Kapitalis

Sunday, June 8, 2014

Cerpen: Bercinta dengan Mamat Alien (Part 4 End)

taken from here   

Balik dari bercuti di Kemaman, mamat alien itu mencadangkan kami terus ke rumah mama dan ayah aku. Alahai selang dua rumah aje dari rumah keluarga dia maka aku tak kisah sangat pun balik mana-mana. Mungkin dia nak buat sesi suai kenal dengan keluarga aku kot...

“Raisha pun ada game ni?” Wajah terkejut mamat alien aku pandang selamba. Apa nak dihairankan kalau perempuan main game? Bilik aku walaupun tak sebesar bilik mamat alien tu tapi aku siap bahagikan tempat tidur dengan tempat aku nak berehat. Main game itu kira salah satu cara aku nak berehatlah. Dia punya seronok belek disc-disc game yang ada dekat dengan PC aku. Ada yang aku dah install dan ada yang aku baru beli.

“Hmm dulu aku ada join tournament gak.” Bulat terus mata si mamat alien bila aku mengaku yang aku pernah sertai pertandingan. Ketika pertandingan itu, kumpulan aku menang tempat pertama sekaligus melayakkan kami untuk mewakili Asia. Masa itu aku memang gila main game tapi nasib baik pelajaran aku tak terganggu kalau tak memang mama bakar game aku ni. Komputer aku pun memang aku beli yang tinggi resolution dan graphic card aku itu memang aku cari yang customized version.

“Waa segila-gila abang pun tak pernah join tournament! Seriously Raisha, you’re the best!” Haha malu pula bila si mamat alien mula memuji. Sejak dari Kemaman lagi, aku dah makin rapat dengan mamat alien itu.

Sejak mengetahui yang aku ni kaki game, boleh kata setiap hari dia mengajak aku bermain game dengan dia. Pantang nampak aku tengah lapang, dia terus tarik aku lawan game dengan dia. Dah kalau main kosong gitu tak apa lagi, ni dia siap tetapkan hukuman kalau kalah! Tapi dah nama pun juara Asia, berapa kali main pun aku tetap menang hahaha...Boleh kata selalu aje mamat alien itu buat drama sedih peluk lutut dan duduk dekat tepi sudut dinding. Hukuman dia selalunya belanja makan aiskrim tak pun kalau keluar mood ganas aku tetapkan hukuman jentik dahi tak pun tarik telinga.




“Raisha, balik awal hari ni boleh?” Adui dia ni nak ajak main game lagi ke? Tapi nasib baik aku memang ada kelas pagi sahaja semester ini maka memang dengan seronoklah aku balik awal kecuali hari yang aku tetapkan untuk pelajar datang untuk konsultansi.

“Tapi nanti mommy ambil Raisha sebab abang balik terus dari conference ni.” Aku bersetuju sahajalah. Sejak berkahwin, aku memang pergi kerja sekali dengan mamat alien tu. Hari ini kebetulan dia ada persidangan di UM dan ikutkan dia akan ambil aku selepas tamat persidangan tapi ni tiba-tiba pula ubah rancangan. Mungkin persidangan dia itu ambil masa yang lama kot..husnudhzon dengan suami sendiri~

Tepat pukul 2 petang, mommy datang menjemputku. Muka mommy ceria gila hari ini, siap bawa aku jalan-jalan dan minum dekat cafe kalah orang yang tengah ber’dating’. Tiba di kedai yang menjual pakaian dalam wanita, mommy menarik aku masuk dan terus menyuruh aku mencuba beberapa koleksi pakaian tidur yang seksi tahap gaban. Aku yang mahu menjaga hati mommy hanya patuh padahal muka aku dah merah gila menahan malu.


Mommy menghantar aku ke kediaman aku dan mamat alien di South Quay. Bila aku menjemputnya masuk, mommy menolak kerana mahu balik cepat. Masuk sahaja dalam rumah, aku dikejutkan dengan mamat alien yang berdiri tegak dengan tangannya memegang kek. Lagu selamat hari jadi versi mamat alien berkumandang dan aku hanya mampu tersenyum. Oh komplot dengan mommy dia rupanya...aku pun dah lupa yang hari ni hari jadi aku.

“Happy birthday Raisha,” ucap mamat alien itu. Bila aku tengok sahaja kek yang dipegang mamat alien itu, aku terus tergelak. Tak boleh blah! Kek bersaiz sederhana itu dihiasi dengan gambar game-game yang pernah kami main bersama. DotA, Resident Evil, Half-Life dan yang tak boleh blah Pikachu pun ada!

“Thanks.” Aku mengambil kek dari tangan mamat alien itu lalu diletakkan diatas meja. Di meja, aku melihat pelbagai jenis makanan yang sudah siap tersedia. Patutlah tadi mommy menolak bila aku ajak makan tengah hari.

“Raisha, abang rasa abang nak terus terang.” Aku yang pada mulanya hendak ke dapur mengambil air berpatah balik dan mengambil tempat disebelah mamat alien yang sudah duduk di sofa.

“Kenapa ni?” Risau pula bila aku tengok muka mamat alien yang nak-nak ke serius ni. Aku ada buat salah dengan dia ke?

“Mesti Raisha pelikkan macam mana abang yang tak bercampur dengan orang ni boleh setuju kahwin dengan Raisha kan?” Aku hanya memandang wajahnya tanpa memberi jawapan. Dia ada buat perjanjian apa-apa dengan mama aku ke? Aku yang dah mula curiga cuba untuk bertenang.

“Ikutkan abang boleh je hiraukan permintaan mommy untuk kahwin dengan anak kawan dia. Sebelum ni ada je sedara mara yang nak kenenkan perempuan kat abang tapi abang buat tak tahu je.”

“Jadi kenapa nak kahwin dengan Raisha?” soalku. Dalam hati punyalah berdebar-debar nak tahu jawapan mamat alien ni. Apa pun jawapan aku terima dengan redha. Paling-paling pun, malam ni dia tidur luar dekat sangkar kucing aku tu je.

“Sebab abang sukakan Raisha. Dari mula lagi abang dapat rasakan yang Raisha tak sama macam perempuan lain. Abang sentiasa rasa nak tengok Raisha dan bila di universiti pun, abang teropong Raisha dari makmal abang.” Serius dia ni stalker ke apa? Aku dah nak tergelak tapi aku tahan dan tayang muka serius. Lega gila hati aku bila tahu dia suka aku hehe..

“You attract me more than electromagnetic force! Jadi bila mommy keluarkan arahan untuk kahwin dengan Raisha, abang terus setuju. Pada mulanya abang takut Raisha akan menolak dan anggap abang tak lebih sebagai lelaki pelik. Alhamdulillah jodoh kita ada dan sekarang abang bersyukur dengan apa yang ada didepan mata abang sekarang. Paling best dia perempuan yang perfect untuk abang.” Woah pipi aku dah mula memerah aku rasa.

“So Raisha, will you love me?” Mamat alien itu menggenggam erat tanganku sambil memandang tepat ke mataku. Aku dapat rasakan yang jantung aku berhenti berdegup seketika. Aku mengangguk setelah lima saat terkaku. Serta-merta wajah mamat alien itu berubah ceria.

“Do you know that you’re the cutest alien ever?” Cepat-cepat aku menekup mulutku. Serius mulut aku ni selalu terlepas cakap!

“Alien? Hahaha..” Dia terus memelukku. Patutlah aku rasa selesa bila dekat dengan dia dan tak kisah dengan benda-benda pelik yang dia buat walaupun kadang-kadang ada rasa nak mengamuklah juga hehehe....

