Kapitalis

Sunday, December 7, 2014

Cerpen: Bercinta Dengan Mamat Bangla (Part 5 End)

Vancouver [kredit]

“Kak kenalkan..”

“Eh Hanif! Lama tak nampak hang? Baru balik ka? Eh? Hang kenai dengan Sabreena ni ka?”

“La Kak Kamisah, patutlah dari jauh nampak macam kenal. Bila Sabreena sebut nama tadi tak berapa perasan. Baru juga. Naik sama bas dengan Sabreena. Kenai lama dah.” Dah macam Jejak Kasih pula mereka berdua ini. Aku? Senyum sahajalah yang aku mampu.

“Ooh..ni kalau nak tahu, rumah tok wan Hanif ni sebelah rumah akak ja Sabreena. Dia ni dari kecil lagi akak kenal. Asal cuti sekolah ja mesti balik rumah tok wan dia. La ni Mustaqim duduk dengan tok wan hang kan?”


“Haah dengan maksu saya sekali.” Mamat bangla yang sudah mengambil tempat duduknya membahagikan sudu dan garfu untuk kami. Aku lihat Kak Kamisah tersenyum-senyum bila Hanif menghulurkan sudu dan garfu kepadaku sebelum dihulurkan kepadanya. Eh apasal pula ni?

“Sabreena balik sana lambat sikit boleh tak? Sabtu ni, akak nak buat kenduri untuk anak kak. Kalau boleh akak nak Sabreena datang.”

“Kenduri apa kak?”

“Kenduri doa selamat ja. Anak kak, si Fatin tu dapat tawaran masuk maktab. Bolehlah ye Sabreena? Hang wajib datang Hanif!” Aku mula berfikir menimbang tara permintaan Kak Kamisah. Hmm apa salahnya lagipun cuti tahunan aku masih banyak. Cuma aku perlu maklumkan kepada pihak universiti.

“InsyaAllah boleh kak. Sabreena boleh datang?” Aku memandang wajah mamat bangla itu sebelum mengangguk setuju.

“Ha! Bagus! Bolehlah datang awal sikit, tolong-tolong akak buat persediaan.” Kak Kamisah ceria setelah aku memberikan persetujuan.

“InsyaAllah.” Aku menguntum senyum buat Kak Kamisah. Bukan payah sangat pun permintaan Kak Kamisah kalau nak dibandingkan dengan jasa yang ditaburkan kepadaku.






“Kak, ayam ni dah saya bersihkan. Saya letak dalam fridge ye?” Berpeluh juga nak bersihkan ayam 20 ekor ni. Nasib baiklah ada jiran-jiran yang lain turut membantu.

“Haa boleh-boleh. Elok kita bersih hari ni, esok pagi tinggai nak masak ja. Nak balik dah ke Sabreena?” Aku mengangguk perlahan. Jam sudah menunjukkan pukul enam petang. Lambat-lambat sangat nanti bising pula mak dan ayah aku.

“Baiklah jumpa esok na?” Aku bersalaman dengan Kak Kamisah. Keluar sahaja dari rumah Kak Kamisah, aku terlihat mamat bangla itu.

“Eh Sabreena nak balik dah ke?” Wajahnya berpeluh membantu bergotong-royong dengan jiran-jiran membina khemah dan menyusun meja diluar rumah Kak Kamisah.

“Haah. Tapi sebelum tu ingatkan nak pi ziarah tok wan abang. Boleh dak?” Mamat bangla itu terus menguntum senyuman manis. Woo terpikat sekejap...

“Boleh sangat. Mailah.” Aku mengikut mamat bangla itu yang sudah berada dihadapanku. Memang sebelah sahaja rumah tok wannya dengan rumah Kak Kamisah. Ada juga jiran-jiran yang sedang memotong sayur dan menyediakan bahan masakan yang lain di halaman rumah tok wan mamat bangla ini.

“Aik bawa marka pi jumpa tok wan ka?” usik seorang makcik yang sedang memotong bawang. Amboilah..

