taken from here |
Aku yang menahan
rasa didalam kereta hanya mampu beristighfar. Kereta didepanku cukup menguji
kesabaranku yang semakin menipis sejak dari tadi. Bukan aku tak mahu memotong
tapi, disebabkan hanya ada satu laluan dan laluan bertentangan turut sarat
dengan kenderaan maka aku terpaksa akur. Aku menyabarkan hati kerana hanya 100
meter lagi aku akan membelok ke kiri maka aku tak perlu mengikut belakang
pemandu gila ini. Ketika di persimpangan, kereta itu terus membelok ke kiri tanpa
memberi isyarat. Aku yang sudah memberi isyarat ke kiri dari awal terus membelok dengan
hati yang sebal.
‘Sreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttt!”
Serius pemandu depan aku ini orang gila! Boleh pula dia membuat brek mengejut
dan malang sekali nasibku apabila aku tak sempat menekan pedal brek lantas
mencium ‘bontot’ keretanya yang ‘teramat’ lawa.
“Ohmaigad! Wat you do to ma kar?” Allah ni minah hulu mana yang baru
belajar cakap bahasa Inggeris? Serius lawak! Aku yang pada mulanya mahu
menyembur menahan tawa. Lelaki yang menjadi ‘co-pilot’nya
turut keluar dari kereta. Wajah perempuan itu aku pandang dengan muka selamba.
Sekarang aku kena tenang, bersabarlah wahai Nurhan Zuyyin!
“Cik, dalam hal ni cik yang bersalah sebab brek mengejut. Cik pun tak bagi
isyarat sebelum membelok tadi.” Sedaya upaya aku menerangkan dengan tenang
padahal dengan aku punya baran memang boleh terbalik kampung ini.
“Hei perempuan! You ingat jazzy I ni seringgit satu ke? Berani you salahkan I pula!” bentak perempuan gila itu sambil menjengilkan matanya
kepada aku. Ohoi silap langkah cik kak oiiiiii! Apa dia panggil kereta dia? Jay
Z? Laki Beyonce tu ke? Jay Z ye....
“Lexxy sexy aku ni kau fikir
pula? Hei cakap pakai otak boleh? Kau yang berhenti tiba-tiba nak salahkan aku!
Woi jantan kau ada sebelah dia kan? Baik kau betulkan sikit skru minah ni. Dia
yang brek tiba-tiba!” Baran aku mula tiba dan aku memang jenis cakap ikut suka
hati aku aje. Siapa suruh cari pasal dengan aku.
“Awa, tadi awa yang brek tiba-tiba. Cik ni tak salah. Abang Naz kan dah
cakap tadi.” Alahai lemah-lembut sungguhlah pertuturan mamat itu tapi aku rasa
dia silap teknik sebab perempuan makin menjeling ke arah aku. Apahal?
“Abang Naz kenapa nak menangkan perempuan gila tu! Awa tak salahlah! Awa
tak kira! Awa nak dia baiki kereta Awa ni!” Okey antara kepantangan aku ialah
bila orang dah cakap baik-baik tapi dibalas dengan cara kurang ajar. Tapi
serius, muka mamat itu tenang sahaja dan sempat menghadiahkan senyuman buat
aku. Ni bangsa hati tak lut ke apa?
“Awa, tak baik macam ni. Kereta ni mama beli kat Awa dan masih ada warranty. Nanti Abang Naz hantar
servis.” Nak tak nak aku dah macam menonton drama kelas bawahan stesen
televisyen tempatan. Apa-apa jela! Aku punya kereta kau tak nak servis sekali
ke? Tak nampak ke kemik kat kereta aku tu?!
“Cik jangan risau, kereta cik pun saya akan baiki. Saya minta maaf ye? Adik
saya ni besar kepala sikit. Ni ambil kad saya. Nanti bila nak hantar servis,
cik telefon saya.” Kad dihulurkan dan aku hanya mengangguk. Nasib baik
perempuan ini ada abang yang berakal kalau tak memang aku campak masuk ke
bendang!
Balik dari
latihan Muay Thai bersama geng-geng kampung sebelah, aku berjalan-jalan dahulu
di kawasan sawah padi. Sejak tamat pengajian di universiti, aku membantu ayahku
menguruskan ladang ternakan milik keluarga. Segala jenis haiwan ternakan kami
bela. Tak cukup dengan itu, sebuah kedai yang menjual daging binatang ternakan
turut ayah bina. Alhamdulillah rezeki Allah kurniakan kepada keluarga kami
sehinggakan kami turut berjaya menjalankan perusahaan mengeksport daging halal
ke luar negara. Langit senja mengamit perhatian aku. Kalau kat tempat lain
mesti orang pelik kenapalah perempuan ini jalan kaki seorang diri di waktu
senja sebegini. Tapi disini, orang dah kenal sangat dengan perangai baran dan
ganas aku maka tak ada sesiapa yang berani mengacau.
Mataku tertancap
pada seorang lelaki yang sedang menunggang basikal melintasi titi tali air.
Dengan gaya terhuyung-hayang macam itu aku dapat mengagak kesudahan lelaki itu.
Tak sampai seminit, lelaki itu sudah ‘bermandi’ di tali air. Tapi.....opppppppppppppssssssssssss
tali air tu tempat bahaya! Aku cepat-cepat berlari untuk menyelamatkan lelaki
tadi. Tali air itu walaupun tidak sedalam mana tapi ia merupakan ‘lubuk’ ular.