                “Err rasanya abang yang bakal dapat hadiah malam ni.” Ya Allah! Beg kertas yang mengisi pakaian tidur dibeli mommy tadi kini ditangan mamat alien itu. Aku menyembunyikan mukaku didada bidang mamat alien bila dia dah mula menayang muka gatal kepadaku. Berderai ketawa mamat alien itu dengan reaksi aku...ceit! Apa-apa pun, aku bersyukur dengan jodoh yang Allah tetapkan untuk aku dan semoga aku dapat menjadi penemannya di dunia dan di syurga kelak, insyaAllah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waaaaa~ akhirnya projek cerpen berepisod yang saya jalankan sejak minggu lepas kini sudah kawtim! Muahaha.....sila enjoy dan jika ada cadangan atau tak puas hati ke apa, sila tinggalkan komen okey?
(^-^)v


Cerpen: Bercinta dengan Mamat Alien (Part 3)

EXO D.O 

“Raisha, bangun weh!” Pantang betul aku apabila dikejutkan sebelum jam aku berbunyi. Kalau nak ajak qiam sekalipun beritahu la sebelum masuk tidur tadi! Tidur dikampung nenek aku memang best! Tidur tak payah pasang penyaman udara atau kipas! Sejuk sampai ke tulang woo..tapi apa mamat ni nak pagi-pagi? Dengan malas aku membuka mata. Mamat itu memandangku dengan pandangan tak puas hati.

“Kenapa?” soalku sambil menenyeh-nenyeh mata.

“Kau ni ganas sangat apasal? Tak pasal-pasal aku cium lantai tadi kau tau! Tidur sopan sikitlah!” Mamat alien itu menolak tubuhku ke tepi sikit. Hehehe aku sepak dia ke tadi? Kalau dah seronok tidur memang aku dah tak sedar apa.

“Tidur kat bilik aku elok je tapi bila kat sini ganas bukan main,” rungut mamat alien.

“Meh sini!” Tubuhku ditarik ke dalam pelukannya. Aku yang terkejut hanya menurut sahaja.

“Kena peluk kalau tak mesti mengganas lagi,” katanya sebelum memejamkan mata. Aku terkebil-kebil didalam pelukan mamat alien itu tapi sekejap je. Tak sampai dua minit aku dah sambung tidur sebab selesa la pula hehehe...


Buka aje mata pagi itu aku hampir sakit jantung. Entah macam mana boleh pula aku tertidur atas badan mamat alien tu! Malu bukan main tapi dia pun relaks aje tidur siap peluk aku lagi. Dengan kadar cahaya minimum itu aku belek wajah mamat alien itu secara dekat. Hehe mana pernah ada peluang nak tengok up-close? Maka dah ada peluang ni baik aku manfaatkan.

Kulit mamat alien ini boleh dikategorikan cerah tapi tak adalah putih melepak macam Lee Dong Wook tu. Alis mata tebal, hidung boleh kata mancung la juga, lesung pipit disebelah kiri dan kanan, dagu dia berbelah dan bibir dia...gulp! Apasal aku bernafsu pula bila tengok bibir mamat alien ni! Serius seksi dan berbentuk ‘love’ ala-ala D.O dari kumpulan EXO. Hehehe tua-tua aku ni pun minat tau kumpulan EXO tu!

“Hmmghh..” Terkejut aku bila mamat alien itu mengeliat. Cepat-cepat aku tutup mata buat macam konon-konon aku tak terjaga lagi hehehe..

“Sayang bangun sayang..” lembut aje mamat alien itu mengejutkan aku siap usap-usap kepala aku lagi dan dia panggil aku sayang woo..malu!!!! Aku tak mahu bangun boleh tak?

“Bangun sayang, dah nak Subuh ni! Sayang atas badan abang sekarang. Jangan marah kalau abang buat lebih-lebih.” Tangannya dah mula merayap ke pinggangku membuatkan aku terus membuka mata dan memandangnya malu-malu.

“Haa tau takut? Dah cepat bangun, abang nak mandi. Tolong siapkan baju sebab abang nak solat kat surau dengan Naim.” Lambat-lambat aku bangun dari atas badan mamat alien itu. Gila liat nak tinggalkan tempat paling selesa dalam dunia!

“Kenapa gelarkan diri ‘abang’ dan kenapa panggil ‘sayang’?” soalku ketika dia mengambil tuala dari huluranku.

“Sebab rasa seronok.” Pergh! Best betul jawapan dia dan boleh pula dia gelak-gelak sambil melangkah keluar dari bilik. Rasa macam nak sekeh-sekeh je mamat alien ni!


“Awal kamu bangun Raisha? Mana Irfan?” soal nenekku ketika aku turun ke dapur. Rumah nenek aku ni separuh papan separuh batu. Alah standard rumah kampung biasalah! Kampung nenek aku ni kat Kemasek, Kemaman.

“Irfan pergi surau dengan Naim.” Lepas solat Subuh aje aku terus turun ke dapur. Anak dara mana elok tidur lama-lama! Kejap aku ni kira anak dara lagilah kan sebab baru je kahwin dan aku dengan mamat alien tu pun mana pernah.....

“Isk mengelamun pulak dia ni! Nenek tanya, Irfan tu minum kopi ke tidak?” tegur nenek sambil mencubit geram pipiku.

“Hehee..entah Raisha tak pernah tanya. Ala nenek kita buat dua teko la..satu kopi, satu teh,” cadangku lalu aku peluk nenekku dari belakang. Aku ni kira cucu manja nenek aku sebab dulu aku pernah tinggal dengan nenek aku sampai umur 6 tahun. Naim itu pula anak mak long aku yang tinggal bersebelahan dengan rumah nenek. Mak long sengaja buat rumah dekat dengan nenek sebab nak menjaga nenek. Lagipun, dia tahu nenek tak akan mahu tinggalkan rumah pusaka yang atuk aku bina ini.

“Aih bini orang ni tak habis-habis manja dia. Nanti tolong nenek petik kangkung kat belakang tu ye Raisha? Kita buat goreng belacan tengah hari nanti.” Aku mengangguk tanda faham. Senang duduk kampung ni, kangkung tumbuh meliar dan sekitar rumah nenek memang ada macam-macam jenis tanaman. Kalau malas nak ke pasar, nenek kutip sahaja ulam dan sayuran disekitar rumah. Ayam pun nenek ada bela tau! Pak long aku pula memang buat perniagaan ikan air tawar dan membela lembu. Maka senang cakap, nak makan apa pun tak susah kalau duduk sini.

“Assalamualaikum. Waa nenek masak apa ni?” Naim selamba sahaja masuk ikut pintu belakang rumah nenek aku. Dibelakangnya, kelihatan mamat alien itu masuk dengan menjinjit beg plastik ditangan.

“Waalaikumussalam. Nenek buat pulut dengan ikan goreng pagi ni. Irfan biasa makan macam ni ke?” soal nenekku ramah. Mamat alien itu menayang muka blur. Mungkin kejutang budaya sebab dia ni bangsa English breakfast rasanya.

“Tak biasa tapi tak apa boleh cuba.” Mamat alien itu tersenyum ke arah nenek aku.

“Ni beli apa?” Aku mengambil beg plastik ditangan mamat alien itu.

“Kuih. Karipap tu baru je digoreng tu yang panas-panas. Abang tergoda maka...” Irfan tersengih sambil mengambil sebiji karipap dari dalam plastik. Aik dia ni nak ber’abang-sayang’ dengan aku depan orang ke?


“Okey,” aku menyalin karipap yang masih berasap itu ke dalam pinggan.

“Raisha, letaklah pulut untuk Irfan tu,” arah nenekku yang sedang mengeluarkan ikan goreng dari kuali. Aku mengangguk lalu menyenduk pulut untuk mamat alien itu.

“Sayang, tak mahu banyak sangat. Abang tak makan berat pagi-pagi.” Entah bila dia ada kat sebelah aku pun aku tak perasan. Dia mengambil pinggan dari tangan aku dan mengeluarkan sedikit pulut yang sudah aku letak.

“Ke sayang nak makan sepinggan dengan abang?” Adui mamat ni dah kenapa? Geli aku!

“Amboi Irfan gila romantik? Untung Raisha kan nek?” Naim yang memerhati gelagat kami sejak tadi memulakan operasi mengusiknya. Nak kena dia ni! Aku menjeling marah ke arah Naim yang seronok menggelakkan aku.

“Alah biasalah Naim. Kamu tu tak teringin nak kahwin ke Naim? Kamu tu bukan makin muda.” Aku menjelirkan lidah pada Naim apabila dia sudah terkena dengan soalan best nenek. Hahaha..

“Nak buat macam mana nenek. Raisha tak tunggu Naim maka Naim kena cari lain tu yang ambil masa nek.” Naim ni dah kenapa? Berubah terus muka mamat alien itu mendengarkan kata-kata ‘genius’ Naim.

