Kapitalis

Monday, December 1, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 49


[kredit]  

Muiz hanya mampu tersengih melihat keadaan Firdaus yang sedang disuap oleh Adriana. Rasanya sahabat baiknya itu bukan mengalami kecederaan parah. Peluru yang ditembak oleh Thiru hanya mengena sedikit pada kedua-dua belah bahu Firdaus tak kena tulang pun!

“Apa sengih-sengih?!” soal Firdaus dengan muka tak puas hati.

“Der, gua rasa lu over la! Tangan lu bukan patah pun!” balas Muiz disertai dengan ketawa kuat. Nasib baiklah Firdaus ditempatkan di wad persendirian kalau tak ada juga yang kena baling kerusi dengan jururawat bertugas. Tapi sanggupkah jururawat mengapa-apakan bos besar mereka? Errr....


“Abang ni tak baiklah. Firdaus kan tengah sakit tu?” marah Mia lalu mencubit perut abangnya yang suka sangat mengusik. Muiz mengaduh sakit sambil tayang muka yang sudah mencebik. Giliran dia pula nak menggedik dengan adik sendiri.

“Sampai hati Mia, sakit tau! Abang mengadu kat Iqram!” Mia hanya ketawa dengan gelagat abangnya. Iqram tak dapat hadir kerana menemani papanya ke luar negara. Ada projek baru yang memerlukan kehadiran Iqram bersama kalau tidak tak mungkin Mia akan melepaskan suaminya pergi. Kurang-kurang mesti dia mahu mengikut.

“Woi berdrama pula korang kat sini! Aku yang tengok ni pun rasa geli tau?!” Hamdan yang hanya berdiam dari tadi mula bersuara.

“Ala bukan selalu. Cer kau masuk hospital sekali, mesti aku buat pementasan teater depan kau,” gurau Muiz lagi. Hamdan hanya mampu ketawa dengan gelagat Muiz yang kadangkala memang macam nak minta penampar. Apa-apa pun Muiz, Firdaus dan Iqram adalah sahabatnya dunia akhirat. Tak lengkap dunianya tanpa kehadiran mereka.

“Anak-anak mana Hanan?” soal Mia lalu mengambil tempat disebelah Adriana.

“Kat rumah, mama saya jaga. Dia tak bagi bawa selalu ke hospital sebab takut terdedah dengan virus dan bakteria,” terang Adriana dengan senyuman nipis.
“Hmm betul juga. Walaupun hospital kami memang menitik beratkan soal kualiti udara dalam hospital, tapi kadangkala kita bukan boleh halang orang dari batuk disebelah kita. Lagipun,sistem imun kanak-kanak sebesar Zimam dan Ayyash masih belum kuat.” Adriana mengangguk mendengarkan penerangan dari Mia.

“Sayang, nak ayam...” Firdaus yang tiba-tiba menagih perhatian Adriana membuatkan mereka yang lain terus ketawa.

“Dahlah, petang nanti kami datang lagi. Kau bermanjalah sampai lebam!” Muiz terus menarik Mia dan Hamdan untuk keluar dari wad.

Bro, apa-apa call kami okey?” pesan Hamdan sebelum keluar. Firdaus menunjukkan isyarat bagus kepada Hamdan.

“Haa..kan aku cakap tangan dia okey je! Sengaja je dia tu.” Mereka yang lain terus ketawa dengan gurauan Muiz. Firdaus hanya mampu tersengih apabila ‘temberangnya’ sudah pecah.










“Ad!!! What happened to you and your family? This is the second time right? Oh my goodness. Oh hi Firdaus!” Lillian yang datang berkunjung bersama Ian dan Julian. Kecoh sahabatnya yang prihatin dengan keluarganya.

Hi Lillian, Ian, Julian. Tak apa, kami semua selamat. Duduklah.” Firdaus menyambut kedatangan tetamu yang datang melawatnya. Bukan selalu dia dapat berjumpa dengan ketiga-tiga sahabat baik isterinya itu. Masing-masing sibuk dengan hidup mereka tapi dia tahu Adriana selalu juga berjumpa sahabat-sahabat baiknya itu tanpa dia. Zimam dan Ayyash pun rapat dengan mereka.

