Kapitalis

Saturday, December 20, 2014

Cerpen: Cutest Stalker Ever! (Part 1)

[kredit]  


Okey dia nampak kacak seperti kebiasaan. Perlahan aku menyusuri rimbun semak semata-mata untuk mendapatkan jarak pandang yang lebih baik dari sebelum ini. Aku menangkap gambarnya dengan kamera telefon pintar. Memang aku cari yang paling tinggi megapixel untuk merakamkan wajah lelaki yang sering bermain difikiranku.



Namaku Naura Auni dan sekarang aku tengah menjadi seorang pengendap atau stalker dalam Bahasa Inggeris. Tak senonoh? Lantaklah janji aku puas dapat ambil gambar Na’il Hafidh yang kacak bergaya. Mesti ada yang Tanya apasal aku berusaha sangat nak tangkap gambar si Na’il ni? Ambil sahajalah dari Facebook. Okey fakta si Na’il buat anda-anda diluar sana. Na’il tak layan Facebook! Dia tak ada akaun Facebook, Twitter dan Instagram jauh sekali! Jadi nak dapatkan gambar dia memang kena berusaha sungguhlah. Kalau ada pun kat media sosial, mesti gambar dia dalam persatuan dan kelab. Hmm tak ekslusif!

Dari luaran, orang tak akan dapat menjangkakan yang aku ini seorang pengendap. Diriku yang sering dingin dan bersifat kurang bersosial sering diberi jolokan nerd. Haah nerd sangat sampai sanggup meredah semak-samun hanya kerana si Na’il! Nak tahu kenapa aku suka nak ke obsess dengan si Na’il? Baiklah mari aku ceritakan…





Tiga tahun yang lepas…..

“Naura, jaga diri ye nak?” Wajah mak kupandang sayu. Hari ini aku sudah bertukar status menjadi pelajar universiti. Nak tak nak, demi mengejar cita-cita aku perlu berpisah dengan mak dan ayah. Serius aku sangat berat hati.

“Sudahlah tu, Naura kalau ada apa-apa telefon ayah okey?”

“Baik.” Aku hanya memerhatikan sahaja kereta yang membawa kedua ibubapaku sehingga hilang dari pandangan. Haish macam manalah nak lalui empat tahun disini? Dahulu aku bernasib baik kerana mendapat kolej matrikulasi berdekatan dengan rumah. Aku mengatur langkah lesu ke kafetaria. Malas pula nak naik ke bilik asrama awal-awal kerana tiada sesiapa pun didalam bilik itu sekarang. Suasana yang sunyi lagi membuatkan aku teringat pada ibubapaku jadi untuk mengelakkan aku buat sad love story seorang diri dalam bilik maka aku pergi ke tempat yang agak sarat dengan manusia.

“Jaga-jaga!” Entah macam mana aku dilanggar oleh seorang pelajar yang sedang menatang bihun sup panas. Nasibku boleh dikatakan baik juga kerana sup panas itu hanya terkena sedikit pada tanganku. Tapi sakitnya boleh tahan.

“Hey, jalan mata letak mana?!” tengking pelajar yang melanggarku. Sedar diriku cuma baru sehari disini aku hanya mampu meminta maaf.

“Tapi saya lihat yang sebaliknya. Kakak yang langgar dia bukan dia langgar kakak.” Seorang pelajar lelaki yang muncul entah dari mana segera membelaku. Serius aku rasa macam nampak dia bercahaya huhu…

“Amboi baru masuk sini nak tunjuk lagak ke? Tak reti hormat senior?!”

“The thing is, it is not about seniority or what but you’re being such a jerk to this girl. I don’t know that being a senior allows you to be rude to others.” Pergh…merah muka senior perempuan yang ditegur oleh pelajar lelaki yang membelaku.

“Budak  ni!”

“Kenapa ni Na’il?” Seorang lelaki lengkap berpakaian seragam polis mendekati pelajar lelaki tadi. Apa nama dia? Na’il? Comel..hoi sah otak kau dah mereng!