“Eloklah, hang pun bukan muda lagi tak gitu maksunya, Cik Nah?” Aku yang sudah tak terkata hanya mampu senyum sahajalah. Aduilah. Aku lihat mamat bangla itu hanya ketawa dan meminta diri untuk membawaku masuk ke dalam rumah.

“Tok wan, ni kawan Hanif datang ni.” Tok wan yang pada ketika itu baru menyudahkan bacaan Yasinnya tersenyum ke arahku. Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman. Wanita tua itu mengusap-usap kepalaku ketika aku tunduk mencium tangannya.

“Cantik kawan hang Hanif. Ni ka cucu menantu tok wan?” Serius tak terkata bila tok wan mamat bangla ini berkata begitu. Aku tengok tok wan mamat bangla ni cerah aje. Dia ni waris ‘gerhana’ dari siapa? Hehehe otak aku ni dah tak betul ke apa?

“Awat tok wan berkenan ka?” Huk? Yang ni memang buat aku betul-betul terkejut. Err..

“Berkenan sangatlah. Tok wan nak sangat tengok hang menikah Hanif.” Kendur suara tua tok wan membuatkan aku sedikit tersentuh.

“InsyaAllah tok wan. Ni Hanif bawa tunjuk dulu.” Drama apakah yang sedang mamat bangla ini lakonkan? Betul ke dia suka aku ni?

“Sabreena mesti terkejut tok wan. Hanif tak habaq pun Hanif suka kat dia.” Muka tok wan berubah ceria. Mungkin lawak dengan perangai cucunya yang buat otak aku beku sementara.

“InsyaAllah nanti Hanif nak pi jumpa orang tua Sabreena ni minta izin nak menikah dengan anak depa. Tok wan bagi restu kan?” Aku yang masih terkejut hanya mendiamkan diri. Senyum pun bila tok wan memandang ke arahku.

“Hang tak payah tanyalah. Memang tok wan restu sangatlah!” Ya Allah, apakah semua ini?







“Maaf Sabreena, abang tak beritahu kat Sabreena dulu.” Abang Hanif membuka bicara ketika menghantarku ke kereta.

“Saya terkejut.” Ini sahaja balasan yang bolehku beri. Otak aku sedang bekerja keras menterjemahkan perasaanku sendiri terhadap mamat bangla dihadapanku ini.

“Kalau boleh abang nak jumpa mak dengan ayah Sabreena. Abang rasa hati abang mula gembira bila berjumpa dengan Sabreena. Abang ikhlas nak nikah dengan Sabreena.” Wajah mamat bangla itu aku pandang sekilas sebelum melarikan pandanganku ke arah terbenam matahari.

“Saya istikharah dulu. Nanti saya berikan jawapan.” Bila otak dah serabut dan hati masih kabur baik aku serahkan segalanya kepada Allah sahaja.

“Baiklah. Abang doakan jawapan yang terbaik buat kita berdua.” Aku mengangguk dan memberikan salam sebelum masuk ke dalam perut kereta. Sayu ayat terakhir mamat bangla itu tapi aku memerlukan pertunjuk dari Allah sebelum membuat sebarang keputusan berkait rapat dengan masa depanku.








Seminggu jugalah aku buat solat istikharah sebab pertunjuk yang aku dapat macam pelik-pelik sedikit. Dua malam selepas istikharah mimpi rempah kari, malam keempat aku mimpi berbual dengan Mat Lutfi eh? Malam kelima, aku mimpi aku duduk bersimpuh dihadapan tasik sambil makan maruku. Serius lawak, malam ketujuh barulah aku mimpi muka mamat bangla itu. Dia senyum dan memimpin tanganku masuk ke dalam sebuah taman yang indah. Bangun pagi tu aku menunaikan solat-solat sunat dan sementara menunggu waktu Subuh menjelang, aku membaca Al-Quran. Selesai solat Subuh barulah aku menelefon mak memberitahukan tentang perihal mamat bangla yang mahu melamarku.

“Alhamdulillah. Mak bersyukur sangat adik. Nanti mak beritahu kat ayah. Adik pun apa-apa beritahulah kat mak ye?”