You got shot and you said it’s nothing?! I rasa you kena pasang guard la di rumah. Kesian kat darling-darling I. Mesti diorang terkejut kan?” Julian dan Ian hanya mampu tersenyum dengan keletah Lillian. Ian dan Lillian bakal mendirikan rumahtangga akhir tahun ini. Julian? Masih mencari..

“Alhamdulillah diorang okey. Currently they’re staying with my mom.” Adriana membalas lalu menghulurkan air mineral kepada sahabat-sahabatnya.

“Harap tak ada lagilah orang gila yang kacau family you. Seksa jiwa raga I bila dengar family you kena macam-macam. I dah suruh Ian beli rumah dekat area perumahan you. Senang sikit kalau ada apa-apa. I pun senang nanti.”

“Yup. Senanglah dia kalau malas masak pergi rumah you saja,” usik Julian lalu menarik pipi adiknya.

“Kira I paling untunglah ni? I boleh lari rumah you kalau Lillian buat hal kan Firdaus?” gurau Ian pula.

“Aik terbalik pula? Selalunya perempuan yang lari. Hahaha..” Firdaus menjeling Adriana yang sudah tersenyum nipis. Teringat kisah lamalah tu.

Try la lari! Tahulah nasib you lepas itu.” Lillian mengepal penumbuknya sambil menjeling ke arah Ian yang hanya menayang muka selamba.

So bila boleh discharge?” Firdaus tersenyum ke arah Julian yang bertanya.

“Esok kot sebab doktor cakap tak ada apa-apa sangat.”

“Baguslah kalau macam tu. Hmm lepas ini rumah kamu kena pakai security guard rasanya.” Firdaus hanya menggelengkan kepalanya.

“Saya pasang CCTV sahaja rasanya. Selalunya rumah yang dipasang security guard akan menjadi  target penjenayah sebab mereka fikir orang yang didalam rumah itu pasti kaya-raya.” Julian mengangguk mendengarkan penerangan dari Firdaus. Logik juga sebab dia sendiri pun akan beranggapan rumah yang dipasang pengawal keselamatan milik orang kaya sahaja.

“So how about your wedding preparation?” soal Firdaus kepada Ian dan Lillian.

“Great! Wedding consultant yang you kenalkan tu sangat bagus! Dia tahu apa yang I nak dan siap bagi tips untuk kurangkan kos. You punya designer juga ke Firdaus?”

“Yup, dia kerja dengan saya dulu. Sekarang dah buka kedai sendiri dan kadang-kadang buat kerja part-time dengan syarikat saya.”

“Patutlah. Eh, kami rancang nak buat percutian beramai-ramai. You guys nak ikut tak?” Firdaus berfikir sejenak sebelum memandang ke arah Adriana dengan pandang meminta pendapat. Adriana hanya menjungkitkan bahunya. Semua keputusan diserahkan bulat-bulat kepada Firdaus.

“Bila dan nak pergi mana?”

“Kami rancang tahun depan tapi nak tempah awal untuk dapatkan diskaun. Pergi New Zealand. Nak tak?” Lillian memandang wajah Adriana dengan penuh mengharap. Sejak sahabatnya berkahwin, agak payah untuk mereka keluar bercuti bersama-sama tak seperti zaman universiti dahulu.

Dengar sahaja New Zealand, riak wajah Adriana bertukar menjadi sedikit teruja. Firdaus yang perasan akan perubahan isterinya tersenyum nipis. Mesti isterinya terbayang akan spesies-spesies penguin di New Zealand. Aduilah Adriana dengan obsesinya terhadap penguin memang payah nak pisahkan walaupun dah beranak dua. Ada sahaja koleksi patung penguin yang dibeli untuk dijadikan mainan Zimam dan Ayyash sampaikan ada tercicir di bilik tidur mereka. Hmm sengaja atau tidak disengajakan?

“Macam mana? Nak ikut tak? Ada tiga spesies penguin di New Zealand tau Adriana?” Lillian yang tahu akan obsesi sahabatnya itu terus memancing dan dia tahu umpannya ini pasti mengena!

“InsyaAllah boleh. Tempat empat tiket ye Lillian?” Firdaus memberikan persetujuan. Lillian yang teruja terus memeluk Adriana. Akhirnya dapat juga dia bercuti lagi dengan Adriana. Rasanya dia lebih teruja untuk bercuti beramai-ramai dari bulan madunya dengan Ian nanti. Hehehe...

Honeymoon dimana nanti?” soal Adriana dengan muka tiada perasaan.

