Kapitalis

Sunday, July 20, 2014

Segmen Mari Kenal Hero~

1. Isteriku Ratu Ais (IRA)



Muhamad Firdaus bin Muhamad Fikri.
Seorang arkitek dan pereka dalaman yang mempunyai syarikat sendiri. Seorang yang sangat tenang dan penyayang. Mencintai Adriana Hanan sejak dari kecil tetapi malu untuk menyatakan maka dia menggunakan ibunya sebagai orang tengah memandangkan ibunya, Puan Hafizah kamcheng dengan Datin Hafsyah. Seorang yang mementingkan kekemasan dan merupakan seorang yang mementingkan ukhuwah sesama Muslim.

2. Si Cacat itu Suami Aku (SISA)



Syed Nazmi bin Syed Imran
Kakinya cacat akibat ditimpa kemalangan sewaktu kecil dan ianya ada kaitan dengan Myra Humairah tetapi hanya Myra mengetahui tentangnya. Setelah menjalani rawatan fisioterapi secara intensif, kakinya semakin pulih dan mampu berdiri tanpa tongkat. Pewaris bagi perniagaan keluarga dan seorang yang bercita-cita tinggi. Berasa dirinya beruntung kerana dipinang Myra Humairah walaupun ada sedikit rasa malu dihati..ehey~

3. My Miss Always Right (MMAR)



Khalil Irfan bin Kamarul Arifin

Khalil Irfan merupakan seorang anak yatim piatu yang berjaya menjadi seorang jurutera. Mengenali dan meminati Qisya Naazneen dalam diam sejak kecil dan pernah berjanji mahu mencari Qisya apabila dewasa namun dia terlupa dek terlalu asyik mengejar cita-cita. Berkahwin dengan Qisya hasil tindakan berani gadis itu dan sememangnya dia mahu isterinya hanya duduk dirumah dari menjadi model. Seorang yang berdedikasi dan penyayang. Oh cemburunya juga boleh tahan~

4. Hello Incik Bos (HIB)




Wong Jun Hong / Muhammad Harraz Wong
Bersahabat baik dengan Khalil sejak di universiti dan seorang yang sangat cerewet. Suka menyakat Qaireen Safiya kerana suka melihat reaksi gadis itu. Tertarik dengan Islam sejak mengenali Khalil dan selalu mengikut sahabatnya itu ke masjid. Qaireen Safiya merupakan pemangkin untuk dia lebih mendalami Islam justeru dia mengambil keputusan untuk mengahwini gadis itu apabila merasai yang dirinya sudah layak untuk menjadi pembimbing dalam rumah tangga mereka.


5. Berlari ke Syurga



Furqan Mubarak bin Zakaria

Furqan Mubarak merupakan seorang doktor yang dibesarkan dengan cara sederhana dan penuh dengan intipati Islam oleh umminya, Ustazah Maznah setelah walidnya meninggal dunia. Seorang yang penyantun dan baik budi pekerti. Tidak terlalu memikirkan tentang jodoh kerana yakin akan ketentuan Allah. Baginya jodoh dengan Najla Marissa merupakan satu anugerah dari Allah buatnya.


6. The Tale of Mr Feminine and Miss Masculine (TTMFMM)




Isaac Goh

Isaac Goh merupakan seorang lelaki yang berwajah feminine dan sering dipergunakan oleh kakaknya, Selena Goh untuk dijadikan model gaun perkahwinan. Bertambah serius apabila dia telah merosakkan kereta Ferrari F12 kakaknya yang mengakibatkan dirinya diperhambakan ikut sesuka hati Selena. Terlalu bergantung kepada sahabat baiknya, Aimy Adara apabila ingin meminta pendapat kerana senang dengan personaliti gadis itu. Mula menyedari yang dia mencintai Aimy Adara apabila gadis itu menghilangkan diri. Seorang yang sangat comel namun boleh menjadi seorang yang menakutkan apabila marah.


7. Inche Pelajar VS Acik Cleaner (IPVSAC)



Elman Haiyan

Elman Haiyan seorang pelajar PhD yang berperwatakan sombong dan tidak pandai bersosial. Mula berubah setelah mengenali Hessa Nathifa dan merasakan gadis itu punya tarikan tersendiri. Kuat menyakat dan mempunyai imun yang rendah.

8. Bercinta dengan Mamat Alien (BDMA)




Irfan Yasar

Irfan Yasar merupakan seorang professor dalam bidang Fizik dan mempunyai perwatakan yang lain dari orang lain. Seorang yang boleh dikatakan genius tetapi kurang bijak dalam pembawaan diri. Gila akan permainan video dan Dragon Ball. Menunjukkan minat terhadap Raisha Zafrah dengan cara yang unik.


9. Oh Cik Pelik (OCP)



Hamdan bin Helkal

Seorang pegawai polis yang berpangkat inspektor. Mempunyai personaliti yang maskulin dan seorang yang mementingkan persahabatan. Hamdan meminati Nailah kerana tertarik dengan personaliti Nailah yang pelik dan sukar untuk didekati. Pernah bertunang namun tunangnya meninggal dunia sebelum sempat mereka disatukan. Personaliti Nailah yang 180 darjah berbeza membuatkan Hamdan yang selalunya dikejar mula mengejar cinta Nailah.



10. Si Jahat



Murshid bin Aziz

Sejak kecil lagi dia digelar 'Si Jahat' dek personalitinya yang agak memberontak. Ibunya berkahwin lain setelah kematian ayahnya membuatkan dia semakin liar dan terlibat dengan pergaduhan lantas mengakibatkan dia terpaksa ditukarkan sekolah. Mempunyai otak yang genius dan seorang yang sangat kreatif. Macho tetapi hakikatnya dia seorang yang agak pemalu.

11. Still Into You



Dzihni Harith bin Ilyasa

Dzihni Harith merupakan ketua asrama lelaki di sekolah Safa Mawiyah. Seorang yang tegas dan bertanggungjawab. Tidak reti bergaul dengan perempuan dan seorang yang sangat menjaga batas pergaulan. Tertarik dengan sifat lemah-lembut dan penyayang Safa Mawiyah sejak dari sekolah lagi.

Satu entry untuk kenalkan hero-hero dalam novel dan cerpen saya. Suka tak? Hehehe~ (^-^)

Saturday, July 19, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 42

taken from here   

Firdaus membuka pintu bilik dengan berhati-hati. Nasibnya baik kerana penjahat yang mengawal sedang berjalan ke hujung koridor. Firdaus berlari pantas ke arah penjahat lalu menjatuhkannya dengan tendangan tepat ke tulang belakang. Dengan kadar segera dia naik ke atas badan lelaki itu sebelum memusing tengkuk untuk memengsankan penjahat itu. Diseretnya penjahat itu ke tepi koridor dan mengikatnya dengan wayar komputer. Senjata penjahat itu diambil untuk tujuan keselamatannya.

Seperti seorang pengintip dia menyusuri koridor hospital dengan penuh berhati-hati. Tiba di ruangan menunggu, ramai pesakit, jururawat dan doktor dikumpulkan dan diikat dengan tali. Kasihan dia melihat pesakit yang sudah tua ditengking dan diherdik oleh penjahat-penjahat yang berkawal kerana mahu ke tandas. Doktor dan jururawat hanya mampu memandang simpati. Mereka juga tiada daya untuk melawan kerana sesiapa yang melawan akan dibelasah tanpa belas kasihan. Lima minit juga Firdaus memerhatikan situasi diruang menunggu sebelum mencari peluang untuk menjejaki Kamil, ketua penjahat yang psiko.

