Kapitalis

Wednesday, June 11, 2014

Isteriku Ratu Ais - BAB 38

taken from here  

“Macam mana korang boleh gagal?!” bengis muka sang ketua mengerunkan yang lain.

Driver Cina tu bos! Boleh pula dia straight pergi balai. Takkanlah kami nak culik dia dalam balai bos?” jawab salah seorang pengikut. Menjegil mata sang ketua mendengarkan jawapan dari si pengikut membuatkan yang lain diam membisu.

“Masuk kali ni dah dua kali kita tak dapat orang tua tu! Kalau macam ni sampai mati hati aku tak puas! Arghhh!!!!!!” Bergema bangsal itu dengan jeritan sang ketua.

“Bertahun punya rancangan hancur macam ni! Bodoh!!” Dia menarik keluar pistol yang diselit di tali pinggang.
               
“Sekarang siapa nak mati dulu?” soalnya sambil mengacu pistol ke arah pengikut-pengikutnya. Masing-masing melutut meminta belas supaya mereka tidak dibunuh.

“Okey aku bagi korang satu lagi peluang. Pastikan kali ni korang dapat orang tua tu faham! Blah!!” pantas semua pengikutnya berlari meninggalkan bangsal. Perangai ketua mereka bukan boleh dijangka, sikit sahaja silap nyawa boleh tergadai. Sekali terjebak dengan dia tak akan ada jalan keluar.

Keluar sahaja pengikut-pengikutnya, sang ketua merebahkan tubuhnya di kerusi. Otaknya berserabut dan amarah masih menguasai diri.

“Bos..”

“Kau nak apa lagi?” soalnya lemah. Penat dan sakit hati. Dendamnya masih tak terlaksana. Banyak kerja-kerja haram yang dibuat sementara hendak menjalankan misi membalas dendamnya.

Wang. Wang yang membuatkan dia berdendam dengan Datuk Ilyas. Kerana wang juga keluarganya musnah dan maruahnya turut dipijak-pijak.

“Bos saya ada cadangan baik.” Thiru, orang kanannya berbisik kepadanya.

“Lama kalau nak tunggu macam tu!” gertaknya. Cadangan yang diberi Thiru memang bagus tapi memerlukan dia untuk menunggu lagi.

“Tapi kalau ikut idea saya dua-dua sekali kena bos.” Tidak putus asa Thiru mempertahankan cadangannya. Sang ketua berfikir sejenak.  Senang sahaja jika mahu dia terus menembak orang tua itu tapi dia ingin melihat Datuk Ilyas mati dengan secara perlahan-lahan dan dalam keadaan yang paling hina.

“Baik, pastikan kau berjaya kalau tak satu keluarga kau aku bunuh faham!” Thiru mengangguk faham. Tahu akibat jika rancangan mereka gagal dan dia sendiri pun berdendam dengan Datuk Ilyas. Walaupun nyawa jadi taruhan, Datuk Ilyas mesti mati ditangannya!






“Ana~” Firdaus yang baru sahaja pulang dari tempat kerja terus mencari isterinya. Kandungan isterinya kini mencecah lapan bulan dan dia sudahpun mengeluarkan titah supaya Adriana berhenti kerja serta-merta. Titah yang turut mendapat sokongan dari Datin Hafsyah dan ibunya membuatkan Adriana akur.

“Sayang?” Pelik Firdaus apabila Adriana tidak menyahut panggilannya. Dia kemudiannya menuju ke ruang dapur. Fikirnya mungkin Adriana sedang sibuk menyediakan makanan. Isterinya itu tetap aktif walaupun mengandung. Lagipun tekak dia juga yang mengada-ada nakkan masakan si isteri aje tiap-tiap hari.

“Wargh!” Sergah Adriana yang menyorok di balik peti ais. Nasib baik ruang diantara peti ais itu besar kalau tak mahu tersepit hehe...

Firdaus jatuh terduduk setelah disergah isterinya. Macam mana tak terkejut? Dengan penuh konsentrasi dia mencari Adriana dan tiba-tiba sahaja isterinya muncul dengan muka hitam kalah bontot kuali. Apakedehal?

“Ya Allah, sayang! Apa main sergah-sergah abang ni? Teringin nak suami baru ke?” Adriana hanya tersengih sambil membantu Firdaus untuk bangun. Tak sangka sampai terjatuh si suami dengan gurauannya tadi.

“Hehehe boleh ke?” usik Adriana nakal. Firdaus mencubit pipi Adriana geram. Makin nakal isterinya dan kadangkala nakalnya membuatkan Firdaus pening kepala. Yang pelik, Adriana cuma berperangai begitu apabila berdua dengannya sahaja dan akan bertukar menjadi Ratu Ais dihadapan orang lain. Macam mana pun, dah kata sayang bini, maka terima jela..