“Haish budak ni bergurau tak kena tempat! Irfan jangan dengar sangat cakap budak tiga suku ni. Kamu nak makan pulut ke sudip nenek ni Naim oii?!” Nenek mengugut dengan sudip panasnya. Haha nenek memang garang dengan Naim, tu yang aku suka duduk dengan nenek. Naim hanya ketawa sambil menolong mengatur cawan di meja makan.

“Lepas makan ni, kamu bawa si Irfan ni pergi pantai. Tak ramai orang tau pasal pantai Kemasek ni,” cadang nenekku. Kalau nenek tak cadangkan pun memang aku ada niat nak bawa mamat alien ni jalan-jalan sekitar kampung ni.



Kami berjalan kaki sahaja untuk ke pantai sebab bukan jauh sangat dari rumah nenek. Sepanjang perjalanan aku tak tahu nak borak apa dengan mamat alien ni.

“Err biasa pergi pantai tak?” soalku memecah sunyi.

“Hmm kurang.” Pergh! Kau tak nampak ke aku tengah nak memecahkan tembok besar China? Apasal kau tak bekerjasama hah mamat alien?!!!!

“Sayang rapat dengan Naim tu ke?” soalnya tiba-tiba. Aik setahu aku nenek aku tak belajar ilmu ninja untuk intip kitorang. Kenapa dia panggil aku ‘sayang’? Argh! Just go with the flow...

“Rapat juga sebab waktu kecil tinggal dekat sini dengan nenek. Naim tu jela yang kawan yang ada masa tu.” Serius waktu kecil dulu, boleh kata susah aku nak cari budak-budak sebaya yang sekepala dengan aku jadi si Naim itu jela teman yang aku ada. Maka segala aktiviti Naim aku akan turut serta. Naim itu sebenarnya tua tiga tahun dari aku tahu?

“Naim pernah cakap suka kat sayang ke?” Aku terkejut dengan soalan entah apa-apa mamat alien ini. Ini mesti pasal gurauan bangang si Naim tadi.

“Isk kenapa kau tanya soalan macam ni? Naim tu kan sepupu aku. Aku anggap dia macam abang je. Dari kecil dia layan aku sama macam bebudak lelaki kat sini. Tadi tu dia saje buat lawak bangang.” Aku yang mula bengang mempercepatkan langkahku. Tak suka betul aku kalau ada yang ragu-ragu tentang hubungan baik aku dengan si Naim mental tu. Dulu aku pernah kena ejek di tadika bila Naim datang menjemput. Seminggu aku mogok tak mahu pergi tadika tapi bila nenek keluarkan arahan kalah Sultan Melaka maka aku terpaksa pergi jugalah.

Bila dah nak dekat pantai, aku memperlahankan langkah. Aku mengikut laluan yang kiri kanannya ada pokok-pokok dan sememangnya jiwa aku tenang bagaikan diselimuti kehijauan alam.

“Auch!” Baru aku nak hayati keindahan alam mamat alien ni dah ganggu konsentrasi aku! Boleh pula dia sentuh pipi aku dengan aiskrim! Nasib baik masih berbalut kalau tak ada yang makan pakai sudu! Tapi..bila masa dia pergi beli? Adakah dia ada kuasa gerakan sejenak macam Son Goku?

“Abang beli tadi.” Macam tahu-tahu aje apa yang bermain di fikiran aku. Aiskrim yang berbalut tadi dia bukakan dan disuapkan ke mulutku. Serius dia ni macam tahu aje apa yang aku suka. Aiskrim pelangi Paddlepop yang sedap gila babas itu berjaya menyejukkan hati aku.

“Macam mana tahu?”

“Tahu apa? Ni aiskrim favourite abang dari kecil lagi jadi abang nak sayang rasa benda yang abang suka.” Mamat alien ini betul-betul tak boleh dijangka. Ada masa sinis macam apa entah dan ada masanya romantik sampai aku rasa nak berguling-guling sebab geli huhuu...

“This is my favourite ice-cream too..” Disebabkan aku rasa janggal nak bahasakan diri apa maka lebih baik aku cakap omputih je dengan mamat alien ni...

“Oh really? Jom sayang!” Dengan selamba tapir hutan dia pegang tangan aku siap hayun-hayun lagi. Astaghfirullahalazim....malu gila aku bila ada orang kampung senyum-senyum dekat kami. Nasib baiklah diorang tahu yang aku dengan mamat alien ni laki bini kalau tak mahu kena ceramah pasal adab pergaulan.

“Subhanallah cantik gila pantai ni! Lagi cantik dari Port Dickson tapi apasal tak popular huh?” Hek eleh..dia ingat kerja dengan kementerian perlancongan ke apa? Manalah aku tahu apa pasal pantai Kemasek yang lawa 100 kali ganda dari PD ni tak popular... Mamat alien itu mulalah keluarkan telefon pintar dia dan tangkap gambar. Janji tak ajak aku selfie sudah...

Aku membawa diri ke batuan-batuan besar di persisiran pantai. Aku mencari tapak untuk berteduh memandangkan matahari pagi sudah mula memancar panas. Aiskrim tadi memang dah habislah. Aku dengan aiskrim memang menjadi. Waktu kecil dulu aku ada asma jadi memang aiskrim tu nenek dengan mama aku tak bagi sentuh. Bila dah sembuh, apa lagi? Segala jenis aiskrim aku makan sampai nak termuntah tapi aiskrim Paddlepop tu jela yang kalau aku makan 10 sekaligus pun tak jadi hal.

“Sayang panas ke?” Mamat alien itu mengintai aku yang tengah berteduh dekat batu besar. Elok pula batu ni ada lubang tengah-tengah maka aku dengan selambanya duduk dekat situ. Aku tak suka panas-panas ni.

“Panaslah. Tak apa pergilah ambil gambar ke apa.” Tetiba mamat alien itu duduk disebelahku. La...tadi bukan dia excited ambil gambar ke?

“Bosanlah kalau abang sorang je excited.” Abang lagi...

“Okey aku rasa kita kena bincang. Serius kau nak gelarkan diri kau abang dan panggil aku sayang?” Aku memandang tepat ke wajah mamat alien itu. Mamat alien itu membalas pandanganku dengan wajah selamba.

“Dah memang itu panggilan selayaknya kan?” Soalan dibalas soalan. Aku melepaskan keluhan sambil duduk menyandar. Selesa pula batu ni..

“Aku tak tahulah kalau kau rasa macam tu tapi aku perlukan masa nak adjust panggil kau abang bagai.” Aku meluahkan apa yang membelenggu benakku.

“Sayang, abang ni kan tua dari sayang?”

“Lagi satu aku tak selesa nak bahasakan diri aku ‘sayang’.”

“Habis tu nak panggil apa?”

“Panggil jela Raisha.”

“Okay but still I want you to call me ‘abang’ okay?” Mamat alien yang aku rasa dah boleh berdiplomasi meletakkan syarat. Nak tak nak aku angguk jela. Mamat alien ni tua lima tahun dari aku sebenarnya. Itu yang dia nak ajar aku panggil dia abang kot...

“Jom abang belanja coconut shake!” Aku ditarik keluar dari tempat teduhan aku tadi oleh mamat alien itu. Tapi bila dengar coconut shake, aku terus tak jadi marah hehehe.

Kira hari ni merupakan temujanji pertama aku dengan mamat alien itu. Lawak, sengal dan pelik. Tiga perkataan yang mengambarkan temujanji pertama aku dan dia. Ada ke patut dia suruh aku lawan panjat pokok kelapa dengan beruk? Siap tawar hadiah kereta BMW siri ketujuh lagi kalau aku berjaya kalahkan beruk tu...kurang ajar punya mamat alien! Tak cukup dengan itu, dia ajak aku lumba minum ais jagung. Bila aku menang, dia suruh aku cuba sedut ais tu pakai lubang hidung. Macam nak putus nafas makcik warung tu gelakkan aku bila dengar idea bangang si mamat alien. Nasib baik tak mati orang tua tu kalau tak buat naya je. Aktiviti paling aku rasa normal dengan mamat alien ni ialah membina istana pasir. Tengah-tengah aku berpeluh buat rekaan istana yang aku suka boleh pula mamat alien tu tanya agak-agak berapa ramai boleh muat dalam istana aku tu? Rasa nak baling baldi aje kat si mamat alien kalau tak cukup kesabaran...