“Psst..psst Firdaus!” Ya Allah, dia mengucap syukur apabila melihat sahabat baiknya, Muiz dan Hamdan sedang meyorok disatu sudut koridor. Pantas dia berlari mendapatkan sahabat-sahabatnya supaya tidak dilihat musuh.

“Diorang ambil anak aku.” Muiz menepuk-nepuk bahu Firdaus untuk menenangkan sahabatnya itu. Pertama kali dalam hidupnya dia melihat Firdaus menangis dihadapannya. Kalau situasi yang sama berlaku pada dirinya, dia pasti rapuh seperti Firdaus.

“Aku ada nampak satu laki ni bawak baby dan aku rasa tu anak kau. Dia naik tingkat empat. Aku rasa dia ada kat bilik kawalan. Sekarang ni kita kena mengelak dari CCTV supaya dia tak perasan gerakan kita okey?” Hamdan memberi arahan. Mereka berdua mengangguk.

“Aku dah maklumkan pada unit aku dan Azforce pun dah bersedia di luar bangunan hospital ni. InsyaAllah anak kau takkan apa-apa,” tambah Hamdan lagi.

“Bapa mertua aku macam mana?” soal Firdaus. Tadi dia terdengar Kamil ada menyebut tentang pelanduk tua dan dia pasti ianya merujuk kepada Datuk Ilyas.

“Datuk Ilyas dalam tahanan mereka. Kami ni pun nasib baik sempat menyorok bila mereka kepung hospital ni. Hamdan, sekarang kita nak tunggu atau naik bilik kawalan?” tanya Muiz dengan nada berbisik.

“Aku tak sedap hati nak biarkan anak dengan bapa mertua aku macam tu. Aku nak naik. Korang nak ikut atau tak terpulang.” Firdaus memeriksa laluan untuk ke tangga kecemasan. Dia tidak mahu tertangkap selagi belum dapat menyelamatkan anak dan bapa mertuanya.

“Bro, kitorang ikut. Biar aku lead.” Hamdan memberi arahan. Lebih baik dia menjadi kepala kerana dia sudah biasa dengan situasi sebegini. Firdaus dan Muiz mengangguk. Mereka bergerak pantas ke tangga kecemasan. Naik tingkat empat dengan tangga memang agak memenatkan tapi itu sahaja cara untuk sampai ke bilik kawalan tanpa dikesan musuh.

Tiba di luar bilik kawalan. Hamdan memberi arahan untuk berhenti dan mula meninjau keadaan sekeliling. Bilik kawalan yang separuh kaca itu membolehkan mereka melihat keadaan didalam dari luar. Kelihatan Datuk Ilyas diikat dan Ayyash berada didalam bakul meletak bayi.





Didalam bilik kawalan..

“Hmm Datuk Ilyas..seronok hidup atas kesengsaraan orang lain?” Kamil mendekati Datuk Ilyas sambil memeluk tubuh.

“Aku tak tahu apa sebab kau berdendam pada aku.” Datuk Ilyas membalas lantas memberi pandangan tajam. Setahunya dia tak pernah berurusan dengan lelaki dihadapannya.

“Kau kenal Datuk Syakir?”

“Kenapa dengan dia?”

“Dia bapak akulah bangang!” Kamil terus menampar Datuk Ilyas.

“Sebab tak bagi tender kat syarikat bapak aku, kami satu family bankrupt kau tau? Macam pengemis bapak aku merayu kat kau tapi kau buat tak endah. Aku ingatkan kalau pikat anak kau boleh la dapat tender tu tapi anak dengan bapak sama je! Manusia tak ada perasaan!” Barulah Datuk Ilyas faham punca dendam lelaki itu.

“Aku tak bagi sebab syarikat kamu tak stabil dan ada masalah dengan syarikat-syarikat yang pernah bekerjasama dengan kamu sebelum ini. Ini bukan bisnes pisang goreng yang boleh acu try dulu!” Dalam keadaan gawat pun Datuk Ilyas masih mengekalkan muka tak ada perasaan. Kamil yang mendengar semakin baran lantas menghayunkan penumbuk tepat ke muka Datuk Ilyas. Pecah mulut Datuk Ilyas hasil hayunan penumbuk si Kamil.

“Kau tak sedar diri lagi kan? Nyawa kau sekarang dalam tangan aku!  Atau kau nak aku campakkan cucu sulung kau dari tingkat empat baru kau faham?!” Kamil mengertak. Bakul berisi Ayyash ditarik kasar dan disuakan dihadapan Datuk Ilyas.

“Jangan kau sentuh cucu aku!” Bentak Datuk Ilyas. Mati pun dia tak kisah asalkan cucunya selamat. Adriana bergadai nyawa melahirkan Ayyash, tak mungkin dia sanggup kehilangan cucunya itu.

“Kau beritahu aku apa yang kau nak.” Datuk Ilyas mengarah dengan wajah yang serius.

“Aku nak semua harta kau dan nyawa kau then aku akan puas.” Kamil menjawab selamba. Bakul berisi cucu Datuk Ilyas diletakkan semula diatas meja. Bayi itu tak menangis dari tadi dan hanya memerhatinya dengan mata yang bulat. Bayi yang betul-betul mengikut wajah perempuan yang dibencinya.

“Apa jaminan yang kau akan lepaskan cucu aku lepas kau dapat apa kau nak?” soal Datuk Ilyas. Penjahat seperti ini bukan boleh dipercayai. Tadi dia ditarik masuk ke dalam van ketika membantu seorang lelaki yang tiba-tiba ‘pengsan’ dihadapan perkarangan masjid. Encik Fikri ketika itu sudah menunggu didalam kereta bersama Henry.

“Jaminan? Janji aku tak patah riukkan budak ni kau patut bersyukur tahu?” gertak Kamil yang mula berang semula. Rambutnya ditarik-tarik seperti orang yang sudah hilang akal.

“Kau orang memang pandang rendah pada aku kan?” Kamil mencapai bantal kecil lalu memekup muka cucu Datuk Ilyas sehinggakan bayi itu mula menangis dan meronta-ronta.

“Sudah! Aku percaya! Aku buat apa kau suruh tapi lepaskan cucu aku!” bentak Datuk Ilyas. Berderau darahnya melihat cucunya diperlakukan sebegitu.

“Okey, sekarang aku nak kau arahkan orang kau untuk bawa helikopter ke sini. Aku tau kau ada kan?” Terkejut Datuk Ilyas dengan permintaan Kamil. Bila masa pula dia ada helikopter? Apa dia ingat helikopter tu dua seringgit ke apa?

“Maaf aku tak ada helikopter.” Jujur Datuk Ilyas memberitahu. Kamil menjengilkan matanya. Mana mungkin orang sekaya Datuk Ilyas tiada helikopter?

“Kau rapat dengan Datuk Muqri kan? Mintalah heli dia!” Datuk Ilyas memandang Kamil dengan muka tak percaya. Serius lelaki didepannya ini ada masalah mental. Apa kaitan Datuk Muqri dengan masalahnya sekarang? Layankan jela orang gila ini dulu.

