Kapitalis

Friday, November 14, 2014

Cerpen: Bercinta dengan Mamat Bangla (Part 2)

[kredit]  

“Abang Hanif okey?” soalku simpati. Macam manalah dia ni melintas?

“Oh Sabreena, alhamdulillah okey. Tadi abang nak kejar kawan abang. Maaflah ye.” Abang Hanif menepuk-nepuk seluarnya membuang debu jalanan yang melekat.


“Ehem! Apa nama? Abang Hanif? Tadi sikit lagi saya nak terlanggar abang. Kalau berlanggar naya je tahu tak?” Siti mencekak pinggang memarahi Abang Hanif aka mamat bangla yang nampak terkejut dengan Siti yang naik angin tiba-tiba.

“Maafkan abang ye dik? Hmm kereta adik ada terjejas apa-apa ke?”

“Tak ada tapi kalau saya terlanggar abang tadi, habislah usaha saya berbulan-bulan nak dapatkan lesen ni!” Okey aku dah faham kenapa Siti ini marah sangat. Dia pernah cerita yang dia gagal dua kali ujian memandu dan hampir nak berputus asa. Alhamdulillah percubaan ketiganya berjaya dan terus daddy dan mommy dia hadiahkan kereta untuk si biskut meri ni.

“Abang minta maaf sekali lagi sebab tak berhati-hati tadi. Apa nama adik ni?”

“Siti Maryam.”

“Siti Maryam, kalau ada apa-apa masalah pasal kereta ni boleh beritahu Sabreena. Abang selalu juga terjumpa Sabreena. Maaf ye? Abang kejar masa ni. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Tak ada apalah tadi saya geram je. Baik-baik melintas ye Abang Hanif? Saya tak mahu tengok muka abang terpampang dalam surat khabar esok.” Amboilah mulut kau Siti! Aku hanya mampu tersenyum dengan kerenah sahabatku ini. Mamat Bangla? Tersengih sahajalah dengan sindiran si biskut meri.









“Alhamdulillah bijak hang ni Sabreena. Kak bangga dengan pencapaian Sabreena. Tapi Sabreena kena ingat, SPM ini cuma permulaan sahaja. Tengok apa rezeki Sabreena lepaih ni dapat apa. Sabreena nak belajaq luaq ka dalam negara ja?” Kak Kamisah menepuk-nepuk bahuku. Majikan yang sangat mengambil berat tentangku dan sepanjang aku bekerja dengan Kak Kamisah, tak pernah pun aku dimarahi jika membuat sebarang kesalahan. Kak Kamisah akan menegur kesilapanku di dalam pejabat bukan dihadapan orang lain.

“Saya ada minta MARA dan JPA. Kalau ada rezeki saya nak belajar kat luar negara kak.” Sejujurnya aku memang mahu melanjutkan pelajaranku ke negara orang. Seronok bila mendengar cerita si biskut meri tentang kakak dan abangnya yang belajar di luar negara. Kos kehidupan memang mahal tapi aku dah rancang nak buat kerja sambilan sambil belajar. Siti pun menyokong cadanganku.

“Hmm baiklah. Buat sementara ni kamu nak gheja lagi atau nak rehat sementara tunggu tawaran?”

“Saya nak kerja lagi. Apa-apa pun saya nak kena simpan duit.” Kak Kamisah mengangguk faham. Tahu perangaiku yang tak suka terlalu bergantung dengan ibubapaku.

“Baguih la. Kak ni pun memang suka kalau Sabreena terus gheja sini. Tapi kalau nak ambil cuti uruskan hal-hal masuk belajaq jangan risau, bagitau ja.”

“Baiklah kak.”

“Hari ni kita main buat salji dengan budak-budak ni. Kak ada beli instant snow dari internet hari tu. Bolehlah depa buat main sebab bahan-bahan dia tak merbahaya untuk budak-budak. Kita yang tua ini pun punya seronok main. Kak dah test dengan anak kak dan Abang Hashim semalam. Anak kak dah bosan tapi kak dengan Abang Hashim hang dok main-main lagi dengan benda alah tu hahaha..” Serius Kak Kamisah dengan Abang Hashim memang pasangan suami isteri yang sangat sempoi. Nampak lebih kurang macam kawan-kawan tapi aura bahagia itu terpancar dimuka mereka.

“Makan pagi ni bihun dan tengah hari nasi ayam. Minum petang pula cekodok jagung. Ayaq kita buat pagi minum ayaq coklat, tengah hari dengan petang kak ingat buat teh dengan air anggur pun okey dah. Kak Fizah lambat hari ni, jadi Sabreena tolong hantar order tengah hari dengan petang ni kat Makcik Bee boleh?” Aku mengangguk faham. Makcik Bee adalah tukang masak khas untuk pusat jagaan kami. Kedainya cuma 100m dari pusat belah-belah dan selalunya Kak Fizah akan singgah dulu menghantar pesanan tiap-tiap pagi sebelum masuk kerja.

“Okey kak. Saya pergi sekarang.” Sementara budak-budak tak ramai ini baik aku segera lakukan tugasku.

“Okey. Jalan baik-baik na?” Aku memberi salam sebelum beredar.