Esoknya pula, kami ke Kuala Terengganu. Aku bawa mamat alien itu ke Pasar Payang sambil itu boleh seronokkan hati nenek aku yang memang suka membeli-belah kain disitu. Mamat alien itu boleh dikatakan lelaki yang tak kisah sangat bila perempuan ber’shopping’ lama-lama. Dia siap beri cadangan lagi kat nenek aku. Makin seronoklah nenek aku tu membeli-belah! Akulah pula yang tak tahan. Terus-terang, aku bukanlah perempuan yang suka beli-belah lama-lama dan aku lebih rela membeli secara online dari keluar. Rasa macam nak putus tangan aku bawa barang yang dibeli oleh nenek aku dan mamat alien itu. Kain pasang, tudung, telekung, baju kelawar, keropok lekor sampai ke magnet peti sejuk pun diorang borong! Serius lain kali aku tak mahu ikut kalau diorang keluar shopping!

Cerpen: Bercinta dengan Mamat Alien (Part 2)



Pagi itu...
Apa benda yang peluk aku ni? Aku membuka mata dan punya terkejut aku apabila melihat wajah mamat alien itu yang begitu dekat dengan aku. Nasib baik aku sedar yang kini aku isteri dia, kalau tak ada yang makan penampar pagi-pagi buta ni. Aku berusaha melepaskan diri dari pelukan mamat alien itu namun sia-sia apabila makin kuat pula pelukan dia ni. Dia ingat dia tengah peluk bantal dia ke?

“Irfan bangun. Nak Subuh dah ni.” Aku menepuk perlahan pipi mamat alien yang nyenyak tidur. Aku nampak matanya mula terbuka sedikit.

“La patut sedap tidur. Peluk kau rupanya.” Senyuman nakal diberikan kepada sebelum dia meleraikan pelukan. Dia duduk sebentar sebelum bangun dan membuat senaman regangan. Aku makin pelik dengan mamat alien ini yang pada mulanya perangai tak semengah mana. Walaupun berjiran, aku dan mamat alien ni tak rapat mana sejak dulu sebab keluarga aku pun baru setahun berpindah ke kawasan perumahan ini.

“La yang kau tak bangun lagi kenapa? Cepatlah kata dah nak Subuh.” Aku yang baru sedar yang aku masih duduk berteleku diatas katil segera bangun dan mengemas katil.

“Kalau nak lagi cepat jom la mandi sekali,” usik mamat alien itu didepan pintu bilik air. Pergh mamat ni dah bersalin kulit ke apa? Sungguh pelik perangai mamat alien ini...




“Waa! Raisha kau save data game aku semalam?” gila seronok muka mamat alien itu apabila melihat game yang dimainnya semalam sudah disimpan datanya oleh aku. Aku hanya mengangguk sambil mengambil pakaian mamat alien dan dimasukkan ke dalam bagasi. Kami bakal berbulan madu di kampung aku. Huhu dah alang-alang nak hantar nenek aku pulang ke kampung maka mama aku cadangkan kami pergi berbulan madu di sana. Hah nak tahu mana kampung nenek aku? Tunggu~

“Woah best gila! Aku ingatkan hanya medan elektromagnetik kau je yang menarik rupanya kau memang best.” Mamat alien itu terus memeluk aku dan menghadiahkan kucupan dipipi. Apakah?!!

“Woi Raisha? Weh apasal kau ni?” Mamat alien itu mengawang-awangkan tangannya didepan mataku lantas membuatkan aku tersedar. Ya Allah malunya dan aku rasa semacam setelah dikucup oleh mamat alien yang sekarang nampak comel pula di mata aku. Ah sudah!

“Tak ada apalah. Main game tu jangan nak lama-lama. Nanti pukul 10 nanti kita dah kena bersiap untuk majlis hari ni pula.” Aku meneruskan kerjaku yang tergendala tadi. Mamat alien itu memandang tepat ke wajah aku membuatkan aku makin tak tentu hala.

“Raisha, kau kenapa? Tak suka duduk dengan aku ke?” Pulak dah..

“Bila masa pula aku cakap tak suka?” Oopps mulutku segera aku pekup dengan tanganku. Malu kot bila dia dah senyum nakal kepadaku.

“Baguslah kalau kau suka sebab aku memang suka dekat dengan kau pun.” Selamba sahaja mamat alien itu menuturkan ayatan tadi. Dia kembali bermain game setelah mengusap kepalaku lembut. Adui jantung aku sekarang rasa macam nak tercabut. Berdebar gila!!!





“Who put this Ï€(pi) value?” aku mendongak ke arah suara yang tiba-tiba bercakap ditepiku. Aku yang baru sahaja memulakan tugas sebagai pensyarah ditugaskan sebagai pengawal peperiksaan untuk subjek Quantum Mechanics.

“I just wrote what have been written on this note.” Aku menunjukkan nota yang diberikan kepadaku sebelum masuk ke dewan peperiksaan tadi. Adui siapa dia ni? Muka serius bukan main!

“This is wrong! The correct value is 3.14159265358979323846264338327950288…..” Ya Allah ini manusia ke……….Alien? Tak berhenti dia menyebut nilai pi sehinggakan semua pelajar yang berada dalam dewan peperiksaan tercengang.

“So it is incorrect if you put the value as 3.1415! Student! I want the answer in at least four decimal points understand?!” Arahnya sebelum keluar dari dewan dengan muka selamba. Ya Allah..memang dugaan sungguh!

“Raisha sabar ye? Prof Irfan tu memang pelik sikit. Silap kami juga tak semak betul-betul sebelum bagi note kat awak. Maaf ye.” Dr Maria yang turut ditugaskan untuk mengawal peperiksaan juga bukan pensyarah dalam bidang Fizik. Tapi serius aku dah lupa nilai Ï€  sebab dari dulu aku cuma hafal 3.142 je!


Keesokannya aku terserempak dengan mamat alien itu ketika membeli air di koperasi. Kalau orang tak kenal memang tak akan tahu yang dia itu sebenarnya pensyarah yang bertaraf professor dengan gaya rambut dan pakaiannya yang lebih kurang pelajar tak ada harapan. Bayangkan dengan rambut panjang ala-ala L dalam animasi Jepun, Death Note. Ber’t-shirt’ lusuh berwarna putih dan berseluar jean. Serius sebiji macam L! Ketika di kaunter pembayaran dia membayar minumannya tanpa mempedulikan sesiapa pun. Duit baki pun dia tak ambil!

Satu universiti menggelarkan dia sebagai Prof Alien tapi dia buat tak tahu sahaja dan bila aku tahu yang aku akan disatukan dengan mamat alien itu, aku teragak-agak nak bagi kad jemputan ke semua rakan sejawat aku dan dia. Bila bagi sahaja masing-masing ingat aku buat lawak dan kemudian ternganga bila aku terangkan yang aku memang akan kahwin dengan mamat alien itu. Huhu kecoh satu U~






“Raisha, cantik betul jubah kahwin awak ni! Awak beli kat Dubai ke?” soal Dr Maria yang datang berborak di bilik persiapan. Dr Maria ni belum berkahwin lagi walaupun umur dia lanjut sikit dari aku. Tapi tak apa, jodoh itu urusan Allah. Siapa kita untuk menyoalnya?

“Tak jubah ni, butik perkahwinan yang saya pergi tu yang buatkan. Awak percaya tak yang tukang membuatnya bukan Islam tapi dia sangat sensitif dengan apa yang boleh dan tak boleh. Cuba tengok,” sengaja aku berpusing menunjukkan jubah yang direka oleh pemilik butik itu.

“Jubah ini dia buat tak ikut bentuk badan jadi saya tak malu nak gayakan depan orang ramai. Hiasan dia pun minimal tapi masih menarik kan?” Bukan aku nak berbangga tetapi aku sangat kagum dengan seorang yang bukan beragama Islam tetapi sangat memahami apabila aku menyatakan yang aku mahukan jubah bukan gaun. Bayangkan seorang pemilik yang tak pernah menghasilkan jubah tak jemu bertanya tentang bentuk dan hiasan yang aku inginkan. Sering sahaja dia menghantar rekaannya kepada aku sebelum membuat sebarang keputusan. Boleh pula pemilik butik itu berterima kasih kerana aku telah mengajarnya satu ilmu yang membolehkan dia mengembangkan lagi perniagaannya.

