.” Aku menunjukkan baju renang ku yang aku keringkan didahan pokok berhampiran khemah. Dia hanya mengangguk sebelum merangkul bahuku.

“Alah sayang kalau pakai bikini pun cantik je.” Serius aku terkejut. Ni apasal dengan mamat Downy ni? Aku menolak tubuhnya ke tepi sebelum masuk ke dalam khemah. Lama-lama dengan dia kang lain yang jadi.

“Sayang takkan nak tinggalkan abang tidur kat luar ni?”

“Menggatallah lagi. Tidur luar!” Aku pantas menutup zip khemah. Seram kot nak bagi dia masuk sekali.





Tengah malam itu aku terjaga apabila terdengar bunyi rintikan hujan jatuh keatas khemahku. Laju aku membuka mata dan keluar dari khemah untuk mencari mamat Downy itu. Macam mana pun dia tetap suami aku. Mataku tertancap pada tubuhnya yang tidur ditepi Jun beralaskan tikar yang aku guna untuk duduk dihadapan unggun api malam tadi. Serius sadis!

“Weh bangun! Meh tidur dalam khemah.” Dia menggosok-gosokkan matanya sebelum tersenyum memandangku. Alahai dah kena dera macam ini pun dia baik dengan aku ini yang nak cair ni!

“Sayang bagi abang tidur dengan sayang ke?” Aku hanya mengangguk sebelum membantu dia bangun dari pembaringan. Tangannya sejuk sangat bagaikan ais. Ya Allah aku dah berdosa dengan suami sendiri.

“Jom tidur.” Aku menarik tangannya masuk ke dalam khemah. Dia yang masih mamai-mamai hanya mengikut. Serius comel apabila sebelah tangan menggosok mata dan sebelah lagi memegang tanganku. Huhu...

“Kita kongsi bantal dan selimut ye?” Dia mengangguk suka dan muka aku sememangnya dah bertukar warna. Ketika berbaring pun dia masih tersenyum dan mengiring kearahku. Aduilah cukup-cukuplah senyum tu mamat Downy oii!

Bila aku nak mengiring membelakangi dia, dia menghalang dan terus menarikku ke dalam pelukkannya. Hangat dan selesa. Choih! Aku cuba merungkaikan pelukkannya tapi dia siap letak peluk dengan kaki-kaki sekali. Wahlawei! Berguru dengan ular sawa ke apa dia ni?

“Tak baik tau kalau sayang tidur belakangkan abang.” Lembut tutur katanya siap belai-belai rambut aku lagi. Adalah sedikit rasa menyesal bagi dia masuk dalam khemah ini sekali.

“Abang, lemaslah.” Aku menolak perlahan tubuhnya sambil memandang tepat ke dalam matanya. Er...kejap tadi aku sebut apa?

“Sayang, kena biasakan diri. Abang suka peluk sayang,” katanya siap mendekatkan lagi jarak antara kami. Bunyi detak jantung aku dan dia memecah sunyi malam dan aku rasa aku dah dapat agak apa yang akan berlaku lepas dia baca doa dan kucup ubun-ubun aku. Alahai cik kaki dan tangan yang selalu membelasah orang, apasal korang macam tak berfungsi malam ini?





Bangun je sebelum Subuh pagi itu aku cepat-cepat bersihkan diri di air terjun bertemankan pelita mudah alih elektrik aku. Tak ada kerja aku nak minta mamat Downy itu teman! Malam tadi punya hal pun malu tak habis lagi. Tapi...dia ini baka jin ke apa? Asal terfikir aje mesti muncul.

“Sayang kenapa tinggalkan abang? Kita mandilah sama-sama.” Tak payah berjemput memang dia terus mendekati dan menarik tubuhku ke kawasan yang terlindung sedikit. Elok pula air takat paras pinggang sahaja kalau tak memang aku bagi lemas aje mamat sengal ini!

