Kapitalis

Sunday, November 2, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 48

[kredit]  

Syed Azfar segera mengunjungi kediaman Datuk Ilyas setelah mendapat panggilan telefon dari Firdaus. Suha pula seronok dapat melawat mamanya dua hari berturut-turut. Sampai sahaja terus dia mendapatkan mamanya dan ‘adik-adiknya’.


“Azfar, tadi Firdaus dah beritahu kamu kan?” Syed Azfar terus mengangguk.

“Saya dah suruh orang-orang saya untuk semak alamat di Brunei. InsyaAllah lagi tiga jam kita akan dapat maklumbalas dari mereka.” Datuk Ilyas mengangguk mendengarkan penerangan Syed Azfar. Azforce kebetulan mempunyai pangkalan di Brunei menyenangkan lagi usaha mendapatkan maklumat tentang pasangan itu.

“Saya rasa mereka macam terlalu tergesa-gesa dan tak mungkin urusan di imigresen boleh dilakukan dengan secepat ini. Apa yang dikatakan oleh mereka juga tak selari dengan sebelumnya. Saya risau jika mereka ada kaitan dengan sindiket penyeludupan bayi,” terang Datuk Ilyas. Datin Hafsyah mengeluh lemah. Sangat berat dugaan ini buat mereka sekeluarga namun mereka harus bijak mengawal perasaan. Allah tak akan membebani hambaNYA dengan sesuatu yang di luar kemampuan.

“Jangan risau Datuk Ilyas, anggota-anggota kami akan berkawal bermula dari malam ini. Esok kami akan mengikut mereka dan di Brunei ada Azforce lain yang akan mengambil alih.”

“Saya harap kita dapat maklumat mereka secepat mungkin jadi tindakan dapat diambil segera. Jika mereka betul-betul ada kaitan dengan sindiket, saya tak akan benarkan mereka sentuh cucu saya!” tegas Datuk Ilyas. Hatinya dipagut risau akan keadaan Zimam kelak.

“InsyaAllah saya akan gesa mereka untuk cepat sikit.” Syed Azfar lantas membuat panggilan telefon. Dia sendiri bersimpati dengan musibah yang menimpa keluarga Adriana.









“Abang macam mana sekarang?” soal Adriana sebaik sahaja Suha dan Syed Azfar pulang. Dari tadi dia hanya melayan Suha dan anak-anaknya untuk menyingkirkan sedikit perasaan sedihnya. Terubat sedikit kedukaannya dengan kedatangan Suha petang ini.

“Azfar cakap sebaik sahaja dapat maklumat perisikan dari sana dia akan hubungi papa. Sekarang kita hanya mampu berdoa sahajalah.” Firdaus melabuhkan punggung di birai katil. Kepalanya turut pusing dengan situasi yang melanda keluarganya sekarang.

“Ana tak sanggup nak tengok jika mereka ambil Zimam esok. Ana tak boleh..” Adriana yang sudah tak dapat menahan air matanya terus menghamburkan tangis. Firdaus segera memeluk tubuh isterinya. Dia sendiri pun tak sanggup memikirkan kemungkinan yang mereka akan berpisah dengan Zimam.

“Sayang, abang pun sedih juga. Walaupun Zimam bukan lahir dari rahim Ana tapi dia abang dah anggap macam anak kita.”

“Ana sayangkan Zimam sangat-sangat. Sama macam Ana sayangkan Ayyash. Hilang Zimam, hilanglah separuh nyawa Ana.” Adriana terus teresak-esak didalam pelukan Firdaus.

“Sabar sayang. Percaya pada ketentuan Allah. Kita mesti kuat hadapi semua ni.” Firdaus mengusap-usap belakang tubuh isterinya.

“Dah sayang, dah nak masuk Maghrib ni. Sayang mandi lepas tu kita solat sama-sama? InsyaAllah kita akan rasa lebih tenang.” Adriana mengangguk sebelum meleraikan pelukan suaminya. Benar, pada ketika ini dia sepatutnya lebih tenang dan mengingati Allah.

“Sayang.” Adriana yang baru hendak mengambil tuala menoleh ke arah Firdaus.

“InsyaAllah jika Zimam ditakdirkan bersama kita, dia akan tetap disini.” Adriana tersenyum kecil sebelum melangkah ke bilik mandi.