“Ye sangat cantik dan patuh syarak. Saya pun hairan dengan pereka fesyen yang beragama Islam tapi rekaan mereka lebih memalukan dari yang bukan Islam.” Dr Maria mula membuka cerita. Aku sendiri pun perasan dengan fenomena fesyen negara ini. Ramai yang mengaku menghasilkan pakaian untuk Muslimah tapi tidak patuh syarak!

Sedang aku berborak dengan Dr Maria, pinggangku dirangkul perlahan membuatkan aku hampir membuka silat.

“Jom sayang.”Eh eh bila masa pula mamat alien ni masuk bilik? Tadi dia panggil aku apa?

“Amboi romantik ye Prof Irfan ni? Okey nanti kita jumpa kita cerita lagi ye Raisha?” Dr Maria meminta diri. Mamat alien itu masih tidak melepaskan tangannya dari melingkari pinggangku.

“Mari jumpa kawan-kawan aku.” Aku hanya menurut. Nak buat macam mana? Dah kena tangkap...




“Weh antara ramai-ramai kawan aku, kaulah yang aku paling tak expect kahwin!” Ammar, sahabat si mamat alien membuka bicara. Aku hanya mampu tersenyum. Kalau aku jadi dia pun aku tak sangka ada juga yang sangkut dengan mamat alien ni hehehe..

“Tu la aku ingat dia ni membujang sampai ke tua. Ada ke patut dia nak cari perempuan yang boleh menarik dia lebih dari tarikan graviti dan ala-ala elektromagnet?” Terburai ketawa sahabat-sahabat si mamat alien mendengarkan cerita dari Rifqi yang merupakan sahabat si mamat alien sejak dari zaman sekolah.

“Dah jangan nak melebih. Aku sendiri boleh cerita kat wife aku nanti. Bini-bini korang pergi mana?” Pipi mamat alien yang memerah membuatkan aku geli hati. Malu rupanya si mamat alien ni..

Habis berborak dengan sahabat-sahabat mamat alien, kami ditegur oleh pensyarah-pensyarah lain dari universiti kami. Penatlah juga tapi tak apa bukan selalu pun dan tangan mamat alien tu masih tak lepas dari pinggang aku okey!

“Weh tangan kau tu tak penat ke dok peluk pinggang aku?” bisikku ke telinga mamat alien itu ketika gambar kami diambil oleh jurukamera yang diupah.


“Nope. I’m comfortable holding you like this,” balasnya yang turut berbisik ke telingaku. Waaa malu...mukaku yang malu-malu menarik perhatian jurukamera. Mamat alien itu boleh pula main tarik-tarik pipi bila aku terdiam seketika. 

Cerpen : Bercinta dengan Mamat Alien (Part 1)


Mamat alien itu aku pandang dengan penuh rasa gemuruh. Serius aku tak percaya yang kini aku bergelar isteri kepada mamat alien yang tak setaraf dengan Do Min Jun aka Kim Soo Hyun dalam cerita ‘You Who Came from The Star’. Veil yang kupakai aku pintal-pintal tanda tak ada kerja. Aku memakai jubah pengantin dengan tudung labuh yang atasnya diletakkan veil lace. Mamat alien atau nama sebenarnya Irfan Yasar seronok bermain game dengan baju Melayunya yang masih belum ditukar. Gila selamba dengan tengkolok dan keris masih dipinggang duduk bersila depan televisyen skrin rata bersaiz 50’ bermain Playstation 4. Katil ni pun ikutkan kata mommy dia sebelum ni cadar Dragon Ball tapi dipaksa tukar disebabkan majlis perkahwinan ini kalau tidak tidur dengan Goku aku malam ni!

“Err weh tukarlah baju tu kalau ye pun!” arah aku sambil berlalu ke bilik air yang ada didalam bilik mamat alien ini. Beg barang-barang mandi dan baju salinan aku bawa sekali. Malas nak bagi free show depan mamat alien itu. Nasib baiklah bilik air mamat alien itu besar, senang aku nak tukar pakaian lepas mandi. Mamat alien ni nampak je macam sengal dan budak tak ada harapan padahal dia professor fizik kot dalam universiti aku. Aku? Baru nak merangkak jadi pensyarah setelah tamat PhD dalam bidang Sustainable Technology. Ini pun kira aku bertuah sebab dapat tawaran bertukar ke doktor falsafah setelah beberapa bulan berada dalam program sarjana. Alhamdulillah aku berjaya menamatkan PhD aku dengan jayanya sebelum umur wajib kahwin tapi disebabkan mama aku dan mommy mamat alien itu berpakat nak satukan kami dan mulut aku yang terlepas cakap..haish!

Lima bulan lepas….

“Raisha Zafrah! Mama dah penat nak menjawab dengan kawan-kawan mama bila anak perempuan mama nak kahwin!” mamaku yang baru pulang dari ‘mesyuarat’ dengan sahabat-sahabatnya terus menyerang aku yang sedang berehat selepas menunaikan solat Asar.

“Mama, Raisha baru 28 tahun kot! Kenapa nak sibuk sangat? Anak-anak diorang semua dah kahwin ke?” serius bengang kot dengan makcik-makcik kepoh tu semua! Aku hidup ni tak pernah sekali pun bergantung kepada ihsan diorang kenapa nak kacau hidup aku yang seronok berulit dengan mama aku lagi?! Lagipun aku belum jumpa lelaki yang boleh aku percaya nak jadikan imam aku untuk sepanjang hayat! Tipulah kalau aku tak terasa setiap kali ada sahabat-sahabat yang sudah berumahtangga dan beranak-pinak. Dahlah aku ni gila bila tengok budak kecil yang comel-comel..

“Sebab anak-anak diorang dah kahwinlah yang diorang dok sibuk pasal Raisha. Mama bukan apa, kalau boleh mama nak juga pegang cucu dari kamu sebelum mama menutup mata.” Pulak! Mama aku masuk gear sedihlah pulak! Aku ni nampak aje garang tapi paling pantang tak boleh tengok kalau mama aku sedih ke terasa. Rasa bersalah dan berdosa mula menimpa-nimpa diri.

“Mama, cucu mama yang lain kan ada? Tu baby Lutfi kan baru je lahir? Nanti bila dah sampai jodoh Raisha kahwinlah ye mama? Jodohkan rahsia Allah?” lembut aku memujuk mama. Mama bukannya sudah tua sangat. Umurnya baru masuk 50 tahun dan kakak aku pun baru sahaja melahirkan anak keduanya. Mungkin disebabkan kakak aku kahwin awal maka tumpuan orang ramai asyik kepada aku sahaja.

“Tapi kamu pun kenalah berusaha mencari juga! Ni bila masanya nak cari? Dari dulu belajar bukan main nak rak! Dah habis belajar sibuk dengan hal universiti. Bila Raisha, bila?” Suara mama meninggi semula. Oh ayahku, kenapalah ketika aku memerlukan sokongan peluru berpandu darimu boleh pula ayah bertugas di Beaufort, Sabah?

“Mama carikan jelah!” balas aku tanpa sengaja. Oopps! Muka mamaku berubah ceria dan aku sudah mula tak sedap hati…


Balik ke masa sekarang….

Selesai mandi aku keluar dari bilik air setelah siap berpakaian. Mamat alien itu masih bermain game tanpa mempedulikan aku pun. Memang kasi aku sakit jiwa!

“Ya Allah, weh cepatlah mandi! Sekejap lagi nak masuk Maghrib. Tak nak pergi surau ke?” leterku.

“Astaghfirullahalazim.” Dia bangun dan terus berlari masuk ke dalam bilik air. Televisyen dibiarkan sahaja. Bersepah-sepah! Aku mengemas-gemas alat kawalan dan aku tutup game itu setelah menyimpan data. Aku ni sebenarnya juara juga bab-bab main game ini. Gamer kalau terlupa simpan data memang boleh mengakibatkan mental breakdown.

“Weh jangan kacau game aku!” laungnya dari dalam bilik air. Aku buat bodoh sahaja. Lantak kaulah! Aku meneruskan tugasanku yang lain selepas siap mengemas.