“InsyaAllah mak. Adik nak call dia beritahu yang adik setuju.” Aku menamatkan talian setelah memberikan salam. Pantas nombor mamat bangla itu kutekan.

“Assalamualaikum Sabreena, kenapa ni? Ada masalah? Sakit ka?” Mungkin terkejut aku menelefonnya pagi-pagi.

“Waalaikumussalam. Hmm tak ada apa. Abang Hanif tengah tidoq ka?” Serius kalau dia kata dia tengah tidur memang aku reject! Pantang aku kalau lelaki yang tak bangun solat Subuh!

“Dak aih, baru ja lepas solat. Sat gi baru nak pi menyorok.”

“Pi sorok apa?” Apahal pula nak main sorok-sorok pagi-pagi buta ni?

“Hahaha..menyorok tu sarapan dalam loghat Kedah pekat. Ni awat call abang pagi-pagi?” Aku mengumpul semangat yang ada dan dengan lafaz bismillah..

“Hmm nak beritahu yang saya....saya setuju nak menikah dengan abang!” Fuh lega! Serius rasa macam beban dibahuku terus hilang.

“Ha? Ulang lagi sekali?” La dia ni faham tak yang aku ni malu?

“Saya nak nikah dengan Abang Hanif! Suruh ulang lagi sekali saya cancel!” Kedengaran dia mengucap syukur dihujung talian.

“Betul ka ni? Alhamdulillah. Nanti abang minta mak ayah abang uruskan. Terima kasih sebab sudi terima abang. Alhamdulillah.” Tak putus-putus dia mengucap syukur. Hati aku turut tersentuh dengan kata-kata mamat bangla ini. Alhamdulillah Allah membuka hatiku untuk dia.




“Assalamualaikum Dr Sabreena.” Aku menoleh untuk melihat empunya suara yang memberikan salam kepadaku.

“Waalaikumussalam ye Iskandar?” Pelajar yang pada mulanya macam watak clichè anak orang kaya kini boleh kata kamcheng juga dengan aku.

“Doktor free tak sekarang? Ada benda saya nak bincang dengan doktor ni.” Wajah pelajarku itu kupandang dengan pelik. Hmm nasib baiklah aku memang tengah lapang sekarang. Aku mengangguk setuju.

“Apa bendanya Iskandar?” Dia hanya menayangkan gigi sambil mengaru-garu kepalanya. Apasal pula? Ada kutu ke apa anak orang kaya ni?

“Hmm macam ni, ingat tak gambar yang hari itu yang kita ambil ramai-ramai masa lawatan ke Angkasa?”

“Ingatlah kenapa dengar gambar tu?” Pelik juga dengan perangai si Iskandar ni.

“Kawan abang saya ternampak dan dia terus tanya pasal doktor.” Huk? Apahal pula ni?

“Kawan abang saya tu CEO kat company warisan keluarga dia. Doktor nak tak? Kalau nak, petang ni juga dia nak jumpa.”

“Isy kamu inilah! Tak apalah, saya dah nak menikah dah pun. InsyaAllah nanti saya pass kad kat awak bila siap. Minta maaflah ye.” Menggeleng aku dengan perangai pelajar aku yang terlalu mengambil berat pasal aku ini.

“Eh betul ni ke doktor? Sampai hatilah tak beritahu saya yang doktor dah ada special one. Kata kita bestfriend...” Aduilah..lawak betullah perangai si Iskandar ni!

“La..saya pun baru buat keputusan tu pagi tadi. Awaklah orang ketiga saya beritahu Iskandar oii!” Ceria kembali wajah Iskandar.

“Ye ke? Hehe..nanti majlis kat mana doktor?”

“InsyaAllah kat Penang. Awak datanglah ye?”

“InsyaAllah boleh. Nanti doktor bolehlah bawa saya jalan-jalan kat Penang.”

“Yelah. Tak ada kelas ke kamu ni?”

“Baru habis. Saya tengah tunggu Hazim. Kami nak pergi beli barang untuk assignment. Doktor nak pesan apa-apa tak?” Alhamdulillah Iskandar mengikut nasihatku untuk berkawan baik dengan Hazim. Aku perasan juga yang Hazim makin ceria sejak akhir-akhir ini.

