Agak-agak kalau Ustaz Elyas pakai gini pergi melamar Mar rasanya papa dengan mama Mar bagi tak? [kredit] |
“Makcik, makcik baca apa tu?”
soalku yang ketika itu baru sahaja lepas membersihkan diri selepas solat Subuh. Makcik Aisyah membaca
sesuatu di ruang tamu menggamit perhatianku kerana bacaannya sama tiap-tiap
hari dan dia akan membacanya pada waktu pagi selepas Subuh dan petang selepas
Asar.
“Ini mathurat Mar. Mathurat ni
himpunan ayat-ayat al-Quran dan hadis yang berbentuk doa. Nabi Muhammad
amalkannya sebagai wirid dan doa harian. Imam Hassan Al-Banna telah
menghimpunkannya lantas menjadikan bacaan seragam seluruh dunia yang kita
panggil mathurat. Mathurat ni ada dua jenis, Al-Sughra dan Al-Kubra dimana
Al-Sughra bacaannya lebih ringkas dan pendek manakala Al-Kubra lebih panjang.
Tak kisah nak baca mana-mana ikut kelapangan kita.” Aku mengangguk mendengar
penerangan Makcik Aisyah.
“Mathurat ni bagus sebab banyak
manfaatnya. Kalau membacanya, insyaAllah syaitan tidak menghampiri kita, rumah
dan keluarga kita selamat dari perkara yang tidak diingini, Allah mencukupkan
apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat, dan yang paling buat
makcik bersemangat nak baca hari-hari ialah orang yang membacanya kemudian dia
mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjaminkan untuknya syurga,”
tambah Makcik Aisyah lagi. Aku lihat dia sangat gembira ketika menerangkan kebaikan
mathurat kepadaku.
“Banyak lagi manfaatnya Mar dan
tak rugi untuk kita mengamalnya. Mar pun dah boleh mengaji sikit-sikit kan?
Mari makcik ajar baca mathurat ni.” Makcik Aisyah menepuk-nepuk sofa tanda
menyuruhku dulu disebelahnya. Makcik Aisyah mengajarku membaca mathurat secara
perlahan-lahan dan satu-satu ayat sehingga aku boleh membacanya dengan betul
barulah Makcik Aisyah beralih kepada bacaan yang lain.
“Lepas ni kita boleh buat solat
sunat Dhuha pula.”
“Mar tahu! Kalau solat sunat
Dhuha tu buat 12 rakaat, Allah bina rumah untuk kita dalam syurga kan makcik?”
Makcik Aisyah tersenyum gembira. Bangga sekejap aku yang malam tadi dok buat
research pasal solat-solat sunat. Yelah, aku ini dahlah berapa tahun dok
tinggal solat jadi solat-solat sunat itu aku harapkan supaya Allah dapat
mengurangkan timbangan dosa aku nanti disamping aku cuba menqada’ solat-solatku
dahulu.
“Paling kurang pun kita buat dua
rakaat. Jangan risau, Islam tak membebankan.” Aku mengangguk laju. Seronok
belajar dengan Makcik Aisyah sebab dia sangat berdedikasi dan cara dia mengajar
membuatkan aku merasakan yang aku disayangi.
“Makcik, kenapa saya tengok orang
pakai tudung ni macam pelik-pelik?” soalku ketika kami beriadah di taman
permainan berdekatan dengan pantai.
“Mar, perasan tak mereka semua
itu cuma menutup kepala tapi tidak menutup aurat.” Jawapan dari Makcik Aisyah
membuatkan aku bingung seketika. Bukankah kalau dah pakai tudung tu kira dah
menutup aurat?
“Tutup aurat tu cuma pakai baju
kurung dengan jubah je ke?” Makcik Aisyah pantas menggeleng kepala.
“Bukan macam tu Mar. Tahu tak apa
aurat wanita kepada bukan mahram?” Giliran aku pula menggeleng kepala. Bab-bab
agama memang ke laut aku ni!