“Weh Raisha! Apasal kau tutup game aku tu!” aduhai mamat alien ni..keluar-keluar bertuala atas sikit dari lutut terus bising pasal game dia. Terkejut juga aku tengok badan lelaki buat pertama kali dalam hidup aku. Macam mana pun muka aku tetap maintain selamba.

“Dah tak payah bising! Pergi tukar baju. Ayah dengan daddy dah siap kat bawah tu.” Macam nak menangis jugalah aku tengok muka dia masa tengok televisyen yang sudah ditutup. PS4 dia aku dah simpan dalam almari dekat bawah televisyen. Dari ekor mata, aku melihat mamat alien itu melangkah lesu ke almari baju. Kecewa sangatlah tu dengan game dia.

Malam ini, ada majlis doa selamat dan kami memang jemput semua jemaah surau yang berdekatan dengan kediaman kami. Oh ye, kalau nak tahu aku dengan mamat alien ni jiran selang dua buah rumah aje tu yang seronok mama aku dengan mommy mamat ni dok buat pakatan. Disebabkan rumah mamat alien ini dibarisan paling tepi maka kenduri kami diadakan disini sahaja. Senang sebab tak kacau laluan orang lain.

Selepas dua minit, mamat alien itu siap berbaju Melayu dengan berkain pelikat. Ah sudah!

“Weh apasal kau pakai gini? Balik dari surau kan terus majlis doa selamat kita?”

“Dah memang aku pakai macam ni kalau pergi surau.” Selamba muka tak boleh blahnya ditayangkan kepada aku. Aduilah….ni protes sebab aku tutup game dia ke?

“Meh sini lah!” Tangannya aku tarik membawa kepada tempat aku mengantung baju Melayu yang sudah disterika. Tadi lepas kemas PS4 mamat alien ni, aku sempat tolong sterikakan baju Melayu untuk dipakai untuk ke surau.

“Kenapa kau tak cakap tadi?” soalnya sambil selamba menukar bajunya didepanku.

“Lupalah. Aku turun bawah dulu.” Segera aku melarikan diri ke tingkat bawah. Gila segan aku nak tengok badan mamat alien itu walaupun memang kira halal untuk aku nak tatap 24 jam sekalipun.





Sementara kaum lelaki beramai-ramai ke surau, selepas solat Maghrib berjemaah kaum Hawa dirumah menyediakan juadah untuk kenduri doa selamat. Kira majlis perkahwinan kami ni lain sikit sebab tak ada aktiviti potong kek atau buka hadiah sambil 10 jurukamera ambil gambar secara berjemaah. Kedua ibubapa merancang membuat majlis kami lebih bermakna dengan mengadakan kenduri doa selamat dengan harapan tetamu yang hadir mendoakan kesejahteraan rumahtangga yang baru dibina. Siang tadi punya kenduri pun tak adanya karaoke ke muzik-muzik yang melalaikan. Budak-budak sekolah maahad tahfiz berdekatan dengan kawasan kediaman kami dipanggil untuk mengalunkan doa dan berzanji memuji kebesaran Allah. Serius walaupun tak berapa nak rela kahwin dengan mamat alien tu tapi aku bersyukur gila dengan majlis kenduri aku ni. Kenduri kedua-dua belah pihak diadakan sekali sebab dah kata pun jiran selang dua buah rumah cuma kami buat dua hari.

“La awat pengantin perempuan tak pi berehat? Ni kami dah cukup korum dah!” Makcik Diba menghalang aku dari menjejak kaki ke kawasan dapur.

“Tak apalah makcik. Marilah saya tolong sama. Potong-potong ke..” pintaku ramah. Takkanlah majlis aku ni aku nak duduk bersila perhati je orang buat kerja? Sekurang-kurangnya aku kena juga hulurkan tangan ringankan beban..eh?

“Kalau kamu cakap macam tu ni tolong kakak kamu ni jaga Lutfi. Kesian ke dia dok kelek Lutfi sambil buat kerja,” Kakak aku segera menyerahkan Lutfi kepadaku. Anak buahku yang baru berusia empat bulan aku dukung dengan berhati-hati. Anak buah aku yang bermata bulat aku tenung dengan penuh kasih sayang. Ya Allah comelnya! Rasa macam nak cium-cium pipi dia..hehe tak adanya rasa-rasa aku memang dah kerjakan pipi budak itu!

“Hmm nampaknya tak lama lagi adalah cucu nombor tiga kamu ye Saleha? Suka sangat si Raisha dengan budak-budak ni jadi tak risau la kita tak gitu Kak Shida?” Ehey suka bebenor Makcik Diba ni buat kesimpulan sendiri. Mama dengan mommy aku senyum sampai ke telinga mendengarkan usikan Makcik Diba itu. Aku backhand juga kang orang tua ni sebab bagi harapan palsu kat mama dan mommy aku! Woot jaga adab Raisha!

Aku duduk bersandar disatu sudut dengan tangan yang masih mengelek si Lutfi. Sekali sekala Lutfi ketawa apabila aku mengagahnya. Anak kedua kakak aku ni kira paling comellah diantara bayi-bayi yang lahir pada tarikh yang sama dengan dia. Boleh kata semua staff hospital pakat ambil gambar Lutfi dan memang katil kakak aku sentiasa ada pelawat yang datang untuk tengok si Lutfi ni. Macam mana orang tak cakap comel? Dengan kulit yang putih dan gebu, Lutfi dikurniakan dengan sepasang mata bulat yang berwarna kehijauan dan disertakan pula dengan rambut kerinting keperang-perangan. Pelik sebab suami kakak aku tu bukan mat salleh dan memang tak ada dalam susur galur keluarga yang berketurunan mat salleh tapi dah kata pun kuasa Allah maka kami sekeluarga terima dengan bersyukur lagipun tiada apa yang perlu diragukan sebab muka dia sebiji muka abang ipar aku.

“Nak air.” Ya Allah bila dia ni balik pun aku tak perasan. Sedar-sedar aje dia dah duduk bersebelahan dengan aku. Muka penat ditunjukkan kepada aku. Aku mengangguk sebelum menghulurkan Lutfi kepadanya. Yelah aku nak bangun ambil air untuk dia kan?

Pada mulanya dia agak janggal memegang Lutfi tapi tak lama. Sekejap aje aku dah dengar ketawa Lutfi dari dapur. Hebat juga mamat alien tu jaga budak kecil. Aku masuk dengan membawa segelas air putih kepadanya. Tengah dahaga air putihlah yang terbaik nak menghilangkan dahaga bukan air manis-manis ye?

“Terima kasih. Tolong suakan air itu Luffy tak nak lepas tangan,” pinta mamat alien itu sambil menunjukkan muka kesian. Tangan dia memang Lutfi genggam. Alah berapa jari je dan kuat mana sangatlah tenaga si Lutfi tu? Sengaja dia ni! Tak apa..tak apa..ingat pahala Raisha..ingat pahala..

“Terima kasih.” Mamat alien itu melemparkan senyuman manis kepadaku. Terkaku setika aku sebelum mengangguk. Aku mengambil tempat disebelahnya sambil turut sama mengagah Lutfi.

“Comel betul Luffy ni.”

“Lutfi la..Luffy tu watak dalam One Piece,” tegurku sambil mengusap pipi Lutfi. Untung Lutfi, disayangi sejak dilahirkan. Abangnya, Mifzal juga comel tapi semakin nakal dan sedang seronok bermain di luar rumah bersama anak-anak jiran yang lain.


“Laa dah balik dah pun jemaah-jemaah rupanya. Alhamdulillah semua dah siap. Jom jemput makan semua.” Pelawa mommy mamat alien yang baru keluar dari dapur. Dia turut melemparkan senyuman nakal kepada aku. Baru aku perasan yang kedudukan aku dan si mamat alien itu begitu rapat dan ramai juga yang seronok tersenyum-senyum memandang kami. Wooohooo malu!





Tamat sahaja kenduri doa selamat, aku dah mula berkira-kira nak masuk bilik ke tidak. Tapi takkan aku nak tidur di ruang tamu ni? Well kalau balik rumah aku sekarang pun boleh tapi gerenti esok pagi mama aku mesti bunuh aku!

