taken from here |
“Eh Mar pergi mana tadi?Dah nak balik ke?” Makcik Aisyah yang tadi kulihat
seronok berborak dengan orang-orang kampung datang menegurku.
“Mar ada hal sikit tadi. Makcik tak nak balik lagi ke?” soalku semula. Jam
sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Bahaya jika biarkan Makcik Aisyah berjalan
kaki seorang diri malam-malam begini.
“Dah nak balik dah. Mar, marilah tidur rumah makcik. Boleh kita berborak.
Makcik tinggal seorang je sejak suami makcik meninggal. Anak-anak makcik pun
duduk jauh dari makcik.” Wajah mengharap Makcik Aisyah menyentuh jiwaku. Aku
mana boleh kalau orang tua merayu ke apa dekat aku. Gerenti aku akan turuti.
Mereka mengingatkan aku kepada arwah nenek yang sangat menyayangiku ketika
hayatnya masih ada dan sejak dia meninggal dunia, aku sudah tak ingat apakah
itu kasih sayang yang sebenarnya.
“Boleh kalau tak menyusahkan makcik.” Ceria terus wajah Makcik Aisyah
setelah aku memberikan persetujuan.
“Jom!” Makcik Aisyah terus menarik tanganku tapi aku menahan perlahan.
“Eh makcik, jom naik kereta saya. Bahaya ni nak jalan gelap-gelap gini.”
Makcik Aisyah mengangguk. Mungkin dia terlalu gembira sehingga lupa akan aku
yang datang ke kampung ini dengan menaiki kereta. Ketika ingin berjalan ke
keretaku, aku terlihat Ustaz Elyas sedang berjalan ke arah yang sama. Dari
kejauhan dia senyum ke arahku sebelum masuk ke dalam keretanya dan aku terpana.
Okey adakah aku dah terpikat sungguh dengan ustaz itu?
“Maaflah Mar, makcik ni suka benar pelawa orang datang rumah tapi rumah tak
seberapa. Buat macam rumah sendiri ye Mar?” Makcik Aisyah mengemas-gemas
sedikit rumahnya yang sedia kemas. Walaupun saiz rumah Makcik Aisyah tak sampai
1/10 dari saiz rumahku namun ianya nampak selesa dan jiwaku rasa tenang.
Ruang tamunya
menempatkan set sofa kulit berwarna putih, meja kopi dan televisyen skrin rata
bersaiz 40’ berwarna hitam. Ruang makannya terdapat set meja makan untuk enam
orang berwarna putih. Dari segi rekaan, aku dapat mengagak yang Makcik Aisyah
sukakan English style. Perabot hiasan berwarna putih dengan corak bunga-bunga
kecil berwarna merah jambu mengukuhkan lagi tekaanku.
“Mar, pergilah bersihkan diri dulu. Nanti makcik bagi baju anak makcik.”
Aku mengangguk sambil menyambut huluran tuala mandi dari Makcik Aisyah. Macam
tahu-tahu sahaja yang aku betul-betul mahu bersihkan diri aku sekarang. Sudah
menjadi tabiat aku untuk mandi setiap kali pulang dari mana-mana. Terasa badan
melekit jika tak mandi sebelum tidur. Tapi...pinjam baju orang?! Sepanjang
hayat aku tak pernah-pernah aku meminjam baju orang dan baju aku sendiri pun
pakai sekali aje dan aku akan sedekahkan ke tempat kitar semula tak pun beri
kepada pembantu-pembantu rumahku. Haish Maritza! Dah kau kat rumah orang jangan
banyak songeh boleh?!
“Makcik, bilik mandi kat mana?” soalku kepada Makcik Aisyah yang sedang
membuat air didapur.
“Ya Allah maaf Mar! Makcik ni dah nyanyuk kot. Boleh pula bagi tuala tapi
lupa nak tunjuk bilik air hahaa..mari..mari.” Makcik Aisyah menarik tanganku
keluar dari dapur. Makcik Aisyah ini suka benar pegang-pegang orang. Sebiji
macam arwah nenek aku dulu jadi aku tak kisah sangat.
“Ini bilik anak sulung makcik. Dalam bilik ada bilik air sekali. Malam ni
kamu tidur dalam bilik ni ye Mar?” Aku mengangguk setuju. Bagus benarlah kalau
ada bilik mandi sekali dalam bilik. Bilik yang bakal aku tidur kelihatan sungguh
kemas dan teratur. Sebuah katil bersaiz queen dengan cadar berwarna putih dan
bunga-bunga kecil berwarna merah jambu tampak selesa dan menggamit perhatianku.
