Kapitalis

Friday, December 20, 2019

Fool

"Awak balik pukul berapa hari ini? Nak saya masakkan?" Aku mendengus kasar mendengarkan soalan yang saban hari ditanya oleh suamiku,. Lemas tahu tak? Lemas!

"Masak untuk kau makan sendiri cukup." Aku terus mencapai kunci kereta dan berlalu keluar meninggalkan si dia yang masih boleh tersenyum dengan perangai kurang ajarku.

Aku memandu laju keretaku keluar dari kawasan perumahan kami. Lemas dan penat melayan si tunggul yang tak faham-faham yang aku sudah bosan dengan perhubungan kami. Berulangkali aku meminta untuk dilepaskan namun dia enggan dan sanggup jadi si bodoh untuk aku.




'Prang!' Aku melempar pinggan kaca ke lantai. Wajah si bodoh yang masih tak putus asa dengan hubungan kami menjengkelkan aku.

"Saya tanya siapa lelaki yang bawa awak keluar makan tadi. Itupun susah nak jawab ke?" Aku cuma menjengilkan mataku kepadanya. Tanda menyuruh senyap dan tak payah nak jadi detektif pencen!

"Apa kena dengan awak? Semua awak nak saya cuba beri tapi awak masih macam ini dengan saya!" Wajah sedih dan kecewanya langsung tak memberi kesan kepada aku. Aku mendekati dan mendongakkan dagunya.

"Kau betul tak tahu?" Matanya aku pandang tajam.

"Beritahu apa salah saya," soalnya dengan nada suara yang lemah

"Aku dah tak tertarik dengan kau. You bore me to death!"

"Saya boleh berubah! Awak nak saya jadi lelaki macam mana?!" Tangannya kemas mencengkam pergelangan tanganku. Pantas aku menarik semula tanganku.

"Bila last kau bergaya dan keluar rumah selain untuk pergi kerja? Cuba buka sikit mata kau dan tengok dunia luar. Jangan nak clingy sangat dengan aku boleh tak? Lemas tahu?!" Tak bosan ke asal balik rumah dah pakai 'pakaian seragam' dia, t-shirt Pagoda dengan seluar pendek. Macam dah tak ada beza dengan apek kedai runcit!

"Awak nak saya pakai tuxedo ke duduk rumah?!"

"At least something presentable! You look like trash!" Aku mencampak bunga yang dibelinya ke mukanya. Berang apabila si bodoh ini mula mahu meninggikan suara.

"Trash? Sampah? Jadi muka ex-boyfriend awak tu macam model ke?" Oh, jadi dia tahu aku keluar dengan bekas teman lelaki aku.

"Better than you!" Aku mula mahu angkat kaki. Malas untuk meneruskan pertelingkahan yang aku tahu akan lebih memenatkan aku.

"No! Don't leave like this!" Dia memeluk tubuhku dari belakang. Cuba untuk menghalang aku dari meninggalkan dirinya. Perlahan aku leraikan pelukannya.

"Aku dah penat. Hubungan kita sampai sini sahaja. Aku ceraikan kau dengan talak satu. Tunggu surat dari mahkamah!"

Aku kembali ke realiti. Hakikatnya akulah si bodoh itu. Suamiku yang sudah berlalu pergi aku pandang lemah. Aku wanita yang dikahwini atas dasar cinta dan kini diceraikan kerana cinta lamanya kembali berputik. Aku melihat wajahku dicermin. Tiada seri. Lantas aku melihat pakaian lusuh yang membaluti tubuhku. Aku ketawa seorang diri mengenang nasib menjadi si bodoh kepada seorang lelaki.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah lama gila tak menulis dan ta-dah!!!! Saya sedang nak cuba menulis semula dan kali ni saya buat cerpen yang pendek gila dulu sebelum nak dapat balik inspirasi untuk menulis. Cerpen kali ini saya mencuba element plot-twistdan macam biasa kalau tak suka ke apa sila komen (^-^)v

9 comments:

Aisyah said...

Ya Allah, Alhamdulillah akhirnya yerubat rindu sye dgn penulisan sis 😊. Tapi penulisan nie agak kureng sedikit, di mana plotnya kurang jelas dan agak pendek daripada cerpen kebiasaan yang sis selalu tulis. Boleh tahu tempat @ blog yang selalu sis baca cerpen? Nak baca cerpen orang lain, tapi tak dapat yang betul-betul best huhu

Norlyana Nasrin said...

@Aisyah: Hahaha saya dah agak memang kureng. Ini penulisan yang jadi secara rawak dan saya akui memang banyak kelemahan. Saya tengah mengumpul semangat nak menulis kembali.
Hmm saya tak baca cerpen Bahasa Melayu sekarang jadi maaf saya pun tak tahu nak baca kat mana. (^-^)v

Aisyah said...

Yeayyyyy, sis reply, maksudnya sis dah nak menulis balik, hehe 👍💪💪

Norlyana Nasrin said...

@Aisyah: InsyaAllah. Rasa geram sebab IRA pun x habis2. (^-^)v

Aisyah said...

Hahahahahahah yang tu pown dok tunggu2 gak, tapi busykan nak buat canew, 💪💪💪

Norlyana Nasrin said...

@Aisyah: Tu la..busy tu satu hal..idea nak menulis x kunjung tiba pun problem juga (^-^)v

Aisyah said...

Goodluck sis, sebut charm camnie, 'owh idea, datanglha datanglha, datanglha kau, muahahahhahahah'

Norlyana Nasrin said...

@Aisyah: Waaa hahahaha thanks

Aisyah said...

Yeayyyyy Da masuk tahun baru, harap sis yana dapat curahkan ilmu² yang bermanfaat melalui penulisan 🥰