“Kita wajib menutup semua anggota
badan kita kecuali tapak tangan dan muka. Lagi satu, kita disuruh menutup aurat
bukan membalut aurat. Jika kamu nampak ada yang tutup semua tapi pakai baju
sendat, tu membalut aurat. Mar bebas memakai apa sahaja pakaian yang longgar
dan menutup aurat bukan baju kurung dan jubah semata.” Buka mata aku setelah
mendengar penerangan Makcik Aisyah. Jadi selama ini aku banyak melihat manusia
yang membalut aurat bukan menutup aurat. Astaghfirullahalazim..
“Hmm makcik, kalau pakai tudung
ala-ala snowcap tu macam mana pula makcik?” Makcik Aisyah ketawa dengan
soalanku.
“Mar, bertudung biarlah menutup
dada sebab itulah yang diwajibkan. Kalau ada snowcap yang tutup labuh sampai ke
dada boleh aje.” Aku turut ketawa dengan soalanku sendiri. Dah memang-memang
sah tak boleh.
“Yang lilit-lilit? Macam turban?”
“Lilit boleh tapi jangan sampai
nampak bentuk tengkuk lepas tu terjerut mati diri sendiri pula.” Okey yang ini
memang lawak. Sampai berair mata aku gelak dengan lawak Makcik Aisyah.
Terbayang orang yang mati terjerut dok lilit ketat.
“Yang turban tu lagi makcik tak
berkenan. Macam orang Afrika sesat lepas itu memang sah-sahlah tak menutup dada
dan aurat. Paling kelakar bila tiba-tiba tersembul pula anting-anting kat tepi.”
Memang aku rasa perut aku nak kejang sebab banyak sangat ketawa. Aduilah Makcik
Aisyah, kalau sekali buat lawak memang serius tak boleh blah!
“Uish banyak gelak sangat ni! Meh
kita beristighfar.” Aku menghabiskan sisa tawaku sebelum sama-sama beristighfar
dengan Makcik Aisyah.
“Makcik, nanti kita pergi
shopping ye? Mar nak beli baju yang menutup aurat.” Makcik Aisyah mengangguk
gembira. Selama aku tinggal dirumahnya, aku meminjam baju anak sulungnya. Pada
mulanya aku tak selesa tapi lama kelamaan aku dah jadi tak kisah kerana
memikirkan asalkan boleh pakai sudah. Barulah aku sedar yang selama ini aku
sangat membazir dan bersifat angkuh dengan kekayaanku.
Malam itu aku menerima pesanan ringkas dari Ustaz Elyas
menyatakan yang keluarganya ingin bertemu dengan mama dan papaku. Hati aku
melonjak gembira tapi dalam masa yang sama berdebar tahap maksima. Memandangkan
papa dan mama aku akan pulang dari Jepun hari Jumaat ini maka aku cadangkan supaya
keluarganya datang hari Ahad. Bagi sehari untuk aku terangkan kepada papa dan
mamaku dahulu dan sehari untuk mereka bertenang huhu baik punya perancangan!
“Mar, malam ni kita bangun qiam
ye?” beritahu Makcik Aisyah sebelum aku masuk tidur. Duduk rumah Makcik Aisyah
memang tidur pukul 10pm dan tengah malam, dia akan mengejutkan aku untuk bangun
solat. Katanya bangun solat malam ini dapat mendisiplinkan kita dan seronok
sebab dapat ‘berbual’ dengan Allah ketika orang lain nyenyak tidur. Selalunya
dia akan mengejutkan aku pada pukul 4 pagi dan selepas solat dia benarkan aku
untuk tidur sebentar menunggu Subuh. Makcik Aisyah akan membaca Al-Quran
sehinggalah tiba waktu Subuh. Serius aku kagum melihat Makcik Aisyah yang tak
nampak penat bukan macam aku yang pengsan seketika selepas menunaikan
solat-solat sunat.
“Makcik, adakah Allah akan terima
taubat Mar?” soalku sesudah solat witir. Makcik Aisyah tersenyum sebelum
menarikku ke dalam pelukannya.
“Mar, insyaAllah Allah terima
taubat hambanya yang benar-benar menyesal dan ingin kembali kepadaNYA. Mar
jangan sedih ye? Makcik ada untuk Mar.” Aku menangis lagi dalam pelukan Makcik
Aisyah. Sesungguhnya Allah terlalu baik denganku kerana menghadirkan Makcik
Aisyah kepadaku.
