Kapitalis

Friday, August 1, 2014

Cerpen: Bercinta Dengan Mamat Downy (Part 5)

taken from here  

“Sayang!!!” Cemas gila wajah mamat Downy itu berlari-lari ke arah aku. Bila aku toleh ke belakang rupa-rupanya dia dikejar oleh Jun. Aku terus menghamburkan ketawa aku disitu juga sehingga berair mata. Mamat Downy itu terus berlari dan menyorok dibelakang badan aku. Haish dah trauma ke?

“Jun! Stop!” Aku mengembangkan jariku ke muka Jun. Jun yang faham akan isyaratku terus berhenti. Aku mengusap-usap tubuh Jun sebelum membisikkan sesuatu di telinganya. Ini taktik nak jinakkan kuda tahu?

“Okey lepas ni Jun takkan kejar kau dah.” Mamat Downy itu memandangku dengan muka tak percaya. Aduilah penakut sungguh laki aku ni!

“Sayang tipu...” katanya perlahan dengan tangan yang tak lepas dari memegang bajuku. Comel memang comel tapi kalau dah penakut macam ini memang minta penampar dengan aku! Sabar Zuyyin, laki kau tu!

“Cik abang sayang, Jun ni bukan anjing gila. Tadi buat apa kat Jun sampai kena kejar ni?” Berubah sedikit muka si mamat Downy bila dengar aku panggil dia ‘cik abang sayang’. Ceit!

“Abang saja-saja nak praktis tunggang dia tapi tak sempat nak naik dia dah kejar abang,” terang si mamat Downy dengan muka beri penjelasan.

“Mungkin sebab kau tarik tali pelana kuda ni kuat sangat. Dah meh usap Jun!” Aku menarik tangannya untuk menyentuh tubuh Jun. Terketar-ketar jugalah mamat Downy itu pada mulanya namun tak lama bila Jun dah mula boleh bermanja dengan si mamat Downy yang tak boleh blah. Aku tinggalkan mereka untuk meneruskan kerjaku yang lain.

Deringan telefon pintarku yang berbunyi tiba-tiba menganggu konsentrasiku. Aku membuka sarung tangan sebelum menjawab panggilan.

“As..assalamualaikum Zuyyin.” Suara Hanif ditalian kedengaran sungguh gugup. Apahal dengan mamat ni?

“Waalaikumussalam. Ye Hanif, kenapa bro?” Dengar sahaja nama Hanif, terus mamat Downy itu berlari mendekatiku. Nak curi dengar la tu...

“Macam ni, budak-budak silat kau ada beritahu tak yang diorang kena buat persembahan untuk Pesta Sekolah? Adik aku beritahu aku tadi dan dia nak minta tolong kau.”

“Nak aku tolong apa?”

“Main electric guitar beb, aku main drum. Bebudak tu nak buat konsep band tapi diorang tak reti nak handle gitar elektrik dengan drum tu yang minta tolong kita tu. Kau okey tak?” Aku berfikir sejenak. Menimbang tara permintaan si Hanif. Alah tolong murid-murid aku juga jadi apa salahnya tapi disebabkan aku dah kahwin maka aku kena minta izin si mamat Downy itu juga.

“Aku tanya laki aku dulu nanti aku confirmkan dengan kau boleh?” Mamat Downy disebelah sudah tersenyum-senyum. Sukalah tu sebab aku fikirkan perasaan dia juga.

“Okey beb tapi seriously bebudak ni harapkan pertolongan kau.”

“Yela-yela.” Aku mematikan talian setelah memberi salam.

“Hanif minta tolong main gitar untuk Pesta Sekolah nanti. Kau okey tak?” Mamat Downy itu hanya tersenyum sebelum meraih pinggangku. Apakedehal nak beromantik kat ladang ayah aku ni? Nasib baik pekerja-pekerja aku tengah sibuk menguruskan haiwan-haiwan ternakan kalau tak mahu naya kena usik.

“Abang okey je asalkan sayang pandai jaga diri.” Ehey adakah engkau lupa yang aku ini pakar dalam seni mempertahankan diri wahai mamat Downy?

“Ye. Dah aku nak pergi kandang arnab. Nak ikut?” Dia mengangguk sebelum meleraikan rangkulan dipinggangku. Haih macam-macamlah laki aku ni...