“Baik. Tapi aku kena hubungi dia dulu.” Kamil mencampakkan telefon kepada Datuk Ilyas. Datuk Ilyas berpura-pura menelefon Datuk Muqri. Nombor telefon Datuk Muqri bukannya dia ingat pun. Semua disimpan dalam telefon pintarnya yang tertinggal dalam kereta.

“Assalamualaikum Muqri, saya dalam masalah ni. Saya minta tolong pinjamkan helikopter boleh?” Alahai macam nak minta pinjam basikal je gayanya. Kamil yang pada mulanya hanya memandang mendekati Datuk Ilyas sebelum mencampakkan telefon ke lantai.

“Kau ingat aku bodoh ke?! Telefon ni aku dah potong wayar! Celaka punya orang tua!” Tanpa belas tubuh Datuk Ilyas ditolak dan disepak terajang sepuas hatinya. Bengang dipermainkan sebegitu oleh si tua yang bakal mati tak lama lagi ditangannya.





Sementara itu di luar bilik, 

Firdaus yang hilang sabar hampir sahaja menerjah masuk ke dalam bilik kawalan apabila melihat anak dan bapa mertuanya diperlakukan sebegitu rupa namun sempat ditahan Hamdam dan Muiz.

“Kalau kau masuk macam ni sia-sia je bro, silap hari bulan semua pun mati,” nasihat Muiz. Hamdan masih menganalisa keadaan sekeliling dan melaporkan kepada unit SWAT yang sudah mula masuk ke dalam hospital. Azforce juga sudah mula memanjat bangunan hospital dan menunggu arahan darinya.

“Sabar sekejap, aku tengah buat kiraan dengan anggota keselamatan yang lain.” Hamdan memberi arahan dengan nada serius. Bukan dia tak kasihankan sahabatnya dan dia sendiri pun rasa nak tikam-tikam si Kamil apabila melihat anak dan bapa mertua sahabatnya diperlakukan seperti anjing kurap.

“Okey Muiz, kau nampak dua orang kat pintu tu? Kau satu, aku satu.” Muiz mengangguk faham. Tanpa sebarang bunyi, Muiz dan Hamdan mendekati kedua-dua penjahat yang berjaga di luar pintu bilik kawalan dan pergelutan berlaku. Tak sampai seminit, kedua-dua penjahat sudah terkulai layu. Mana mungkin boleh kalahkan seorang pakar seni pertahankan diri dan seorang polis yang berpengalaman. Firdaus pula hanya baru-baru ini sahaja menyertai Airsoft dan Muay Thai, itupun setelah disuruh oleh Adriana. Ikutkan dia memang kurang berminat dengan aktiviti yang baginya agak ‘ganas’. Tetapi bila ditimpa situasi begini barulah dia faham akan kepentingan mempelajari ilmu pertahanan diri.

“Okey dalam bilik tu ada lagi tiga orang. Firdaus kau settle yang belah kiri, Muiz kanan dan aku akan one to one dengan Kamil gila tu okey? Aku je boleh pakai senjata api jadi apa-apa biar aku handle.” Firdaus dan Muiz segera bertindak mengikut arahan Hamdan.

Kamil yang tidak menjangkakan serangan hendap ketiga-tiga sahabat itu mula panik dan menarik Datuk Ilyas hampir kepadanya. Firdaus yang berjaya menumpaskan konco Kamil segera mendapatkan bakul berisi Ayyash.

“Berhenti! Aku bunuh orang tua ni!” Kamil mengacukan pistol ke kepala Datuk Ilyas. Muiz yang baru lepas memengsankan konco Kamil mendekati Hamdan yang turut mengacukan pistol ke arah Kamil.

“Baik kau serah diri sahaja Kamil. Polis dah mengepung hospital ni,” arah Hamdan. Tangannya masih tak berkalih dari mengacu pistol ke arah lelaki psiko itu.

“Apa pun aku takkan lepaskan orang tua ni! Dia punca keluarga aku musnah! Bapak dengan mak aku bunuh diri sebab tak tahan tekanan dari along yang datang mengutip hutang. Aku terpaksa jadi kuli dan buat segala benda yang boleh bagi aku duit semata-mata nak balas dendam! Bertahun aku merancang takkan aku lepaskan orang tua ni!” Kamil menengking dan mula memukul Datuk Ilyas dengan hujung pistol sehingga Datuk Ilyas pengsan. Darah pekat membuak-buak keluar. Kamil mula ketawa berdekah-dekah apabila melihat Datuk Ilyas terkulai layu.

“Dia dah mati! Dia dah mati! Hahahaaha..” Kamil menyepak tubuh Datuk Ilyas ke tepi sebelum mengacu pistol ke arah bakul berisi Ayyash.

“Sekarang aku nak cucu dia terima nasib yang sama macam atuk dia! Boleh diorang main sama-sama nanti hahahaha..”


“Jangan!!!” Bang! 

Wednesday, July 16, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 41

taken from here   

“Bangun!” Satu tamparan kuat dilayangkan ke muka Firdaus membuatkan dia terjaga. Tak pernah-pernah dikejutkan dengan penampar. Firdaus memandang wajah si pemberi tamparan yang bisa menghidupkan keinginan membunuhnya. Namun dengan keadaannya yang terikat dikerusi dia tahu yang dia tak mampu berbuat apa-apa sekarang.

“Siapa kau?” soal Firdaus marah. Dia lihat isteri dan ibunya turut diikat dikatil dengan mulut ditutup kain. Anak?! Matanya  meliar mencari anaknya yang baru sahaja lahir tak sampai sehari tapi sudah dikejutkan dengan perkara yang boleh dikatakan tak masuk akal. Apahal tetiba mereka dijadikan tawanan oleh manusia-manusia gila ini?

“Mana anak aku?!” Firdaus menengking dan cuba meronta meleraikan ikatan dikerusi namun hanya sia-sia. Ikatan itu terlalu kejap sehinggakan dia merasa sakit setiap kali dia bergerak.

“Kau tak payah tau siapa kami sebab kau tak ada kaitan pun dengan semua ni. Apa yang kau patut tanam dalam kepala otak kau sekarang ialah kau bernasib malang beristerikan perempuan celaka tu! Anak dengan bapak sama sahaja celakanya!” Serentak tubuh Firdaus ditendang mengakibatkan dia terjatuh dengan kerusi-kerusinya sekali. Sakit dan marah!

“Anak kau kami jadikan umpan untuk dapatkan orang tua tu. Takkan dia sanggup gadaikan nyawa cucu sulung dia kan? Hahahaha..” Bergema bilik dengan gelakan si penjahat. Firdaus memerhati sekeliling bilik. Terdapat lima penjahat lain yang lengkap bersenjata. Apa yang menghairankan Firdaus ialah mereka tidak menutup muka. Adakah mereka tak tahu yang hospital ini mempunyai CCTV?

“Hospital ni kami dah kepung dan tak akan ada satu nyawa pun akan selamat hari ini kalau kami tak dapat si tua itu faham?!”jerkah si ketua penjahat.

“Adriana Hanan, kau kenal aku lagi? Lelaki yang kau malukan di restoren dan kau buat aku macam anjing kurap!” Si penjahat mencekup kedua-dua belah pipi dan membuka kain yang menutupi mulut Adriana. Adriana pantas meludah wajah lelaki dihadapannya. Benci tangan kotor yang menyentuh pipinya.

