Kapitalis

Friday, December 20, 2019

Fool

"Awak balik pukul berapa hari ini? Nak saya masakkan?" Aku mendengus kasar mendengarkan soalan yang saban hari ditanya oleh suamiku,. Lemas tahu tak? Lemas!

"Masak untuk kau makan sendiri cukup." Aku terus mencapai kunci kereta dan berlalu keluar meninggalkan si dia yang masih boleh tersenyum dengan perangai kurang ajarku.

Aku memandu laju keretaku keluar dari kawasan perumahan kami. Lemas dan penat melayan si tunggul yang tak faham-faham yang aku sudah bosan dengan perhubungan kami. Berulangkali aku meminta untuk dilepaskan namun dia enggan dan sanggup jadi si bodoh untuk aku.


Saturday, August 19, 2017

Heartbreak Compilation 4: Daddy (Part 2)

sekadar gambar hiasan. 


Bertahun usaha aku mencari Jonathan tetapi tidak berhasil. Entah hebat sangat kuasa suami si Kelly sehinggakan aku hilang jejak mereka selepas pesawat mereka transit di Hong Kong. Masa aku banyak dihabiskan menjejak anak aku sehinggakan diriku sendiri terabai. Aku bertuah memiliki Kamil sebagai sahabat. Dia banyak membantu aku dari segi emosi dan menguruskan perniagaan yang kami.

Tuesday, December 20, 2016

Heartbreak Compilation 4: Daddy (Part 1)

taken from here    


Kanak-kanak yang ketawa riang bermain buaian mengamit pandanganku. Jelas ternyata kegembiraan terpancar diwajah dan bapanya yang menghayunkan buaian turut kelihatan gembira. Aku melepaskan keluhan kasar. Berapa lama lagi harus aku bertahan? Penat sudah aku mencari namun setiap pencarian hanya menambahkan duka dihatiku.

15 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Setiap hari aku hanya mampu berdoa dan tak berhenti mengharap walaupun kesabaran kian menipis.

         “Xiao Long, dimana kau wahai anakku?” Aku merintih lantas membiarkan sahaja air mata turun ke pipi. Tidak lagi aku mengambil kisah pada mata-mata yang memandang.

Monday, July 18, 2016

Cerpen: Short and Sweet 2

*Cerpen ini jelas ternyata tiada kaitan dengan cerpen Short and Sweet sebelum ini ufufufufufu~

taken from google image  

Angin kencang bertiup di luar.
Detikan jam di dinding semakin kuat.
Berdenting melawan kesunyian alam.
Bising suara dari dalam otak mengganggu ketenangan.
Malik mulai resah.


Ayahnya masih belum pulang dari pekan.
“Apa yang kau runsingkan? Kejap lagi baliklah ayah kau tu,”suara Mak Esah memecah suasana hening di rumah usang milik Pak Sabit.
“Tapi ini dah lambat dah ni mak. Selalunya dia dah sampai dah,” keluh Malik.
“Malik ada benda nak cakap dengan dia,” ujarnya perlahan seumpama berbisik.
Mak Esah hanya menggeleng.

Saturday, February 13, 2016

Cerpen: Short and Sweet

[credit]   


Laju aku melompat turun dari katil apabila terdengar bunyi deruman enjin EX5 dari luar rumah. Hati aku melonjak gembira melihat hari ini target yang aku tunggu sejak dua hari lepas muncul.

“Hmm nampak hensem seperti selalu. Ufufufufufu..” Mata aku masih tertancap pada si dia yang bertopi keledar merah putih dari celah tingkap bilik aku.

“Along, buat apa?” Huk! Terkejut aku apabila adik bongsuku, Aeril tiba-tiba muncul dari belakang.

“Tak ada apalah. Eh, busuk pergilah mandi!” Aeril mencebik marah sebelum terkedek-kedek berlari keluar dari bilik tidurku. Nak mengadu kat mak lah tu! Budak empat tahun yang malas mandi memang selalu kena bahan dengan aku.

Friday, February 12, 2016

Heartbreak Compilation 3: Hidup

[credit]   

“Arghhhhhh!!!” Terasa bagaikan semua urat-urat terputus dan nyawaku bakal bercerai dari jasad.

“Sabar puan. Bukaan dah besar. Sikit sahaja lagi puan.” Jururawat disebelahku tak putus asa memberikan dorongan dan sokongan moral.

