Kapitalis

Friday, October 24, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 47

[kredit]  

Firdaus mendekati Adriana yang sedang melayan kedua-dua anak lelakinya. Istana pasir yang tiada rupa dipandang sayu. Bagaimanakah penerimaan isterinya dengan berita yang ingin disampaikan? Argh! Buntu!


“Sayang,” Firdaus menggapai tangan Adriana yang masih dirasuk semangat membina istana. Zimam dan Ayyash turut sama bermain pasir dengan mama mereka. Sememangnya Firdaus dan Adriana tidak melarang anak-anaknya bermain dengan pasir kerana dari sentuhan, otak kanak-kanak cepat terangsang dan mengingati struktur.

“Abang tengok belah sana. Zimam dengan Ayyash punya kerjalah tu. Ana dah buat elok tadi boleh pula diorang buat sand-diving! Dengki!” Adriana memuncungkan mulutnya tapi tak lama kerana seronok melihat Zimam yang berusaha mengejar anak ketam. Ayyash seperti biasa hanya mengikut abangnya.

“Abang nak cakap apa tadi?” Firdaus hanya menggelengkan kepala. Serasanya sekarang bukan masa yang sesuai untuk memberitahu berita buruk itu kepada isterinya. Hatinya dipagut sayu melihat keakraban kedua-dua anaknya.

“Jomlah masuk, dah nak Maghrib dah ni.” Firdaus bingkas bangun sebelum membantu isterinya untuk berdiri. Zimam dan Ayyash didukungnya untuk masuk ke dalam bilik penginapan. Adriana hanya mengikut Firdaus dari belakang. Entah macam mana Adriana tersilap langkah lalu terjatuh.

“Macam mana boleh terjatuh?! Jalan elok-elok sikit! Nasib baik budak-budak dengan abang.” Zapp! Kesot hati Adriana apabila dimarah Firdaus yang tiba-tiba naik angin. Lambat-lambat dia bangun tanpa dibantu Firdaus yang sudah masuk ke dalam bilik penginapan.








Mood Firdaus memang betul-betul teruk. Zimam dan Ayyash pun tidak dilayan apatah lagi Adriana. Pagi itu, selepas solat Subuh Firdaus sudah menghilangkan diri meninggalkan Adriana dan anak-anak di hotel. Pulang pun selepas pukul 10 dengan sarapan yang dibeli entah dari warung mana padahal Adriana dan anak-anak sudah bersarapan di hotel. Zimam dan Ayyash mana boleh sarapan lambat? Mahu masuk angin perut kedua-dua anaknya. Bila Adriana tak dapat menghabiskan sarapan, Firdaus marah-marah dan mengatakan dia anak orang kaya yang suka membazir. Serius sentap!

“Abang saya nak cakap sikit.” Mood garang Adriana mula menjelma setelah sakit hati dengan perangai minta penyepak Firdaus seharian ini. Firdaus yang dapat mengesan ketegangan dari suara Adriana hanya mendiamkan diri.

“Kenapa dengan abang ni? Apa masalah sampai buat saya rasa nak campak abang bagi makan kat ikan jerung tengah laut tu?” Ambik! Muka Adriana yang tegang dipandang sayu oleh Firdaus. Firdaus menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghembus perlahan. Mencari kekuatan untuk menceritakan hal yang sebenarnya kepada isteri tercinta.

“Abang minta maaf kalau Ana terasa dengan perangai abang. Mari duduk dekat abang?” Firdaus menarik Adriana untuk duduk diribaannya. Mungkin lebih senang untuk terangkan dalam keadaan begini.

“Sayang, yang sebenarnya abang rasa runsing dan fikiran abang bercelaru. Semalam mama telefon...”

“Mama telefon kenapa? Papa sakit ke abang?” Adriana yang tidak sedap hati memotong percakapan Firdaus.

“Tak sayang. Abang tak tahu nak cakap macam mana dengan sayang pasal hal ni.” Firdaus terhenti seketika lalu mengelus lembut pipi Adriana.

“Cakaplah, Ana nak tahu.” Adriana menyentuh tangan Firdaus. Dia betul-betul mahu mengetahui punca kedinginan suaminya.

“Mama beritahu abang yang ada ahli keluarga Malik yang datang nak menuntut Zimam. Abang susah hati sebab kita berdua sayangkan Zimam sama macam kita sayangkan Ayyash.” Adriana yang sudah mula bergenang air mata memandang wajah Firdaus untuk meminta kepastian. Ingin sangat dia menganggap yang suaminya hanya bergurau kasar dengannya. Mana mungkin dia serahkan anak yang dijaga seperti anak sendiri kepada orang lain?