“Maldives. Hadiah perkahwinan dari mommy and daddy Ian. Nak ikut tak Ad?” Okey yang ini Ian pun terkejut dengan pelawaan Lillian kepada Adriana. Amboilah kenapa tak ajak satu negeri? Julian dan Firdaus sudah tercengang. Ini betul-betul bestfriend forever!

“Tak mahu. Pergi berdua dengan Ian sahaja.” Adriana memberikan jawapan yang ringkas dan tegas.

“Lillian, it is totally ridiculous asking Ad to accompany you during your honeymoon. It supposed to be a private time for you and Ian.” Julian memberi ‘ceramah’ ringkas kepada adiknya.

Okay. Hmm nampaknya kena tunggu trip ke NZ barulah boleh main puas-puas.” Lillian mengalah setelah diberi jelingan maut oleh Julian apabila dia cuba melawan.

“Puaslah sangat, masa tu you kena jaga Zimam dengan Ayyash sampai you lupa nak main okay?” Ian mengusik Lillian.

“Haha rasanya I mesti gila beli baju untuk my darlings tu. Waa rindunya kat diorang!”

“Nanti datanglah rumah kami. Masa tu bolehlah saya dengan Ana berehat.” Mereka terus ketawa dengan usikan Firdaus. Haihlah dari datang nak melawat dah menjadi mesyuarat merancang percutian tahun depan.










“Rumah manis rumah~” ucap Firdaus sesudah memberi salam dan melangkah dengan kaki kanan. Sunnah yang perlu dijadikan amalan. Firdaus mengangkat Zimam yang sudah terlena didalam kereta sorong bayi. Ayyash yang masih celik matanya didukung Adriana.

“Abang! Biar Ana angkat Zimam. Tangan abang belum baik betul lagi.”

“Tak apalah bukan berat sangat Zimam ni. Tak terbuka pun luka ni.” Firdaus berdegil lalu membawa Zimam naik ke tingkat atas rumah. Selesai meletakkan Zimam ke dalam babys’ crib, Firdaus turun semula ke tingkat bawah. Kelihatan Adriana sedang menyusukan Ayyash diruang tamu. Langkahnya terus dihayun ke dapur. Tekaknya tiba-tiba teringin memakan sesuatu yang manis. Stok coklat yang disimpan didalam peti ais dibelek satu persatu. Coklat Van Houten digapai dan terus dibawa ke ruang tamu.

“Sayang nak coklat?” Firdaus mematahkan satu bar coklat dan disuakan ke mulut Adriana. Ayyash sudah terlena di ribaan Adriana.

Thanks.” Coklat dengan kacang gajus memang kesukaannya.

“Sayang, banyak juga benda jadi kat keluarga kita sepanjang perkahwinan kita.”

“Hmm biasalah. Kalau hidup ni tanpa ujian dari Allah, kita tak akan tahu rasa bersyukur dan nikmat setelah setiap dugaan.”

“Alhamdulillah isteri abang semakin matang! Ni yang rasa nak hadiah Ferrari sebiji! Hehehe..” Adriana ketawa kecil dengan gurauan Firdaus. Macamlah Ferrari tu dua seringgit.

“Kita diuji setiap hari tanpa kita sedar. Kita berjihad dengan cara kita sendiri. Jihad nafsu, menjaga anggota dan terhadap ibubapa kita. Jihad bukan sekadar betempur di medan perang. Ramai yang tak tahu dan kurang jelas tentang makna jihad yang sebenar.”

“Abang harap kita berdua dapat mendidik anak-anak kita supaya menjadi manusia yang mampu berjihad melawan nafsu mereka sendiri. Abang sendiri pun setiap hari berdoa agar tidak terlalu lalai dengan dunia. Abang harap kita dapat bersama dalam syurga.” Firdaus menggenggam tangan Adriana. Isterinya sumber inspirasinya. Isteri yang mulanya dingin membeku tapi tetap comel dihatinya kini menjadi isteri yang boleh membanggakannya. Rengekan Ayyash yang terjaga mengejutkan mereka. Segera Adriana mendodoi Ayyash supaya tidur semula.

“Jomlah, kita letak dia dalam babys’ crib lepas tu kita tidur.” Firdaus mengambil Ayyash dari ribaan Adriana.