“Sakit nurse..sakit.” Aku merintih dan dalam masa yang sama aku cuba menarik nafas dalam-dalam.

“Lagi sikit je ni puan. Sabar.” Tanganku digenggam erat. Wajahnya tak lekang dengan senyuman. Bagaikan gembira dengan bakal penambahan manusia di muka bumi ini.

Monday, December 28, 2015

Heartbreak Compilation 2: Suicide

[credit]  


Melangkah dan terus melangkah. Hidup aku makin tak bermakna dari hari ke hari. Jiwaku kosong dan aku sudah lupa tujuan hidupku. Oh tuhan, kenapa KAU ciptakan aku? Kenapa KAU berikan aku nyawa? Aku dah penat, cukup penat dengan dunia! Dunia yang tak adil dan penuh muslihat! Cukup-cukuplah KAU menyeksa aku wahai tuhan!

 Bangunan pencakar langit aku pandang dengan pandangan lesu seraya berfikir, aku patut habiskan nyawa aku disini. Sudah banyak kali aku cuba membunuh diri tetapi liat sungguh nyawaku nak bercerai dari jasad. Tali gantung aku putus sebelum sempat leher aku terjerut. Apabila aku kelar urat nadiku, jiranku yang datang mahu menumpang tandas segera menyelamatkan aku. Ketika mahu membeli pil tidur di farmasi, boleh pula kehabisan stok dan kelemahan aku yang tak suka bau ubat racun binatang menyebabkan aku tak boleh menelan racun tikus untuk membunuh diri.

Friday, December 25, 2015

Heartbreak Compilation 1: The Last Trip

[kredit]  


Penerbangan yang mengambil masa enam jam setengah aku rasakan seperti setahun. Percutian ke Guam yang dihadiahkan oleh anak sulungku untuk aku dan suamiku setelah kami berura-ura mahu berpisah. Usia perkahwinan yang mahu menginjak 30 tahun bagaikan tiada lagi makna buat kami berdua. Masing-masing sudah muak dan bosan dengan perkahwinan yang selama ini bertahan hanya kerana anak-anak dan rasa tanggungjawab.

“Beg awak tu.” Pantas aku letakkan beg untuk pemeriksaan kastam. Bagasi semua sudah selesai diperiksa ketika aku mengelamun tadi.

“Kalau macam ni baik duduk rumah sahaja. Mengelamun tak sudah-sudah!” Bisa perkataan yang keluar dari mulut suamiku tapi aku hanya buat tak peduli dan hanya menunjukkan muka selamba. Malas nak melawan sebab  dia tak akan pernah mengaku kesalahan.

Tuesday, December 8, 2015

Cerpen: Power Ranger Merah dan Raksasa


Aku pandang tiket yang aku pegang. Nama aku jelas tertulis, bersama dengan nombor tempat duduk. Aku mengeluh perlahan. Perasaan cemas memenuhi jiwa. Ini bakal jadi kali pertama aku naik kapal terbang, moganya tak ada apa yang akan berlaku, aku berdoa dalam hati.

Saturday, October 10, 2015

Cerpen: The Cool and the Delinquent (END)

 [kredit]
[kredit]

Aku tak tahu apa kena dengan Abang Baby sejak akhir-akhir ini. Setiap hari ada sahaja nota-nota kecil dan bunga kecil diatas meja aku. Macam mana aku tahu dia yang buat? Si dia yang dok sengih-sengih dari tempat duduknya membuatkan aku senang meneka. Ces! Dah nak dekat SPM pun nak mengarut lagi!

Hari ini dia meletakkan lirik lagu ‘Daisy Bell’ dan tiga kuntum bunga daisy biru. Walaupun macam sengal tapi disebabkan aku memang suka bunga jadi aku biarkan sahaja. Kot la esok dia tiba-tiba bagi brokoli tu lain cerita la..

Saturday, September 19, 2015

Cerpen: The Cool and the Delinquent (Part 4)

Abang Baby dan Rei [kredit]   


Latihan merentas desa yang baharu sahaja tamat cukup meletihkan aku. Laluan trek yang agak mencabar membuatkan ramai pelajar yang berhenti sekerat jalan dan berehat di warung-warung yang terdapat di sekitar laluan trek. Aku? Tak adanya nak berhenti! Nadhif menggugut mahu mencari anjing liar dan melepaskan anjing tersebut untuk mengejar aku jika aku berhenti separuh jalan. Memang bagi semangat kaw-kaw punya kat aku!