Tiba di hari Pesta Sekolah. Band murid-murid silatku sudah gementar semacam dibawah pentas. Ala budak-budak tak biasa buat persembahan memang macam itu tapi bila waktu praktis okey aje siap lompat-lompat lagi. Sengal punya bebudak! Nasib baik semua lelaki kalau ada perempuan memang aku lipat-lipat buat perangai gitu.

“Satria band dah ready?” tanya Cikgu Affendy yang merupakan emcee untuk hari ini. Semua pakat mengangguk serentak. Alahai macam kartun sungguh. Aku melangkah naik ke pentas dengan muka selamba. Aku tak kisah sangat pasal nak buat persembahan sebab dah biasa terlibat dengan aktiviti begini dari zaman sekolah. Hanif itulah yang selalu tarik aku untuk turut serta dalam semua persembahan. Aku mula dengan tuning gitar elektrikku. Masa-masa itu jugalah aku ternampak mamat Downy bersemangat ambil gambar didepan pentas. Rasa malu mula menyerbu apabila terlihat mak, ayah dan keluarga mertua aku pun ada sekali. Alamak! Malu weh!

“Sayang, sayang pandang sini! Senyum.” Para guru dan murid hanya tersenyum melihat aksi si mamat Downy. Aku mengekalkan muka tak hairan dan buat-buat tak kenal dia. Huhu sorry la aku malu gila ni!

Persembahan dimulakan dengan lagu This Love. Vokalis band kami ini memang peminat tegar Maroon 5 jadi dia nak menyanyikan lagu yang menjadi titik tolak kumpulan Maroon 5. Aku yang memang tak kisah hanya mengikut sahaja. Persembahan yang mendapat sambutan hangat dari pelajar-pelajar perempuan. Haha dah macam konsert apa entah tapi masih dalam keadaan terkawal kerana ada guru-guru yang menjaga. Persembahan diteruskan dengan lagu Can’t We Dance dari kumpulan The Vamps. Lagu ini Hanif yang pilih sebab dah tak tahu lagu band apa yang menarik sekarang. Aku? Lantaklah janji tak suruh aku menyanyi sudah. Sekali lagi suasana mula gamat apabila para pelajar mula mengikut menyanyi sekali. Haduilah aku tiba-tiba terasa menyesal sebab dah macam menyumbang dalam konsert yang tak ada nilai-nilai Islam. Habis sahaja lagu tadi aku terus mencapai mikrofon dari tangan vokalis. Terkejut juga muka budak tu tapi aku rasa aku kena lakukan sesuatu supaya persembahan kami bukan persembahan kosong tanpa nilai Islamik. Aku mula menanggalkan gitar elektrik dan mencapai gitar akustik dari tangan Mustaqim, adik si Hanif.

“Baik lagu ini sesuai dengan keadaan dunia sekarang.” Aku mula memetik gitar dan menyanyikan lagu ‘Damai yang Hilang’ dari kumpulan NowSeeHeart. Lagu nasyid yang aku suka sejak dari kecil lagi. Terdiam terus murid-murid yang menggila tadi sebelum turut menyanyi bersama-sama denganku. Selesai persembahan, semua guru dan murid-murid bangun dan memberikan tepukan gemuruh. Aku yang terkejut hanya mampu senyum sebelum turun dari pentas.

“Nice one baby!” Hanif yang mahu melakukan high five terhenti apabila terlihat mamat Downy yang sudah berlari mendapatkan aku. Wuiyoo cemburu juga laki aku tu...

“Okey la beb, aku pergi uruskan budak-budak dengan instruments. Thanks sebab tolong.” Hanif meminta diri lalu beredar dengan adiknya.

“Sayang. Tadi kenapa tak pandang abang?” rungut si mamat Downy dengan muka masam sambil matanya menjeling-jeling ke arah Hanif yang sudah beredar agak jauh dari kami. Aku mencubit pipinya lalu menarik tangannya. Aku lapar sekarang! Ada jamuan kecil yang disediakan oleh guru-guru untuk meraikan kumpulan yang membuat persembahan. Lega aku bila dia dah mula tersenyum balik.







“Mak tengok seronok betul Nazhan bila kamu menyanyi atas pentas tadi.” Aku hanya tersenyum mendengar komen mak. Pada ketika ini aku dan mak sedang mencuci mata di booth-booth menjual barangan dalam sekolah. Mamat Downy? Dia ada hal sikit dengan persatuan yang diurusnya. Mama dan papa si mamat Downy sedang menyertai pertandingan anyam ketupat dengan ayah aku. Kelakar sungguh mereka-mereka ini.