“Eh Raisha kenapa tak masuk tidur lagi? Irfan dah masuk bilik dah,” tegur mommy si mamat alien. Aku yang ketika itu sedang menolong-nolong mengemas rumah hanya tersengih. Anak mommy tu masuk bilik sebab nak sambung main game dialah tu. Nak tak nak kenalah aku beredar naik ke tingkat atas banglo dua tingkat milik ibubapa Irfan Yasar ini.

Masuk aje ke dalam bilik, aku tengok mamat alien itu sedang berbaring diatas katil sambil membaca manga. Bajunya juga sudah ditukar dan aku rasa dia dah siap mandi melihatkan rambut dia yang agak sedikit basah. Aduh apasal aku tengok dia macam bersinar-sinar? Ah sah mata aku problem!

“Apasal kau ni? Nak tidur dah ke? Mandi dulu. Takkan nak tidur dengan jubah tu jugak?” soal mamat alien itu sebelum menyambung membaca manganya. Selamba sungguhlah mamat alien ni. Macam pelawa kawan yang datang sleepover je! Okey relaks, aku mengambil tuala dan baju untuk disalin.

Keluar sahaja dari bilik air, mamat alien itu memandang aku semacam. Dah kenapa dengan dia ni?


“First time aku tengok kau tanpa tudung. Well not bad.” Terus dia menutup lampu di tepi katil dan menarik selimut. Merah padam muka aku dengan komen mamat alien itu. Nasib baik lampu utama bilik masih belum ditutup kalau tidak mahu meraba aku dalam gelap. Selesai menyikat rambut, aku menyapu losyen badan sebelum meletakkan krim rawatan rambut ke rambutku. Amalan yang aku buat setiap hari dan tak akan berubah hanya kerana aku berkahwin dengan mamat alien itu. Perlahan aku atur langkah ke katil. Aku membaringkan tubuhku secara terlentang. Nak mengiring ke kanan macam membelakangkan mamat alien itu yang tidur mengiring ke arah aku. Aku membaca doa tidur dan tiga Qul sebelum melelapkan mata.

Saturday, May 31, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 37

taken from here  

“Hanan, papa kamu accident!” tersentak Adriana Hanan ketika mendapat panggilan cemas dari mamanya. Bagai nak luruh jantung tapi segera dia beristighfar. Ini semua qada’ dan qadar yang ditentukan Allah cuma dia berdoa agar keadaan papanya tak begitu serius.

“Hello? Hanan?”

“Ye mama. Keadaan papa macam mana?”

“Alhamdulillah papa tak teruk tapi Henry....” esakan dari mamanya membuatkan dia semakin tak tentu hala. Henry, pemandu setia papanya. Lelaki muda yang tabah menjaga adik-adiknya setelah kematian ibubapa. Lelaki yang selamatkan papanya ketika ada cubaan menculik suatu ketika dahulu.

“Henry agak kritikal Hanan. Hanan ajaklah Firdaus datang hospital sekarang. Papa kamu perlukan kamu.” Adriana dapat membayangkan keadaan papanya. Papa sangat sayangkan Henry walaupun tak pernah sekalipun papa menyatakan secara terang-terangan. Henry juga sudah dia anggap seperti adik lelakinya sendiri.

“Baiklah mama, Hanan datang secepat mungkin.” Adriana menamatkan panggilan setelah memberi salam. Dia dan Firdaus baru sahaja pulang dari Korea Selatan. Firdaus yang sedang tidur dikejutkan perlahan.

“Abang, bangun bang.” Adriana mengusap wajah Firdaus. Cara nak kejutkan Firdaus memang kena lembut-lembut kalau tak payah sikit suaminya nak bangun. Firdaus sedar setelah dua kali Adriana memanggil namanya. Sedar-sedar sahaja dah senyum tengok muka bini yang makin berseri sejak mengandung.

“Ye sayang. Kenapa? Belum Zohor lagi kan?” soal Firdaus setelah melihat jam didinding bilik. Baru pukul 11 pagi.

“Papa dengan Henry accident. Jom pergi hospital.” Firdaus membuka matanya besar-besar. Segera dia melompat bangun dan pergi membersihkan diri. Risau sungguh dengan keadaan bapa mertuanya dan Henry.

“Abang, Ana letak baju atas katil ye?” Adriana melaung sebelum dia sendiri pergi bersiap. Nasib baik ketika mamanya menelefon dia sudah bangun dan mandi kalau tak mahu ambil masa juga untuk bersiap.





Tiba di hospital, Adriana dan Firdaus segera mendapatkan Datin Hafsyah yang duduk sugul bersebelahan dengan Datuk Ilyas. Kelihatan ibubapa Firdaus dan keluarga Rayyan turut berada disitu.

“Henry masih didalam.” Perlahan Datuk Ilyas memberitahu Adriana ketika anaknya itu bersalaman dengannya. Dia yang hanya luka dibahagian tangan dan kaki begitu risau dengan keadaan Henry. Masuk kali ini dah dua kali Henry menyelamatkannya.

“Macam mana boleh accident papa?” soal Firdaus lalu mengambil tempat berhadapan dengan bapa mertuanya.

“Tadi ada orang yang tiba-tiba melanggar kereta kami dari belakang. Pada mulanya Henry nak berhenti tapi bila melihatkan ada dua kereta lagi yang mengikut dari kiri dan kanan serta mengacah untuk melanggar kereta kami, Henry teruskan memandu. Dia cakap dia hanya akan berhenti di balai polis sebab takut mereka mengapa-apakan papa. Lagi 200 meter nak sampai balai, sebuah kereta melanggar dibahagian tempat duduk papa dan buatkan kereta kami macam nak terbalik tapi nasib baik Henry bijak mengawal. Mereka berang lalu melanggar di bahagian pemandu dan cuba menghentikan kereta kami dengan menghimpit bahagian kiri dan kanan tapi Henry tak putus asa walaupun papa nampak yang dia dah memang tercedera masa itu.” Datuk Ilyas mengesat air matanya yang jatuh. Adriana semakin sebak apabila melihat keadaan papanya sebegitu. Buat pertama kali dalam hidupnya dia melihat papanya yang begitu lemah.

“Sampai betul-betul depan balai barulah mereka berhenti mengikut. Memang Henry tunaikan apa yang dia cakap, dia hanya akan berhenti bila kami betul-betul berada didalam kawasan balai polis. Tarik sahaja handbrake papa tengok Henry dah terkulai di stereng. Baju dia basah dengan darah dan muka dia luka-luka terkena kaca tingkap yang pecah semasa mereka menghimpit. Papa kaget dan nasib baik ada dua orang polis datang membantu sebab papa memang dah tak boleh bangun. Buka-buka mata sahaja papa dah ada dalam hospital ni. Sekarang ni papa tak sampai hati nak beritahu adik beradik Henry. Mereka dah tak ada ibubapa, macam mana papa nak beritahu pasal keadaan abang mereka.” Datin Hafsyah memeluk bahu suaminya sebagai tanda sokongan. Mereka yang lain hanya memandang simpati. Terkesan dengan pengorbanan Henry yang sangup bergadai nyawa demi menyelamatkan majikannya.

“Ilyas, banyakkan bersabar dan berdoa. Ilyas dah buat laporan polis?” Encik Fikri menenangkan Datuk Ilyas. Apa-apapun laporan polis harus dibuat supaya dapat menahan penjenayah yang cuba mengapa-apakan Datuk Ilyas.

“Sudah tadi. Mereka ambil keterangan sebaik sahaja saya terjaga. Saya rasa ini orang yang sama yang cuba nak menculik saya dulu.”

“Papa nampak tak muka mereka?” soal Firdaus. Datuk Ilyas menggelengkan kepala.

“Mereka sangat licik. Mereka memakai topeng badut dan nombor plat kereta mereka pun tak ada. Yang papa tahu jenis kereta yang dipakai.”

“Nampaknya mereka memang dah rancang benda ni. Hmm tak apa macam mana pun mereka tak akan terlepas. Buat masa sekarang saya cadangkan pakcik upah pengawal peribadi. Saya rasa mesti pihak polis akan menghantar orang-orang mereka untuk mengawasi tapi untuk lebih selamat pakcik upah pengawal peribadi.” Rayyan memberikan cadangan. Bukan dia tak percaya akan kredibiliti pasukan polis tapi ianya untuk langkah berjaga-jaga.