“Jangan risaulah abang tak kacau lebih. Kita mandi cepat boleh buat solat sunat Fajr sebelum solat Subuh,” katanya sambil tersenyum. Huhuhu habislah aku rasa aku dah kena penangan taktik senyum si mamat Downy...







“Nurhan Zuyyin! Ayah tak suka kamu buat perangai macam budak-budak! Dah kahwin patutnya matanglah sikit! Ini gaduh sikit dah lari! Apa kamu ingat tengah main polis sentri?!” Mak aih ayah aku punya mengamuk sampai mahu bergegar satu ladang ternakan. Mamat Downy yang sememangnya tak pernah tengok ayah aku punya baran dah terkebil-kebil sambil tayang muka bersalah. Rasa bersalah sebab report kat ayah aku ke?

“Ay..ayah tak apa, saya tak marah sebab memang salah saya. Zuyyin cemburu sebab saya layan cikgu perempuan tu semalam.” Alahai yela tak marah. Semalam siapa yang marah-marah sampai jatuh dalam air terjun? Eh itu aku yang kacau dia punya pasal huhu..

“Nazhan sekarang dah jadi ketua keluarga. Kamu kena tegas dengan Zuyyin ni! Ni cakap pun macam berbisik apa kejadahnya!” Ayah aku kalau tengah marah baik diam. Kalau bagi buah pandangan ke buah durian ke memang kena la...

“Apa kau sengih-sengih lagi?! Sekali lagi buat perangai macam ini, ayah jual Jun!” ugut ayah keras.

“Ayah!” tersentak aku bila nama kuda aku pula naik. Ah macam mana pun gua akan bertahan demi lu Jun!

“Dahlah tu bang, dah balik dah pun Zuyyin tu. Diorang pergi berkelah Je, Nazhan pun ada sekali. Dah jom kita makan? Mak dah siapkan nasi goreng untuk kamu Zuyyin.” Woah mak memang penyelamat sejati! Dengan kadar kelajuan maksima, aku berlari ke dapur. Nasi goreng mak memang marvelous! Siap letak udang, sotong dan macam-macam benda yang mak rasa nak letak.Fikirkan aje pun dah boleh lapar padahal aku dah makan siap-siap sebelum bertolak balik.

“Perangai kalah budak-budak! Seman sewel itu pun lagi elok perangai dari kamu!” bebel ayah lagi. Aku buat tak tahu sahaja sambil mengambil pinggan untuk menyedok nasi goreng. Makan tetap makan!

“Tengok! Dok fikir perut dia je! Laki kamu tu yang kamu kena pentingkan dulu Nurhan Zuyyin!” Aku hanya mampu tersengih lagi. Aduilah ayah, depan rezeki ni...

“Tak apa ayah, saya dah biasa layan diri.” Mamat Downy segera membela aku. Hehehe ini yang buat aku makin suka kat dia...eh? Aku pantas menghulur pinggan yang berisi nasi goreng kepada dia.

“Bagilah muka sangat kat dia Nazhan...” Ayah menggeleng-gelengkan kepala. Mak hanya senyum dan menghidangkan nasi goreng untuk ayah. Nazhan? Dia pergi ambil gelas dan siap tuangkan air untuk semua orang siap bagi senyuman versi pelayan hotel 18 bintang hehehe... Memang mamat Downy ini rajin dan pandai ambil hati orang.







Dari jauh aku melihat seorang pelajar lelaki yang berbasikal jatuh ke dalam longkang. Gaya jatuh yang agak pelik kerana dia terlompat dari atas basikal dan terus ke dalam longkang. Segera aku berlari kerana mahu menghulurkan bantuan.

“Weh kau nak pergi mana Zuyyin?” soal Hanif dari atas motosikalnya.

“Tak ada manalah. Kau balik dulu!” laungku sambil meneruskan larian. Hanif hanya menjungkitkan bahu sebelum beredar dengan geng-geng motosikalnya. Selalunya dia akan mempelawa aku untuk pulang bersama tapi mungkin disebabkan tak pernah sekali pun aku menerima pelawaannya maka dia berputus asa. Eloklah, tak ada kerja aku nak tambah bahan gosip untuk si Joyah.

