Kapitalis

Saturday, December 6, 2014

Cerpen: Bercinta Dengan Mamat Bangla (Part 4)




“Abang Hanif,” Aku menghulurkan jagung manis kepada mamat bangla itu sebelum menaiki bas.

“Oh, terima kasih Sabreena.” Senyuman manis dihadiahkan kepadaku. Huhu terasa macam Remy Ishak senyum kat aku pula..

Sampai sahaja ditempat duduk aku, aku dah mula sakit kepala. Alamak! Macam mana aku tersalah beli tiket ni? Tempat duduk aku bersebelahan dengan seorang lelaki. Aduilah!

“Kenapa ni Sabreena?” tanya Abang Hanif yang pelik melihatku yang terkaku sebentar.

“Abang Hanif..” Belum sempat aku menghabiskan ayatku, mamat bangla itu sudah menyampuk.


“Tak apa, Sabreena boleh ambil tempat duduk abang. Abang punya single seat.” Serius aku betul-betul tersentuh dengan keprihatinan mamat bangla ini. Tiketnya diberi kepadaku lalu mengambil tempatku. Aku mengucapkan terima kasih dan berlalu ke tempat duduk baruku. Alhamdulillah aku dapat berehat dengan selesa sepanjang perjalananku pulang ke kampung halamanku.






“Terima kasih ye Abang Hanif?” ucapku ketika kami sudah selamat tiba. Perjalanan yang memakan masa hampir lima jam aku habiskan dengan membaca dan tidur. Bangun pun bila bas berhenti untuk makan dan solat. Serius memang aku betul-betul berehatlah!

“Sama-sama. Ni siapa jemput Sabreena? Ke naik teksi?” soal mamat bangla itu. Aku faham yang dia risau akan keselamatanku memandangkan hari pun sudah malam.

“Mak, ayah saya cakap nak jemput. Mereka dalam perjalanan ke sini rasanya.”

“Hmm kalau macam tu abang temankan Sabreena sampai mak ayah Sabreena sampai. Bahaya kalau Sabreena tunggu sorang-sorang kat sini.” Aku mengangguk setuju. Aku pun sebenarnya takut nak tunggu seorang diri di stesen bas yang sudah lengang.

“Mak dengan ayah abang tak pernah bising ka pasai kahwin?” Entah apasal mulut aku ringan sahaja nak bertanya pasal hal ini kepada mamat bangla ini. Yelah, aku rasa dia mesti kena leter lebih sebab umur dia lagi banyak dari aku huhuhu..

“Tak...” Aku melihat air muka mamat bangla itu sedikit berubah. Mendung riak wajahnya mengundang rasa bersalah didalam diriku.

“Abang pernah cintakan seseorang. Abang sayangkan dia sejak abang kecil lagi tapi bila abang suarakan yang abang cintakan dia dan mahu jadikan dia yang teristimewa buat abang, dia menolak sebab katanya dia hanya anggap abang sebagai sahabat baik dia sahaja. Hubungan kami renggang selepas dari itu dan bila abang dengar dia dah nak kahwin dengan kawan abang, abang rasa dikhianati.”

“Kawan abang tikam abang dari belakang ke?”

“Tak, kawan abang tu tak tahu pasal perasaan abang. Dah selamat kahwin dah mereka tu dan sekarang nak menimang cahayamata ketiga.”

“Abang masih cintakan sahabat baik abang tu ke?” Mamat bangla itu terus menggelengkan kepala.

“Abang dah buang perasaan abang terhadap dia. Abang redha dengan takdir Allah tapi abang takut nak serahkan hati abang pada sesiapa lagi.”

“Mak dan ayah abang tahu jadi mereka tidak memaksa abang dalam soal jodoh. Keadaan abang agak teruk juga ketika awal-awal ditolak dulu.” Aku hanya mampu berdiam diri. Kasihan juga dengan cerita cinta tak berkesampaian mamat bangla ini. Adalah rasa-rasa terdengar muzik latar filem Hindustan dalam kepala otak aku ini.

“Macam mana pula dengan sekarang?” Aku memandang tepat mata mamat bangla itu tanpa berkelip. Ya Allah apa kena dengan aku ini?!

