Kapitalis

Saturday, July 26, 2014

Cerpen: Bercinta dengan Mamat Downy (Part 1)

taken from here   

Aku yang menahan rasa didalam kereta hanya mampu beristighfar. Kereta didepanku cukup menguji kesabaranku yang semakin menipis sejak dari tadi. Bukan aku tak mahu memotong tapi, disebabkan hanya ada satu laluan dan laluan bertentangan turut sarat dengan kenderaan maka aku terpaksa akur. Aku menyabarkan hati kerana hanya 100 meter lagi aku akan membelok ke kiri maka aku tak perlu mengikut belakang pemandu gila ini. Ketika di persimpangan, kereta itu terus membelok ke kiri tanpa memberi isyarat. Aku yang sudah memberi isyarat ke kiri dari awal terus membelok dengan hati yang sebal.

‘Sreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttt!” Serius pemandu depan aku ini orang gila! Boleh pula dia membuat brek mengejut dan malang sekali nasibku apabila aku tak sempat menekan pedal brek lantas mencium ‘bontot’ keretanya yang ‘teramat’ lawa.


“Ohmaigad! Wat you do to ma kar?” Allah ni minah hulu mana yang baru belajar cakap bahasa Inggeris? Serius lawak! Aku yang pada mulanya mahu menyembur menahan tawa. Lelaki yang menjadi ‘co-pilot’nya turut keluar dari kereta. Wajah perempuan itu aku pandang dengan muka selamba. Sekarang aku kena tenang, bersabarlah wahai Nurhan Zuyyin!

“Cik, dalam hal ni cik yang bersalah sebab brek mengejut. Cik pun tak bagi isyarat sebelum membelok tadi.” Sedaya upaya aku menerangkan dengan tenang padahal dengan aku punya baran memang boleh terbalik kampung ini.

“Hei perempuan! You ingat jazzy I ni seringgit satu ke? Berani you salahkan I pula!” bentak perempuan gila itu sambil menjengilkan matanya kepada aku. Ohoi silap langkah cik kak oiiiiii! Apa dia panggil kereta dia? Jay Z? Laki Beyonce tu ke?  Jay Z ye....

Lexxy sexy aku ni kau fikir pula? Hei cakap pakai otak boleh? Kau yang berhenti tiba-tiba nak salahkan aku! Woi jantan kau ada sebelah dia kan? Baik kau betulkan sikit skru minah ni. Dia yang brek tiba-tiba!” Baran aku mula tiba dan aku memang jenis cakap ikut suka hati aku aje. Siapa suruh cari pasal dengan aku.

“Awa, tadi awa yang brek tiba-tiba. Cik ni tak salah. Abang Naz kan dah cakap tadi.” Alahai lemah-lembut sungguhlah pertuturan mamat itu tapi aku rasa dia silap teknik sebab perempuan makin menjeling ke arah aku. Apahal?

“Abang Naz kenapa nak menangkan perempuan gila tu! Awa tak salahlah! Awa tak kira! Awa nak dia baiki kereta Awa ni!” Okey antara kepantangan aku ialah bila orang dah cakap baik-baik tapi dibalas dengan cara kurang ajar. Tapi serius, muka mamat itu tenang sahaja dan sempat menghadiahkan senyuman buat aku. Ni bangsa hati tak lut ke apa?

“Awa, tak baik macam ni. Kereta ni mama beli kat Awa dan masih ada warranty. Nanti Abang Naz hantar servis.” Nak tak nak aku dah macam menonton drama kelas bawahan stesen televisyen tempatan. Apa-apa jela! Aku punya kereta kau tak nak servis sekali ke? Tak nampak ke kemik kat kereta aku tu?!

“Cik jangan risau, kereta cik pun saya akan baiki. Saya minta maaf ye? Adik saya ni besar kepala sikit. Ni ambil kad saya. Nanti bila nak hantar servis, cik telefon saya.” Kad dihulurkan dan aku hanya mengangguk. Nasib baik perempuan ini ada abang yang berakal kalau tak memang aku campak masuk ke bendang!






Balik dari latihan Muay Thai bersama geng-geng kampung sebelah, aku berjalan-jalan dahulu di kawasan sawah padi. Sejak tamat pengajian di universiti, aku membantu ayahku menguruskan ladang ternakan milik keluarga. Segala jenis haiwan ternakan kami bela. Tak cukup dengan itu, sebuah kedai yang menjual daging binatang ternakan turut ayah bina. Alhamdulillah rezeki Allah kurniakan kepada keluarga kami sehinggakan kami turut berjaya menjalankan perusahaan mengeksport daging halal ke luar negara. Langit senja mengamit perhatian aku. Kalau kat tempat lain mesti orang pelik kenapalah perempuan ini jalan kaki seorang diri di waktu senja sebegini. Tapi disini, orang dah kenal sangat dengan perangai baran dan ganas aku maka tak ada sesiapa yang berani mengacau.

Mataku tertancap pada seorang lelaki yang sedang menunggang basikal melintasi titi tali air. Dengan gaya terhuyung-hayang macam itu aku dapat mengagak kesudahan lelaki itu. Tak sampai seminit, lelaki itu sudah ‘bermandi’ di tali air. Tapi.....opppppppppppppssssssssssss tali air tu tempat bahaya! Aku cepat-cepat berlari untuk menyelamatkan lelaki tadi. Tali air itu walaupun tidak sedalam mana tapi ia merupakan ‘lubuk’ ular. Baru minggu lepas Pak Jali, ayah kepada si Senah becok meninggal dunia akibat dipatuk ular disitu.