“Abang risau macam mana dengan reaksi Ana sebab abang sendiri pun fikiran dah berkecamuk. Abang minta maaf ye sayang?” Firdaus mendakap tubuh Adriana yang masih kaku dengan air mata yang mengalir laju dipipinya. Ya Allah tabahkanlah hati kami..

“Bila diorang nak ambil Zimam?” soalan Adriana membuatkan Firdaus tersentak. Kurang dari 30 saat emosi isterinya sudah berubah dan bertukar menjadi dingin.

“Papa sedang jalankan siasatan untuk memastikan yang mereka bukan menyamar.”

“Baiklah. Ana nak tidur.” Adriana bangun dari ribaan Firdaus dan terus menuju ke katil bagaikan tiada apa yang berlaku. Tahulah Firdaus yang Adriana sedang mengalami tekanan yang besar lantas menukar personaliti kepada Sang Ratu Ais yang dinginnya sedingin salju.









Percutian di Langkawi ditamatkan begitu sahaja memandangkan baik Firdaus mahupun Adriana masing-masing sudah tiada hati untuk bercuti lagi. Pulang sahaja ke Kuala Lumpur, kediaman Datuk Ilyas dan Datin Hafsyah terus dituju.

“Eh bukan balik lagi tiga hari ke?” soal Datin Hafsyah yang menyambut kedatangan mereka. Wajah sugul Firdaus dan Adriana dipandang satu demi satu. Memang sah mental breakdown dua-dua sekali!

“Tak apa la mama. Macam mana dengan hasil siasatan papa?” Firdaus yang baru melabuhkan punggung terus mengajukan soalan kepada Datin Hafsyah. Adriana turut mengambil tempat disebelahnya. Zimam dan Ayyash, kedua-duanya sudah ditidurkan di dalam babys’ crib mereka.

“Mereka memang ahli keluarga Malik. Kata mereka, mereka tak ada pun masa Malik minta tolong sebab masa itu mereka di Brunei. Balik-balik mereka dengar berita yang Malik dah meninggal dan tinggalkan seorang anak lelaki tu yang diorang tuntut balik.”

“Boleh percaya ke? Ada check dengan imigresen? Kedutaan Brunei? Kenapa diorang nak ambil Zimam? Anak sendiri tak ada ke? Malik dah amanahkan Zimam kat Ana!” Adriana yang tiba-tiba tak boleh mengawal emosi mengejutkan semua disitu. Tak sangka begini berat tekanan yang dihadapi oleh Adriana Hanan yang terkenal dengan kedinginannya.

“Sayang, we’ll discuss this with them later. It’s not like we’re going to give away Zimam just like that.” Firdaus memeluk bahu Adriana untuk menenangkan isterinya itu. Adriana menggapai segelas air putih dan meneguk setelah membaca basmallah.

“Whatever it is I smell something fishy with taking Zimam back thinggy. Why must they take Zimam with them if they already knew that Zimam is perfectly fine with us?” Firdaus hanya mampu tersenyum dengan kata-kata Adriana yang tidak puas hati. Macam mana pun Zimam masih ada ahli keluarganya yang lain.

“Jangan risau Hanan. Pandailah papa kamu tu siasat. InsyaAllah esok mama jemput mereka datang sini. Masa tu kamu boleh tanya mereka apa-apa yang kamu nak tanya.” Adriana memeluk tubuhnya sebelum bersandar pada dada bidang Firdaus. Serius kepalanya bagaikan mahu meletup memikirkan kemungkinan hari-hari yang mendatang tanpa Zimam.









Adriana hanya memerhatikan telatah Zimam dan Ayyash yang seronok bermain di halaman rumah mereka. Firdaus siap membinakan rumah kayu mainan untuk anak-anak mereka dihalaman itu. Sedang Adriana leka memerhatikan kedua-dua anaknya telefon pintarnya berbunyi. Lihat sahaja nama yang tertera sudah membibitkan senyum di wajah Adriana.

“Assalamualaikum mama! Mama sihat?” Suara ceria Suha ditalian menyingkirkan sedikit perasaan sedih yang beraja dihatinya sekarang.

“Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Suha?”

“Alhamdulillah sihat juga. Suha nak datang jumpa mama boleh? Papa cakap kena call beritahu baru dia hantar.” Adriana ketawa teringatkan gelagat Syed Azfar yang masih kekok untuk membawa Suha berjumpa dengannya.

“Boleh datanglah. Suha pun dah lama tak jumpa adik Zimam dengan Ayyash kan?”

“Haah Suha rindu kat diorang. Fatehah pun dah lama Suha tak jumpa.” Adriana menamatkan talian setelah lima minit berbual dengan Suha. Sejak sudah mula bersekolah, agak jarang dia dapat berjumpa dengan anak Syed Azfar itu. Anak-anak Rayyan dan Sufi juga ‘sibuk’ dengan jadual aktiviti yang diatur oleh ibubapa mereka. Ibubapa mana yang tak mahu anak mereka menjadi manusia yang berjaya?