“A..apa maksud Sabreena?” Tergagap juga mamat bangla ini bila tengok aku tiba-tiba jadi serius.

“A..abang ta..tak ra..rasa nak bercinta dan berkahwin ke sekarang?” Aku yang terikut tergagap terus-menerus menyoal. Serius aku sendiri pun tak faham dari mana aku dapat kekuatan untuk bertanyakan hal sensitif begini kepada dia.

“Fitrah manusia Sabreena, mahu disayangi dan menyayangi. Bohong jika abang katakan yang abang sanggup membujang sampai ke tua.” Dia mula tersenyum lalu membuang pandang ke arah pekat malam.

“Kalau..”

“Adik!!” Hatiku melonjak riang sebaik sahaja melihat wajah mak dan ayah yang datang menjemputku. Terlupa terus pasal soalan yang nak ditanyakan kepada mamat bangla itu.

“Assalamualaikum. Mak dengan ayah sihat?” Aku mendapatkan tangan mak dan ayah untuk bersalaman. Adalah dalam dua bulan juga aku tak pulang ke kampung berikutan lambakan tugas dan tanggungjawab yang lain. Rindunya!

“Waalaikumussalam. Ni siapa?” Ayahku menyoal dengan pandangan pelik. Oh terlupa pula kat mamat bangla ni..

“Assalamualaikum pakcik, makcik? Saya Hanif. Saya temankan Sabreena sebab risau dia sorang-sorang perempuan menunggu kat sini.” Mamat bangla itu terus bersalaman dengan ayahku dan menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat kepada makku.

“Oh baik sungguh Hanif. Terima kasih sebab temankan anak pakcik. Tadi jalan sesak sikit sebab ada lori gula terbalik. Peliknya yang terbalik kat arah bertentangan tapi biasalah ramai sangat yang suka menyibuk sampai jammed jalan.” Aku hanya mampu tersenyum. Faham sangat dengan fi’il tipikal rakyat Malaysia yang suka menyibuk tapi bukan nak menolong. Paling seronok boleh perlahankan kenderaan sebab nak ambil gambar dan muat naik di laman sosial. Nak nampak Islamik sikit, letak doa dan ayat-ayat penyentap jiwa konon...

“Ni Hanif ada orang jemput ka?” soal mak pula.

“Saya balik naik teksi ja.”

“Kalau macam tu mailah tumpang kami. Kereta kami pun kosong.” Ayah terus mempelawa dengan senyuman. Nampaknya ayah aku suka kat mamat bangla ini. Ayah aku ini pun perangai lebih kurang aku. Boleh nampak dengan jelas kalau dia suka atau tidak dengan orang dihadapannya.

“Tak apalah. Nanti menyusahkan pakcik dengan makcik pula.”

“Aish susah apa? Awat hang tak sudi ka naik kereta buruk pakcik?” Allah, cara ugutan ayah yang paling tak boleh blah. Buruk sangatlah kereta Toyota Camry dia tu..

“Bukan lagu tu pakcik. Cheq segan ja..” Keluar dah loghat Utara pekat mamat bangla itu.

“Segan apa? Mai pakcik hantaq hang balik. Teksi ni malam-malam suka caj lebih tak pasai-pasai habis duit hang tang situ ja. Mai!” Arahan tegas dari ayahku membuatkan mamat bangla itu terpaksa akur. Hehehe..nasib hanglah!

“Tak menyusahkan ka?”

“Hang sebut susah lagi sekali, pakcik tala hang cukup-cukup!” Aduilah, bila ayahku dah bertukar menjadi samseng kampung Dusun...










“Ni Sabreena bila lagi nak menikah?” Duh...masuk kali ni dah lima orang tanya soalan yang sama sepanjang aku di majlis pernikahan sepupu aku ini. Ya Allah kuatkan hatiku, sabarkanlah diriku yang hampir nak melesing orang ini.

“Belum ada jodoh makcik.” Jawapan standard biasa kuberi. Cakap lebih-lebih aku blah!

“Ya ka? Hmm anak-anak makcik semua dah kahwin-kahwin. Bukan apa, sementara belum masuk 30 ni baik kahwin cepat-cepat. Lagi tua lagi tak laku!” Wahlawei, makcik Mah ni ada cita-cita nak balik rumah tak cukup sifat ke?