“Tak apalah. Hati-hati keluar tu. Baiklah saya dah nak balik ni. Assalamualakum.”

“Waalaikumussalam. Jalan baik-baik doktor!” Laung si Iskandar sambil melambai-lambaikan tangannya. Perangai macam budak tadika budak ni!







Kenduri aku dan mamat bangla itu berjalan lancar dengan bantuan saudara-mara dan jiran tetangga. Tak nampak pula kelibat Makcik Mah yang mengutuk aku dulu. Hmm aku dah maafkan dah pun orang tua itu. Payah pula nanti kat padang mashyar kalau aku tak maafkan dia.

“Sabreena buat apa tu?” Mamat bangla baru sahaja selesai menolong mengemas dan mencuci periuk belanga menegurku yang sedang tersengih membaca emel dari Siti Maryam yang sudah menetap di Vancouver dengan suaminya. Biskut meri itu sedang mengandungkan anak kedua yang khabarnya anak lelaki. Huhu eloklah anak sulungnya pun anak perempuan yang muka fotostat dengan muka si biskut meri tu.

“Saya baca emel dari si biskut meri.” Aku tadi disuruh mak masuk bilik untuk berehat dan bersihkan diri. Selesai solat dan mandi, sengaja aku memeriksa emel dan laman sosial.

“Biskut meri?”

“Siti Maryam. Ingat tak budak perempuan yang nak terlanggar Abang Hanif dulu?” Kelakar pula teringat pasal mamat bangla yang melintas tak tengok kiri kanan lepas itu kena leter dengan si biskut meri.

“Oh budak tu. Apa khabar dia sekarang?”

“Sihat ja. Dia duduk kat Vancouver ikut laki dia bertugas kat sana.” Mamat bangla itu menganggukkan kepala.

“Abang pi mandi sat.” Segera aku bangun mencari tuala untuk mamat bangla itu. Dia hanya tersenyum dengan gelagatku.

“Pandai isteri abang.” Dia mengusap-usap kepalaku sebelum berlalu masuk ke bilik mandi. Jantung aku dah mula berdetak hebat memikirkan apa yang akan terjadi selepas ini. Huhuhu biasa baca dalam novel dengan tengok drama ja..nak hilangkan debar punya pasal, aku mencapai novel thriller karya Ramlee Awang Mursyid, Fiksyen 302. Buku yang boleh buat aku lupa dunia buat sementara waktu huhu..

“Amboilah baca buku sampai tak perasan abang.” Wajah mamat bangla yang baru lepas mandi dan lengkap berpakaian membuatkan aku terpaku seketika. Hensem juga laki aku ni! Badan ala-ala Fahrin Ahmad dan muka macam Remy Ishak hehehe...gerhana~

“Buku ni best. Nak baca?” Aku memang teruja sedikit kalau pasal buku. Bilik aku sahaja, ayah aku telah membina perpustakaan kecil khas untuk aku. Segala jenis buku aku kumpul dan akan mengulang baca sampai puas.

“Abang pun ada koleksi novel RAM ni. Novelist lain abang tak minat.”

“Waa..abang ada semua ke?” soalku dengan nada teruja.

“Ada..” Sedang kami berbual, mata aku tertancap pada sesuatu yang bergerak laju. Aku terus melompat memeluk mamat bangla yang sudah halal untuk aku. Boleh pula labah-labah interframe masa-masa ni!

“Abang! Ada labah-labah besar!!” Aku ini memang penakut sikit dengan benda-benda yang merayap ni.

“Mana?” Eh hilang pula labah-labah tadi? Tapi selagi tak jumpa memang aku tak nak turun! Elok pula mamat bangla ini gagah mendukungku.

“Abang carilah. Saya takut..” Mataku bertemu dengan mata Abang Hanif. Terhenti sekejap jantung aku rasanya. Malu punya pasal, aku menyembunyikan wajahku. Jantung aku rasanya macam nak tercabut dah tadi..