Baru minggu lepas Pak Jali, ayah kepada si Senah becok meninggal dunia akibat
dipatuk ular disitu.
“Bro! Cepat naik bro!” Kalut punya pasal aku mencampakkan
beg dan menghulurkan tanganku kepada lelaki itu.
“Cik, kita bukan mahram! Haram bersentuhan! Tak pe saya boleh naik
sendiri.” Terkial-kial juga lelaki itu cuba naik ke tebing tapi mana mungkin
sebab baru tadi hujan maka tebing itu licin.
“Bro, kat situ lubuk ular! Cepat keluar
kalau tak nak mati!” keras aku memberi amaran. Bulat mata lelaki itu apabila
mengetahui yang dirinya dalam bahaya. Teragak-agak juga dia menyambut huluran
tanganku. Nasib baiklah aku dilahirkan gagah sedikit dari perempuan normal maka
dengan sekali tarikan, aku berjaya menaikkan lelaki itu. Elok pula ketika itu
aku terlihat ada seekor ular yang bagaikan menjenguk dari lubang di tebing tali
air lantas membuatkan aku hilang imbangan. Kami terjatuh dan kini dia diatas
dan aku dibawah.
“Maaf..maaf.” Cepat-cepat lelaki itu bangun dari menindih tubuhku. Tapi
agak sukar kerana tanah agak licin kerana berselut sedikit. Aku menolak tubuh
lelaki itu sekuat hati. Tercampak juga dia ke tepi.
“Hoi! Apa korang buat ni!” Ah sudah! Apa malang sangat nasib aku ni? Dan
dalam otak aku sekarang dah macam boleh agak apa yang bakal berlaku.
“Ustaz Ali, kami tak buat apa-apa. Tadi dia selamatkan saya,” terang lelaki
itu dengan sedaya upaya. Tapi..dari riak wajah Ustaz Ali dan dua jemaah yang
lain aku rasa mereka tak percaya.
“Selamatkan apa? Mana mungkin perempuan ni selamatkan kamu! Senja-senja
begini, apa kamu buat disini?!” Alahai Ustaz Ali, kalau tak mengenangkan yang
dulu aku belajar mengaji dengan isteri dia dah lama aku lesing ustaz ni!
“Zuyyin! Kenapa kamu diam? Kamu berzina dengan lelaki ini bukan?!” Okey
hilang terus memori aku pernah belajar mengaji dengan bini dia dulu,
“Woi ustaz! Ini dah kira fitnah tahu? Saya ni baru balik dari training Muay Thai kat kampung sebelah.
Macam tak biasa nampak saya jalan balik masa-masa gini! Jangan nak buat fitnah
yang bukan-bukan!” Mahu pucat lesi muka geng-geng ustaz itu apabila melihat
baranku.
“Lagipun ustaz tak cukup saksi nak mengatakan yang kami berzina!” marahku
lagi. Terdiam juga lelaki tadi. Okey bila pandang balik semula baru aku perasan
yang dia merupakan abang kepada perempuan gila hari itu.
“Sudahlah tu. Terima kasih sebab selamatkan saya dari lubuk ular tadi,”
ucap lelaki tadi. Aku menganggukkan kepala. Azan Maghrib mula berkumandang dan
aku terus berjalan meninggalkan mereka yang masih terpinga-pinga.
“Nurhan Zuyyin! Ayah dengar kamu ada benda buat tak senonoh hari ini!”
Aduilah siapa yang bawa mulut ni? Balik sahaja dari surau ayah dah mengamuk.
Baran aku ni waris dari dialah. Mak aku hanya mampu diam dan menenangkan
ayahku.
“Zuyyin tak buat apa-apa. Zuyyin selamatkan orang lagi ada!” Silap langkah
sebab ayah mula marah balik. Mak aku pantas menyuruh aku masuk ke dalam bilik.
Aku hanya akur kerana malas juga nak berhadapan dengan amarah ayah aku.
Sedang aku
membaca artikel tentang sistem ternakan yang baik untuk ekosistem dan
produktif, telefon pintarku berbunyi.
“Assalamualaikum Cik Zuyyin.” Aku menjawab salamnya dan suasana diam mula
memenuhi ruang.
“Saya...saya rasa kita patut kahwin.” Serius aku rasa macam nak kejung satu
badan dah sekarang!
*******************************************************************
Cerpen berepisod yang saya terfikir nak buat. Nak lagi? Hehehe~
9 comments:
Naaaaak laaaagiiiiiiiiiiiiiii nak nak nak nak nak nak nakkkk hihi
Hahhaha...geli hati part ending tu.nak lagi....cepat arr sambung
naaakkk jugakkk hihi :-D
Seriously nak lagi
hehehehe baik! Nanti saya update (^-^)v
kak, sambung cepat... song ga yeon is so cute in Roommate pada masa yang sama ambik mixed martial arts, haha.kena betul watak dia.
hehe memang fikir dia je yang sesuai jadi female fighter just watak si Zuyyin ni kasar dan gayeon ni blur huhu~
InsyaAllah nant akak sambung ye? sabar~
(^-^)v
Gagah sedikit dari perempuan normal! Hahhaha
Nice!!!
And semestinya nak lagiiiii ;)
@suha: Hehehee~
Thanks (^-^)v
Post a Comment