Malam itu, Firdaus yang sukar untuk melelapkan mata turun ke tingkat bawah banglo. Kakinya dihala ke dapur untuk mendapatkan segelas air. Masalah yang melanda keluarga mereka merupakan antara sebab dia tidak dapat melelapkan mata. Sedang dia menuang air ke dalam gelas dia terlihat ada kelibat manusia diluar kediaman mereka. Firdaus segera menunduk dan merangkak laju untuk ke jendela dapurnya. Perlahan dia menaikkan kepala untuk mengintai. Kelihatan tiga orang lelaki bertopeng sedang berusaha untuk menyusup masuk ke dalam kediaman mereka. Firdaus segera menghantar pesanan ringkas kepada bapa mertuanya dan Syed Azfar untuk memaklumkan situasi sekarang. Setelah itu dia pantas kembali ke kamar tidurnya untuk memaklumkan hal ini kepada Adriana dan menelefon pihak polis.

“Ana, bangun sayang.” Adriana memandang pelik Firdaus sebaik sahaja terjaga. Apa kes kejut tengah-tengah malam? Nak ajak qiam ke?

“Ada orang nak ceroboh masuk rumah kita! Bangun tutup aurat. Abang dah call polis.” Adriana pantas terjun dari katil. Jubah disarung dan tudung express segera dipakai. Kemudian dia pantas menuju ke bilik Zimam dan Ayyash. Nasib baik bilik anak-anak mereka dihubungkan dengan pintu khas didalam bilik mereka.

“Where do you think you’re going?” Sepucuk pistol dihalakan kepada Adriana membuatkan mereka berdua terpaku.

“Kau berdua jangan nak memandai-mandai. Silap sikit aku tembak kepala bini kau. Oh ye kami dah tangkap bapa dengan mak mertua kau.” Wajah lelaki India dihadapan mereka dipandang geram.

“Kau orang dah lupa aku? Dulu aku silap sebab terlalu ikutkan Kamil gila tu. Jangan risau kali ni ikut kepala aku maka semua pasti mati!” Adriana memerhatikan wajah penjahat dihadapannya. Dia berusaha untuk mengingati wajah lelaki bedebah ini.

“Heh! Aku Thiru! Ingat muka aku sebab muka ni yang akan jadi malaikat maut kau orang hari ni!” Thiru yang mahu melepaskan tembakan dihentikan oleh seorang lagi penjahat.

“Bos, nanti dulu. Kita ambil bayi-bayi mereka baru bunuh kalau tak nanti jiran-jiran mereka perasan. Aku dapat order baru tadi.” Terkejut Adriana apabila melihat identiti penjahat itu. Imran hanya tersenyum sinis melihatkan wajah terkejut Adriana.

“Hmm okey. Kau orang memang suka ambil untung lebih kan? Cepat! Aku dah tak sabar nak bunuh satu keluarga ni!” Imran mengangguk lantas mendekati Adriana.

“Mana budak-budak tu?!” sergah Imran lalu menarik tudung Adriana. Firdaus segera menepis tangan Imran dan mendapatkan isterinya. Adriana disorokkan dibelakangnya.

“Kenapa berkasar dengan perempuan!” Firdaus menghambur marah lantas mengakibatkan Imran naik angin. Penumbuk dilayangkan ke muka Firdaus. Firdaus segera membalas tumbukan Imran. Pecah juga bibir Imran akibat terkena tumbukannya.

“Kau pergi ambil bayi-bayi tu cepat Imran! Dia ni pun akan mati juga sekejap lagi!” Imran akur dengan arahan Thiru. Dia meludah air liur bercampur darah ke lantai. Firdaus memandang Imran dengan pandangan tidak gentar. Mustahil dia mahu tunjuk lemah dihadapan lelaki yang berjaya mengucar-kacirkan keluarganya. Dahlah percutian keluarganya turut terganggu.

“Tunjukkan aku tempat anak-anak kau!” Imran mencekak leher baju Firdaus pula. Firdaus tetap mendiam diri dan membalas pandangan Imran. Dia lebih rela mati dari menyerahkan kedua-dua anaknya kepada lelaki gila ini. Namun bunyi tangisan dari bilik anaknya membuatkan Imran tersenyum. Pantas dia berjalan ke arah pintu yang menghubungkan bilik Zimam dan Ayyash. Pintu itu agak tersorok diantara almari baju dan meja solek.

“Kau orang jangan bergerak!” sergah Thiru melihatkan Firdaus dan Adriana yang mahu mendapatkan anak-anak mereka.