“Hmm nampaknya kau masih kenal aku kan?” Si penjahat mengesat ludah di muka dengan selamba bagaikan tak tercabar dengan tindakan Adriana meludahnya.

“Kamil kau dah gila ke! Lepaskan kami setan!” jerit Adriana sekuat hati. Terasa sakit di ari-arinya apabila menjerit.

“Hmm Ice Queen dah marah ke sayang? Dah lama I nak tengok you marah tapi selalu tayang muka tak ada perasaan kat I.” Pang! Muka Adriana dilempang kuat sehingga terteleng sedikit. Sakit sehinggakan telingganya berdengung. Sah lelaki ini sudah hilang akal!

“Haha..sakit ke sayang? Ni baru sikit. Ikutkan I nak lukis muka you dengan pisau tapi sayang la pula.” Kamil mengeluarkan pisau belati yang tersisip di tali pinggangnya sambil mengacu ke pipi Adriana. Puan Hafizah disebelah hanya mampu berdoa dan menangis. Takut dengan situasi yang melanda anak dan menantunya sekarang. Hanya Allah sahaja yang dapat membantu mereka sekarang. Datuk Ilyas dan suaminya ke masjid berhampiran untuk menderma dan membuat solat sunat sebaik sahaja Adriana melahirkan. Datin Hafsyah yang terlalu gembira pula keluar membeli-belah barangan untuk cucu lelaki sulungnya.

“Lepaskan isteri aku! Kau boleh buat apa-apa sahaja kat aku tapi tolong jangan apa-apakan isteri aku!” jeritan Firdaus mengamit perhatian Kamil. Perlahan dia berjalan ke arah Firdaus dengan senyuman. Belakang pisau belati dilalukan di pipi Firdaus perlahan.

“Kalau muka kau cacat pun tak apa kan? Humm?” Perlahan-lahan dia memusingkan pisau belati di pipi Firdaus. Firdaus redha jika mukanya cacat sekalipun asalkan isteri dan anaknya selamat. Sejuk mata pisau belati dihalakan dipipinya. Pedih yang dirasainya hanya mampu ditahan. Dia takkan menjerit sakit didepan lelaki psiko ini!

“Bos!” Thiru membisikkan sesuatu ditelinga Kamil. Sekali lagi bergema ketawa si Kamil didalam bilik itu.

“Bagus Thiru. Pelanduk tua dah masuk jerat. Okeylah bang lain kali jela aku sambung lukis muka kau okey? Hahaha..” Firdaus disepak sebelum Kamil keluar dari bilik bersama Thiru dan konco-konconya. Firdaus mengesot ke katil yang menempatkan isteri dan ibunya. Seluruh tubuhnya berasa sakit dan ada darah yang mengalir di pipi kesan torehan si Kamil gila.

“Ibu, Ana okey?” Puan Hafizah mengangguk. Adriana berusaha melepaskan tangan yang diikat dengan menggigit tali pengikat. Tadi dia mengingati semula ilmu yang pernah diajarkan kepadanya ketika menjalani latihan Airsoft. Tangannya direngangkan sedikit ketika konco si Kamil mengikatnya. Tak sampai lima minit, tali berjaya dileraikan. Segera dia membuka ikatan tangan ibu mertuanya sebelum membuka ikatan di kaki.

“Mereka ambil Ayyash sebab nak umpan papa. Ana rasa Ayyash mesti ada dalam hospital ni juga.” Adriana meleraikan ikatan tubuh Firdaus pada kerusi. Kasihan suaminya disepak terajang oleh si Kamil gila. Dia mengesat darah di muka Firdaus dengan hujung tudungnya. Nasib baik tadi dia sudah lengkap bertudung kerana memikirkan pasti saudara-maranya akan datang melawat sebaik sahaja mendengar berita dia melahirkan.

“Sayang, jangan bergerak sangat. Ana baru je lepas lahirkan anak kita. Bentan nanti,” nasihat Firdaus lalu membawa Adriana ke katil semula.

“But they took my baby! Don’t you care about Ayyash?!” Berang Adriana memikirkan nyawa anaknya mungkin dalam bahaya. Kamil yang psikologinya tak stabil pasti akan mendatangkan bahaya kepada anaknya.

“It’s our baby Adriana Hanan! Awak ingat awak seorang je ke yang risau pasal keselamatan Ayyash? Tangan saya belum puas nak memegang dan membelai Ayyash tapi dia sudah diambil oleh orang gila tadi. Tolong jangan burukkan keadaan lagi!” Kecut perut Adriana apabila Firdaus mula marah. Dia memeluk tubuh Firdaus. Benci memikirkan yang dia sudah melukakan hati suaminya. Mustahil suaminya tidak risau tentang Ayyash dan percakapan dia tadi telah menyinggung perasaan Firdaus.

“Abang, I’m sorry. I’m scared to death when they took Ayyash from my arm. I tried to fight back but they knocked me off. I didn’t meant to hurt your feeling but I’m scared if anything happen to our Ayyash. Forgive me abang..forgive me.” Adriana sudah mengongoi menangis didalam dakapan Firdaus. Bila dia takut atau marah laju sahaja bahasa penjajah terbit dari mulutnya.

“Dah-dah abang pun minta maaf sebab marah Ana.” Firdaus mengusap belakang isterinya sebelum meleraikan pelukan.

“Sekarang ni, abang nak Ana tunggu dengan ibu dalam bilik ni. Abang nak keluar cari Ayyash. Kunci pintu okey?” Adriana mengangguk. Tak kisahlah sekuat mana dan sehebat mana dia mengendalikan senjata api, dia masih seorang perempuan dan sakit melahirkan Ayyash tadi pun masih belum sembuh. Bimbang jika dia menjadi bebanan buat Firdaus jika dia mengikut suaminya. Tubuh Firdaus dipeluknya kejap.

“Abang, kalau bahaya sangat abang patah balik sini. Biar polis yang uruskan okey?” Firdaus mengangguk mendengarkan nasihat isterinya. Selesai berpelukan dengan isteri, dia mendapatkan ibunya yang hanya memerhatikan mereka sejak tadi. Pucat muka ibunya menunjukkan yang ibunya masih terkejut dengan situasi yang melanda mereka sekarang.

“Ibu, Firdaus nak keluar cari cucu ibu ni. Ibu doakan Firdaus ye?” Tangan ibunya digapai dan dikucup lama. Bimbang jika ianya merupakan kali terakhir dia dapat mengucup laluan syurganya.

“Maafkan segala dosa Firdaus pada ibu. Halalkan makan-minum Firdaus ye ibu?” Gugur juga air mata Puan Hafizah dengan kata-kata Firdaus. Dia mengangguk lalu menarik Firdaus ke dalam pelukannya. Anak yang tak pernah mendatangkan masalah kepadanya sejak kecil. Sebaik namanya, Firdaus merupakan anugerah Allah kepadanya.

“Ibu tolong jagakan Ana kalau apa-apa jadi kat Firdaus.” Puan Hafizah mengangguk lagi. Adriana disebelahnya sudah kuyup dengan air mata. Berat hatinya mahu melepaskan pemergian anaknya.