“Penat?” soalnya sambil menghulurkan sebotol air mineral. Mula-mula agak sangsi juga nak ambil sebab dia ini banyak akal nak kenakan aku tapi…haus punya pasal tibai sahajalah! Alhamdulillah hilang haus dengan air yang Abang Baby beri minum.

Sunday, August 16, 2015

Cerpen: The Cool and the Delinquent (Part 3)

[kredit]   


Zirafah yang dok seronok mengunyah pucuk daun yang aku beri kuperhatikan sehinggalah dia siap menelan. Sekarang aku di zoo negara bersama dengan kakak-kakak Nadhif, Nadhif, Nashrul serta Rafi dan Rafiq. Oh ye, along aku pula ditugaskan menjadi pemandu kami hari ini. Dari tadi aku perasan yang kakak-kakak Nadhif berusaha nak beramah-tamah dengan along aku tapi…along dah memang sejak azali tak berapa pandai bersosial dengan perempuan maka nampak sangat mereka di’boo’ layan tak pun along aku senyum lepas tu ‘melarikan diri’ konon-konon layan Rafi dan Rafiq. Aku? Bila dah ramai macam ni, aku memang automatik jadi senyap.

“Kau tengah serap semangat zirafah ni dengan harapan kau tinggi sikit dari sekarang ke apa?” Teguran dari Nadhif menghentikan lamunanku.

Saturday, August 8, 2015

Cerpen: The Cool and the Delinquent (Part 2)

my Ricky. hehehe...


Waktu rehat memang waktu yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar. Aku yang baru sahaja lepas membeli roti untuk makan tengah hari berjalan perlahan menuju ke taman botani sekolah. Namun tak sempat keluar dari kantin, aku mendengar jerkahan kasar dan suara perempuan menangis.

“Tak payah kau nak buat drama sedih! Kutip balik makanan tu cepat!” Kelihatan Abang Baby memarahi seorang pelajar perempuan dengan muka memerah. Aku perasan ditangannya ada seekor kucing. Dah macam mak tiri Cinderella pula bila tengok aksi dia marah orang sambil dengan selamba mengusap kucing.

Saturday, July 11, 2015

Cerpen: The Cool and the Delinquent (Part 1)

[kredit]   


Merah langit senja mendamaikan sesiapa sahaja yang memandang. Buku-buku latihan dan ulangkaji sudah siap aku masukkan ke dalam beg galas dan sekarang aku mahu menatap permandangan indah ini sepuas-puasnya sebelum aku pulang ke rumah. Di rumah, aku tak boleh menumpukan perhatianku memandangkan aku ada adik beradik yang masih kecil. Sudah menjadi kebiasaan aku akan memanjat bukit ini dan mengulangkaji sehingga waktu senja.

“Okay cukup.”Aku bangun lalu berjalan turun ke tangga pondok. Disebabkan aku selalu datang ke sini, aku telah membina sebuah pondok kecil khas untuk aku mengulangkaji. Ayah dan abang-abang aku turut sama membantu dalam pembinaan pondok ini dan jangan risau, kami dah minta izin tuan tanah sebelum membina. Tuan tanah pun tak kisah sebab dia boleh gunakan pondok untuk berehat selepas berkebun.

Tuesday, June 23, 2015

Cerpen: The Other Side

[kredit]    

Imran memutar kunci rumahnya. Pintu terbuka dan dia melangkah masuk setelah memberi salam. Rumahnya tidak mewah tidak juga daif. Cukup untuk dia tinggal berseorangan di bandar besar ini. Langkahnya diatur ke sofa lantas dia melabuhkan punggungnya. Dia baru sahaja mengimamkan solat berjemaah di surau komuniti kejiranannya.

Imam muda. Panggilan jiran-jiran kepadanya. Kadangkala dia sampai malu sendiri memikirkan dirinya hanyalah manusia biasa dan tak terlepas dari dosa. Jolokan itu kadangkala bagaikan satu beban untuk dirinya. Ilmu agama yang ada didalam dada tak sebanyak mana. Namun dia bersyukur dan menganggap panggilan itu sebagai satu doa dan pemangkin untuk dirinya supaya lebih berusaha menjadi seorang Muslim yang baik.