“Kenapa kau berdendam dengan kami?” tanya Adriana dengan berani. Pelik sebab papanya bukan peniaga yang suka menindas orang lain.

“Papa kau sebabkan bisnes keluarga aku lingkup! Nasib aku sama dengan Kamil itu yang aku ikut dia dulu. Si gila tu dah mati dan aku terpaksa lari dari penjara semata-mata nak balas dendam kau orang tahu tak?!” Thiru terus-terusan menghalakan picu pistol ke arah Adriana dengan mata yang memerah.

“Sekarang aku rasa kau orang boleh ucap selamat tinggal pada dunia!” Firdaus mengucap syahadah dan memeluk Adriana.

‘Bang!’ Tembakan Thiru mengena pada bahu kanan Firdaus. Muka Firdaus yang berkerut menahan kesakitan. Adriana yang ketakutan segera menekap bahu Firdaus dengan selimut. Tangisan Zimam dan Ayyash dari bilik sebelah membuatkan Adriana bertambah risau.

“Whoops. Silap pula. Mari kita cuba sekali lagi?” Sah Thiru ini pun sudah terikut-ikut gila seperti Kamil tapi Thiru boleh dikatakan lebih kejam. Mukanya langsung tak berubah ketika menembak malahan masih boleh tersenyum.

Thiru melepaskan lagi tembakan dan kali ini disasarkan pada bahu kiri Firdaus. Dari riak mukanya memang jelas Thiru mahu ‘bermain-main’ dengan mangsanya. Adriana hanya mampu menangis dan menekap kedua-dua bahu Firdaus.

“Kali ini aku akan tamatkan riwayat kau!” Firdaus segera menutup mata dan mengulang semula syahadahnya.

‘Bang!’ Thiru ditembak dari belakang oleh salah seorang anggota Azforce. Firdaus dan Adriana mengucap syukur. Thiru rebah dengan mata yang terbeliak dan mulut terngangga. Muka Thiru yang sangat mengerikan itu segera ditutup oleh anggota Azforce yang melepaskan tembakan tepat ke jantung Thiru.

“Cepat! Mereka dah ambil anak-anak kami.” Anggota Azforce itu mengangguk faham lantas memberi arahan melalui walkie-talkie kepada ahli yang lain. Adriana menunjukkan pintu yang menghubungkan bilik Zimam dan Ayyash.

“Jangan dekat! Aku bunuh budak berdua ni kalau korang dekat!” Imran yang sedang mendukung Zimam dan Ayyash mula menggugut apabila merasa tergugat.

“Imran lepaskan anak-anak aku!” Adriana menjerit apabila melihat Zimam dan Ayyash yang dikasari Imran.

“Malik waktu dia hidup tak pernah nak menyenangkan keluarga aku! Budak ni aku nak jual dan duit dari jual budak ni aku nak pakai bayar hutang tau!” jerit Imran yang terdesak.

“Kau nak berapa pun aku boleh bagi! Lepaskan anak-anak aku!” jerit Adriana lagi.

“Tipu! Aku tahu yang polis dah ada kat luar! Aku tak mahu masuk penjara! Aku rela mati dengan budak-budak ni dari masuk penjara!” Imran yang seperti sudah hilang akal mula membuka tingkap bilik.

“Nanti!” Jangan buat benda gila! Kami ada duit. Hutang kau boleh kami selesaikan. Jangan libatkan nyawa budak-budak yang tak bersalah!” Firdaus cuba menenangkan Imran yang seperti hilang arah.

“Aku kena keluar dari sini! Aku tak mahu masuk penjara!” Imran yang sudah hilang akal makin kelam kabut apabila Zimam dan Ayyash mula menangis.

“Diam! Aku bunuh korang nanti!”

‘Bang!’ Satu tembakan dilepaskan oleh seorang anggota Azforce ke betis Imran. Firdaus dan Adriana segera meluru mendapatkan Zimam dan Ayyash apabila Imran terjatuh lantas melepaskan kedua-dua anak mereka.

“Celaka! Aku akan ingat sampai mati!” Imran menjerit-jerit ketika ditahan oleh anggota-anggota Azforce yang lain dan diserahkan kepada pihak polis.

“Firdaus, Hanan kamu tak apa-apa?” Datuk Ilyas dan Datin Hafsyah segera mendapatkan anak dan menatu mereka. Tadi mereka diikat oleh seorang lagi rakan komplot Thiru dan Imran. Nasib baik mereka hanya digertak tetapi tidak diapa-apakan oleh penjahat itu.