“Oh Abang Hamdan, tak ada apa. Senior ni nak buli budak perempuan ni.” Pucat lesi wajah senior itu apabila lelaki yang berpakaian seragam itu memandang tajam ke arahnya.

“Buli? Adik, dia buat apa kat adik?” soal lelaki itu kepadaku.

“Tak ada apa. Mungkin salah saya,” balasku malas nak memanjangkan hal yang tak begitu penting.

“Hah dengar tu! Dahlah buang masa aku je!” Senior perempuan itu terus meninggalkan kami dengan tergesa-gesa. Hmm dah takutlah tu..

“Terima kasih sebab tolong saya tadi,” ucapku dengan malu-malu. Mak aih hensem gila lelaki yang menolong aku tadi.

“Sama-sama. Tangan awak lecur tu. Mari kita ke bilik rawatan?” Aku terus menggeleng kepala. Bukan serius sangat pun. Letak minyak gamat eloklah.

“Betul tak nak? Kalau macam tu saya pergi dulu. Jaga diri ye?” Ya Allah baiknya dia. Serius aku dah terpikat!

Sejak dari hari itu, aku sering mengikuti perkembangan si Na’il. Boleh kata satu universiti ni kenal dia sebab dia seorang yang aktif dalam sukan ragbi dan memanah. Jangan kata bab sukan sahaja, kalau nama dia tak ada dalam dean list memang tak sah. Bab agama pun dia tip top! Fuh memang lelaki idaman wanitalah si Na’il ni






“Naura, aku ada benda nak cakap dengan kau ni.” Wahida, rakan sebilikku menegurku petang itu.Walaupun dengan rakan sebilik, aku agak kurang bersosial dan mereka juga bukan jenis yang suka mengambil tahu tentang aku.

“Ye kenapa?”

“Ada classmate aku minat kat kau.” Huk?! Orang pelik macam aku ini pun ada yang tersangkut ke?

“Nama dia Adam. Kau kenal tak?”

“Tak.” Aku yang sudah mula hilang minat untuk meneruskan perbualan dengan Wahida menumpukan semula perhatian pada buku yang kubaca.

“Hmm aku cuma sampaikan je. Okeylah kalau kau tak nak.” Wahida terus beredar dari compartmentku.

“Wahida.”

“Kenapa?”

“Terima kasih sebab beritahu.” Wahida hanya mengangguk. Hmm macam mana pun kena jaga adab juga.







“Naura.” Seorang lelaki berpakaian kasual mendekatiku.

“Siapa?”

“Nama aku Adam.”

“Jadi?”

“Aku nak jadi boyfriend kau. Ha..”

Not interested.” Aku terus memotong ayat Adam memandangkan aku benar-benar tak berminat dengannya. Langkahku lajukan ke perpustakaan. Aku telah menempah bilik belajar untuk mengulangkaji dan menyusun koleksi gambarku.

“Kau tak dengar lagi penjelasan aku!” Serius dia ini memang dasar lelaki kurang ajar! Boleh pula dia merentap pergelangan tangan aku. Hisy, tak beragama punya orang!

“Lepaslah!” jeritan aku mengundang perhatian pelajar disekeliling fakultiku. Adam melepaskan tanganku dengan muka sebal. Nasib baik aku jerit aje, kalau aku belasah mahu masuk Harian Metro esok.

“Kau memang perempuan yang tak sedar dek untung kan? Sedarlah sikit kau tu bukan cantik sangat. Terima jela bila aku cakap nak buat kau jadi gf aku!”

“Dah tu kenapa nak jadikan aku gf kau? Aku kan tak cantik? Dahlah aku tak suka lelaki macam kau!” Sah lelaki ini memang gila! Tak pasal-pasal jadikan aku macam watak heroin dalam drama.

“Naura!” Adam yang masih tak putus asa cuba menghalang laluanku dengan mendepakan tangannya.

