Kapitalis

Saturday, February 13, 2016

Cerpen: Short and Sweet

[credit]   


Laju aku melompat turun dari katil apabila terdengar bunyi deruman enjin EX5 dari luar rumah. Hati aku melonjak gembira melihat hari ini target yang aku tunggu sejak dua hari lepas muncul.

“Hmm nampak hensem seperti selalu. Ufufufufufu..” Mata aku masih tertancap pada si dia yang bertopi keledar merah putih dari celah tingkap bilik aku.

“Along, buat apa?” Huk! Terkejut aku apabila adik bongsuku, Aeril tiba-tiba muncul dari belakang.

“Tak ada apalah. Eh, busuk pergilah mandi!” Aeril mencebik marah sebelum terkedek-kedek berlari keluar dari bilik tidurku. Nak mengadu kat mak lah tu! Budak empat tahun yang malas mandi memang selalu kena bahan dengan aku.


Eh? Tepuk dahi aku apabila terlupa dengan aktiviti yang aku sedang lakukan tadi. Mamat posmen pun dah hilang dari pandangan.

“Cis!” Aku kembali mengemas bilik tidur aku. Tak apa, esok masih ada.

…………………………………………………………………………………………………………

Timbunan surat-surat diasingkan mengikut destinasi. Selesai tugas pengasingan, surat-surat diserahkan kepada posmen-posmen yang bakal bertolak ke destinasi yang telah ditentukan.

“Taufiq dah sihat?” Pakcik Haris mendekatiku dengan senyuman melebar. Aku mengangguk sambil membalas senyumannya.

“Alhamdulillah pakcik. Lepas rehat dua hari surut terus demam saya.” Beg berisi surat-surat yang perlu dihantar disangkut pada tepi motor.

“Alhamdulillah. Baiklah Taufiq hati-hati bawa motor tu. Apa-apa call pakcik.”

“Baiklah pakcik.” Enjin motor aku hidupkan dan dengan lafaz bismillah aku bertolak keluar dari pusat pengagihan.

…………………………………………………………………………………………………………

Pagi ini aku bangun dengan penuh bersemangat. Entah kenapa aku dapat rasakan yang sesuatu yang baik akan berlaku hari ini. Halaman rumah aku sapu dengan cermat. Pokok-pokok bunga mak juga sudah aku siram. Jemur baju? Ehey, awal-awal lagi aku dah siapkan!

“Along, mak suruh masuk makan dulu!” jerit adik-adik aku dari dalam rumah.

“Ye sekejap!” laung aku kembali. Plastik sampah aku ikat dengan cermat sebelum membasuh tangan disinki.

“Rajin along hari ni.” Aku hanya tersengih dengan teguran mak.

“Along rajin ada makna mak.” Adik kedua aku, Fariz menyampuk. Dey, mahu cari pasal ka adik?!

“Angah memang suka menyakat along kan?” Senyuman bermakna aku berikan pada Fariz sambil mencubit perutnya dari bawah meja. Berkerut-kerut jugalah muka budak itu menahan sakit. Nak menjerit tak berani sebab ayah baru sahaja duduk dimeja makan.

“Along petang ni nak juga ke ikut ayah?” soal ayah. Pagi ini kami bersarapan nasi lemak. Mak memang rajin membuat sarapan untuk kami sekeluarga meskipun dia merupakan wanita bekerjaya. Mak merupakan seorang peguam dan memiliki firma guaman sendiri.

“Yup cadang-cadangnya macam tu la. Sementara tak ada apa-apa ni baik along ikut ayah je.” Ayah mengangguk faham.

“Along tomboy!” jerit Fariz setelah meletakkan pinggan ke dalam sinki. Eh budak ni! Mentang-mentang dia dah siap makan, bolehlah dia lari kalau tak memang kena luku!


……………………………………………………………………………………………………

Entah apa malang nasib aku hari ini. Sudahlah tadi kena kejar dengan anjing. Sekarang boleh pula motor aku ni mengkhianati aku! Sakit hati aku!

“Alahai motor, nasib baiklah semua surat dah siap hantar. Haish mana pula kedai motor dekat-dekat sini.” Aku mencangkung melihat tayar yang kempis. Nak telefon Pakcik Haris, telefon aku pula habis bateri. Adui, malang betullah!


…………………………………………………………………………………………………………

Eh, eh bukankah itu….sah mamat posmen yang selalu aku intai dari celahan tingkap bilikku ehey! Nampaknya dia didalam kesusahan. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin lagi penyayang, haruslah aku membantu mamat posmen itu. Hehehe..

“Assalamualaikum. Kenapa ni?” Wajah ayu lagi sopan-santun aku pamerkan pada mamat posmen. Dia segera berdiri dan memberikan senyuman buatku. Wahlawei nak meloncat jantung aku!

“Waalaikumussalam. Err adik, motor saya pancit. Adik tahu tak kat mana bengkel terdekat?” Wuuu sangat bersopan mamat posmen ini. Adik? Adik manis ka?

“Tayar pancit ye? Mari saya tunjukkan bengkel. Tak jauh pun.”

“Oh betul ke adik? Terima kasih ye.” Dia mula menolak motor mengikuti aku.

“Sini.” Aku membuka pagar rumah lalu menyuruhnya membuat double stand di tengah halaman rumahku.

“Err adik ni bukan rumah orang ke?” Taklah inilah rumah makhluk hobbit! Alahai mamat posmen ni.

“Rumah saya. Sekejap saya pergi ambil barang-barang.” Aku nampak mamat posmen itu tercengang tapi aku tahu selepas ini dia akan lebih tercengang.