Tuesday, May 26, 2015

Cerpen: Lieutenant in Love

IchiRuki [kredit]   


“Bila dah besar nanti, kita kahwin eh?”

“Kalau mama dengan ayah tak bagi?”

“Kita kahwin lari!”

Huk! Tersentak aku dari lamunan. Imbasan memori ketika zaman masih belum mumaiyiz. Mentah dan tak tahu apa-apa. Memori yang jika boleh aku tak mahu ingat dan hari ini merupakan hari perkahwinan si dia yang berjanji mahu berkahwin denganku dahulu.

Hmm wajah si dia yang ceria bergambar dengan isterinya menunjukkan betapa dia tidak ingat akan janjinya dahulu. Heh, siapalah yang ingat janji yang dibuat ketika berusia tujuh tahun?! Oh..kecuali aku.

Saturday, May 23, 2015

Cerpen: Bercinta dengan Minah Cool

Tags: Anime, Ponkan Eight, Yahari Ore no Seishun Love Come wa Machigatteiru, Yukinoshita Yukino
[kredit]   


Wajah gadis yang sedang melakukan flying fox semakin jelas dipandangan mataku. Semakin lama semakin dekat dan dia bagaikan sedang mengatakan sesuatu. Apa dia?

“Ketepi!!!!”

‘Bukk!’. Gelap terus masa depan aku.



Sunday, May 17, 2015

Cerpen: Lovely Otaku (Part 4 End)

Usui Takumi..ehey tergoda tak? [kredit]     

Beg kertas berisi kostum Gintoki aku jinjit lalu melangkah masuk ke dalam pusat beli-belah. Tempat pertemuan yang dirancang oleh pelangganku. Aku pergi seorang diri memandangkan Abang Gin ke luar Negara dan aku tak rasa nak ajak mamat selamba itu untuk temankan aku. Inilah masa untuk aku menjadi betul-betul berdikari bukan?

Tiba di tempat yang dirancang, aku mengambil tempat dan memesan minuman untuk membasahkan tekak. Panas pula cuaca hari ini. Beg kertas itu aku peuk seperti harta yang berharga. Hehehe kalau ada yang menyamun beg aku ni mesti kecewa bila tengok isi dalamnya.  Mata aku melilau mencari si pelanggan. Dari pesanan ringkas yang aku terima, dia menyatakan yang dia akan berpakaian paling senang dikenali dan tak akan susah untuk mengecamnya. Haish macam-macam perangai…

Sunday, May 10, 2015

Cerpen: Lovely Otaku (Part 3)

[kredit]  

Aksi seorang pelajar lelaki melompat dengan papan luncurnya membuatkan aku ternganga seketika. Serius tak takut mati ke?! Di sudut yang lain terdapat beberapa pelajar memanjat tembok batu yang tinggi tahap boleh buat aku rasa gayat walhal aku cuma menonton dari jauh.

“Menung apa tu?” Mamat selamba menghulurkan sebotol air mineral kepadaku. Dia? Punya sedap dok makan aiskrim tapi kat aku beli air mineral je. Huh! Sekejap..salah aku juga sebab pernah cakap yang aku tak berapa minat benda manis tapi…..aku suka aiskrimlah!

“Kenapa ajak saya datang sini, Dr Hilal?” soalku sebelum meneguk air mineral yang diberi.

Sunday, April 26, 2015

Cerpen: Lovely Otaku (Part 2)

Sakata Gintoki from Gintama [credit]  


Awkward. Serius sangat janggal bila makan berdua-duaan di kafe comel ala maid café di Jepun dengan pensyarah yang tunjuk muka selamba badak. Rasanya, badak pun surrender dengan dia ni!

“Dah lama jadi otaku?” soalnya sambil menyuap parfait ke dalam mulutnya. Parfait strawberry cheesecake yang aku tengok pun boleh agak manis gila disuap macam biasa dengan kelajuan konsisten. Okey aku dah mula merepek.

“Lama juga. Saya suka anime, manga dan cosplay. Mula terjebak pun selepas sesat di Akihabara waktu balik Jepun dulu.” Aik apasal pula ringan je mulut aku nak bercerita dengan mamat selamba ini? Aku ini boleh dikategorikan agak tertutup dengan orang yang aku tak kenal atau kurang suka. Tapi…fuh apa jampi yang dia pakai?!