“Sabreena tak payah takut. InsyaAllah abang jaga sayang sampai bila-bila.” Aku memberanikan diri menatap wajahnya. Redup mata suamiku membuatkan aku semakin jatuh cinta. Degupan jantung kami bersatu didalam irama yang sungguh mengasyikkan. Irama cinta antara aku dan dia. Oh mamat bangla, aku berdoa agar rumahtangga kami diberkati Allah dan kami akan bercinta sehingga ke syurgaMU.

“Hmm abang ada bau-bau bacang dengan Remy Ishak ka?”

“Ha? Tak ada pula. Awat?”

“Warna kulit sama.” Hahaha...dan kami melayari malam yang indah dengan irama cinta kami berdua. I love you my mamat bangla!

****************************************************************************
Alhamdulillah siap juga cerpen mamat bangla ini. Macam biasa tak suka ka apa sila komen.
(^-^)v


Abang Hanif


Sabreena

17 comments:

Suha Fasihah said...

Alhamdulillah... Habis jgk cerpen ni... Ttbe rasa mcm pendek pulak... Hehe... Boleh pulak mat luthfi masuk dalam mimpi... Hahaha

Nice story... Nice ending :)

Norlyana Nasrin said...

@Suha: Alhamdulillah..pendek ke? Hehehe sampai 5 part dah ni Suha oii..yang mat lutfi tu saja je nak letak..kita ni kipas-susah-mati video dia..

InsyaAllah nanti saya nak buat satu yang special skit yang ada kait rapat dengan cerpen ni keskeskeskes~

(^-^)v

rozita kadiman said...

Syukur dah habis. Seronok baca cite sampai rasa mcm pendek plak. Part gerhana tu akak setuju, jap terang & jap gelap. Satu cite yg simple but menari... thumbs up.

Norlyana Nasrin said...

@rozita kadiman: Alhamdulillah terima kasih.

Gerhana pun tetap menawan ehey~ hehehe

(^-^)v

nur hidayah said...

wahhhh, finally abih gak citer nie..blh la sy tido lena pas nie..

Norlyana Nasrin said...

@nur hidayah: hehehe~kerana mamat bangla tidurmu terganggu ke dik? hehehe~

(^-^)v

SyAzANa SoPi said...

finally, abis jgak...hihi...even assignment berlambak, still blh senyum sorang2 bc cerpen ni.tq, krn menghiburkan hari2 sy... :-)

Norlyana Nasrin said...

@Syazana Sopi: Alhamdulillah terima kasih.

InsyaAllah saya cuba buat cerpen/novel yang lebih baik.

(^-^)v

Anonymous said...

akak.... akak memang hebat... btw... saya minat semua karya akak...<3 <3

Norlyana Nasrin said...

Alhamdulillah terima kasih dik..insyaAllah nnt akak try update lagi ye.

(^-^)v

aTie said...

Teruskan tulis cerpen best best no... bakat kurniaan Allah ni tak semua dapat... teruskan menulis...

Norlyana Nasrin said...

@aTie: Alhamdulillah..insyaAllah..jika saya ada masa dan idea saya akan update.

Terima kasih. (^-^)v

nik maisarah said...

Assalamualaikum..alhamdulillah,siap!!x boring langsung!!well done!! keep it up,ukhti..

Norlyana Nasrin said...

@nik maisarah: Waalaikumussalam w.b.t, Alhamdulillah, terima kasih ye. InsyaAllah saya cuba buat yang terbaik.
(^-^)v

m00nLight said...

assalamualaikum, kak.. sy dah habis baca semua cerpen akak tinggal novel je.. semuanya best.. nak tanya satu soalan, hanif tu kerja apa eh??

Lily Anna said...

Best sgt cite ni. Visit la blog saya. Blh baca novel and then komen sekali :-)

Norlyana Nasrin said...

@m00nLight: waalaikumussalam w.b.t, alhamdulillah terima kasih ye.

Dalam cerpen ni, Hanif kerja sebagai juruukur di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).



@Lily Anna: Alhamdulillah terima kasih. InsyaAllah.

(^-^)v