![]() |
Mont St Michel,France. Source |
Aku
membelek-belek katalog fesyen yang disediakan di salon kecantikan yang aku
kunjungi. Fesyen dan warna rambut yang paling menarik perhatianku aku pilih
sebelum memanggil pendandan rambut kegemaranku.
“Darren, I want this style and please
make it strawberry blonde.” Aku menghulurkan katalog kepada Darren.
“Sure my darling.” Darren terus
menggunting rambutku mengikut gaya yang aku inginkan dan sememangnya dia faham
akan kerenah aku yang cerewet dengan kebersihan dan kecekapan. Gunting
dibersihkan dengan 70% ethanol dan kecekapan Darren memang tak boleh disangkal.
Dari jauh lagi ak melihat tuan punya salon tersenyum ke arahku. Hmm senyum
sebab aku pengunjung tetap salonnya. Salon ekslusif yang selalu dikunjung oleh
orang kenamaan menjadi pilihanku dek servis dan layanan yang diberikan sesuai
dengan harga yang dikenakan.
“Maritza, wanna go out for dinner some
time?” soal Darren sambil
tangannya cekap mengunting rambutku.
“Darren? Are you hitting on me?” soalan dijawab dengan soalan. Aku
memandang wajah Darren dari pantulan cermin dihadapanku.
“Kinda. So?”
“So?”
“Maritza, would you like to go out with me?” Aku melemparkan senyuman kepada Darren.
Lelaki berbangsa Cina ini bukan yang pertama menanyakan soalan sebegitu kepadaku.
Kira dia tidak termasuk dalam golongan lelaki gelojoh kerana selalunya lelaki
akan terus ‘menyerang’ aku dengan soalan begitu sebaik sahaja berkenalan
denganku tak sampai lima minit. Hmm so
pathetic!
“Maybe.” Senyuman menggoda aku lemparkan kepada Darren
berjaya membuatkan lelaki itu tercengang seketika. Harap-harap dia tak salah
gunting rambut aku sudah.
“You baru gunting rambut ke Mar?”
soal Naili, rakan sekuliahku di zaman universiti. Bergaul dengannya pun kerana
status kami lebih kurang sama. Dia anak seorang Datuk dan aku pula anak Tan Sri
jadi kira pangkatnya rendah dari aku dan selalu kena ampu aku. Heh! Manusia
yang sangat hipokrit! Aku tahu yang gia tak sukakan aku tapi terpaksa berpura-pura
menyukaiku hanya kerana status.
“Yup, where’s my mocha?” Dia segera menghulurkan mocha yang dibeli
kepadaku.
“Makin hot you Mar. Hmm you kenal
tak Fathiah?” soal Naili setelah mengambil tempat didepanku. Aku menjungkitkan
kening. Apakah perlu aku untuk kenal siapa Fathiah itu?
“Siapa dia dan kenapa dengan dia?” soalku malas. Ini mesti nak bergosip dengan
aku. Mulut dia ini memang selalu buat aku rasa menyampah tapi tahankan sahaja
sebab dia ini kira ‘hamba’ yang ‘setia’ dari dulu.
“Fathiah tu anak Datuk Sufyan. Dia tu lain gila sekarang. Siap pakai tudung
labuh dan berjubah bagai. Eii menyampah betul I!” Aku memandang Naili pelik. Apahal pula nak menyampah dengan
Fathiah?
“Dulu dia tu club mana tak pernah
redah? Takat pil-pil tu macam telan snek je.
Sekarang ni tiba-tiba pula nak berlagak baik siap nasihat-nasihat I lagi you tau!” Merah muka Naili menghamburkan marahnya kepada Fathiah
yang aku tak pernah tahu kewujudannya sehinggalah hari ini. Marah sebab kena
tegur ke? Hmm dasar perempuan bebal dan tak rasional!
“Just ignore if you don’t like her then. Hmm nak makan mana ni? Dah nak pukul 1
ni. I dah lapar.” Aku bangun dari
duduk dengan mulut masih menyedut air kesukaanku itu. Andai kata mocha ini dan
si Naili jatuh, gerenti aku selamatkan mocha aku bukan Naili!
“Hmm kita makan dekat Manhattan Fish Market jela? You belanja eh? I dah penat
tunggu you tadi.” Lagak macam tak berduit padahal banyak aje duit dia ini.
Selama ini ada sahaja barang yang dia suruh aku belikan. Aku beli pun sebab dia
dah macam jadi kuli angkut barang-barang aku. Hmm kira upahlah tu.
“Okey.” Aku melangkah laju ke depan. Malas nak berlama-lama di luar yang
sesak dengan manusia dan asap.
“Hey pergilah!” Aku menoleh ke belakang apabila mendengar Naili menjerit.