“Nazhan ada beritahu mak yang dia ingat nak bawa kamu pindah ke rumah dia. Dalam kampung kita juga katanya.” Tersentak sekejap aku mendengarkan kenyataan dari mak. Apasal dia tak tanya aku dulu? Bukan dia nak bawa mak pindah tapi aku! Ha..baran aku mula nak datang.

“Kamu jangan marah dulu Zuyyin. Nazhan tanya mak dengan ayah sebab nak minta pendapat kami. Kamu tu kan tolong-tolong ayah jaga ladang dan kedai jadi dia nak tanya kot-kot kalau kamu pindah nanti kami akan marah ke tidak. Nazhan tu budak baik Zuyyin. Dia fikirkan pasal semua orang sebelum nak buat apa-apa keputusan.” Api kemarahan aku bagaikan disiram dengan ais. Padam terus. Dalam diam aku mengagumi peribadi si mamat Downy. Tak sangka aku dia jenis yang bertimbangrasa tahap gaban. Nasib baik juga mak pandai membaca mood aku huhuhu...

“Zuyyin tak rasa akan jejaskan apa-apa selagi dekat ladang dan kedai.” Serentak itu aku terlihat mamat Downy itu ditegur oleh seorang cikgu perempuan. Eh boleh pula berborak sambil gelak-gelak! Bila aku tengok tangan cikgu itu dah mula nak naik aku terus berjalan laju ke arah mereka. Kang tersentuh kang tak pasal-pasal aku dapat madu. Mamat Downy ini kan bertanggungjawab?

“Abang!” Mahu pucat lesi muka cikgu perempuan itu melihatkan wajah aku yang dah tak serupa orang. Oh ye selain baran, aku ini cemburu tahap tak boleh blah dan itu sifat aku yang aku baru tahu sepuluh saat tadi.

“Sa..sayang. Kami tak buat apa-apa.” Kelam-kabut mamat Downy itu mendapatkan aku. Aku menepis tangannya yang mahu menyentuh lenganku. Mataku tepat memanah ke arah cikgu perempuan yang cuba nak menggedik dengan mamat Downy tadi.

“Ma..maafkan saya Zuyyin,” ucap cikgu itu sebelum berlari meninggalkan kami. Siapa tak kenal Nurhan Zuyyin yang barannya boleh terbalik kampung ini? Aku merengus kasar sebelum kembali mendekati mak.

“Zuyyin, istighfar nak. Marah itu sifat syaitan.” Aku beristighfar panjang dan menarik hembus nafas perlahan-lahan. Mamat Downy disebelah hanya mampu memandangku dengan muka bersalah.

“Zuyyin balik dulu mak.” Aku bersalam dengan mak sebelum melangkah meninggalkan kawasan sekolah. Sekarang aku kena rendam kepala aku dalam air terjun untuk bagi sejuk. Good bye!



******************************************************************************
Tak suka ke apa sila tinggalkan komen. Saya cool je tak macam Zuyyin hehehe~

9 comments:

SuhaFasihah said...

Indeed, you're cool sis... Same goes to all of your short stories... Naik taraf cerpen ni jadi novel pun takpe ;)

Norlyana Nasrin said...

Haha haduilah Suha, yang IRA u pun tak habis-habis jadi tak rasa nak naikkan taraf cerpen mamat Downy ni ke novel skang huhu~

(^-^)v

SuhaFasihah said...

Haha.. Manalah tahu kan... OK ape jd novel... Lg best novel yang boleh dipegang2... I'll be the first person that will buy your novels... Maybe one sweet day... Who knows... ;)

Norlyana Nasrin said...

hehe insyaAllah kalau ada rezeki tapi siapalah yang sudi nak tawarkan novel dengan cerpen-cerpen kte ni untuk nak dibukukan huhu~

Thanks sis (^-^)v

SuhaFasihah said...

Aamiin...
Insya Allah... Tak mustahil ^^

Norlyana Nasrin said...

Amin (^-^)v

Anis Farhana said...

ahhhh geram lak tetiba baca tang last2 hahahaha overr >.<

Anonymous said...

kakk,terbaikk lahh.best.XD

-dyla b-

Norlyana Nasrin said...

@Anis Farhana: huhu cool2~
sekejap je lagi akak upload part 6 huhu~


@dyla b: thanks dik (^-^)