“Abang, jangan cakap macam tu. Abang maafkan segala dosa Ana.” Adriana memeluk belakang Firdaus. Selalunya Firdaus yang rajin ber’back hug’ dengannya. Hatinya mula diselubungi perasaan takut akan kehilangan suaminya apabila mendengarkan ayat-ayat Firdaus tadi.

“Sayang, segalanya dah tertulis di Loh Mahfuz. Jika apa-apa terjadi, abang nak Ana redha.” Adriana menggeleng kepala. Bukan dia tak mahu menerima ketentuan Allah, tapi jiwanya masih belum kuat andai ditakdirkan Firdaus diambil dulu sebelum dirinya.

“Ana, sayang abang..abang nak pergi cari anak kita. InsyaAllah kita akan jumpa lagi.” Firdaus mengesat air mata Adriana dengan hujung jarinya. Hatinya turut sebak namun dia cuba untuk kuat. Dia perlu selamatkan anaknya dari tangan Kamil!


“Abang, Ana tunggu abang.” Adriana memandang tepat ke mata suaminya. Firdaus mengangguk. Pelukan dileraikan dan dia berjalan ke pintu. Dalam hatinya dia berdoa agar Allah melindungi keluarganya. Dengan lafaz bismillah dia membuka pintu.

------------------------------------------------------------------------------------------
Hmm saya terfikir nak buat pertandingan mencipta banner/poster/image? untuk IRA ni. Sesiapa yang berminat boleh hantarkan karya ke emel saya kouryu.nasrin@gmail.com dengan meletakkan title IRA. Saya akan sediakan hadiah untuk pemenang (^-^)

Bukan apa, nak buat sendiri, saya tak reti nak pakai photoshop ke pebenda maka saya harapkan pembaca yang lebih arif untuk membantu saya dalam mereka banner/poster/image untuk novel sengal saya ni. 

Saturday, July 12, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 40

taken from here  

“Abam musyuk~” Adriana menggeselkan pipinya ke pipi Firdaus yang sedang tidur. Penat sangat gayanya sejak pulang dari masjid sampai tak lalu makan. Firdaus membuka sedikit matanya sebelum tersenyum. Bini tengah nak bermanja maka layankan jela..

“Nak apa sayang? Abang penatlah.” Ditariknya Adriana ke dalam pelukannya. Hangat dan selesa walaupun terhadang sedikit dengan perut isterinya.

“Jom teman Ana makan aiskrim?” Adriana mengusap lengan Firdaus. Tiba-tiba pula tekaknya terasa nak makan aiskrim tengah-tengah malam ini.

“Sayang, dah malam sangat ni nak makan aiskrim. Esok tak boleh? Batuk pula nanti.” Bukan tak kasihan bini tapi risau batuk nanti tak ke terjejas kesihatan bayi dan ibu mengandung? Firdaus mengucup ubun-ubun Adriana sebelum mengemaskan pelukan tapi tak lama..

“Adoi! Ana! Ya Allah, nak bagi abang marah ke?!” marah Firdaus sebelum bangun dari pembaringan. Adriana buat nakal lagi dan kali ni boleh pula isterinya menggigit perutnya sambil mencubit lengan. Dua dalam satu tahu!

“Abang tak sayang Ana! Waa....” Sudah! Lain pula yang jadi. Adriana berkelubung dan meraung dalam selimut. Firdaus hanya memandang sebab dah tak larat nak melayan. Sensitif tahap gaban tapi suka buli orang!

“Abang tidur luar.” Firdaus mengambil bantalnya dan terus keluar dari bilik tidur. Biarkan kali ini dia pula yang nak merajuk. Belum sempat dia menutup pintu, suara Adriana yang menjerit membuatkan dia berpatah balik.

“Kenapa ni sayang?” Firdaus menyelak selimut. Adriana yang baring mengerekot membuatkan dia semakin panik. Dah nak bersalin ke?

“Sayang kenapa ni?” Terkejut gila apabila Adriana menarik tubuhnya masuk ke dalam selimut.

“Sorry.” Adriana meletakkan kedua-dua belah tangannya ke pipi Firdaus. Jarak antara wajah mereka kurang dari tiga inci. Mata bertentang mata dan walaupun kira lama juga bernikah, jantung tetap berdegup macam baru lepas berlumba lari dengan Usain Bolt. Huh hiperbola!

“Abang, I’m sorry. Hmm?” Adriana meningkatkan usaha memujuk Firdaus apabila Firdaus tidak memberikan sebarang reaksi. Adriana mendekatkan jarak antara mereka lalu mula mengucup wajah Firdaus. Dimulakan dengan pipi kemudian kedua-dua belah mata, berhenti mengucup di hidung selama lima saat sebelum menyambung kucupan ke dahi dan berakhir di bibir. Mahu tersekat seketika nafas Firdaus apabila bini dah mula memujuk dalam versi romantik tak hengat.

“Yela..” Firdaus mengalah dan memeluk semula tubuh isterinya. Nakal bukan main, nasib baik sayang bini terlebih.

“Love you!” Adriana merangkul leher suaminya. Lega si suami dah tak marah. Dia bukan apa, seronok ‘mengganas’ dengan suami sendiri sampai kadang-kadang agak melampau. Serius dia bernasib baik sebab Firdaus seorang yang penyayang. Mahu naya kalau dapat lelaki panas baran huhuhu...







“Err Malik..” Henry mendekati pekerja baru Datuk Ilyas. Lelaki ini yang selalu menggantikannya jika dia tak dapat menghantar Datuk Ilyas.

“Ye Henry. Ada apa-apa nak saya tolong ke?” soal Malik dengan senyuman. Sungguh tak pernah sehari pun Henry melihat Malik tanpa senyuman. Bila disoal, Malik mengatakan yang dia gembira dengan rezeki Allah kurniakan kepadanya sekarang dan senyum itu adalah sedekah. Dalam diam, Henry mengagumi personaliti lelaki ini. Paling seronok apabila melihat Malik tak kekok membuat susu untuk anaknya, Zimam Faqih dan menukarkan lampin. Ketika bekerja, anaknya dijaga oleh Datin Hafsyah yang terus jatuh sayang apabila Datuk Ilyas mengenalkan mereka. Zimam Faqih seorang bayi yang tak banyak ragam dan sentiasa ceria membuat sesiapa sahaja mendekatinya akan jatuh sayang kepadanya termasuklah Henry.

“Malik, saya nak tanya pasal solat boleh?” Malik terus sahaja mengangguk. Gembira apabila Henry sudi bertanya perihal tentang agama dengannya.

“Nak tanya pasal apa Henry?” Mereka mengambil tempat di bangku yang terletak di laman perkarangan rumah Datuk Ilyas. Mereka sedang menunggu Datuk Ilyas mengemas bagasi untuk ke Kelantan. Malik akan mengikut Datuk Ilyas kerana Henry ditugaskan untuk menjadi pemandu Datin Hafsyah dan dia kini bekerja didalam syarikat Datuk Ilyas membantu Emir.

“Tak mengapa ke kalau solat Subuh tapi tak baca doa Qunut?”

“Hukum membacanya adalah sunat. Dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Anas bin Malik r.a.; Sentiasalah Rasulullah SAW berqunut pada solat Subuh sehinggalah baginda wafat. Diriwayatkan juga yang Saidina Umar r.a. membaca doa qunut pada solat Subuh dihadapan para sahabat dan selainnya.” Tenang Malik menjawab soalan Henry. Henry mengangguk. Dia ada juga mengikut Harraz ke Perkim dan berbulatan gembira bak kata si Harraz. Alim-alim pun Harraz sebenarnya seorang yang sempoi dan kadangkala buat lawak yang boleh buat Henry semput nak ketawa.