“Abang ada beli benda yang Ana nak?” soal Adriana sambil merangkul leher Firdaus setelah mencuci masker dimukanya.

“Hmm isteri abang nakal sangat jadi abang tak beli.” Firdaus mengusap-usap perut isterinya. Giliran dia pula untuk mengusik Adriana.

Ngap!

“Auch! Sayang!” Firdaus meraba telinganya yang memerah. Serius nakal sungguh Adriana Hanan! Boleh pula gigit telinganya!

“Hee..hukuman sebab lupa beli.” Adriana mengusap telinga Firdaus. Geram punya pasal, telinga suaminya jadi mangsa. Untuk menyejukkan semula hati Firdaus, dia mengucup lama bibir suaminya. Taktik biasa tetapi berkesan setiap kali dia buat jahat dengan Firdaus hehehe...sekejap sahaja Firdaus sudah tersenyum semula dan memeluk tubuhnya.

“Abang ada belilah. Tadi ingatkan nak kacau sayang tapi tak pasal-pasal telinga antena abang ni jadi mangsa.” Firdaus memaut bahu Adriana dan membawa isterinya ke ruang tamu. Beg kerjanya dibuka dan dia terus mengeluarkan ‘benda’ yang isterinya mahukan.

“Abang!!! You’re the best! Sayang abang!” Adriana mengucup pipi Firdaus bertalu-talu. Seronok dapat hadiah dari si suami yang penyabar lagi hensem hehe..

“Kenapalah sayang tiba-tiba nak benda ni?”

“Manalah Ana tahu, bangun tidur tadi terus teringin.”

Firdaus hanya mampu menggelengkan kepala dengan telatah isterinya. Memang pelik tiba-tiba Adriana meminta dia membeli set DIY model rumah. Kalau ibu mengandung lain mengidam makanan, isterinya mengidam nak membina rumah. Hahaha..memang pelik! Tapi Firdaus tak sampai hati nak gelakkan isterinya.

Adriana terus membuka bungkusan set DIY tersebut dan mula hendak memasang.

Hold on my dear. This is not the correct way.” Firdaus mengambil set DIY lalu dihamparkan diatas karpet sebelum dia duduk bersila. Dulu dia pun gila dengan model-model rumah dan bangunan lantas dia melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina.

“Apa-apa model sekalipun, mula-mula sayang kena tengok gambar yang dia dah sediakan.” Firdaus menunjuk gambar model rumah yang dikepilkan bersama manual.

“Bila dah puas tengok, dekat belakang ni ada step by step cara nak pasang model ni jadi untuk mengelakkan kekeliruan, baik ikut step yang dia dah tunjuk. Tapi kalau yang dah pro macam abang tengok gambar je pun dah boleh start buat.” Adriana mencubit pipi Firdaus bila Firdaus dah mula nak riak. Firdaus hanya ketawa sebelum meneruskan penerangannya.

“Okey sekarang sayang cuba buat the basic structure dulu,” arah Firdaus sambil menyilang tangan ditubuh. Gaya seorang guru yang hendak melihat usaha si pelajar. Adriana terus memulakan aktiviti memasang sambil diperhatikan oleh Firdaus. Jika ada yang dia tidak tahu dia hanya perlu pandang dan tayang muka comel kepada Firdaus. Tahu sangat yang suaminya itu akan segera membantu. Inilah untungnya dapat suami penyayang macam Firdaus hehe..







“Sekejap ye Henry, ke kamu nak masuk sama?” Datuk Ilyas memakai kopiahnya dan melipat sedikit seluarnya. Kini dia berada di hadapan masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Henry sudah pulih dari kecederaan akibat kemalangan beberapa bulan yang lalu dan mula bertugas seperti biasa. Ketika dia sakit, Datuk Ilyas banyak membantu dia dan adik-adiknya.

“Tak apalah Datuk, saya pergi makan di gerai sana sementara tunggu Datuk.” Ini bukan kali pertama Datuk Ilyas mengajaknya ke masuk ke masjid. Sebenarnya dia mahu tetapi dia takut dengan penerimaan orang disekeliling. Yelah, bila bukan Islam masuk ke masjid ada sahaja yang pandang macam nak telan.

Datuk Ilyas mengangguk sebelum keluar dari kereta setelah bersiap. Henry hanya memandang pemergian Datuk Ilyas sehingga hilang kelibat majikannya dari pandangan. Dia kemudiannya memarkirkan kenderaan di bawah sebatang pohon yang rendang sebelum keluar untuk makan tengah hari. Selalunya Datuk Ilyas akan makan selepas solat Jumaat.