Terbeliak mata aku apabila melihat dia memarahi seorang warga emas yang
kelihatan mahu menjual sesuatu kepada Naili. Pantas aku mendekati warga emas
itu.
“Makcik jual apa makcik?” soalku sambil menepuk bahunya. Wajahnya nampak
terkejut setelah ditengking Naili.
“Makcik jual kerepek-kerepek nak. Anak nak beli?” Aku membelek barang
jualan makcik itu. Terus terang aku cakap, aku tak makan kerepek-kerepek ini
tapi tak salah aku beli dan berikan sahaja kepada pembantu-pembantu rumahku.
“Berapa satu paket ni makcik?”
“Yang kecil RM 5 yang besar RM 10.”
“Mar, you makan ke
kerepek-kerepek ni?” tanya Naili siap tayang muka jijik. Kurang ajar punya
perempuan! Tak reti jaga hati orang! Terus aku menjeling tajam ke arahnya
membuatkan Naili terkedu.
“Makcik, orang kat rumah saya memang suka kerepek. Saya nak beli semua.
Berapa ye?” Makcik itu segera mengira jumlah yang perlu kubayar. Kasihan
melihat makcik itu aku segera menghulurkan beberapa not RM 50 kepadanya.
“Cik ni lebih ni.”
“Tak apa makcik. Lagipun dah nak bulan puasa dah ni. Saya beli ye makcik?”
“Terima kasih nak. Semoga Allah merahmatimu.” Aku mengangguk sebelum
mengarah Naili mengangkat kerepek-kerepek itu dengan isyarat mata. Padan muka!
Berlagaklah lagi!
“Mar, kami nak pergi Jepun hujung minggu ni. Mar nak ikut?” soal mamaku
ketika sarapan bersama. Jepun? Hmm dah selalu pergi.
“Buat apa?”
“Papa ada business meeting kat
sana.”
“Area mana?”
“Osaka.”
“Hmm tak apalah Mar tinggal rumah jela.” Putusku sebelum menyambung semula
bersarapan. Mama dan papa aku memang selalu tak ada dirumah. Adik aku, Marissa
pula sedang melanjutkan pelajarannya di UK.
“Nanti mama tinggalkan duit belanja okey?” Aku hanya mengangguk. Papa dan
mama berikan aku segala-galanya tapi aku dapat rasakan ada sesuatu yang kurang.
Apa ye?
“Lizzy, kenapa kita tak teruskan projek dekat Hulu Selangor tu?” soalku
kepada ketua projek syarikatku.
“Kita mendapat bantahan dari penduduk di situ sebab tuan tanahnya dulu
berjanji untuk mewakafkan tanah itu untuk pembinaan sekolah tahfiz tapi bila
dia meninggal, anak dia jualkan tanah itu kepada wakil syarikat kita,” terang
Lizzy.
“Tanah itu sudah menjadi milik syarikat kita bukan? Sepatutnya tak ada
masalah. Hmm tak apalah nanti saya akan ke sana sendiri.” Lizzy hanya
mengangguk. Dalam kepalaku aku merangka rancangan untuk meneruskan projek yang
bakal memberikan keuntungan kepada syarikatku. Apa-apa pun projek ini harus
berjalan!
Aku memarkirkan
keretaku berdekatan dengan tapak projek.Tanah itu merupakan tempat yang strategik
untuk projek resort aku memandangkan ia terletak betul-betul dihadapan pantai
dan bahagian belakangnya pula ada kawasan air terjun. Sememangnya boleh menarik
perhatian pelancong. Berdekatan dengan tapak ini juga ada kolam air panas
semulajadi dan penduduk kampung ini boleh dikatakan terkenal dengan hasil
kraftangan. Sengaja aku datang diwaktu malam untuk melakukan siasatan.
“Assalamualaikum. Apa cik buat gelap-gelap ni?” soal seorang makcik yang
lengkap berbaju kurung.
“Waalaikumussalam. Tak ada apa makcik. Makcik nak ke mana ni?” Terkejut
juga aku apabila ditegur secara tiba-tiba tadi tapi memang dari dulu aku akan
menjadi sopan apabila berdepan dengan orang yang lebih tua. Ajaran dari arwah
nenek aku yang aku pegang sehingga sekarang.
“Makcik nak ke dewan orang ramai depan tu. Marilah pergi sekali dengan
makcik. Ustaz yang beri ceramah malam ni bagus tau. Jom?” Makcik itu terus
menarik tanganku untuk berjalan sekali dengannya. Aku yang tak sampai menolak
hanya menurut.
Tiba sahaja
didewan, aku yang tidak berhijab dan berambut blonde menarik perhatian orang ramai. Makcik tadi segera menarikku
untuk duduk dibarisan yang paling hadapan. Alahai makcik, kenapa tak naik terus
pentas tu?