“Jadi kalau tertinggal, Henry boleh buat sujud sahwi tapi kalau tak tahu tak apa,” sambung Malik lagi.

“Apa itu sujud sawi?” Malik tersenyum dengan pelat si Henry.

“Bukan sawi tapi sahwi. Sujud sahwi ni kita lakukan apabila kita tertambah pergerakan dalam solat macam terlebih jumlah rukuk, sujud, berdiri atau duduknya dan kalau terkurang dalam mengerjakan rukun atau hal wajib dalam solat. Ia juga dilakukan bila kita ragu-ragu tentang jumlah rakaat yang telah kita kerjakan. Biasalakan, manusia ni kan pelupa tu yang diharuskan sujud sahwi ni.”

“Macam mana nak buat sujud sahwi ni Malik?” soal Henry dengan penuh minat. Ilmu bukan hanya boleh dipelajari dari kuliah dan buku semata-mata. Ianya boleh diperolehi jika kita ada kemahuan untuk mengetahui.

“Senang sahaja Henry. Sujud dua kali sebelum mengucap salam. Kamu boleh membaca ‘subhaana man laayanaamu walaa yashuu’ tapi disebabkan dalam hadis Rasulullah SAW tak ada menyebut bacaan khusus, bacaan sujud biasa pun tak apa dan kalau tak baca apa-apa pun boleh.” Henry mengangguk faham. Islam bukan agama yang menyusahkan.

“Saya dah mengucap syahadah saya.” Beritahu Henry tiba-tiba. Malik mengucap syukur lantas memeluk tubuh Henry.

“Alhamdulillah. Tak apa kalau ada apa-apa yang Henry rasa nak tanya jangan segan tanya ye? InsyaAllah saya cuba jawab dan kalau saya tak reti, kita sama-sama cari jawapan okey?” Makin berkobar-kobar semangat Henry apabila melihat Malik yang bersungguh-sungguh mahu membantunya.

“Henry! Malik! Cepat start kereta!” Laungan Datuk Ilyas yang panik itu membuatkan mereka berdua terkejut. Pelik bos yang selalu bangsa ‘lek-lek lu’ boleh jadi gelabah tahap gaban.

“Hanan dah nak bersalin!” Mencanak telinga kedua mereka. Masing-masing kelam-kabut sampai tercampak kunci kereta dalam kolam ikan koi Datuk Ilyas. Malik pantas bertindak terjun masuk ke dalam kolam dan mengambil kunci tadi.

“Henry awak drive mereka. Saya menyusul lepas tukar baju. Hospital M kan?” Henry mengangguk lalu menyambut huluran kunci dari tangan Malik. Dari jauh kelihatan Datuk Ilyas mengendong Adriana Hanan. Segera dia berlari ke arah kereta dan membuka pintu untuk mereka.Datin Hafsyah turut bergegas keluar dari rumah dengan membawa barang-barang Adriana.

“Malik, Zimam Kak Fai jaga sat noh. Sat gi kamu datang bawalah dia sekali. Kamu pakai kereta Lexus belakang tu. Dalam tu dah letak baby car seat” Dalam kelam-kabut itupun Datin Hafsyah sempat berpesan kepada Malik. Malik hanya mengangguk. Tahu yang isteri majikan dia memang selalu bawa anaknya berjalan-jalan.

“Baik. InsyaAllah Datin.” Malik menutupkan pintu kereta untuk majikannya. Kelihatan Adriana yang sudah berpeluh-peluh menahan sakit tapi masih mengekalkan wajah tiada perasaan. Kadangkala dia kagum dengan Adriana yang boleh berwajah tanpa reaksi sentiasa.





Di hospital M...

“Mama dah call Firdaus?” soal Adriana dengan suara tersekat-sekat. Telefon pintarnya boleh pula tertinggal dirumah.

“Dah. Dia dalam perjalanan tapi mama tak mahu rush dia sangat takut lain pula jadinya.” Datin Hafsyah mengusap pipi anaknya. Suaminya dari tadi hanya memegang tangan si anak dengan muka tak ada perasaan. Eloklah, anak dengan papa sama aje!

“Sya! Belum masuk wad bersalin lagi?” Puan Hafizah yang baru tiba dengan Encik Fikri mendapatkan Datin Hafsyah.

“Nurse tu cakap kena tunggu bukaan besar sikit tapi dah tak lama dah ni rasanya.” Puan Hafizah memberikan kata-kata semangat kepada Adriana. Keluarga Rayyan tidak dapat datang kerana pergi bercuti di luar negara.

“Mama..” Cengkaman tangan Adriana yang semakin kuat mengejutkan Datin Hafsyah. Encik Fikri segera memanggil jururawat yang bertugas. Puan Hafizah mengelap peluh didahi Adriana sambil berselawat. Mendoakan supaya segalanya dipermudahkan oleh Yang Maha Berkuasa.

Baru sahaja jururawat mahu menolak katil masuk ke bilik bersalin, Firdaus tiba dan terus mendapatkan isterinya. Dia mahu masuk dan menyaksikan sendiri kelahiran anak mereka dengan matanya.

“I’m here.” Firdaus menghadiahkan senyuman buat isterinya. Isterinya bakal bertarung nyawa demi melahirkan hasil cinta mereka. Perasaan gusar dan gembira bercampur-aduk tapi apa yang pasti dia tawakal kepada Allah SWT. Sesungguh Dia sebaik-baik perancang.


Selepas sejam bertarung nyawa di wad bersalin, Adriana berjaya melahirkan seorang bayi lelaki. Muhamad Ayyash, lahir-lahir sahaja terus keluar muka tak ada perasaan macam Adriana. Hanya mula menangis apabila doktor menepuk sedikit punggungnya untuk pastikan anak itu normal. Diazankan dan diiqamatkan oleh Firdaus setelah dibersihkan. Boleh kata anak mereka betul-betul mengikut wajah Adriana. Serius comel! Anak mereka seberat 3.8kg dan berketinggian 55cm yang mana agak tinggi berbanding bayi-bayi yang lain. Antara ciri yang mengikut Firdaus, telinga anak mereka capang.

Sedang Adriana menyusukan Ayyash dengan ditemani Firdaus, bekalan elektrik hospital terputus dan mereka semua bergelap. Situasi yang mengakibatkan suasana panik tercetus dan tambah huru-hara apabila bayi-bayi mula menangis. Bekalan elektrik kecemasan mula berfungsi tapi dilebihkan kepada mesin dan alatan pesakit. Hanya lampu di koridor dipasang dan lampu kecil didalam setiap bilik.

“Abang pergi tengok-tengok kat luar sekejap ye?” Firdaus bingkas bangun dan meminta ibunya menjaga Adriana seketika. Pelik juga apabila bekalan elektrik hospital tiba-tiba terputus. Satu situasi yang hanya akan berlaku ketika waktu-waktu kecemasan ataupun satu negeri tak ada bekalan elektrik?

Ketika dia baru sahaja mahu membuka pintu, pintu bilik mereka ditolak kasar dari luar dan kepalanya dipukul dengan objek keras.