“Weh kau okey tak ni?” soalku dari atas longkang. Pelajar lelaki itu hanya mengangguk tanpa memandangku. Disebabkan aku tahu yang dia malu hendak berhadapan denganku, aku memulakan penyiasatan punca ‘kejatuhan’ dia tadi. La...rupanya rantai basikal dia jatuh dan tersekat. Itu yang buat dia sampai terlompat begitu. Dengan kadar segera aku membaiki rantai basikal pelajar lelaki tersebut. Dia? Masih didalam longkang mungkin malu nak tunjuk muka depan aku.

“Okey aku dah betulkan rantai basikal kau ni. InsyaAllah dah elok.” Aku mengapai beg yang aku letak ditepi ketika mahu membaiki basikal pelajar lelaki itu tadi.

“Terima kasih..” ucapnya perlahan dari dalam longkang sebelum berpaling sedikit memandang wajahku. Aku hanya menghadiahkan senyuman sebelum beredar.







‘Pap’ aku menepuk dahiku. Patutlah aku macam pernah tengok muka si mamat Downy itu sebelum ini. Ya Allah, rupa-rupanya pelajar lelaki yang aku bantu baiki rantai basikal ketika zaman sekolah itu rupa-rupanya si mamat Downy. Memanglah kami ini sekampung dari kecil tapi disebabkan jarak rumah dan sifat aku yang lebih suka mengembara versi lasak dengan si Hanif maka aku memang tak kenal ramai orang. Orang kenal aku adalah! Itupun sebab dengar cerita-cerita budak perempuan ganas dan tomboy yang perangai panas baran tahap petala.

“Kenapa sayang tiba-tiba tepuk dahi ni?” soal mamat Downy yang baru pulang dari menunaikan solat Isyak di surau. Aku tak mengikut dek membantu mak menyiapkan kuih untuk sarapan esok pagi. Mak memang selalu sediakan awal dan simpan dalam peti ais.

“Kau pernah jatuh basikal depan aku kan?” Aku menyoalnya dengan muka serius. Sengaja aje nak bagi suspen.

“La..yang dekat titi dulu tu la sampai boleh kahwin dengan sayang hehee~” jawabnya sambil tersengih-sengih. Tangannya dah mula nak meraih pinggang aku. Adui dia ni memang tangan tak reti nak diam ke?

Nope sebelum tu.” Aku menjauhkan diri dan memandang tepat ke arahnya. Muka si mamat Downy dah mula berkerut-kerut sebelum bertukar menjadi merah.

“Ma..maksud sayang?”

“Kau budak lelaki yang jatuh straight masuk longkang dulu tu kan?” Muka dia yang memerah itu mengiyakan kata-kataku. Hahahaha...nak malu apa?

“Bila aku nak tolong kau tak nak, last-last aku tolong betulkan rantai basikal kau tu je. Hmm berapa lama ye berkubang dalam longkang tu?” soalku dengan muka nakal.

“Sayang! Benda yang memalukan tu juga yang dia ingat.” Dia dah mula memuncung. Gaya merajuk mamat Downy ini memang nampak comel aje dimata aku ahaha..alahai bila hati dah sayang.

“Sayang dulu sombong gila kat sekolah. Lepas dari hari tu, abang ada gak senyum-senyum kat sayang tapi yang balas si Hanif tu pula. Nasib baik sebab abang memang kenal dengan dia kalau tak dah lain makna tu.” Ehey jangan nak masuk versi gay pula! Aku dah mula tayang muka jijik.

“Dah tak payah nak tayang muka gitu sebab abang ni memang lelaki tulen dan suka kat sayang sorang je.” Dia terus mendapatkan tubuhku. Satu benda yang aku dah faham dengan si mamat Downy. Dia sangat suka skinship! Nasib baik dengan aku aje kalau dengan orang lain gerenti aku patah-patahkan tulang dia! Nasib kaulah dapat bini ganas macam aku..