“Abang, Ana bahagia dengan abang.” Adriana memeluk lengan Firdaus dengan berhati-hati. Takut terkena luka Firdaus. Firdaus tersenyum dengan telatah Adriana. Hatinya berbunga gembira. Adriana memang jodoh terbaik yang ditakdirkan untuknya.
*****************************************************************************
Novel ini dah hampir nak ke penghujung. InsyaAllah saya cuba update yang lain secepat yang boleh. Minggu ni saya sibuk dengan balik ke kampung lagi. Cerpen mamat bangla insyaAllah akan saya update dalam minggu ni juga. Bertabahlah!!

(^-^)v

26 comments:

NADIA RIZAM said...

Ala..dah nak abis ke?? Huhu..sedihnya..akk publish la buat novel btul2...bole tambah koleksi yg ada ni..:)

Norlyana Nasrin said...

@NADIA RIZAM: InsyaAllah kalau ada rezeki.

(^-^)v

adryz annissa said...

How I wish cerita ni dalam bentuk naskhah novel. First day launch lagi dah beli... Jangan lupa buat Special Edition kalau dah tamat tau ..

Norlyana Nasrin said...

@adryz annisa: InsyaAllah. Thanks ye
(^-^)v

Syahid zulkifli said...

Terbaikk.. Seronok baca.

Norlyana Nasrin said...

@Syahid zulkifli: Alhamdulillah terima kasih.
(^-^)v

Anonymous said...

Dah habis ke?

Norlyana Nasrin said...

Belum lagi (^-^)v

Anonymous said...

best nyee. ^^

Norlyana Nasrin said...

Alhamdulillah terima kasih.

(^-^)v

Anonymous said...

marathon baca IRA dr 1st chapter untill the latest en3 within 3 days... Hehe...
Best sgt... Bru taw blog sis slalunya sya bca cerpen kat penulisan2u ja.. Hehe..
Arigato gozaimas..

Norlyana Nasrin said...

Alhamdulillah, terima kasih. Waa hebat marathon 3 hari huhuhu...
Do itashimashita...
(^-^)v

Anonymous said...

Daebak ^^ keep doing great job! ;) -silent reader Kak 'Usui' hihi :)

Norlyana Nasrin said...

Alhamdulillah..kamsahamnida.
InsyaAllah I'll try my best.
(^-^)v

syaheira said...

bila nk update cerita ni lagi?makin best pulak bace kisahnya..tak sabar nk tgu ending cerita ni.....

Norlyana Nasrin said...

@syaheira: IRA saya berhentikan dahulu di blog memandangkan saya ingin menghantar manuskrip IRA ke syarikat2 penerbitan novel tempatan.

InsyaAllah jika ada rezeki, dapatlah pegang versi cetak.

(^-^)v

jude judy said...

Hi writer..

It awesome...x sabar untuk tau ending..hihih

Eh..pas ni blhka buat kisah muiz dgn rin pula? ;p

or..kisah iqram n mia?

Im a big fan now...

Norlyana Nasrin said...

@jude judy:
Hi!! Thanks for your support. Muiz & Rin + Iqram & Mia kisahnya ada dalam blog novel lagi satu
http://novelkisahkita.blogspot.com/

Million thanks from the bottom of my heart.

(^-^)v

jude judy said...

oh yeah? Yihaa...x tdrla ni membaca..

Norlyana Nasrin said...

@jude judy: hahaha selamat membaca..maaf kalau macam entah apa-apa sebab tu novel cubaan pertama~ hehehe
(^-^)v

Aida Lee said...

Sis,apa update yg trbaru? Novel ke smbg online? :-) thniah sis,keep it up!

Norlyana Nasrin said...

@Aida Lee: InsyaAllah saya akan terbitkan dalam bentuk novel selepas buku koleksi novel.

(^-^)v

natasha huda said...

hye assalamualaikum. sy baru je selamat membaca. besttt. tp mana bab 50? ke sampai bab 49 je?

Norlyana Nasrin said...

Waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah. Saya bercadang nak terbitkan novel ini dalam bentuk buku namun ada pelbagai halangan jadi ia masih belum dapat dijalankan. InsyaAllah ada rezeki adalah..

najwa zahid said...

sya baru habis marathon sehari cerita ni. pergh, sweet la.. good job

Norlyana Nasrin said...

@najwa zahid: Alhamdulillah. Thanks (^-^)v