“Abang, Suha nak datang petang ni.” Firdaus yang sedang menikmati minum petang sambil menyuap Zimam dan Ayyash hanya mengangguk.

“Azfar datang sekali tak? Mungkin kita boleh minta Azfar buat siasatan lanjutan pasal saudara Malik tu. Abang ada tanya papa pasal tu dan dia kata maklumat pasal saudara Malik ni macam senang sangat nak dapat. Abang pun rasa curiga sikit pasal diorang.” Adriana segera mendapatkan Firdaus. Matanya membulat apabila mendengar tentang ‘kecurigaan’ suaminya.

“Apa-apa pun esok kita jumpa dan evaluate. Kalau ada rasa tak sedap hati, kita buat minta tolong Azfar,” sambung Firdaus lalu menghirup air teh yang disediakan oleh isterinya. Adriana segera mengangguk. Bukan dia mahu berburuk sangka tapi untuk keselamatan Zimam dan hatinya yang masih tak dapat menerima hakikat membuatkan dia lebih berhati-hati.










Wajah pasangan suami isteri dihadapannya dipandang tanpa perasaan. Mahu serba-salah juga pasangan tersebut apabila bertentangan mata dengan Adriana Hanan aka Ice Queen. Firdaus yang duduk disebelah Adriana hanya menayangkan senyuman.

“Saya Imran dan ini isteri saya Rini. Tujuan kami datang ini adalah nak mengambil Zimam.” Adriana mencerlung ke arah Imran yang seperti tak sabar-sabar nak ambil Zimam dari dia.

“Encik Imran kerja dimana sekarang?” soal Firdaus yang masih kekal dengan muka sentiasa senyumnya.

“Saya dan isteri menetap di Brunei. Kami di Malaysia ini pun tak lama itu yang nak cepat ambil Zimam untuk dibawa pulang ke Brunei. Urusan dengan imigresen semua kami dah uruskan.”

“Cepat betul? Ada orang dalam ke?” Adriana cuba serkap jarang. Mana mungkin urusan imigresen untuk membawa bayi keluar dari Malaysia dilakukan kurang dari seminggu.

“Kami dah uruskan sebelum sampai sini lagi. Tahu sahaja Malik ada tinggal anak disini, kami terus berhubung dengan imigresen untuk bertanyakan prosedur sebab kami memang nak jaga anak dia. Biar darah daging sendiri yang menjaganya bukan orang luar!” Serius Adriana sentap dengan kata-kata Rini. Apakah tak cukup kasih sayang yang tumpah untuk Zimam darinya? Zimam boleh mati ke kalau duduk dengan dia?

“Maaf kata-kata awak agak kasar. Zimam menyusu dengan isteri saya dan kiranya dia dah jadi darah daging kami. Kamu berdua tak ada anak lain ke?” Firdaus mengapai tangan Adriana untuk memberikan kekuatan kepada isterinya.

“Kami tak ada anaklah menjadi sebab utama kami nak jaga Zimam! Kami berhak ke atas Zimam!” bentak Imran tiba-tiba. Entah apa yang merasuk lelaki ini sehingga tiba-tiba menengking Firdaus dan Adriana. Datuk Ilyas yang pada mulanya mahu memberi ruang mula mendekati mereka.

“Kenapa ni Encik Imran? Zimam kami layan baik sejak arwah masih ada lagi. Arwah Malik dah amanahkan kepada anak dan menantu saya untuk menjaga Zimam. Kedatangan kamu berdua untuk menuntut Zimam memang memberi tamparan hebat pada mereka berdua dan bersyukurlah sebab kami masih mahu berbincang padahal jika ikutkan wasiat Malik, kami memang berhak ke atas Zimam.”

“Masalahnya sekarang, masa tu Malik ingat dirinya dah terbuang sampai lupakan kami yang masih ada lagi. Kalau dia tahu ada darah daging dia yang masih sanggup terima dia, mahu ke dia bagi Zimam kepada kamu?” soalan yang hanya boleh dijawab oleh arwah Malik masakan mereka tahu jawapannya? Adriana terkedu dan terus menangis. Jiwanya kacau dan dia betul-betul tidak dapat menahan kesedihannya lagi.

“Saya sayangkan Zimam dan saya tak pernah bezakan antara dia dan Ayyash. Ayyash pun rapat dengan Zimam. Saya tak sanggup nak memikirkan yang kami akan terpaksa berpisah dengan Zimam. Dia anak saya.” Adriana terus menghamburkan tangis. Kali ini dia sudah tak dapat menjadi Ratu Ais lagi. Perasaan kehilangan betul-betul mencengkam jiwanya.