“Makcik kat dapur ye Mar? Buatlah macam rumah sendiri.”
“Baik makcik.” Aku masuk ke dalam bilik mandi setelah Makcik Aisyah keluar
dari bilik. Bilik mandi yang dilengkapi paip pancuran air dan tandas duduk. Aku
membersihkan badanku sepuas-puas hatiku. Kepalaku sarat dengan pelbagai
persoalan dan kebimbangan. Dalam tak sedar air mataku mengalir lagi.
“Mar, Mar ni asal dari mana?” tanya Makcik Aisyah membuka bicara. Teh O dan
biskut jagung menjadi snek kami untuk malam ini. Ikutkan Makcik Aisyah mahu
memasak tapi aku tegah kerana tak pernah-pernah aku makan lewat begini.
“Tak jauh makcik, Kuala Lumpur.” Makcik Aisyah mengangguk.
“Makcik tengok Mar macam susah hati dan tadi Mar menangis masa dengar
ceramah Ustaz Elyas tu. Mar ada masalah ke?” Makcik Aisyah mengenggam tanganku.
Wajahnya yang prihatin mengundang sebak didalam hatiku. Sungguh dia sangat
mengingatkan aku kepada arwah nenek.
“Makcik, Mar rasa berdosa sangat makcik. Mar dah hidup 27 tahun atas dunia
ni tapi tak pernah pun Mar bersyukur dan sujud kepada Allah. Mar tahu Mar orang
Islam tapi Mar tak pernah jadi seorang muslimah yang sebenar-benarnya. Bila
bulan puasa, Mar ikut puasa tapi solat tak pernah buat. Dulu masa nenek Mar
masih hidup, Mar selalu ikut dia pergi masjid dan solat tapi bila dia dah
meninggal, tak ada siapa pun yang akan tegur Mar pasal solat, pakaian mahupun
perbuatan-perbuatan Mar diluar. Nenek meninggal masa umur Mar 10 tahun makcik,
dan sejak dari itu Mar dapat rasakan yang Mar kekurangan sesuatu tapi Mar tak
tahu apa dia. Agama bagaikan tak penting dalam keluarga Mar sebab tak pernah
sekali pun Mar tengok papa dan mama Mar solat dan mereka memang amalkan hidup
gaya orang barat. Kononnya nampak lebih elegan dan bergaya. Mar rasa berdosa
makcik.” Aku menghamburkan kesedihan yang membelengguku. Wang sentiasa ada dan
aku boleh dapatkan apa sahaja yang aku mahukan tanpa berusaha sejak kecil lagi.
Aku tidak dihantar ke sekolah tapi mama dan papaku menjemput guru-guru yang
pakar dalam sesuatu subjek untuk mengajarku. Berlainan dengan adikku Marissa
yang berkeras mahu bersekolah di sekolah biasa dan disebabkan ‘kedegilannya’
aku dapat melihat adikku itu jauh lebih berdikari daripadaku. Aku Cuma meninggalkan
sarangku ketika masuk ke universiti. Itupun masih dikawal ketat oleh papa dan
mama. Kata mereka, aku tak begitu pandai berdikari dan takut aku dipengaruhi
oleh manusia-manusia yang gilakan kekayaan keluarga kami. Sudah aku dilayan
bagaikan makhluk asing di universiti dan hanya si Naili sahaja dibenarkan berkawan
denganku kerana papa pernah berurusniaga dengan bapa Naili.
“Mar, Allah itu sangat baik Mar. Dia datangkan Mar ke kampung ini dan Mar buka
hati apabila mendengar ceramah Ustaz Elyas. Dia campakkan hidayah dalam hati
Mar walaupun Mar tidak sujud kepadanya. Mar, bersangka baik dengan Allah. Mar
boleh bertaubat kepadaNYA kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka sehinggalah
roh terpisah dari badan. InsyaAllah makcik boleh bantu Mar.” Makcik Aisyah
segera memeluk tubuhku. Aku mengonggoi menangis didalam pelukan Makcik Aisyah.
Ya Allah aku bersyukur ke atas rahmatMU ya Allah. Terima kasih kerana datangkan
aku Makcik Aisyah yang sangat baik ini ya Allah.
“Dah lewat sangat ni Mar. Kita masuk tidur dulu ye? InsyaAllah esok makcik
ajar kamu cara solat ye Mar?” Aku mengangguk setuju. Apa lagi yang lebih penting
kepada seorang Muslim dari solat? Rukun Islam yang telah lama aku tinggalkan
dan aku ingin sekali mempelajarinya semula.