“Hmm sayang ni tak reti-reti nak panggil abang ni sebagai ‘abang’ ke? Asyik ‘kau-aku’ dengan abang. Tak nak tambah pahala ke?” Oh berdesup masuk ke dalam jiwa raga aku! Alahai nak panggil abang bagai...serius aku malu lagi la weh!

“Panggil ‘bro’ ke ‘der’ tak boleh?” gurauku sambil tersengih-sengih memandangnya. Dia mencubit perlahan pipiku tanda protes.

“Apasal tak ‘gua-lu’ je?” sindir si mamat Downy sebelum duduk di birai katilku. Selamba aje dia menarikku duduk diatas ribanya.

“Ala malu la..” aku berterus-terang dan tangan dia dah mula bermain-main dengan rambut aku.

“Sayang ni, takkanlah nanti depan anak-anak pun nak ber’kau-aku’ dengan abang? Silap hari bulan mau confuse sorang-sorang.” Mukaku makin memerah apabila si mamat Downy dah masuk bab anak.

“Abang pernah aje dengar sayang tersasul panggil ‘abang’ masa malam tu.” Dia dah mula tayang muka gatalnya apabila aku hanya mendiamkan diri. Malu kot nak ingat pasal malam bersejarah aku itu.

“Meh cuba slow-slow panggil ‘abang’.” Tergelak aku apabila mamat Downy dah bertukar jadi cikgu tadika.

“Abe?” sengaja aku menyakat. Dia terus geleng kepala tanda tak setuju.

“Abang!” ulangnya lagi dengan bersungguh-sungguh.

“Apok jatang?” sakat aku lagi.

“Haish dia ni!” dia terus menarik tubuhku untuk sama-sama berbaring. Mata kami bertembung dan aku memberikan senyuman untuk si mamat Downy yang sentiasa bersabar dengan kerenah sengal aku.

“Senyum pula di...”

“Abang..” belum sempat mamat Downy itu membebel aku sudah memotong percakapannya. Eleh bukan susah nak sebut cuma aku segan dengan dia aje. Hehehe..

“Boleh pun. Saje je sayang ni kan?” Tubuhku terus dipeluk erat dan kami berguling-guling atas katil hahaha..aksi sengal dua orang tua yang perasan muda.

“Sayang tahu tak masa sayang selamatkan abang buat kali kedua tu, abang dah dapat agak dah yang sayang ni jodoh abang. Sebenarnya abang tipu je pasal ada orang beritahu kat family abang pasal benda ari tu.” Muka aku mula berubah apabila mengetahui yang mamat Downy ini ada menipu aku. Muka suci macam ini pun menipu ke?

“Haa..jangan nak marah dulu. Abang minta jasa baik Ustaz Ali and da gang supaya tak dihebahkan kat orang dan abang cakap yang abang memang nak peristerikan Zuyyin. Tapi bila kat surau tu, abang ada terdengar salah sorang geng Ustaz Ali tu beritahu kat ayah jadi memang balik dari surau tu abang terus suruh papa abang pinangkan Zuyyin untuk abang. Mula-mula papa ingat abang gurau sebab tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak pinang anak usahawan ternakan terkenal dalam kampung ni tapi paling dia confuse macam mana abang boleh terpikat dengan sayang yang terkenal ganas,” dia ketawa seketika sebelum menyambung kembali percakapannya.

“Abang tahu sayang ni luaran je ganas kalah singa betina tapi sayang baik sangat sebab dah dua kali sayang buktikan dekat abang.” Dia membelai pipiku dan matanya memandang tepat ke arahku. Perasaan nak marah terus hilang dan aku mengetatkan pelukkanku ke tubuh mamat Downy.

Thanks sebab sudi jadi sayang sa...aku.” Aduilah tak reti aku nak bahasakan diri ‘sayang’. Woohohoo geli-geli!