“Jodoh dan kematian itukan rahsia Allah? Siapa saya nak menentukan bila nak kahwin ka apa?” balasku dengan kesabaran yang masih berbaki sedikit.

“Dah hang tu memilih sangat! Mentang-mentanglah ada title ‘Dr.’, orang kampung ni langsung hang tak pandang,” balasnya dengan mulut yang memuncung. Serius aku rasa macam nampak je kelibat malaikat Izrail kat belakang makcik ni sekarang. Okey over..tapi memang aku rasa nak potong 20 makcik ni dan campak ke kandang harimau!

“Tak apalah, saya bukan makan pakai duit makcik pun.” Lantas aku terus bangun untuk keluar dari bilik persalinan pengantin. Tadi aku masuk sekejap sebab nak baiki tudung tak sangka kena temuramah dengan makcik yang kurang ajar tahap nak makan tapak kaki aku!

“Itulah bila orang teguq dok sentap! Sombong bukan main! Andartulah hang sampai mampus!” Makcik Mah yang tak mahu mengalah mula menyerang dengan kata-kata yang menyakitkan hatiku.

“Biar jadi andartu dari mulut puaka macam makcik. Allah ja yang balas segala kata-kata makcik lempaq kat saya!” Tanpa menoleh, aku mengatur langkah pulang ke rumah. Hati aku hancur dek kata-kata nista makcik Mah. Patutlah laki dia main kayu tiga belakang dia. Mulut puaka bukan main!





“Awat adik balik tak habaq kat mak? Melilau mak cari adik tadi.” Wajah mak yang penat pulang dari kenduri sepupuku kutatap dengan penuh kasih. Pasti mak juga tertekan dengan sifat orang-orang kampung yang suka sangat menyibuk tak tentu hala.

“Mak..salahkah adik kalau jodoh adik tak sampai lagi?” Aku mula menghamburkan tangis dihadapan mak.

“La..awat ni? Siapa buat adik menangis ni?” Mak segera memeluk dan mengesat air mataku. Tak pernah-pernah aku menangis depan mak aku walaupun masa tension belajar dulu.

“Mak malu ka ada anak tak laku macam adik ni?” Mak segera menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku akui yang mak, ayah dan saudara-maraku yang lain ada juga cuba untuk memperkenalkan lelaki-lelaki yang berpotensi untuk dibuat suami tapi sayang, hati aku langsung tak terpaut.

“Awat kata lagu tu? Adik tension sebab mak ka?” Pantas aku menggeleng.

“Dah tak mau nangis. Mak tak paksa adik dah. Kalau dah takdir adik tak kahwin sampai tua pun tak apa. Mak sanggup jaga adik sampai mak mati.” Allah, mulianya hati seorang mak. Aku terus menangis sepuas-puas hatiku. Allah, KAU Maha Baik kerana mengurniakan aku seorang mak yang sangat menyayangiku.









Petang itu aku meminta kebenaran mak dan ayah aku untuk keluar bersiar-siar. Aku perlu tenangkan diri dan aku memasang niat untuk mengunjungi Kak Kamisah dan Abang Hashim yang banyak berjasa pada aku dulu. Masa zaman aku sambung belajar pun, mereka berdua tak putus-putus memberikan semangat dan membantu aku untuk menyakinkan mak dan ayah aku untuk membenarkan aku menyambungkan pelajaran di luar negara.

“Sabreena!” Wajah Kak Kamisah yang ceria sedikit sebanyak mengubat duka dihatiku. Ada hikmahnya nabi menyatakan yang senyum itu satu sedekah. Sedekah yang boleh menceriakan hati sendiri dan orang lain.

“Assalamualaikum kak. Mana anak-anak?” Tangan wanita yang banyak membantuku aku gapai dan kucium.

“Waalaikumussalam. Depa tak ikut aih. Abang Hashim pula sibuk dengan geng memancing dia. Bila anak-anak dah besar, kita yang tua ni kena pandai cari hobi sendiri.”

“Woot kak dah ada hobi baru ka?”

“Akak sekarang tengah belajaq menjahit dengan buat kek. Seronoklah juga. Azam kak, raya tahun ni tak payah beli baju! Biaq akak jahit ja hahaha..” Hehe bagus Kak Kamisah ni. Harga barang yang melambung naik membuatkan ramai yang mencari inisiatif untuk berjimat dan mencari pendapatan sampingan.