“Untuk bodyguard Hanan boleh minta tolong Far.” Adriana teringat kepada Syed Azfar yang memiliki syarikat pengawal peribadi dan pengawal keselamatan. Azforce milik Syed Azfar bukan calang-calang syarikat keselamatan. Setiap pekerjanya diberi latihan intensif yang mirip dengan latihan anggota keselamatan dalam negara.


Doktor yang keluar dari bilik kecemasan mendekati Datuk Ilyas.

“Tuan majikan kepada pesakit didalam?”

“Ye saya.”

“Keadaan pesakit agak kritikal kerana patah tiga tulang rusuk. Salah satu tulang rusuk itu tertusuk pada paru-paru pesakit. Kami perlukan tandatangan ahli keluarganya untuk menjalankan pembedahan.”

“Doktor, boleh tak saya wakilkan ahli keluarganya sahaja? Ibubapa pesakit dah meninggal dunia dan adik-adiknya yang lain masih kecil.” Datul Ilyas memberikan penjelasan. Doktor tersebut agak serba salah kerana mengikut prosedur hanya ahli keluarga atau penjaga sahaja yang dibenarkan untuk menandatangani surat kebenaran.

“Teruskan sahaja pembedahan.” Mia Hana memberikan arahan kepada doktor itu. Kebetulan dia terlihat kereta Firdaus ketika baru sampai ke hospital untuk mengambil beberapa dokumen.

“Baiklah.” Mana mungkin dia mengingkari arahan dari pemilik hospital. Segera dia masuk semula ke bilik kecemasan untuk memulakan pembedahan.

“Mia,” Adriana mendekati Mia Hana. Mia Hana segera memeluk Adriana bagaikan lama tak berjumpa padahal baru sahaja pulang dari bercuti bersama-sama.

“Thanks,” ucap Datuk Ilyas kepada Mia Hana. Siapa tak kenal anak-anak kepada Datuk Muqri? Seorang hebat dalam perniagaan dan seorang lagi hebat dalam bidang perubatan.

“Tak ada masalah. InsyaAllah pesakit itu akan selamat. Doktor tadi tu pakar bedah terbaik disini. Banyakkan berdoa.” Datuk Ilyas hanya mampu mengangguk lemah. Runsing memikirkan tentang keadaan dan adik beradik Henry.

“Sya bawalah Ilyas berehat. Nanti apa-apa kami beritahu.” Datin Hafsyah mengangguk mendengarkan nasihat dari Puan Hafizah. Sahabat yang sentiasa ada tak kira ketika susah atau senang.

“Abang jom kita balik wad? Rehat sekejap. Nanti kita datang balik.” Lembut Datin Hafsyah memujuk Datuk Ilyas. Pada mulanya Datuk Ilyas menolak namun setelah dipujuk olek Adriana dan Encik Fikri, dia beralah.

“Hanan, kamu tolong papa beritahu pada adik beradik Henry boleh?” pinta Datuk Ilyas ketika bangkit dari tempat duduknya dengan dibantu Encik Fikri dan Firdaus.

“Baiklah papa.” Adriana memberikan persetujuan sambil mengiringi papanya ke wad. Dalam hatinya dia berharap agar adik beradik Henry dapat bersabar dengan dugaan yang menimpa mereka.





“Oh Kakak Hanan! Mari masuk.” Hui Lin, adik perempuan Henry menyambut kedatangan Adriana dan Firdaus. Dia mengenali Adriana Hanan sebagai anak perempuan majikan abangnya dan beberapa kali juga mereka berjumpa setiap kali Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

“Hui Lin, mana Sze Ann dan Kwon Long?” Mata Adriana meliar mencari kelibat adik beradik Henry yang lain.

“Mereka ada dalam bilik. Kenapa kakak?” soal Hui Lin hairan.

“Panggil mereka, kita kena pergi hospital. Abang kamu accident.” Adriana memegang bahu Hui Lin yang kaku seketika. Terkejut dengan berita yang  baru disampaikan oleh Adriana.

“Hui Lin!” Hui Lin segera tersedar dari lamunan setelah tubuhnya digoncang oleh Adriana.

“Sze Ann, Kwon Long!” Hui Lin menerangkan kepada adik-adiknya tentang abang mereka dalam bahasa Cina. Adriana dan Firdaus hanya memerhati air muka adik-adik Henry yang keruh.

“Mari kita pergi sekarang. Abang kamu masih dalam dewan bedah.” Hui Lin menganggukkan kepala sambil menenangkan Sze Ann yang sudah menangis. Kwon Long diam seribu bahasa didalam pelukan Sze Ann. Sayu Firdaus melihat anak-anak yatim piatu yang berada dihadapannya. Dia hanya mampu berdoa agar Henry dapat diselamatkan.






“Datuk..” Datuk Ilyas segera mendapatkan Henry yang baru sahaja terjaga setelah menjalani pembedahan selama tiga jam. Jam menunjukkan pukul 1 pagi, Hui Lin, Sze Ann dan Kwon Long sudah tertidur di sofa. Tiga beradik itu menangis-nangis tidak mahu meninggalkan abang mereka walaupun sudah dipujuk oleh Datuk Ilyas. Nak tak nak, dia terpaksa meminta pertolongan Mia Hana sekali lagi untuk membenarkan mereka bermalam di hospital untuk menemani abang mereka. Datuk Ilyas yang ditahan di hospital pula meminta supaya dia dan Henry dimasukkan dalam wad yang sama supaya dia boleh tengok-tengokkan keadaan Henry dan adik-adiknya. Mia Hana memang banyak membantu mereka pada kali ini.

“Ye Henry?”

“Datuk tak apa-apa? Berapa lama saya tertidur?” soal Henry dengan wajah yang pucat. Datuk Ilyas tersenyum. Henry masih mengambil berat tentangnya walaupun kecederaan yang dialami Henry berkali ganda teruk daripadanya. Henry bernasib baik kerana tulang rusuk tidak tertusuk begitu dalam ke paru-paru dan doktor yang menjalankan pembedahan itu pakar dalam membedah paru-paru.

“Saya okey. Tak adalah lama sangat sebab kamu memang perlukan rehat secukupnya. Saya panggil doktor untuk periksa keadaan kamu ye?” Henry mengangguk lemah. Datuk Ilyas menekan butang yang tersedia di tepi katil yang berfungsi untuk memanggil doktor.

“Datuk, macam mana dengan orang jahat itu?” Walaupun agak sukar untuk Henry bercakap tapi dia tetap mahu tahu.

“Pihak polis sedang menjejaki mereka Henry. Jangan risau dan kamu boleh berhenti bercakap sekarang. Sakit sangat saya tengok kamu ni.” Datuk Ilyas memberikan nasihat berbentuk arahan. Tak sampai lima minit kemudian, seorang doktor datang bersama seorang orang jururawat lelaki. Jururawat lelaki itu memeriksa tekanan darah, kadar degupan jantung dan suhu badan Henry.

“Henry Koo, tekanan darah awak rendah sedikit sekarang tapi ianya normal bagi mereka yang baru menjalani pembedahan. Kurangkan bergerak dan jika ada berasa sakit di bahagian dada atau mana-mana bahagian pun sila panggil doktor ye?” Henry mengangguk lemah.  Datuk Ilyas mendengar teliti setiap penjelasan doktor itu. Jururawat lelaki itu kemudiannya menukar tiub IV sebelum beredar bersama doktor.


“Henry, kamu berehat ye?” Nasihat Datuk Ilyas sebelum kembali berbaring di katilnya. Kecederaan yang dialaminya tidak begitu teruk dan mungkin dia akan dibenarkan esok atau lusa. Datin Hafsyah yang sedang nyenyak tidur di katil pelawat sebelahnya dipandang dengan penuh kasih. Isterinya banyak membantunya dari segi emosi sejak dari siang tadi. Adriana dan Firdaus disuruhnya pulang kerana bimbang akan kesihatan Adriana yang mengandung. Sebelum melelapkan mata dia membaca surah Al-Mulk, amalan yang dilakukan sejak dahulu lagi dan dia tak akan boleh tidur tanpa membaca surah itu.