Bro! Cepat naik bro!” Kalut punya pasal aku mencampakkan beg dan menghulurkan tanganku kepada lelaki itu.

“Cik, kita bukan mahram! Haram bersentuhan! Tak pe saya boleh naik sendiri.” Terkial-kial juga lelaki itu cuba naik ke tebing tapi mana mungkin sebab baru tadi hujan maka tebing itu licin.

Bro, kat situ lubuk ular! Cepat keluar kalau tak nak mati!” keras aku memberi amaran. Bulat mata lelaki itu apabila mengetahui yang dirinya dalam bahaya. Teragak-agak juga dia menyambut huluran tanganku. Nasib baiklah aku dilahirkan gagah sedikit dari perempuan normal maka dengan sekali tarikan, aku berjaya menaikkan lelaki itu. Elok pula ketika itu aku terlihat ada seekor ular yang bagaikan menjenguk dari lubang di tebing tali air lantas membuatkan aku hilang imbangan. Kami terjatuh dan kini dia diatas dan aku dibawah.

“Maaf..maaf.” Cepat-cepat lelaki itu bangun dari menindih tubuhku. Tapi agak sukar kerana tanah agak licin kerana berselut sedikit. Aku menolak tubuh lelaki itu sekuat hati. Tercampak juga dia ke tepi.

“Hoi! Apa korang buat ni!” Ah sudah! Apa malang sangat nasib aku ni? Dan dalam otak aku sekarang dah macam boleh agak apa yang bakal berlaku.

“Ustaz Ali, kami tak buat apa-apa. Tadi dia selamatkan saya,” terang lelaki itu dengan sedaya upaya. Tapi..dari riak wajah Ustaz Ali dan dua jemaah yang lain aku rasa mereka tak percaya.

“Selamatkan apa? Mana mungkin perempuan ni selamatkan kamu! Senja-senja begini, apa kamu buat disini?!” Alahai Ustaz Ali, kalau tak mengenangkan yang dulu aku belajar mengaji dengan isteri dia dah lama aku lesing ustaz ni!

“Zuyyin! Kenapa kamu diam? Kamu berzina dengan lelaki ini bukan?!” Okey hilang terus memori aku pernah belajar mengaji dengan bini dia dulu,

“Woi ustaz! Ini dah kira fitnah tahu? Saya ni baru balik dari training Muay Thai kat kampung sebelah. Macam tak biasa nampak saya jalan balik masa-masa gini! Jangan nak buat fitnah yang bukan-bukan!” Mahu pucat lesi muka geng-geng ustaz itu apabila melihat baranku.

“Lagipun ustaz tak cukup saksi nak mengatakan yang kami berzina!” marahku lagi. Terdiam juga lelaki tadi. Okey bila pandang balik semula baru aku perasan yang dia merupakan abang kepada perempuan gila hari itu.

“Sudahlah tu. Terima kasih sebab selamatkan saya dari lubuk ular tadi,” ucap lelaki tadi. Aku menganggukkan kepala. Azan Maghrib mula berkumandang dan aku terus berjalan meninggalkan mereka yang masih terpinga-pinga.




“Nurhan Zuyyin! Ayah dengar kamu ada benda buat tak senonoh hari ini!” Aduilah siapa yang bawa mulut ni? Balik sahaja dari surau ayah dah mengamuk. Baran aku ni waris dari dialah. Mak aku hanya mampu diam dan menenangkan ayahku.

“Zuyyin tak buat apa-apa. Zuyyin selamatkan orang lagi ada!” Silap langkah sebab ayah mula marah balik. Mak aku pantas menyuruh aku masuk ke dalam bilik. Aku hanya akur kerana malas juga nak berhadapan dengan amarah ayah aku.

Sedang aku membaca artikel tentang sistem ternakan yang baik untuk ekosistem dan produktif, telefon pintarku berbunyi.

“Assalamualaikum Cik Zuyyin.” Aku menjawab salamnya dan suasana diam mula memenuhi ruang.


“Saya...saya rasa kita patut kahwin.” Serius aku rasa macam nak kejung satu badan dah sekarang!

*******************************************************************

Cerpen berepisod yang saya terfikir nak buat. Nak lagi? Hehehe~

9 comments:

koonamu said...

Naaaaak laaaagiiiiiiiiiiiiiii nak nak nak nak nak nak nakkkk hihi

Unknown said...

Hahhaha...geli hati part ending tu.nak lagi....cepat arr sambung

Anonymous said...

naaakkk jugakkk hihi :-D

Anonymous said...

Seriously nak lagi

Norlyana Nasrin said...

hehehehe baik! Nanti saya update (^-^)v

Unknown said...

kak, sambung cepat... song ga yeon is so cute in Roommate pada masa yang sama ambik mixed martial arts, haha.kena betul watak dia.

Norlyana Nasrin said...

hehe memang fikir dia je yang sesuai jadi female fighter just watak si Zuyyin ni kasar dan gayeon ni blur huhu~
InsyaAllah nant akak sambung ye? sabar~
(^-^)v

SuhaFasihah said...

Gagah sedikit dari perempuan normal! Hahhaha
Nice!!!

And semestinya nak lagiiiii ;)

Norlyana Nasrin said...

@suha: Hehehee~

Thanks (^-^)v