“Assalamualaikum, awak tak nak masuk ke? Sebentar lagi khutbah akan bermula.” Seorang pemuda yang berkopiah dan berjubah putih menegurnya dalam bahasa Cina. Terkejut Henry dengan sapaan mesra pemuda itu bagaikan sudah lama mengenali dirinya.

“Err saya bukan Melayu,” balas Henry dalam bahasa Cina juga. Pemuda itu hanya senyum dengan jawapan Henry. Dari mata kasar Henry, pemuda itu tak nampak seperti orang Melayu pun mungkin mualaf fikirnya.

“Awak nak cuba masuk dan tengok macam mana orang Islam solat?” pelawa pemuda itu. Henry tak sampai hati hendak menolak pelawaan pemuda itu tetapi dia masih ragu-ragu.

“Mari.” Pemuda itu memaut bahu Henry lantas membawanya masuk ke dalam masjid. Dengan langkah yang berat, Henry hanya menurut.

Masuk sahaja ke dalam masjid, Henry terpegun dengan seni bina dalaman masjid yang indah pada pandangan matanya. Jemaah masjid yang lain turut tersenyum kepadanya. Boleh kata pemuda tadi menegur setiap orang di masjid dan mereka melayannya dengan baik sekali.

“Oh lupa pula saya nak perkenalkan diri. Nama saya Wong Jun Hong atau nama Islam saya Muhammad Harraz Wong. Saya pun baru sahaja memeluk Islam.” Henry menyambut tangan yang dihulur kepadanya. Patutlah nampak tak seperti orang Melayu, sama bangsa dengannya rupanya.

“Saya Henry. Tak mengapa ke saya yang bukan Islam ni masuk ke masjid?” soal Henry. Soalan yang membelenggu fikiran sejak tadi kini berjaya dilontarkan.

“Tak ada masalah pun sebenarnya. Ini rumah Allah dan Allah sayang pada setiap manusia yang diciptaNYA. Sebelum saya masuk Islam dulu, saya selalu juga masuk ke masjid menemani sahabat baik saya solat. Walaupun tak solat dan hanya duduk dibelakang, hati saya tenang dan gembira setiap kali berada didalam masjid.” Henry tergamam dengan penerangan yang diberikan oleh Harraz. Dia sendiri pun merasai perasaan tenang mula meresap dalam dirinya sejak menjejakkan kaki ke dalam masjid.

“Baiklah saya nak buat solat sunat sekejap. Awak berehatlah ye?” Henry menganggukkan kepalanya. Harraz bangun dari duduk dan mula bersolat. Setiap gerak-geri Harraz diperhatikan Henry dengan khusyuk. Dalam diam perasaan untuk lebih mengenal Islam semakin bercambah.

8 comments:

itasukri said...

Thanks for latest n3 IRA...

berdebar menanti apa tindakan "pendendam" yg mahu Datuk Ilyas mati tu...

BTW cerpen BDMA tu menarik sangat...

Good Job my dear...

Maaf sb kak ita selalu membaca but tinggal komen nya jarang... teruskan usaha..

Lots of lve
kak itasukri

Anonymous said...

Suka...suka Henry terjumpa dgn Mohammad Harraz Wong husband si Qai di masjid... semoga Harraz dapat membimbing Henry mengenal Islam.
Akak selalu ke blog ni sebagai silent reader je...kiranya ni pertama kali mengkomen...akak doakan selamat berjaya dalam usaha sebagai pengarang.

~k.min~

Anonymous said...

Yeayyýyyhhh thanks... best2. Henry akan msuk islam alhmdulillah. X sbr nk tggu kisah pndendam tu. Aduh jgn ana jd mgsa sudahla... thanks bg en3 terbaru.. keep writing k ��
-new fan HR-

Norlyana Nasrin said...

@kak itasukri: Thanks sebab sudi baca (^-^)
xpe2..insyaAllah akan terus menaip selagi ada idea hehe~

@k.min:hehehe nampaknya akak perasan bila saya masukkan watak si Incik Bos (^-^)

@new fan HR: you're welcome (^-^)
hehehe~ insyaAllah nnt saya update lg ye.

Anonymous said...

Terbaik. Suka watak Firdaus Dan Adriana . :)

Norlyana Nasrin said...

Huhu thanks (^-^)

Inz Mz said...

Best2.. dok marathon dr hari jumaat.. mmg terbaik.. tak mcm amatur pun.. hehe..

Norlyana Nasrin said...

@Inz Mz: Alhamdulillah..terima kasih ye...hehe saya memang amatur..
(^-^)V