Kapitalis

Sunday, March 15, 2015

Cerpen: Ice King and Delinquent Queen (Part 8 END)

Infinity Love
[kredit]   


Kawasan jirat tempat dimana lelaki durjana itu ditanam aku pandang dengan perasaan sebal. Batu penanda hanya ada gambar dan nama. Tiada pun sembahan yang diletakkan di jirat. Sekitar jiratnya dipenuhi semak lantas membuatkan aku ingin segera beredar dari situ. Mahu jadi kubur aku pula jika tiba-tiba ada ular mematuk! Tapi..kaki aku tak mahu melangkah pergi dan mataku tertancap tak beralih pada batu penanda jirat lelaki durjana ini.

“Pa..papa.” Air mata aku tiba-tiba mengalir deras. Entah kenapa, aku sangat rindu untuk memanggil lelaki durjana ini sebagai ‘papa’. Walaupun aku tak pernah disayangi namun, aku tahu tanpa dia aku tak mungkin lahir ke dunia ini. Aku menangis sepuas-puas hatiku dihadapan kubur. Nasib baik ketika ini tiada pengunjung lain jika tidak , tak pasal-pasal aku menjadi tumpuan.

Setelah bertahun papa pergi meninggalkan kami baru sekarang aku ada kekuatan untuk melawat tempat persemadiannya. Ini semua atas desakan Isaac yang mahukan aku untuk memaafkan papa yang banyak membuat onar pada keluarga kami. Aku terduduk menangis melepaskan segala yang terbuku didada.

Sunday, March 8, 2015

Cerpen: Ice King and Delinquent Queen (Part 7)

[kredit]  

Ice king yang sedang berenang kuperhati dari tepi kolam renang. Suha turut menyertai papanya setelah selesai aktiviti membuat cheesecake. Ikutkan rasa hati, nak aje aku bertukar ke pakaian mandi dan menyertai mereka berdua tapi...Isaac dah beri amaran supaya aku tak membuat sesuatu yang boleh mendatangkan fitnah kepada aku dan ice king selagi kami masih belum mendirikan rumah tangga. Hmm payah juga jadi orang Islam ini ye?

Lamunanku terhenti apabila Suha berenang mendekatiku.

“Ye Suha nak air ke?” Pantas anak itu menggelengkan kepalanya.

“Selena, papa tanya, nak tak jadi mama Suha?” Mama dia? Eh????!!!!!! Gelap terus dunia aku..



Sunday, February 22, 2015

Cerpen: Ice King and Delinquent Queen (Part 6)

[kredit]  

Tiba sahaja diperkarangan Wisma Azforce, aku membantu membukakan pintu ice king. Mukanya nampak ceria sedikit walaupun kekal tak beriak.

“Awak balik pukul berapa?” soalku sambil menghulurkan beg kerjanya.

“Pukul enam. Tengah hari nanti, awak ambilkan Suha boleh?” Aku mengangguk faham. Dalam hati, aku rasa seronok sebab dah macam perbualan suami isteri. Tanpa aku sedar, aku memasang angan-angan.

Tuesday, February 3, 2015

Cerpen: Ice King and Delinquent Queen (Part 5)

[kredit]   


‘When you go,
Would you even turn to say,
“I don’t love you,
Like I did,
Yesterday”’

Huk! Lagu dendangan My Chemical Romance sekali lagi menjadi muzik latar ruang bilik tidurku. Balik sahaja dari I-City, aku berkurung didalam bilik. Mama dan beberapa orang gaji berada dirumah Isaac kerana katanya nak menjaga Amy yang baru lepas bersalin. Bab pantang-pantang selepas bersalin memang mama tak berapa nak reti jadi diserahkan bulat-bulat kepada nenek Amy maka mama hanya membantu dalam menjaga cucu sahajalah.

Saturday, January 31, 2015

Cerpen: Ice King and Delinquent Queen (Part 4)

[kredit]   


Kalaulah ada mesin masa Tardis dalam wad si Emy ini, mesti aku dah naik dan kembali kepada masa Suha sebut nak minta adik. Muka ice king yang terkejut nak aje aku abadikan dalam telefon pintar aku hehehe…

“Ye? Suha nak adik boleh?” Okey rasanya aku tak payah naik Tardis sebab dengan polosnya Suha mengulang semula permintaannya.

“Zimam dengan Ayyash bukan adik Suha ke?” soal ice king kepada Suha. Wajah Suha bagaikan memikirkan sesuatu sebelum mengangguk perlahan. Siapa pula Zimam dengan Ayyash ni?

“Tapi Suha bukan selalu dapat jumpa diorang sebab sekolah. Kalau Suha ada adik, hari-hari boleh jumpa.” Aku hanya mampu menahan tawa apabila si ice king macam dah kehilangan kata-kata.