“You’re most welcome my dear. Abang sayangkan Zuyyin dan anggap Zuyyin diturunkan oleh Allah untuk abang. InsyaAllah abang akan berusaha untuk jadikan perkahwinan ini sentiasa dimekari dengan kasih sayang abang untuk isteri abang ini.” Aku mengangguk didalam pelukkannya.

“Andai kata abang lalai dalam menjalankan tanggungjawab abang sebagai hamba Allah dan suami, abang harap Zuyyin tegur abang ye? Kita sama-sama usaha capai syurga Allah supaya kita dapat bersama untuk selama-lamanya.” Allah, aku rasa terharu tapi dalam masa yang sama nak tergelak pun ada sebab berlagu-lagu pula cara percakapan si mamat Downy ini.

“Okey sekarang waktu untuk apa?” soalnya sambil menjungkit-jungkitkan kening. Senyuman gatalnya mula tergaris dan aku dah tahu dah apa yang akan terjadi. Oh Allah semoga KAU rahmati perkahwinan kami dan kurniakanlah kami zuriat yang bakal menjadi pejuang agamaMU.


Tengah-tengah aku berfikir itu, si mamat Downy cepat-cepat bangun untuk pergi tutup lampu. Alahai kakanda mamat Downy yang comel lagi menyenangkan hati adinda. Ehey~

baca part 1
baca part 2
baca part 3
baca part 4
baca part 5
baca part 6

******************************************************************************

Waa siap pun cerpen mamat Downy ini dengan kelajuan pecutan siput huhu..jika rasa tak suka ke apa sila komen okey?

Nazhan Ariq. Taken from here
Nurhan Zuyyin. Taken from here 

13 comments:

Suha Fasihah said...

Ehey~ mestilah suka!! Sgt suka!!

Apok jatang tu ape? *serious tak tahu*

Norlyana Nasrin said...

Thanks Suha (^-^)v

hehehe apok jatang tu panggilan untuk suami (pangkat atuk) versi orang dulu-dulu..ni saya dengar wan anjang saya panggil suami dia macam tu huhu~

Suha Fasihah said...

Owh begituuuu... Okke...

Anis Farhana said...

eeeeeeee geliiiii tapi saya sukaaaaa hahahahahaha sweet angat!!

first time dengaq apok jatang hehe

Fazliana Nazri said...

Haha..Memang terbaiklah semua karya akak..Agak2 bile nak keluar cerpen baru..hehehe..*menyorok bwh meja*

Faiz Nizam said...

Terbaek...saya minat cerpen nie....5/5 bintang....^_^

Norlyana Nasrin said...

@Anis Farhana: Hahaha geli2 pun..hahaha

Tu la bila dengar wan anjang akak pakai gelaran tu untuk suami dia, akak terus rasa nak letak dlm cerpen sengal akak ni hahaha~


@Fazliana Nazri: Alhamdulillah idea dari Allah (^-^)v

Dik oii kalau keluar pun rasanya akan keluar dengan kelajuan siput bawa bulldozer hehehe~


@Faiz Nizam: Alhamdulillah.

Terima kasih sebab sudi baca karya sengal ini (^-^)v

Anonymous said...

Entry lain please. IRA yang entry lain bila pulak ?

Norlyana Nasrin said...

InsyaAllah jika ada masa. Saya sibuk dengan class preparation sekarang.
(^-^)v

Lily Anna said...

Suka sangat!!! Pohoho , saya tak berenti lagi senyum ni....

Norlyana Nasrin said...

@Lily Anna: Alhamdulillah, terima kasih ye. Hehehe..
(^-^)v

Lily Anna said...

Kasih diterima. Klau ada masa , rajin2 la tgk blog saya. (Malu nya! >.<")
Saya pon sekarang ni tgh buat novel bersiri.
Sila bagi tunjuk ajar ya?.

Norlyana Nasrin said...

@Lily Anna: InsyaAllah. Dah post di blog ke? Boleh bagi link disini nanti akak pi tengok.

(^-^)v