“Assalamualaikum adik buat apa sini?” Waa jumpa lagi mamat bangla ini. Ditangannya ada beberapa bungkusan makan. Ohoi nak berniaga dalam pejabat ke?

“Waalaikumussalam. Nak hantar pesanan daycare. Abang Hanif buat apa pula?” soalan paling tak berapa nak cerdik. Takkanlah mamat bangla ni basuh baju? Dah terang-terang dia datang beli makanan!

“Oh abang beli nasi lemak dengan kuih sikit. Ada mesyuarat kat pejabat tu jadi bos abang minta abang belikan makanan,” balasnya dengan senyuman manis. Hehehe Remy Ishak muncul kembali~

“Okeylah Abang Hanif. Saya nak kena cepat ni. Assalamualaikum.” Aku segera menyampaikan pesanan kepada Makcik Bee.

“Jalan sekalilah.” Aku yang serba salah mahu menolak hanya mendiamkan diri.

“Macam mana result SPM?” soalnya memulakan perbualan. Mungkin bosan dek kebisuanku.

“Alhamdulillah okey.”

“Alhamdulillah. Lepas ni payahlah nak jumpa adik lagi.” Eh? Apahal pula dia ni?

“Abang pun ada adik yang ambil SPM. Alhamdulillah dia punya keputusan boleh pergi. Abang doakan adik berjaya ye. Okey dah sampai pun. InsyaAllah ada umur kita jumpa lagi.”

“O..oh terima kasih Abang Hanif.” Aku memerhatikan kelibat mamat bangla itu sehinggalah hilang dari pandangan mata. Okey dan apasal kau rasa sedih pula ni Sabreena?









10 tahun kemudian..

Wajah pelajar yang sedang berdiri dihadapanku kupandang dengan muka selamba. Alahai anak orang kaya yang tipikal. Clichè bebenor...

“Boleh terangkan kepada saya macam mana jawapan assignment awak sebiji bulat-bulat macam  jawapan Hazim?” soalku dengan nada yang dikawal. Kini aku bertugas sebagai pensyarah di sebuah institut pengajian tinggi awam tempatan. Zaman menuntut ilmu sudah berakhir dan kini aku mahu menyampaikan ilmu yang telah aku pelajari.

Well mesti Hazim tiru saya.” Mak aih! Dengan muka tak bersalah tambah selamba dia menjawab. Hazim memang terkenal dengan akalnya yang bijak tapi aku juga tahu yang dia sering dibuli kerana susuk tubuhnya yang kecil dan umurnya yang muda dua tahun dari pelajar-pelajar disini. Allah macam manalah aku nak ‘luruskan’ anak orang kaya depan aku sekarang ni!

“Iskandar Al-Faqih! Disebabkan kamu terlalu bijak bestari, maka saya mahu kamu siapkan tutorial ini dalam masa satu jam. Oh tak payah balik bilik, buat depan saya sekarang juga!” kerahku yang sudah mula menyinga. Berani nak tipu-tipu sangat. Apa-apa pun aku buat semua ini untuk masa depan dia juga.

“Dr. Sabreena..”

“Tak payah nak tayang muka seposen awak depan saya. Buat sekarang atau saya gagalkan awak!” Kertas tutorial aku hulurkan tanpa riak di wajah. Mengalah juga anak orang kaya itu apabila aku mengugut untuk gagalkan dia.

“Nah dah siap!” Amboi hang! Kurang ajaq! Kertas tutorial diluncurkan atas meja aku. Woohoo ikutkan panas hati aku mahu sahaja aku tempeleng budak ni! Betul-betul sejam dia buat tutorial yang aku rasa kalau dengan standard jawapan dalam kertas kerja dia bagi itu dalam 15 minit boleh siap.

“Relaks dulu Iskandar. Mailah kita check jawapan betul ka tidak hang buat ni.” Haa pucat muka bila aku dah keluar nada sinis aku. Dia yang berura-ura nak keluar dari bilik aku terhenti dan menarik kerusi dihadapanku setelah aku memberi isyarat mata.

“Whoops nampaknya satu sahaja soalan yang betul. Macam mana ni Iskandar?” Mukanya sudah mula pucat lesi.

“Iskandar, saya tahu awak meniru Hazim. Saya beri peluang untuk awak jelaskan pada saya tapi awak sia-siakan peluang awak tadi. Bila saya uji awak dengan soalan tutorial yang lebih kurang sahaja dengan tugasan yang saya berikan hari itu awak tak boleh jawab dan masih ego nak mengaku silap. Iskandar, mungkin awak anggap saya hanya membebel tapi ingatlah awak tak boleh berterus-terusan dengan sikap macam ni. Saya tahu awak bijak dan boleh pergi jauh kalau tak awak takkan dapat masuk U ini. Plagarism atau meniru memang satu kesalahan yang amat berat. Apa perasaan awak apabila sesuatu yang awak hasilkan dari mula sampai akhir senang-seang sahaja diambil oleh orang lain? Mesti marah kan?” Iskandar yang sudah menunduk hanya mengangguk.