Seminggu berlalu sejak aku tiba di kampung ini dan hari ini
aku perlu pulang semula ke rumahku memandangkan papa dan mamaku akan tiba hari
ini. Adikku, Marissa juga pulang dari UK hari ini kerana cuti semesternya telah
bermula. Dengan air mata bercucuran aku mengemas bilik yang aku diami selama
seminggu. Dah macam orang kena halau dari rumah padahal aku ini menumpang aje.
Makcik Aisyah tak kelihatan dari selepas Subuh tadi. Tercari-cari juga aku tapi
dia ada meninggalkan nota yang menyatakan yang dia ke pasar sebentar.
Selesai berkemas, aku duduk sebentar diruang tamu. Pagi tadi
selepas Subuh aku sudah menyapu dan membersihkan sedikit kawasan rumah Makcik
Aisyah. Memang aku rasa macam aku dah bersalin kulit kerana tak pernah-pernah
aku buat kerja rumah ketika dirumah sendiri kerana ada pembantu yang uruskan
segala-galanya.
“Assalamualaikum.” Aku menjawab
salam sebelum berlari untuk menyambut kepulangan Makcik Aisyah. Oh selendang pashmina
aku capai untuk menutup kepala. Aurat dirumah juga perlu dijaga ye adik-adik?
Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Ustaz Elyas ada
sekali siap angkatkan barang-barang untuk Makcik Aisyah. Ustaz itu pun nampak
terkejut dengan kehadiranku.
“La kenapa tercengang depan tu?
Mar tak ingat lagi ke kat Ustaz Elyas ni?” Gaya Makcik Aisyah sekarang macam
aku ini ada masalah nyanyuk yang kronik huhu...
“Taklah makcik. Mar terkejut je.”
“Tadi makcik terserempak dengan
ustaz masa beli barang. Terima kasih ye ustaz sebab hantarkan makcik?” Ustaz
Elyas mengangguk sambil menyusun barang-barang yang dibeli oleh Makcik Aisyah
diatas pangkin luar rumah Makcik Aisyah.
“Saya balik dulu ye makcik?”
“Eh ustaz ni, nak kejar apa? Tadi
kata cuti? Mari masuk makan dulu?” Ustaz Elyas kelihatan serba-salah untuk
menolak pelawaan Makcik Aisyah.
“Saya kena balik cepat sebab barang-barang
untuk makan tengah hari ada dalam kereta tu. Mahu mengamuk mak saya kalau
barang nak masak tak ada.” Aku yang nak tergelak berusaha menahan tawa. Tak
sangka tua bangka begini pun takut dengan mak lagi?! Hahaha..gelak jahat aku
dalam hati.
“La macam tu ke? Baiklah ustaz.
Lain kali sajalah. Kirim salam kat mak ayah.”
“InsyaAllah makcik.
Assalamualaikum.” Serentak kami menjawab
salam lantas menghantar Ustaz Elyas dengan pandangan sahaja. Kira nasib baiklah
aku tak melambai-lambaikan tangan sebab teringat pesan Makcik Aisyah untuk jadi
Muslimah yang anggun lagi tawadduk hehehe....
“Makcik halalkan makan minum saya
kat sini ye? InsyaAllah ada masa saya datang lagi.” Memang lenjun tudung Makcik
Aisyah dengan air mata aku. Kami berpelukan ketika Makcik Aisyah menghantarku
ke halaman rumah. Dari tadi aku cuba untuk tidak menangis tapi air mata aku ini
tak segan nak luruh depan Makcik Aisyah yang dah bergenang air mata selepas
sarapan bersama-sama tadi.
“Makcik halalkan Mar. Mar
rajin-rajinlah jenguk makcik kat sini. Kalau tak dapat jenguk seminggu sekali,
paling-paling pun telefonlah makcik ye nak?” Kata-kata Makcik Aisyah membuatkan
aku bertambah sayu. Ikutkan hati, nak aje aku bina sebuah rumah sebelah rumah
Makcik Aisyah ini tak pun pelawa Makcik Aisyah tinggal dirumahku yang banyak
bilik-bilik kosong tak berpenghuni. Bilik-bilik itu aku jadikan tempat
menyimpan barang dan buku-buku aku sahaja.