“Naura! Aku suka kat kau okey! Sorry la aku kasar dengan kau. Aku betul-betul nak kat kau!” Allahuakbar! Dia ini memang lelaki yang wajib makan penampar sulung aku!

“Kenapa ni?” Masa-masa ini juga si Na’il muncul. Clich√® pula rasanya tapi aku bersyukur dengan kehadiran Na’il disini. Dapat juga aku menatap wajah kacaknya dari muka si Adam sewel.

“Kau tak payah nak masuk campur urusan aku dengan dia. Blah!” Eh, eh kurang ajarnya jantan ini!

“Aku tak ada apa-apa urusan dengan kau. Dah jangan nak buat drama kat sini.” Aku segera ingin meneruskan langkahku ke perpustakaan.

“Naura!” Sekali lagi dia merentap kasar tanganku. Sakit memang sakit dan secara automatik aku layangkan penampar sulungku kepada Adam.

“Kau ingat aku ni apa nak pegang-pegang aku hah jantan?!” Memang terkejut gila mereka-mereka disekeliling melihat tindakan dan tutur kataku yang kasar. Marahku sudah tak boleh dikawal dan apabila aku mahu layangkan penumbuk pada Adam, Na’il pula cuba menghalangku. Malang nasib jejaka idamanku apabila terkena tumbukan paduku.

“Na’il!!” Ya Allah apa aku dah buat ni?








Aku yang masih dibelenggu rasa bersalah hanya mampu menangis sambil menunggu Na’il yang sedang dirawat di bilik rawatan universiti.

“Err..” Na’il yang baru keluar dari bilik konsultansi memandangku dengan wajah pelik.

“Kenapa menangis?” Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Aku rasa bersalah sangat pada Na’il. Rasa marah pada Adam kembali menjelma. Aku rasa nak gulaikan aje dia tu! Pecah juga mulut Na’il penangan penumbukku.

“Dah tak mahu nangis lagi ye? Saya rasa macam pernah nampak awak. Hmm..oh ye! Awaklah budak perempuan yang saya tolong masa registration day tu kan?” Aku mengangguk. Aku rasa aku tak layak pun nak bersuara dihadapan dia sekarang. Aku yang buat wajah kacak dia terluka.

“Dulu awak tak reti nak bela diri awak sendiri. Tapi tadi saya tengok awak dah makin pandai melawan balik. Sakit juga kena tumbuk dengan awak. Nampak je comel.” Eh? Aku terus memalingkan wajahku ke arah Na’il.

“Jangan risau, saya tak salahkan awak pun. Saya ini jenis tak suka tengok orang membuli. Selalunya mereka yang membuli ni, mengalami tekanan mental.”

“Saya minta maaf.”

“Eh tak apa. Tadi saya risau kalau awak apa-apakan si sengal tu nanti dia buat kecoh tak pun balas dendam balik kat awak. Jadi biar saya aje yang jadi galang gantinya.” Aduh..aku dah jatuh cinta lagi dengan si Na’il ni. Sejuk perut mak dia mengandungkan anak baik macam dia ni. Baiklah aku rasa aku kena luahkan perasaan aku juga dekat dia ni.

“Saya suka awak.”

“Oh saya p..ha? Apa?!” terkejut hamster juga muka si Na’il dengan pengakuanku yang tiba-tiba. Comel sangat anak orang ini kalau nak disamakan dengan beruk maka hamster lebih afdal.

“Saya suka awak sejak awak tolong saya dulu.” Aku membuka begku dan menunjukkan koleksi-koleksi gambarnya. Memang ternganga si Na’il melihat begitu banyak gambarnya yang aku simpan.

“Saya ambil gambar awak secara senyap-senyap sejak tiga tahun yang lalu. Jika awak tak suka, awak boleh ambil semua gambar-gambar ini dan saya berjanji saya tak akan buat lagi.” Na’il meraup mukanya dan beristighfar berulang-ulang kali. Tipulah jika aku tak berasa kecewa dengan reaksi negatif Na’il tapi aku juga sedar yang apa yang aku lakukan ini adalah salah dan memang di luar norma.