“Saya nasihatkan awak sebab saya lihat awak sebagai pemimpin masa depan. InsyaAllah saya yakin jika awak berusaha, awak akan jadi manusia yang terbaik. Dalam masa yang sama jangan lupa agama. Awak faham maksud saya? Jika awak ada masalah, awak boleh datang jumpa saya. Kalau datang nak borak-borak macam kawan-kawan biasa pun boleh.” Terus dia mengangkat muka dan aku lihat matanya bercahaya.

“Betul ni doktor?”

“Betul. Nak datang dengan kawan-kawan lain pun boleh.”

“Tak sangka doktor sanggup nak luangkan masa dengan saya. Selama ini semua orang pandang saya macam anak orang kaya yang dok perabih duit mak bapak tanpa pedulikan perasaan saya. Perempuan-perempuan pula asal nampak saya, depa macam nampak mesin ATM bergerak. Saya mengaku saya tiru dan buli Hazim sebab saya cemburukan dia. Dia muda lagi tapi dia tahu apa yang dia nak dan otak dia memang bergeliga. Saya minta maaf doktor sebab tipu dan berlagak depan doktor,” tutur Iskandar dengan nada yang mengendur. Hilang dah imej anak orang kaya clichè dia tu.

“Tak apa aih manusia mana yang tak buat silap? Relaks okey?” Dia mengangguk laju. Alhamdulillah selesai satu masalah.

“Ini saya nak minta awak kawan baik dengan Hazim tu. Dia nampak aje macam tabah tapi dia sebenarnya sunyi dan perlukan sokongan ramai. Kurang-kurang awak dapat belajar dengan dia.”

“Lain sangatlah tang ‘sunyi’ tu doktor.” Dia dah mula menunjukkan muka geli. Ahaha sengal punya budak!

“Bukanlah saya nak suruh awak ‘Brokeback Mountain’ dengan dia tapi jadilah sahabat baik dia. InsyaAllah ada untung dunia akhirat sebab Hazim tu kaki pi masjid juga.” Iskandar terus menghambur tawanya sehingga berair matanya. Lawak sangat ka?

“Hahaha doktor ni memang lawaklah! InsyaAllah saya jadi kawan dia. Ni nak tanya soalan peribadi sikit boleh doktor?” La dah jadi wartawan Melodi pula budak ni!

“Awat?”

“Awat doktor tak kahwin-kahwin lagi? Saya tengok ramai ja staff dengan lecturer lain yang macam minat kat doktor. Doktor memilih sangat ka?”

“Choih! Hang ni la...mentang-mentang saya bagi muka! Okeylah bukan saya memilih tapi saya anggap jodoh saya tak sampai lagi. Ajal maut, jodoh dan rezeki itukan ditangan Allah? Saya redha je.” Jawapan biasa aku beri kepada yang dok bertanya pasal bila aku nak kahwin. Aduilah...

“Nak saya kenalkan tak doktor? Saya ni kira terer dalam networking. Just tell me your preferences and I’ll try to look it out for you. Boleh?” Allah suci bebenor hati kamulah Iskandar oii! Dari anak orang kaya clichè bertukar 180° ke mamat kepoh nak minta penyepak.

“Tak apalah Iskandar. Cukuplah mak ayah dengan saudara mara saya yang dah jadi macam agen cari jodoh. Penat oo. Woot awak ni tak mahu pi solat Jumaat ka? Dah pi balik mandi ka apa lepas tu pi solat Jumaat!” Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari.


“Doktor ni lupa ka apa? Masjid dalam U kita ni ja pun. Pi awal-awal nak bentang sejadah ka apa? Yelah saya pi balik mandi dulu. Lain kali kita borak lagi na? Assalamualaikum doktor comel!” Aku hanya mampu ketawa dengan gelagat anak muridku ini. Hahaha macam-macam perangai...

********************************************************************************
Alhamdulillah siap juga. Maaf antibodi tak kuat maka asyik sakit ja..minta maaflah sebab lambat update. Macam biasa tak suka ka apa sila komen.
(^-^)v

Hanif
Sabreena

6 comments:

Suha Fasihah said...

Wahhh sekejapnya masa berlalu... Cpt2 jumpa dgn mamat bangla tu semula okeh... Hehe

Odaijini~ *kalau tak silaplah.. Dah lama tinggal bahasa jepun.. Hoho

Norlyana Nasrin said...

Hehe..bakal berjumpa huhu..

Arigato Suha-chan!
(^-^)v

rozita kadiman said...

hehe dah sambung. mcm tak sabaq nak tunggu next chapater. Takleh tahan tengok gambar skema Remy ishak (mat bangla) sebiji mcm bangla habis. hehe...

Norlyana Nasrin said...

Haha saja ja saya ambik yg rambut belah tengah + baju kotak2..hehe sabaq na..insyaAllah nnt saya sambung lg..la ni blk rumah nenek x blk laptop..

Anonymous said...

Lawak btul muke remy ishak dlm gmbr tu..btul2 bangla..btw best cerpen ni..

Norlyana Nasrin said...

Pfftt mmg gigih cari gmbr yang penuh dengan ke'bangla'an untuk Remy Ishak ni hehehe~