Kapitalis

Saturday, September 27, 2014

Cerpen : Oh Ustaz? Yes Tuan! (Part 13)

[kredit


One bedroom suite yang ditempah oleh papa memang cantik dan selesa. Barang-barang kami diangkat oleh bellboy hotel yang ramah dan macam biasa, acik ustaz itu sempat bertaaruf dengan budak lelaki itu. Kebetulan bellboy yang bernama Ranjeet itu berasal dari Malaysia dan kini sedang menuntut di sebuah universiti di sini disamping bekerja separuh masa untuk membiayai kos hidup di negara orang. Setelah beberapa minit berbual , Ranjeet meminta diri dan sempat pula mencadangkan tempat-tempat menarik yang hanya diketahui oleh penduduk tempatan untuk kami lawati.

“Luas bilik ni.” Ustaz Elyas membantuku mengeluarkan dan menyusun pakaian dari bagasi. Sudah menjadi tabiatku untuk terus mengeluarkan pakaian dan menyusunnya didalam almari sebaik sahaja tiba dimana-mana tempat yang aku lawati. Bagasi yang kosong pula akan disusun ditepi almari.

“Abang nak minum tak? Tadi Risa ada bagi kopi, teh, gula dan serbuk coklat. Abang nak air apa?” soalku setelah siap berkemas.

“Boleh juga. Mar buatkan teh tapi tak mahu letak gula ye?” katanya dengan senyuman manis. Ohoi acik ustaz ini mengamalkan saranan KKM! Hehehe....dengan langkah sederhana, aku ke dapur untuk menjerang air. Jeranglah sangat padahal masukkan air dan tekan butang heat je kat pemanas air yang tersedia ada didalam bilik ini. Tak sampai lima minit aku dah kembali ke kamar peraduan kami. Aku menyertai acik ustaz itu yang sedang meniarap sambil melihat gambar-gambar yang kami ambil pagi tadi. Dengan selamba aku membaringkan diri diatas badan acik ustaz itu. Hahaha sengaja nak menggedik.

“Berat tak?” soalku sambil bermain-main dengan telinganya.

“Tak pun. Nanti abang cuci gambar-gambar ni. Tak seronok kalau simpan aje dalam komputer.” Aku memeluk bahunya dari belakang. Gambar-gambar diambil sendiri dan ada juga dengan meminta bantuan pemandu bot, pelancong lain yang sempat bertaaruf dengan acik ustaz itu dan mereka-mereka yang menawarkan diri untuk mengambil gambar kami. Silap aku juga yang terlupa membawa tripod walaupun sudah dipesan oleh Marissa.

“Kalau boleh tak payah nak upload dalam media sosial.” Tersentak sekejap aku yang baru ingat nak tukar gambar profil aku di media sosial dengan gambar baru aku dengan acik ustaz itu.

“Eeehhh? Why?!” soalku dengan mulut memuncung.

“Untuk mengelakkan riak dan ujub. Bayangkan kalau Mar upload dan ramai kawan-kawan Mar puji mesti Mar rasa bangga kan? Secara tak sengaja ia akan membuatkan Mar berasa diri hebat dan perasaan riak dan ujub akan mula timbul dengan campur tangan iblis laknatullah.”

“Kalau Mar tak rasa riak macam mana?” soalku penuh rasa ingin tahu. Ustaz Elyas menoleh ke arahku sambil tersenyum.

“Sayang, kalau boleh kita elak. Kalau Mar tak riak pun, dunia sekarang ni ramai manusia yang dah tak berapa nak betul. Buatnya dia manipulasikan gambar Mar macam mana? Abang jugalah yang kena kerja lebih masa pergi cari orang jahat tu.” Dalam gurauan ada nasihat tegas acik ustaz itu tapi ini Maritza Zaharah yang payah sikit nak beralah.

“Ala...Mar nak letak gambar dengan abang kat profile picture Mar. Bolehlaaaaa...” pujukku dengan kucupan bertalu-talu dipipi acik ustaz dengan harapan dia bagilah..

“Boleh letak gambar penuh abang tapi gambar Mar sekerat.” Blur terus aku dengan cadangan acik ustaz.

“Kenapa?”

“Saja.”

“Abaaaanngggggg....” rengekku kalah budak manja entah mana entah. Dah pandai menggedik dengan suami kamu ni Maritza!

“Kalau gambar Mar sekerat atau tak nampak sangat, payahlah orang nak manipulasi. Ada faham?” katanya lalu dia membalikkan badannya dengan pantas. Kini dia pula yang diatasku.