“Pihak polis dah berjaya menahan Rini. Tak sangka dia dengan Imran tu terlibat dengan sindiket perjudian haram dan menjual bayi.” Datin Hafsyah bercerita. Nasib baik Syed Azfar segera bertindak sebaik sahaja mendapat maklumat dari pangkalan Azforce di Brunei. Ketika itu Rini sudah bersiap-sedia mahu melarikan diri.

“Eh Firdaus kamu cedera ni! Ya Allah teruknya! Abang cepat kita hantar ke hospital!” Firdaus yang terlupa akan kesakitannya kerana terlalu risaukan anak-anaknya tadi baru terasa pening-pening akibat kehilangan banyak darah. Zimam didalam dukungannya diambil oleh Datuk Ilyas. Firdaus segera dihantar ke hospital yang berdekatan untuk menerima rawatan.










“Hmm nampaknya kita kena cari rumah baru ni.” Datin Hafsyah segera mengalihkan pandangannya pada Datuk Ilyas. Pindah?

“Tak kisahlah abang oii. Pindah mana?” Datuk Ilyas tersenyum dengan reaksi isterinya.

“Kita balik kampung? Abang pun dah penat duduk bandar ni.”

“Kampung siapa?”

“La..kampung awaklah. Abang kan budak bandar,” Datin Hafsyah hanya tersenyum lebar. Akhirnya tercapai juga hasratnya yang mahu duduk di kampung. Tapi...

“Payahlah nanti nak jumpa anak cucu kalau pindah kampung. Lagipun bisnes abang disini.”

“Payah apa? Nak jumpa cucu, bila-bila pun boleh. Ada kereta, ada kapal terbang..apa susah? Bisnes abang tu Henry dengan Adriana boleh uruskan. Abang pun boleh pantau dari jauh. Awak ni nak ke tidak balik kampung?” soal Datuk Ilyas.

“Mestilah nak!”

“Okey nanti kita cari rumah.” Datuk Ilyas meneruskan pemanduan dengan muka selamba. Adriana dan Firdaus yang berada di tempat duduk belakang hanya menahan tawa. Boleh pula mereka berdua berbincang pasal perpindahan ketika dalam perjalanan ke hospital. Adriana berasa lega kerana Zimam dan Ayyash yang baru lepas menyusu menyambung kembali tidur mereka. Sekurang-kurangnya anak-anaknya tidak terjejas dengan situasi tadi.


****************************************************************************
Alhamdulillah. Maaf terlambat update..huhu banyak sangat benda yang nak disiapkan minggu ni. Okey macam biasa tak suka ka apa sila komen.

10 comments:

NADIA RIZAM said...

Wahhh!!! Ni baru best..tunggu lg next entry from akak....panjang plak akl si thiru tu...

Norlyana Nasrin said...

Alhamdulillah insyaAllah lepas ni akak buat cerpen yg ada kaitan dgn bestfriend akak.
(^-^)v

Anis Farhana said...

Eeee gila la depa ni. ikut suka hati ja nak amik anak orang utk bayaq hutang. tampaq baru tauu

eh tetiba emo hahaha

Norlyana Nasrin said...

Hehe xpa2..orang klu otak pk diri sndr ja x igt mati mmg lagu tu..igt seronok atas dunia smpi bab akhirat langsung lupa..
jap..adik ni bkn nk SPM ka? Good luck ye
(^-^)v

Anis Farhana said...

haah nak spm esokkkkkkk. haiyaaaaaa

saja bukak sini release stress kononnya ahaks :)))

terima kasih kak :)

Norlyana Nasrin said...

Release tension x? InsyaAllah buat yg terbaik ye dik
(^-^)v

NADIA RIZAM said...

Really...its amazing...da siap sedia mental utk seru akak nya next cerpen..

Norlyana Nasrin said...

Haha insyaAllah..tapi kne tggu sikit sbb akak akan bz dgn research project..sabar ye
(^-^)v

Aina_hanna said...

Ahah! Akak! First time baca trus jatuh hati...
Best sgtttt.. Tgah spm pon smpat myinggah..huhu.. Terbaik ah!

Norlyana Nasrin said...

@Aina_hanna: Alhamdulillah terima kasih dik...

Good luck ye (^-^)v