Kotak peralatan bengkel milik ayah aku bawa keluar. Aku melonggarkan skru-skru dengan spanar lalu mengeluarkan tayar dari motorsikal.

“Kena paku ni.” Dia hanya mengangguk sambil turut mencangkung melihat aku bekerja. Paku aku cabut dan meletakkannya ke dalam bekas. Kemudian aku menggunakan penyungkil tayar untuk mengeluarkan tiub dari tayar.

“Hmm tiub ni dah lama dan dah bertampal-tampal. Rasanya baik tukar tiub baru.”

“Oh..ha..bolehlah.” Mahu tergelak aku dengan reaksi mamat posmen ini. Hehehe…tak pernah tengok mekanik wanita beraksi ke apa?

“Nama saya Taufiq. Apa nama adik?” Eh tiba-tiba pula nak buat sesi perkenalan.

“Hidayah.”

“Ha?!” Dah kenapa? Kampung sangat ke nama aku tu? Aku buat tak tahu sambil meneruskan kerja aku. Aku membetulkan pelapik getah alas pada rim sebelum memasukkan tiub yang baru ke dalam tayar. Tayar aku masukkan angin sebelum memasangkan semula ke motor. Nasib baik cuma tayar depan yang pancit kalau dua-dua mahu haru.

“Along, siapa ni?” Fariz dan Aeril yang menjenguk dari dalam rumah aku pandang tanpa perasaan. Dah siap kerja baru nak muncul.

“Abang posmen ni, motor dia pancit jadi along tolong tukarkan tiub dia. Ni korang berdua tak mandi lagi kan? Baik korang mandi sebelum along libas dengan getah paip!” Berdesup budak berdua itu berlari ke bilik mandi. Mak dengan ayah tak ada memang menjadi-jadi perangai malas mandi. Ek lupa kejap yang mamat posmen tu masih ada kat sini. Haish hancur habis imej ayu dan sopan-santun aku tadi!

“Err adik. Berapa ye?” Mungkin terkejut dengan aku yang tiba-tiba menyinga dengan adik-adik aku terus kecut mamat ni.

“Tak apalah. Kira hari ni saya bersedekah.” Senyuman manis aku hadiahkan kepada mamat posmen.

“Eh betul ke ni dik? Terima kasih banyak-banyak. Pandai adik tukar tiub.”

“Oh sebab saya selalu tolong ayah saya kat bengkel dia jadi setakat tukar tiub ni memang tak jadi masalah.”

“Adik mekanik ke? Belajar kat politeknik ke?” Berapa banyak ‘nik’ da….

“Saya tengah tunggu keputusan untuk posting. Saya ni..”

“Mekanik pun ada posting?” Adui mamat posmen ni apasal kuat menyampuk!

“Saya doktor gigi.” Kalaulah aku ada kamera memang aku tangkap gambar mamat posmen ni sekarang. Mungkin tak percaya yang doktor gigi boleh buat kerja-kerja bengkel.

“Hebat doktor gigi sekarang boleh buat dua kerja.” Aku tersengih dengan kata-kata mamat posmen. Apa? Aku sahut saranan menteri apa..

“Baiklah saya balik dulu. Terima kasih ye Hidayah.”

“Oh sama-sama.” Aku memerhatikan sahaja mamat posmen sehingga hilang dari pandangan.

Eh sekejap. Nama dia Taufiq? Tepuk dahi aku. Sekarang baru aku faham kenapa dia terkejut bila dengar nama aku tadi.


Hmm adakah Taufiq sudah bertemu dengan Hidayahnya ataupun Hidayah yang sudah terjumpa dengan Taufiqnya? Ehey~

18 comments:

SNIz said...

Terburai perut baca cerpen ni.. Lawak + sweet!! (^_~)v Hufufufu

Norlyana Nasrin said...

@SNIz: Hehehe thanks (^-^)v

Sayhida Amirah said...

Kalo de smbungan ni best gak.. hahaha.. buat novel j la sis..

Norlyana Nasrin said...

@Sayhida Amirah: wuu..x rasa nak buat sambungan tapi..haha bergantung pada tahap imaginasi dan kerajinan hehe..

(^-^)v

farachen said...

Mohon sambung please ;D;D;D

Norlyana Nasrin said...

@Farachen: Huhuhu bergantung pada tahap imaginasi dan kerajinan
(^-^)v

adryz annissa said...

Kak, my wish... Tolonglah sambung. Nanti kita baca kat asrama ya?

Norlyana Nasrin said...

@adryz annissa: aiyoo...huhu nnt akak fikir dl sbb mmg igt nk abiskan mcm ni je.

(^-^)v

rozita kadiman said...

salam dah lama takde cite baru. Sweet jer cite nie...

Norlyana Nasrin said...

@rozita kadiman: waalaikumussalam. maaf lambat reply. sekarang saya sibuk dengan kelas sebab semester dah bermula kat U tempat saya bekerja.

Alhamdulillah terima kasih. InsyaAllah ada masa saya update lagi.

(^-^)v

MISS terious Girl said...

short n sweet. just perfect. 5 stars.

Norlyana Nasrin said...

@MISS terious Girl: thanks. Really appreciate that (^-^)v

NinjaPena said...

huhu... cerita akak semuanya best2! ^.^

Norlyana Nasrin said...

@NinjaPena: alhamdulillah..terima kasih (^-^)v

Tinta Nenda said...

As salam. Entah kali berapa sy baca tetap tersenyum. Good job writer.

Atiezah Latifah said...

Nice,,love it

Norlyana Nasrin said...

Waalaikumussalam. Alhamdulillah terima kasih.
(^-^)v

Norlyana Nasrin said...

Thanks (^-^)v