“Abang!!!” Kedengaran jeritan isterinya sebelum semuanya bertukar gelap-gelita.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ni video cara nak sujud sahwi. Penerangan ni dia bagi dari awal dan caranya kat minit ke 4 dan ke atas. Semoga bermanfaat (^-^)

Tuesday, July 8, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 39

taken from here  

Datuk Ilyas berjalan perlahan masuk ke dalam kawasan surau. Pagi ini dia ditugaskan untuk menjadi muazzin di surau taman perumahannya. Langkahnya terhenti apabila melihat kelibat manusia di dalam surau. Makin pelik apabila lampu tidak pula dipasang. Datuk Ilyas membuang perasaan curiga lalu melangkah masuk setelah memberikan salam. Alangkah terkejutnya beliau apabila melihat seorang lelaki yang sedang mengendong seorang bayi cuba mengambil wang dari tabung surau. Wajah lelaki itu turut terkejut dengan kehadiran Datuk Ilyas dan segera melutut.

“Encik, saya bukan nak mencuri encik. Saya nak pinjam sedikit duit dari rumah Allah ini sebab nak beli susu untuk anak saya ni encik. Kasihanilah anak saya.” Terpaku Datuk Ilyas dengan aksi lelaki itu. Dari pandangan kasar, lelaki itu berusia lewat 20an.

“Bawa bertenang saudara. Saya bukan menuduh kamu mencuri. Tapi kelakuan kamu didalam keadaan gelap macam ini memang mengundang curiga.” Terang Datuk Ilyas lalu membantu lelaki itu untuk berdiri.

“Saya minta maaf encik. Saya betul-betul buntu dan hanya Allah sahaja tempat saya bergantung.” Lelaki itu menangis dihadapan Datuk Ilyas. Bayi dikendongnya turut menangis.

“Bersabar saudara. Boleh ceritakan kepada saya apa yang terjadi?” Datuk Ilyas menyentuh bahu lelaki itu sambil membawanya duduk di satu sudut surau.

“Isteri saya meninggal semasa melahirkan anak ini. Saya redha dan nekad untuk membesarkannya dengan sedaya mana yang boleh. Ketika pulang dari hospital, saya dikejutkan dengan kediaman saya terbakar dan ibu saya terbunuh didalam kebakaran itu. Hilang segalanya kerana rumah saya didirikan di tapak setinggan maka saya tak dapat sebarang pampasan. Saya diuji lagi apabila warung yang menjadi mata pencarian saya selama ini dirobohkan kerana lewat memperbaharui lesen dan ada projek lain yang akan dijalankan ditapak itu. Wang simpanan saya pula banyak dihabiskan untuk rawatan ibu dan isteri saya dulu. Saya meminta pertolongan dari saudara-mara saya tapi tiada yang mahu membantu malahan menuduh saya penyebab kematian ibu saya.” Lelaki itu terhenti seketika sebelum menyambung cerita. Mungkin terlalu sedih mengenang nasibnya.

“Saya cuba untuk berfikir dengan waras dan mula bermusafir mencari pekerjaan namun tak ada yang sanggup menggaji saya sebab saya tak boleh tinggalkan anak ketika bekerja. Duit yang ada didalam tangan saya makin berkurangan dan saya memang tak mampu sediakan tampat berteduh untuk anak saya. Saya rela tahan lapar dan gunakan duit yang ada untuk beli susu anak. Duit didalam dompet saya hanya tinggal beberapa ringgit dan memang tak cukup untuk beli susu yang dah habis. Dari semalam saya hanya beri air mineral dan roti yang dihancurkan kepada anak saya. Saya tahu anak ini lapar lantas saya membuat keputusan untuk mengambil sedikit wang dalam tabung surau ini. Saya ada menulis nota memberitahu yang saya meminjam dahulu wang dari tabung ini dan akan membayar semula sebaik sahaja saya punya wang yang cukup.” Lelaki itu mengeluarkan nota yang ditulis lalu menunjukkan kepada Datuk Ilyas. Air matanya masih bergenang dan dikesat kasar dengan belakang tangan.

“Saudara, ini semua ujian yang diturunkan Allah kepada saudara. Apa nama saudara?”

“Malik, encik.”

“Malik, Allah telah memberi pelbagai ujian kepada kamu dan ianya sebagai bukti yang Allah mengingati kamu. Kamu juga boleh menganggapnya sebagai penghapus dosa-dosa yang pernah kamu lakukan. Ye, kita sebagai manusia tak akan terlepas dari melakukan dosa-dosa. Pasal wang kamu tak perlu risau. Saya lihat kamu sihat tubuh badan dan masih muda. Apa yang menyekat kamu sekarang cuma anak kecil yang perlukan perhatian. Saya boleh tawarkan pekerjaan dan tempat tinggal untuk kamu. Adakah kamu berminat?” Bersinar mata Malik mendengarkan tawaran Datuk Ilyas. Segera dia mengucap syukur dan memeluk tubuh Datuk Ilyas.

“Terima kasih encik! Dah lama saya berkeadaan begini dan hanya encik seorang yang sudi menolong saya. Allahuakbar! Alhamdulillah, ya Allah. Encik apa nama encik? Encik imam surau ini ke?”

“Nama saya Ilyas. Hari ini saya ditugaskan jadi muazzin surau ni. Oh ye Malik boleh bersihkan diri dan mengambil wuduk. Kita solat sunat dan mengaji dulu. Lagi 10 minit baru masuk waktu Subuh.” Malik menganggukkan kepala. Dia membentang sehelai sejadah sebelum meletakkan anaknya dibawah. Mujur anaknya sudah tertidur. Mungkin kerana lapar dan mengantuk. Segera dia mengikut Datuk Ilyas ke tempat mengambil wuduk. Dia bersyukur kerana Allah telah menurunkan seorang hamba persis malaikat yang sudi membantunya disaat saudara sedarah dagingnya memulaukannya.





“Hanan, kamu tak payahlah masuk dapur ni. Kamu tu dah sarat,” nasihat maksu Azean. Adriana mengangguk patuh sebelum berpatah balik ke ruang tamu. Hari ini dia mengikut mamanya merewang di rumah Paksu Hafiz. Akhirnya, kahwin juga si Hisyam sengal walaupun sepupunya itu ada buat drama tragis konon tak rela kahwin. Tapi tak adalah tragis sangat sebab bila nampak je muka gadis yang bakal dinikahinya, terus Hisyam setuju nak kahwin. Ceit!

Adriana menyeluk keluar telefon pintarnya dari cardigan dipakainya. Bosan kerana tidak dibenarkan membantu. Jika dia tahu begini, lebih baik dia ke rumah ibu mertuanya. Kurang-kurang dia boleh membantu Puan Hafizah menjaga anak-anak abang iparnya. Tengah dia seronok melihat koleksi peribadi gambar sengalnya bersama Firdaus, suaminya itu menelefon. Huhu macam ada instinct..

“Assalamualaikum sayang buat apa?” suara sang suami di talian membuatkan hatinya berbunga gembira.

“Waalaikumussalam. Tengah tengok gambar. Abang?”

“Tengah buat kerja tapi tiba-tiba teringat kat sayang abang tu yang terus call. Ana dengan mama lagi ke?” Adriana memintal-mintal hujung tudungnya. Aduilah macam angau pun ada padahal hari-hari jumpa. Perbuatannya automatik terhenti apabila ada dua orang sepupu perempuan yang melintas dihadapannya.