“Makcik, jangan risau insyaAllah
nanti saya datang lagi. Projek saya kan ada disini. Jangan sampai makcik pula
yang muak tengok muka saya nanti.” Kami ketawa didalam tangisan yang masih
bersisa.
“Mar jaga diri ye? Solat jangan
tinggal dan istiqomah dengan apa yang Mar buat sepanjang duduk rumah makcik ni.
InsyaAllah makcik sentiasa doakan Mar.” Aku mengangguk laju.
“Makcik pun jaga diri. Jangan
lupa call Mar kalau rindu ke apa okey?” Aku memeluk Makcik Aisyah buat kali
terakhir sebelum masuk ke dalam perut keretaku. Enjin kereta telah aku panaskan
dari tadi.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Dengan hati
yang dipagut sayu aku meninggalkan halaman rumah Makcik Aisyah. Rumah yang tak
begitu mewah tetapi sarat dengan kasih sayang. Tak akan dapat aku membalas budi
Makcik Aisyah walaupun aku dengan wang satu treler. Ilmu yang dicurahkan dengan
penuh rasa kasih dan sabar membuatkan aku jatuh cinta dengan Islam. Agama yang
aku anuti sejak lahir tapi aku hanya mula mencintainya apabila umurku menginjak
ke angka 27 tahun. Ya Allah, aku bersyukur kehadratMU kerana KAU temukan aku
dengan Makcik Aisyah. KAU berkatilah hidup kami ya Allah.
baca part 1
baca part 2
baca part 3
*****************************************************************************
Entah kenapa saya macam ada feeling2 yang cerpen ini akan bertukar menjadi novel pendek huhu~macam biasa kalau tak suka ke apa sila komen ye? (^-^)v
baca part 1
baca part 2
baca part 3
*****************************************************************************
Entah kenapa saya macam ada feeling2 yang cerpen ini akan bertukar menjadi novel pendek huhu~macam biasa kalau tak suka ke apa sila komen ye? (^-^)v
7 comments:
Xcukup ok..pendek plak tue..huhu..nak sambungan ag eh..hehehe..tq for the great story..patiently waiting.. :)
besaqnya badan hahaha takut pulak tengok. saya suka saya sukaaaa
kak update cepat2 kak. saya dah nak trial spm ahad ni kak, takut nanti dok mengigau pasai ustaz elyas dlm dewan hahahahaha.
wish me luck :')
@iyads: huhu sabar~ akak ni busy tahap gaban tu yang update ciput je..insyaAllah akak try update lagi ye?
@Anis Farhana: Awatla cheq~
Nak trial Ahad ni? Good luck! Baca buku dan surah Yassin. InsyaAllah boleh jawab dengan tenang.
yela2 akak try update satu lg entry before Ahad ni ye?
Sis, couldn't agree more ~~ bila tgk yg pakai fesyen turban tu terfikir, diorang ni dah kenapa pakai fesyen org afrika pulak.. Bukan nak merendahkan cara pakaian org afrika tapi kita yang Islam ni tak perlu lah ikut fesyen tu..
Hoyeah jd novel pendek pun best... Kami sedia membaca ;)
Betul..bukan nak kata orang Afrika tu ke apa just cuba fikir pakai akal logik. Turban tu dah sah-sahlah bentuk bonggol-bonggol.
Dalam hadith riwayat Muslim juga dah menyatakan bahawa wanita-wanita yang kepala mereka seperti bonggol unta tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan baunya dapat tercium selama perjalanan sekian dan sekian.
Berfesyen itu tak apa tapi pastikan kita tak melebih-lebih sampai jadi tabarruj pula.
InsyaAllah tapi buat masa sekarang ni kte x berapa sihat jadi update akan tertangguh. Maaf ye.
macam tu .... this story will be NOPEN, coz novel+pendek = nopen ... hehehe
apapun, byk pengajaran ... terbaik bak kata boboiboy..
@Mira Mohd: Alhamdulillah terima kasih ye. NOPEN ye? Hahaha apa2 jela~
(^-^)v
Post a Comment