“Sayang cantik sangat dan abang ni kedekut nak share kecantikan isteri abang dengan orang lain. Jadi yang cantik tu biar abang je yang tahu. Mar kalau nak letak sangat, ikut nasihat abang dan biar abang aje yang pilih gambar okey?” Dah dalam situasi macam ini mengarutlah kalau aku nak melawan lagi maka aku mengangguk sahajalah.

“Bagus. Sayang isteri abang.” Aku memejamkan mata apabila wajah acik ustaz itu mula menghampiri dan kami secara rasminya memulakan bulan madu di bumi London.










“Kakak! Kat situ ada tempat!” Hilang terus keanggunan Marissa apabila dok sibuk berlari nak dapat tempat di restauran makanan laut berdekatan dengan sungai Thames. Menggeleng kepala acik ustaz dengan perangai tak semengah mana adikku itu.

“Kat sini selalu penuh jadi dapat tempat tu kira nasib baik sungguhlah.” Marissa melepaskan lelah sambil meneguk air suam yang diberikan oleh pelayan restauran.

“Rezeki kita Risa.” Ambik hang kena tegur dengan acik ustaz! Marissa hanya tersenyum-senyum lalu menghabiskan airnya.

“Sayang dengan Risa nak makan apa? Biar abang pergi order.” Tawaran acik ustaz itu membuatkan mata kami bersinar-sinar. Memang kami dua beradik hantu makanan laut dan segala jenis makanan laut kami sebut. Akhirnya acik ustaz itu mengalah dan mengatakan yang dia akan memborong satu kedai untuk kami. Hehehehe....

“Kakak jangan lupa tau pakai benda yang Risa bagi siang tadi. Kakak ada makan supplement tak?” Ya Allah budak ini kalau tak sentuh pasal benda-benda macam tu boleh tak?

“Risa, kakak rasakan baik Risa kahwin je. Nak kakak kenenkan orang kat Risa tak?” Entah apasal bayangan wajah Abang Qa’id terpancar dikepalaku sekarang. Hehehe...

Hello! This is Marissa da vogue okay! No need to ‘kenen-kenen’ me to anybody. “ Muka berlagaknya ditunjukkan kepadaku. Ek eleh poyo gila budak ni! Tapi memang tak boleh disangkal yang budak ini ada tarikannya yang tersendiri. Masa majlis aku hari itu pun ramai yang bertanyakan tentang Marissa pada mama tapi mama tak bagi sebab Marissa belum tamat pengajian.

“Habis tu nak sangat anak saudara cepat-cepat baik Risa sendiri yang kahwin. Usaha dengan suami Risa baru tau!” Merah padam terus wajah adikku dengan kenyataan sengalku.Hahaha nasib kaulah dapat kakak macam aku. Tapi dia pun lebih kurang...

“Ala kak...kakaklah usaha dengan Abang El sebab kakak dah kahwin. Risa nak kena habiskan dulu belajar ni baru boleh fikir pasal kahwin.”

“Pula...eh kalau nak kahwin waktu belajar ni pun boleh okey? Risa pun ada kawan yang dah kahwin kan?” balasku sambil menjungkit kening. Tunjuk lagak sikit dengan budak poyo ni.

“Risa...Risa sebenarnya takutlah kak.” Haa...apasal pula?

“Komitmen tu yang buat Risa takut. Dosa pahala dengan suami lagi. Risa ni dahlah mulut cakap ikut suka lepas tu perangai pun kalah kanak-kanak riang. Macam mana nak kahwin?” Senyuman kuukir dan dengan perlahan tangan Marissa aku gapai.

“Risa, memang lepas kahwin kita ada banyak tanggungjawab tapi sebelum kahwin inilah kita cuba menjadi manusia yang lebih baik supaya insyaAllah bahtera perkahwinan berjalan lancar. Setiap orang lain rezekinya dan jodoh itu juga termasuk dalam rezeki dimana Allah sahaja yang tahu. Risa tawakal dan dalam masa yang sama berubah untuk kebaikan sedikit demi sedikit. InsyaAllah bila tiba masanya Allah akan temukan Risa dengan jodoh Risa tu.”

Regarding of the commitment thinggy, I think you should get over it. Be more positive and confident. Marissa da vogue la kan.” Kami sama-sama ketawa memikirkan betapa sengalnya perangai kami berdua. Marissa dan aku memang sama sahaja cuma Marissa lebih tegas tentang kebebasannya dengan mama dan papa.

“Gelak pasal apa tu? Kutuk abang ye?” Acik ustaz yang baru lepas membuat pesanan kembali ke duduknya.

“Haah kan Risa?” Aku mengenyitkan mataku kepada Marissa.

Nope kakak nak buat fashion show depan Abang El malam ni.” Kurang ajar kau Marissa! Berani kau mengkhianatiku!