“Alhamdulillah ada tempat lagi kat depan ni. Selalunya ramai sampai orang
sampai duduk atas lantai pun ada.” Mak aih hebat sungguh penceramah ini
sehinggakan ada yang sanggup duduk dalam keadaan tak selesa.
“Lupa pula makcik nak kenalkan diri. Nama makcik, Aisyah. Apa nama anak?”
“Maritza Zaharah makcik.”
“Makcik panggil Mar je boleh?”
“Boleh je,” jawabku ramah. Makcik Aisyah ternyata seorang yang ramah dan
senang bertegur sapa dengan sesiapa sahaja. Aku perasan yang ramai juga yang
ditegur ketika masuk ke dalam dewan tadi.
“Okey dah mula!” Dengan penuh bersemangat, makcik Aisyah mula membuka buku
nota yang dibawanya. Wah siap nak mencatat! Bagus makcik ni.
“Haa ustaz tu la yang makcik cakap tu. Muda lagi tapi ilmu dia banyak.” Aku
memerhatikan ustaz yang sedang memberi ceramah. Wajah ustaz itu memang nampak
lebih muda dari ahli panel yang lain dan dari segi percakapannya aku dapat
mengagak yang dia seorang yang tegas.
Selesai sahaja
sesi ceramah itu aku meminta diri dari Makcik Aisyah. Ada yang perlu aku
bincangkan dengan ustaz yang diberi nama Qays Elyas. Pelik namanya tapi
sepanjang ceramahnya aku tak dapat menahan diri dari menangis sehinggakan
makcik Aisyah memujukku dan aku dapat rasakan yang ustaz itu perasan akan
keadaan aku tadi.
Langkahku aku
panjang ke tempat dimana para ahli panel berkumpul untuk jamuan ringan. Sebaik
sahaja aku melihat kelibat Ustaz Elyas, aku terus mendekatinya. Ketika itu dia
baru sahaja lepas mencuci tangannya di sinki.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Ye cik?” Dia memandangku dengan muka pelik. Muka dia
pelik melihat minah salleh yang menangis beria ketika dia memberi ceramah kini
berada dihadapannya.
“Saya ada soalan nak tanya. Ustaz ada masa tak sekarang?” soalku dengan
muka penuh berharap.
“InsyaAllah ada. Cik nak tanya apa?”
“Ustaz, besar tak pahala kalau mengembalikan satu keluarga yang dah jauh
dari Islam ke jalan yang benar?” soalku dengan penuh rasa ingin tahu.
“InsyaAllah besar pahalanya.” Ustaz Elyas menjawab dengan senyuman
tersungging dibibir. Wajah bersih Ustaz Elyas menenangkan hatiku yang
sememangnya walang.
“Ustaz suka pahala banyak tak?”
“Mestilah suka.”
“Kahwin dengan saya.” Mahu terbeliak mata Ustaz Elyas namun dia segera
menenangkan dirinya dengan beristighfar.
“Cik, tak baik main-mainkan saya macam ni.”
“Saya serius. Saya betul-betul perlukan ustaz untuk bantu saya. Ustaz sudi
tak kahwin dengan saya?” Permintaan aku membuatkan Ustaz Elyas terdiam
seketika.
“Beginilah cik, biar saya buat solat istikharah dulu dan saya akan hubungi
cik kemudian.” Aku segera memberikan kad nama aku kepada Ustaz Elyas.
“Saya nak nombor ustaz juga. Lepas seminggu saya akan telefon. Saya benar-benar
harapkan ustaz.” Aku meninggalkannya setelah mendapat nombor telefonnya.
Terngiang-ngiang intipati ceramah yang diberinya ditelingaku.
“Allah sangat menyayangi kita walaupun kita ni cuma ditahap hambaNYA yang
hina. Disaat kita berdosa, DIA menunggu kita untuk bertaubat. Sudahlah udara
yang kita hidu ini diberiNYA percuma, kita nak tunduk kepadaNYA pun masih
berkira. DIA berikan kita tubuh yang sihat, tapi kita sia-siakan dengan berbuat
dosa. DIA bei kita harta dan kekayaan, namun kita habiskan dengan benda-benda
yang haram. DIA beri kita pasangan, tapi kita langsung tak bersyukur dengan
kurniaanNYA. Bila DIA beri kita ujian, ada yang memukul-mukul dada dan
menyalahkan Allah padahal ketika itu DIA cuma mahu kita kembali kepadaNYA
sebelum Malaikat Izrail datang menjemput kita.” Zapp! Tembus tepat didada. Mata
aku dah mula bergenang ketika ini.