“Ini sahaja ke gambar yang awak ambil?” soal Na’il dengan wajah serius.

“Ada lagi dalam memory card dan external hard disk saya. Saya akan padam sebaik sahaja saya balik ke asrama nanti.” Aku meminta diri setelah Na’il lama mendiamkan diri. Mungkin pening memikirkan tentang situasi sekarang. Aku rasa mesti dia ingat aku pun ada masalah mental.

“Apa nama awak?” soal Na’il tiba-tiba. Aku menghentikan langkah dan berpaling ke arah Na’il.

“Naura, Naura Auni.”

“It’s kind of freak but cute at the same time.” Lega hati aku apabila Na’il sudah mula tersenyum. Aku yang tak tahu nak menunjukkan wajah apa hanya mampu terkaku dengan senyuman manis lagi kacak Na’il Hafidh.

*****************************************************************************
Alhamdulillah siap satu part. So macam biasa tak suka ka apa sila komen.


16 comments:

Sarah Riana said...

Hoho...rse dh lmenye x baca cerpen kat sini....hospital xde wifi >< ...

Norlyana Nasrin said...

@Sarah Riana: eh adik sakit ke?

Sarah Riana said...

Accident jatuh motor...rempit sikit time nk blik rumh

Norlyana Nasrin said...

@Sarah Riana: Ya Allah..teruk tak? Semoga cepat sembuh ye dik.

Sarah Riana said...

X truk sngat..cuma tgn trseret kat jln dgn kaki retak tu je..huhu thanks kak...

Norlyana Nasrin said...

@Sarah Riana: isk sakit tu..mesti pedih tgn tu bila kena air..sama2. Jaga diri ye dik.

Faiz Nizam said...

Salam...nice start...cerita pengenalan dh cantik....cume saya tunggu jgk la watak hamdan tu....ape2 pun....gud luck 4 ur story...

Norlyana Nasrin said...

@Faiz Nizam: Waalaikumussalam..Hamdan cuma watak sampingan dalam cerpen ni. Watak utamanya ialah Naura dan Na'il. Saje je ltk label Hamdan sebab ada kaitan sikit dengan Na'il. InsyaAllah terima kasih ye.
(^-^)v

Fazliana Nazri said...

As usual bohong lah kalau kata tak best..Kehkehkeh

Norlyana Nasrin said...

@Fazliana Nazri: Alhamdulillah..terima kasih. InsyaAllah nanti akak update lagi ye.
(^-^)

Nha Nohana said...

Emmlahaii. Very charming lah si Na'il ni. TERberangan sekejap kita. Haha

Good job writer, mmng tak pnah mnghmpkan .moga success selalu..DAEBAK!!

Btw,apa maksud Na'il tu ye?

Norlyana Nasrin said...

@Nha Nohana: Alhamdulillah terima kasih. Ilham dari Allah.

Hehe maksud Na'il ialah yang suka memberi dan penyelesai masalah. Saje je bg nama yg rare skit huhu..
(^-^)v

Anis Farhana said...

eeeeee comelnyaaaaa Na'il dalam bayangan saya hahahaha

saya suka la cerita yang comel comel macam ni hehehehehhehe

Norlyana Nasrin said...

@Anis Farhana: hehehe bayangkan muka siapa tu?

comel ye? Hehehehe~

(^-^)v

Suha Fasihah said...

Baru berkesempatan nk baca...

So far okay :) ada tak org mcm naura ni dlm real life? Hehe.. Semoga naura dah boleh menghentikan kerja stalknya itu.. Lalala~

Norlyana Nasrin said...

@Suha: Kalau kat Malaysia ni x sure tapi kalau kat Korea Selatan ramai je sasaeng fan yang stalk artis2 ahahaha..

Hehehe just wait n c..muahahaha

(^-^)v