Fashion show?” soal Ustaz Elyas dengan dahi berkerut. Tak ada pun dalam jadual kami yang aku akan buat pertunjukkan fesyen.

“Dengan lingerie.” Merah padam muka acik ustaz mendengarkan kata-kata dari Marissa. Marissa kau memang nak kena!!!










“Abang kalau kita kenenkan si Marissa dengan Abang Qa’id nak tak?” Ustaz Elyas terus memandang wajahku tanpa berkelip. Terkejut sangat ke?

“Kenapa nak kenenkan Risa dengan Abang Qa’id?” soal acik ustaz itu sebelum tersenyum kecil.

“Entah Mar rasa macam padan je dua orang tu. Tapi bila fikir balik rasanya tak payahlah nak kenen-kenenkan orang sebab jodoh tu semua kan kerja Allah.” Ustaz Elyas mengangguk lantas menarikku duduk disebelahnya.

“Abang pun kalau boleh tak nak masuk campur dalam urusan jodoh Abang Qa’id sebab risau kalau dia tersalah anggap. Abang risau juga kalau dia dah ada pilihan sendiri.”

“Betul juga. Sorry la bang tetiba pula nak jadi telangkai untuk adik sengal tu.”

“Isy tak apalah. Abang tengok Risa tu budak baik walaupun perangai dia nakal sikit lebih kurang macam kakak dia juga. InsyaAllah Allah dah tetapkan jodoh yang padan untuk dia.” Aku tersenyum nakal sebelum merangkul leher acik ustaz itu.

“Nakal ye kakak Risa?”

“Nakal sangat sebab suka buat abang geram kat dia.” Aku ketawa riang sebelum melepaskan rangkulanku.

“Lapar la pula. Abang tak lapar ke?” Entah apasal perut aku terasa lapar. Tak pernah-pernah aku makan selepas waktu makan malam.

“Tak pula. Sayang nak makan apa? Biar abang keluar pergi beli.” Acik ustaz itu bangun dari sofa. Risau sangatlah ke bini yang tiba-tiba lapar tengah-tengah malam.

“Tak payah keluarlah bang. Ni tadi Marissa ada bagi pai labu yang dia sempat buat. Macam tahu-tahu aje yang kakak dia akan lapar tengah-tengah malam ni.”

“Waa pandai juga budak tu memasak.” Ustaz Elyas menolongku membawa keluar pai labu dari bekas makanan dan diletakkan ke atas pinggan.

“Sayang duduk ye? Biar abang buat air untuk kita.” Ehey! Makin seronok aku apabila acik ustaz itu melayanku bagaikan seorang puteri hehehe..makin sayanglah aku ke dia...

Hot chocolate okey tak?” tanya acik ustaz itu lalu mengambil dua biji mug untuk kami berdua. Couple mug yang kami beli ketika berjalan-jalan siang tadi berjaya dirasmikan di London juga.

“Tak nak. Nak teh jasmine!” Amboi kau Mar! Pandai kau memerintah!

“Ada ke?” soal Ustaz Elyas sambil menjenguk bekalan kopi, teh dan serbuk coklat yang diberikan Marissa kepada kami siang tadi.

“Tak ada saja je. Abang buat teh biasa aje lepas tu letak lemon boleh? Nak gula sikit je.” Acik ustaz ketawa dengan kerenah aku yang macam-macam. Nasib kaulah acik ustaz dapat bini sengal macam aku..


“Macam-macam.” Agak pantas juga acik ustaz itu membuat air. Sekejap aje teh sudah terhidang dan kami menikmati pai labu sambil bergurau senda. Oh air coklat acik ustaz itu pun aku bantai hehehe....
***************************************************************************

Alhamdulillah siap juga..muahaha sepatutnya siap pukul 10 tapi...disebabkan saya ini mudah sangat distracted maka..huhu apa-apa pun sila komen jika tak suka ka apa okey?
(^-^)v

4 comments:

Fazliana Nazri said...

Ntah2 Mar...Kehkehh,sengal btol Marissa..Comel je

Norlyana Nasrin said...

@Fazliana Nazri: Hehehehe....dia memang sengal tahap petala huhu

(^-^)v

Anis Farhana said...

wahwahwah suka sungguh risa dengan benda alah baju seksi tu hahaha.

dari awal sampai habis baca cerpen ni, saya senyum je hehehehehe.

ka saya yg gatai? T.T

Norlyana Nasrin said...

@Anis Farhana: Ngehngehngeh...Risa memang suka kenakan kakak dia padahal dia pun malu huhu~

xpe2 senyum kan awet muda? hehe~

(^-^)v