“Allah menciptakan syurga untuk hambanya yang beriman kepadanya dan neraka
untuk mereka yang ingkar. Syurga, didunia ini ramai yang mengatakan tempat
sekian-sekian sebagai syurga dunia dan bagaikan mereka berada di syurga padahal
syurga itu jauh lebih indah dan tak terjangkau dek akal manusia. Saya pasti
tiada dikalangan mereka disini yang tak mahu masuk syurga bukan?” Secara
automatik kepalaku mengangguk.
“Neraka, memikirkannya sahaja membuatkan saya gerun. Bayangkan panas api
neraka itu adalah 70 kali ganda dari api yang ada didunia ini. Kalau kita
tersentuh sikit sahaja pun api dunia ini dah menjerit sakit bagaimana pula
dengan api neraka yang panasnya 70 kali ganda?” Bulu roma aku terus berdiri dan
aku sudah mula menangis teresak-esak tapi tak terlalu kuat namun membuatkan
Ustaz Elyas berpaling sedikit ke arah aku sebelum meneruskan ceramahnya.
Sesungguh aku
terkesan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Elyas sehinggakan aku
membuat keputusan untuk menyuruhnya berkahWin dengan aku. Langsung tak berfikir
sama ada dia sudah berkahwin atau belum. Eh macam mana kalau dia sudah
beristeri? Sanggupkah aku untuk bermadu? Yang paling penting, sanggupkah
isterinya berkongsi kasih denganku? Aduh migrain!
******************************************************************************
Cerpen ni ikutkan hati saya tak mahu buat panjang-panjang tapi...waa bila dah mula menaip makin panjang pula maka saya fikir saya perlu pecahkan kepada beberapa bahagian dan bahagian yang lain pula memerlukan masa untuk saya siapkan. Maka anda-anda sekalian diharap bertabah dan sila komen jika tak suka ke apa okey?
14 comments:
Baiklah... Saya akan bertabah menanti... This is gonna be a good story... *I'm sure of it.. Hehe*
Seriously suka nama ustaz elyas tu... Waktu baca teaser dah terbayang ustaz elyas dalam ketika cinta bertasbih... Kyaaa~
Hahaha tak tido lagi Suha? InsyaAllah...
Kte ni teringat Ustaz Kazim Elyas tu je hehehe (gurau2)
Bertabahlah!
Haha.time baca tu pun,ada trbayang ust kazim elias.sekejap je la tapi.hehe
Fighting, kak!:D
-dyla b-
@dyla b: hahaha jangan risau Ust. Kazim xde kaitan pun dgn cerpen akak ni huhu..
atenye kang x pasai2 akak kena bg royalti hahahah~
ahh saya suka saya suka. bila baca cerpen ni saya bayang imam muda asyraf tu hahahaha
@Anis Farhana: thanks (^-^)v
Hahaha Imam Muda Asyraf ye? huhuhu....
suka baca cerpen nukilan kamu walaupun panjang tapi menarik. keep on writing..
@rozita kadiman: terima kasih.
InsyaAllah akan terus menulis selagi diizinkan Allah (^-^)v
Sy masih baru dgn blog nie..tp dh mula suka cerpen2 kat sini n akak nie org utagha ka?
Penulisan akak nie best la..honestly sy dulu sy xska bc cerpen bersiries nie sbb kena tgu next part..hehe..cam drama la..tp bila start bc kat sini jd mcm.berbaloi ja tgu next part...btw keep it ur great job..
@E-WanT: Alhamdulillah. Terima kasih..ayah saya org utagha so mmg biasa dgr dialek2 Kedah ni kalau skali balik kg..bila masuk U, kwn pula dgn org pantai timur maka kekadang dialek saya bercelaru hehehe...
Thanks again, insyaAllah will try to do my best.
(^-^)v
Nama saya naili.. Deep gler.. Huhu~~btw.. Permulaan yg menarik..
@Naili Fahima: Assalamualaikum Naili~
hehehe jangan risau, watak Naili bertukar baik selepas ditarbiyahkan oleh Mar.
(^-^)v
Assalamualaikum,
xnak buat full time writer ke?
semua cerpen n novel dalam ni best2, saya dah khatam semua cerita dalam ni,
xsabar nak tunggu cerita2 lain. hari2 mesti buka page ni sebab tunggu cerita.
(penulisan2u pon banyak cerita xbest dah) xtau nak cari bahan bacaan lain kat website mana.
kipidap writer, good job
p/s: - update cerita baru cepat2 ye.. hehe
tq
@syue: Waalaikumussalam, ikutkan hati mmg nk jd fulltime writer tapi....terlalu byk commitment maka lupakan dulu hasrat itu hehehe...
Thanks sebab sudi lawat blog sengal saya ni. InsyaAllah bila ada masa saya update ye? Buat masa sekarang ni agak payah sebab dah nak kena buat persediaan untuk kelas sem depan.
Alhamdulillah dan insyaAllah.
(^-^)
Post a Comment