“Hmm. Bosan sebab diorang tak bagi Ana tolong.” Firdaus dibalik talian hanya ketawa apabila Adriana mula mengadu bosan. Faham sangat dengan isterinya yang sentiasa aktif walaupun makin sarat.

“Nak abang ambil Ana ke? Tadi Henry hantar kan?” cadangan Firdaus disambut baik oleh Adriana. Lama-lama disini pun bukan dia boleh buat apa.

“Abang dah habis kerja ke? Nanti Ana bagi alamat.”

“Okey. Wait aaa...I’ll fetch you as soon as possible my love.” Adriana sudah tersengih-sengih dengan apabila mendengar Firdaus beromantik dengan dialek Padayappa.

“Amboi mak buyung ni awat dok sengih sorang-sorang?” Maksu Azean yang baru masuk dari dapur menegur Adriana. Pelik binti ajaib melihat anak saudara yang selalu muka tiada reaksi boleh pula tersengih seorang diri. Adakah ini kesan hormon ibu mengandung? Ehey~

“Maksu, beritahu mama sekejap lagi Hanan nak balik dengan suami Hanan.” Adriana mengaris senyum buat ibu saudaranya. Maksu Azean lebih kurang sama mesra terhadapnya seperti Paksu Hafiz. Suka memanjakannya kerana mereka tiada anak perempuan.

“Ye nanti maksu beritahu. Hailah, dulu maksu ingat nak jodohkan kamu dengan Hisyam tapi apa boleh buat, dah Allah putuskan yang jodoh kamu dengan Firdaus. Suka maksu tengok kamu sekarang. Makin berseri.” Maksu Azean mengusap lembut pipi Adriana. Anak saudara yang tak betah berkongsi perasaan sejak kecil tapi tetap comel dimatanya. Adriana hanya memandang wajah maksu Azean dengan muka tanpa reaksi. Dari dulu lagi dia senang dengan keluarga paksunya.

“Nanti maksu bekalkan makanan untuk kamu dengan Firdaus ye? Maksu nampak kamu asyik menjeling kat gulai kawah je waktu nak masuk dapur tadi. Ingatkan nak panggil kamu makan, sekali dah nak balik dah mak buyung ni.” Adriana mengangguk suka. Ingatkan tak siapa pun yang perasan yang dia teringin merasa gulai kawah yang baru dimasak oleh maksunya. Mamanya riuh didapur bersembang dengan saudara-mara dan jiran-jiran maksunya mana nak perasan akan dirinya yang teringin nak makan gulai kawah.

Kedengaran sayup suara memberi salam dari luar. Alahai dengar suara sahaja Adriana sudah tersenyum. Serius laju gila!

“Amboi dengar je suara suami dia terus senyum. Pergilah sambut suami kamu tu,” Adriana mengangguk lalu berjalan pantas ke pintu. Firdaus yang dari jauh dah nampak si isteri turut tersenyum.

“Cepatnya abang sampai!” Adriana menyalami tangan Firdaus sebelum menghadiahkan kucupan dipipi suaminya. Berani buat pun sebab tak ada orang kalau tak malu woo..

“Sebenarnya masa call Ana, abang dah dalam perjalanan dah pun. Rindu punya pasal,” jawab Firdaus dengan sengihan melebar. Memang rindu pun dan kalau boleh dia mahu membantu dalam persiapan majlis si Hisyam. Lega sikit sepupu sengal Adriana dah bertemu jodoh kalau tak asyik nak mengacau isterinya.

“Sayang, kita masuk jumpa diorang dulu? Kot-kot ada benda yang abang boleh tolong. Lepas tu kita balik ye?” Adriana memaut tangan Firdaus lalu membawa Firdaus berjumpa dengan maksunya. Maksu Azean menyambut kedatangan Firdaus dengan baik. Memandangkan segala persiapan sudah hampir siap dan maksu Azean mengarahkan Firdaus membawa Adriana pulang untuk berehat, mereka berdua pulang ke rumah dengan bekalan lauk-pauk dari maksu Azean.





“Abang tak aci!” Firdaus yang sudah berenang jauh ke depan menayang muka berlagak kepada Adriana.

“Aci? Siapa? Ahaha...ahahaha....” Adriana mengetap bibir geram. Sengal punya suami! Boleh pula main tipu ketika berlumba berenang dengannya. Tak kasihankan ibu mengandung ke apa?!

“Abang! Ni kalau tak ada baby ni memang Ana dah berenang laju-laju lepas tu seligi-seligi abang tau!’ Firdaus menayang muka selamba sambil mengacah mahu keluar dari kolam renang. Nasib baiklah mertuanya tiada dirumah kalau tidak tak adanya dia nak buat sengal dengan isterinya di rumah mertua.

“Abang! Ana tak puas berenang lagi! Tak maulah naik dulu!” Menjerit-jerit Adriana didalam kolam renang dengan muka masam. Hari ini seronok pula Firdaus menyakat Adriana. Selalu dia aje yang kena sakat.

“Ala..abang penat la...” Sengaja dia menunjukkan muka penat sambil berenang perlahan mendekati isterinya. Okey salah langkah sebab Adriana terus memaut lehernya dan cuba membenamkan dia ke dalam air. Fuh cubaan membunuh ke apa?!

“Balasan! Jahat lagi dengan Ana tadi.” Adriana ketawa puas sebelum berenang jauh sedikit dari Firdaus.Namun tak lama, Adriana berhenti ketawa apabila melihat Firdaus tak menunjukkan reaksi. Dia mula panik apabila tubuh Firdaus seakan-akan mahu terapung.

“Abang! Bangun!” Adriana segera menarik tubuh Firdaus yang sudah tak sedarkan diri ke tepi kolam. Sedaya-upaya dia cuba naikkan Firdaus ke tebing kolam mandi.

“Waa..tak maulah main macam ni! Abang bangun! Waaaa!!!” Adriana menolak-nolak tubuh Firdaus. Mahu tiga minit juga baru Firdaus membuka sebelah matanya sebelum mencubit pipi Adriana. Perlahan dia bangkit dan duduk dihadapan isterinya yang sudah dibanjiri air mata.

“Haish ni kalau sungguh abang lemas ni memang dah innalillah. Apa punya penyelamat? CPR tak reti nak bagi ke?” Adriana mencubit pantas paha Firdaus. Orang tengah panik, semua benda tak ingat.

“Jahatlah main mati-mati ni! Tak suka!!!!” Firdaus hanya ketawa sambil mengusap perut isterinya. Alahai bini, kalau dia yang buat nakal lagi teruk dia tak tahu.

“Yela..yela..abang tak main macam tu dah. Ni nak sambung swimming ke tak nak?” soal Firdaus dengan menjungkitkan sebelah kening.


“Naklah!” Adriana menarik tangan Firdaus. Macam-macam gaya renang mereka cuba tapi kebanyakannya Firdaus akan menyuruh Adriana memeluknya dari belakang dan mereka berenang bersama. Mahu nak dekat Maghrib barulah mereka berhenti aktiviti berenang sambil menyakat. Itupun sebab Datin Hafsyah yang sudah pulang melaung memanggil mereka untuk makan malam.