Malam itu sebelum
tidur aku memeriksa telefon pintarku yang aku tutup semasa mendengar ceramah
tadi. Sudah menjadi tabiatku untuk menghormati majlis dengan menutup segala
gajet. Terkejut aku apabila melihat terdapat 10 panggilan dari papa dan mama.
Dengan kadar segera, aku menelefon mamaku.
“Hello mama.”
“Mar! Where were you? We’ve been looking for you like crazy!” Pekikan mama
membingitkan telingaku lantas aku menjauhkan sedikit telefon pintarku dari
telinga.
“Mama, Mar
melawat tapak projek kat Hulu Selangor ni je. Hmm thinking about spending a
week here so I can do some survey.” Aku terdengar suara mama yang mengeluh dari
hujung talian. Mungkin risau akan keselamatanku yang pernah menjadi target
culik sewaktu kecil dahulu. Heh cerita lama dan sekarang aku rasa penculik pun
tak mau culik perempuan sombong macam aku! Ya Allah buruk benar perangai aku..
“Okay since we’re
going to Japan tomorrow. Take care.”
“You too.”
‘Klik’ Talian
diputuskan.
“Assalamualaikum
mama...” Tak sempat aku memberikan salam kepada mamaku. Satu pesanan ringkas
memberitahu yang akaun aku telah dimasukkan wang oleh mama aku tiba sejurus
selepas itu. Mama...tak pernah berhenti memberikan aku wang untuk dibelanja
sehingga lupa akan tanggungjawabnya yang lain. Sesungguhnya aku hidup didalam
keluarga yang sangat materialistik. Untuk perkahwinan aku pun, mamaku sudah
menyatakan yang dia hanya akan mengahwinkan aku dengan kerabat diraja atau
lelaki dari keluarga yang berstatus sama atau lebih tinggi dari kami sahaja.
Haih macam mati nanti boleh sogok duit itu kat malaikat untuk masuk syurga.
Astaghfirullahalazim!
Ah sudah! Terlupa
pula aku tentang tawaran kahwin aku kemukakan kepada Ustaz Elyas. Ya Allah macam
mana ni? Aku tak teringat pula pasal keluargaku. Macam mana penerimaan mereka
nanti? Kalau Ustaz Elyas setuju, macam mana pula nak pujuk papaku untuk menjadi
wali? Haish masak..masak!
baca part 1
*****************************************************************************
Update sebab ada masa sikit hari ini. InsyaAllah ada masa lagi saya update okay? (^-^)v
Update sebab ada masa sikit hari ini. InsyaAllah ada masa lagi saya update okay? (^-^)v
15 comments:
Wahhh new update... Hehe... I'm very lucky... Waktu yg check tu laa yg ada update... Hehe...
Hohoho tak sabar tgk perubahan mar yang seterusnya... Dan semestinya ustaz elyas~~~ ;p
Indeed you're lucky sis hehehe~
Sempat siap sebelum Maghrib tadi..
InsyaAllah kte try update secepat mungkin..insyaAllah paling lewat pun Sabtu depan huhuhu~
(^-^)v
Ho ho hokeh... No worries... Will be right here waiting for the entry... Cewah~
Hehehe~ Richard Marx? haha~
(^-^)v
Saya suka semua karya kakak. Awesome sangat
Cerpen yg menarik...\(>_<)/
@sophea armelya: Alhamdulillah. Thankks ye dik (^-^)v
@Faiz Nizam: Thanks (^-^)v
Hmm..cerita yang menarik, xsabar utk sambunganya..cepat eh update new n3..hehee..chaiyok3x!! tQ utk cerita yang menarik. :)
alhamdulillah ilham dari Allah..insyaAllah saya akan sambung secepat yg boleh.
(^-^)v
wahhhwahhhwahhh bagus mar bagusssssssss.
waiting for the next entry... hehehehehe
@Anis Farhana: Huhu
sabar ye dik? InsyaAllah akak update dalam masa terdekat huhu~
(^-^)v
Haruslah! One of my fav songs... ;p Richard Marx, bukan Karl Marx okey... Hehe
hehehe kalau Karl Marx tu komunis kamu..hahahha gurau2~
(^-^)v
Tah apaapa karyanye. kak buat karya pun lagi tinggi ratingnye. apa nak jadi budak zaman sekarang ni.
@anonymous 5.38pm: maaf saya tak faham.
Apa2 pun thanks sebab lawat blog saya (^-^)v
Post a Comment