“Ni Sabreena cuti lama ka?”

“Takdalah lama mana. Lusa dah nak balik dah.” Kak Kamisah menganggukkan kepalanya.

“Sabreena nampak muram. Hang ada masalah ka?” Memang Kak Kamisah pandai menelah perasaanku.

“Biasalah kak, orang dok sibuk tanya saya bila saya nak kahwin sampai saya naik tension. Dahlah malas nak fikir. Ni kak kata nak belanja saya makan?!” Betullah kalau aku dok fikir pasal perkara yang membuatkan aku sedih bukan boleh ubah keadaan. Baik lupakan dan hidup macam biasa.

“Amboi tang makan hang tak pernah lupa! Mai pekena pasemboq!”

“Jom!!” Rojak pasembur mula terbayang di minda menyingkirkan wajah puaka makcik Mah. Huhu..




Serius dah macam berjanji pula apabila aku terserempak lagi dengan mamat bangla. Dia ketika itu sedang beratur untuk membeli rojak pasembur di gerai yang sama.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Eh Sabreena! Sihat?” Hahaha soalan macam tak jumpa setahun padahal baru dua hari.

“Alhamdulillah. Abang Hanif pun minat rojak pasemboq ka?” soalku berbasa-basi. Kak Kamisah sudah menjaga tempat untuk aku dan dia. Tempat ini memang popular dan ramai orang. Kira nasib baiklah kalau dapat tempat duduk tu.

“Makanan favourite ni! Orang Penang tak makan pasemboq tak cukup Penang la..” Aku terus ketawa dengan keletah Abang Hanif. Selain nasi kandar, Pulau Pinang terkenal dengan rojak pasembur.

“Ni Sabreena datang dengan siapa?” Bagus betullah mamat bangla ni. Sangat prihatin dengan keselamatan aku yang dah besar panjang ni huhu...

“Datang dengan kawan. Dia jaga tempat kat sana.” Aku menunjukkan meja dimana Kak Kamisah sedang menungguku.

Oh..”

“Tok wan abang dah sihat?” teringatku tentang tujuan utama mamat bangla ini pulang ke kampung.

“Alhamdulillah beransur baik. Orang dah tua ni biasalah macam-macam sakitnya. Nasib baiklah makcik abang duduk sekali dengan dia. Bolehlah dia tengok-tengokkan tok wan abang tu.”

“Ha..dah sampai turn kita, Pakcik, pasemboq tiga makan sini!” Eh dia pesankan sekali untuk aku dengan Kak Kamisah ke?


“Tak payah pandang abang lagu tu. Alang-alang dah terjumpa ni, abang nak tumpang meja. Meja lain penuh dah.” Hmm memang pun. Aku mengangguk ajelah. Alah tak salah pun kalau dia nak makan sekali dengan aku dan Kak Kamisah sebab bukan aku nak makan pakai dua kerusi!
******************************************************************************
Alhamdulillah siap lagi satu part. Macam biasa tak suka ka apa sila komen na?

Abang Hanif muka tension
Sabreena yang comel~

6 comments:

Suha Fasihah said...

Yeay!! Ada sambungannnnn... Mungkin Kak kamisah boleh menjalankan tugas mempercepatkan lagi kisah antara sabreena dan hanif... Hehehe

Thanks for the new entry... Good job sis ;)

Norlyana Nasrin said...

@Suha: Huhu ni pasai semalam dok gagah juga buat sambungan.

Hehe bgs idea tu..

Alhamdulillah. Thanks Suha
(^-^)v

nur hidayah said...

Wahhhh mkn best ctrnya...x sabo nk tggu ending...update lelaju ye sis..hehehehehe opssss, ter mngarah plak kita..

Norlyana Nasrin said...

@nur hidayah: Alhamdulillah, terima kasih..amboilah cheq..insyaAllah next part dah siap 60% hehehehe..

King Lam said...

Bila dah complete citer, buat novel ye kak. Tak sabaq nk baca.. hehe

Norlyana Nasrin said...

@King Lam: insyaAllah..la ni pun just suka buat cerita2 sengal huhu.
(^-^)v