“Hakikatnya Zimam bukan! Cik, kena faham. Tak ada Zimam, cik ada Ayyash tapi kami? Lagipun kami ini ahli keluarga arwah bukan orang lain untuk Zimam!” Bagaikan tak berperasaan Rini menuturkan kata-katanya tadi.

“Kalau boleh kami nak bawa balik Zimam hari ini. Esok kami akan berlepas pulang ke Brunei. Maaflah masa kami sangat suntuk untuk segala drama ni.” Kata-kata Imram membuatkan Adriana tersentak lagi. Takkan cepat sangat?

“Tapi..”

“Maaf Datuk Ilyas. Kami memang nak bawa balik Zimam hari ini juga. Kalau ada umur, silalah melawat Zimam di Brunei nanti. Ini alamat dan nombor telefon kami.” Imram menyerahkan seheai kertas kepada Datuk Ilyas. Rini yang bagaikan sudah tak sabar segera menuju ke baby’s crib Zimam.

“Nanti dulu. Kalau boleh sila beri masa untuk anak dan menantu saya untuk bersama Zimam semalam lagi. Saya harap Imran dan Rini boleh tunaikan permintaan kecil saya ni.” Datuk Ilyas yang kasihan akan keadaan Adriana yang nampak sangat tidak stabil segera meminta penangguhan.

“Esok pagi kami akan hantar Zimam ke airport. Jika tak percaya, kamu berdua boleh datang sini dahulu sebelum ke airport.” Datin Hafsyah yang hanya mendiamkan diri mula bersuara. Dari tadi dia mengikut nasihat suaminya untuk berdiam diri dan memerhatikan gerak-geri pasangan suami isteri itu.

“Baiklah. Kami akan ke sini esok pagi. Pastikan esok tak bertangguh lagi. Kami pulang dulu.” Imran segera menarik tangan Rini keluar dari kediaman Datuk Ilyas.

“Firdaus! Bagi alamat dan nombor telefon ni pada Azfar dan suruh dia buat siasatan. Papa rasa pelik dengan mereka berdua tu.” Datuk Ilyas segera menghulurkan kertas yang diberi oleh Imran tadi kepada Firdaus.

“Papa dah suruh orang ikut mereka berdua. Mereka berdua sangat mencurigakan sebab dalam beberapa hari dalam Malaysia ni mahu tiga kali bertukar hotel.”

“Mereka orang jahat ke papa?”

“Tak tahu. Apa-apa pun kita mesti berhati-hati.”Datuk Ilyas menggenggam tangan Adriana yang masih berada didalam keadaan terkejut. Zimam adalah amanah Malik untuk keluarganya. Mana mungkin begitu senang dia mahu lepaskan si kecil itu?


****************************************************************************
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga update IRA yang asyik tertangguh disebabkan penulis yang senang sangat distracted! Muahaha nasib kome le...okay macam biasa tak suka ka apa sila komen~
(^-^)v

11 comments:

NADIA RIZAM said...

Best....saya plak yg sedih ni kak...bayang kan situation tu..huhu....cant wait utk sambung IRA..♥♥

Norlyana Nasrin said...

@Nadia Rizam: Alhamdulillah..perasaan dia sama macam kita nak beri anak kita sendiri kat orang lain...insyaAllah nnt akak update lagi ye? Tunggu~

sophea armelya said...

Best sangat sangat. Nak lagiiiii. Cant waittt.

Norlyana Nasrin said...

@sophea armelya: Alhamdulillah..insyaAllah saya try update secepat mungkin ye?

(^-^)v

NADIA RIZAM said...

Tu la kak....patah jiwa kita kalau bg ank sendiri kat org lain...lg2 org mcm imran dgn rini tu..huhu...

Norlyana Nasrin said...

@Nadia Rizam: Bagi dekat Imran dgn Rini tu mcm dh x boleh nk ambil blk je huhu~payah2~

(^-^)v

NADIA RIZAM said...

Tu la kak...kalau da bg..agk nya nak tengok pon da x bole...harap2 azfar dpt tau sape dorang sbenarnya...huhu

Norlyana Nasrin said...

@Nadia Rizam: Hehehe nantikan sambungannya~keskeskes

(^-^)v

Cik Shira said...

Kelmarin dengan harini saya godek akak pnya blog utk baca smua bab novel niii. Tak sabar nak baca smbungannyaa. Bessttt

NADIA RIZAM said...

Sama jgk....free je bkk blog akk..

Norlyana Nasrin said...

@Cik Shira: Alhamdulillah terima kasih..
InsyaAllah saya sedang berusaha untuk update..byk sgt bnd nk settle minggu ni ufufufufu~

@Nadia Rizam: Huhu bertabahlah dik hehe..

(^-^)v