Kapitalis

Saturday, September 20, 2014

Cerpen: Oh Ustaz? Yes Tuan! Part 11

[kredit]  


“Ayah tengah buat apa?” soalku kepada ayah Ustaz Elyas yang kelihatan sibuk melakukan sesuatu dibengkelnya.

“Oh Mar, ayah tengah buat arca.” Aku mengangguk faham. Bahan-bahan seperti simen, besi pembentuk dan beberapa bahan yang agak asing untuk aku memenuhi bengkel seni bapa mertuaku.

“Patutlah Mar nampak banyak arca kat kawasan rumah ni.”

“Hobi orang tua-tua Mar.”

“Hobi macam ni kalau kita pasarkan boleh mendapat untung. Mar tengok tak ramai orang yang berjualan barangan arca macam ni kat kawasan ni. InsyaAllah bila resort syarikat Mar dibuka, akan ada banyak pelancong asing yang akan datang melawat ke sini. Jadi ayah boleh ambil peluang perniagaan ni. Kalau ayah sudi, Mar nak beli beberapa arca yang ayah buat untuk diletakkan di resort Mar nanti. Boleh?” Kulihat wajah bapa mertuaku hanya tersenyum. Memang acik ustaz itu mewarisi senyuman ayahnya. Sejuk hati bila pandang huhu..

“Kalau Mar nak ayah boleh buatkan tapi kalau nak berniaga ayah tak rasa ayah boleh sebab ayah ada perniagaan lain yang perlu ayah berikan perhatian. Membuat arca ini sekadar hobi masa lapang yang ayah lakukan untuk melepaskan tekanan kerja.” Aku berfikir seketika sebelum mengangguk. Keluarga mertua aku ini menjalankan perniagaan makanan sejuk beku, aiskrim dan daging halal. Memang bapa mertua aku ini seorang ahli perniagaan yang agak sibuk. Nasib baiklah anak-anaknya rajin membantu.

“Baiklah. Terima kasih ye ayah.” Aku dah cukup gembira apabila bapa mertuaku setuju untuk membuatkan arca untukku.

“Mar, sebenarnya ayah agak terkejut bila Elyas mintakan ayah dan mak pergi pinangkan Mar.” Bapa mertuaku membuka cerita apabila agak lama kami berdiam diri. Dari tadi aku hanya membantunya menghulurkan peralatan sambil memerhatikan sahaja pekerjaannya.

“Kenapa ayah?” soalku dengan penuh rasa ingin tahu.

“Sebulan sebelum itu, kami ada usulkan beberapa gadis dalam kampung ini yang kami rasakan sesuai untuk dijadikan isteri Elyas tapi Elyas menolak. Katanya dia masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan dia masih mahu mendalami agama sebelum berkahwin. Dia seorang yang sangat banyak berfikir dan risau jika dia belum cukup bagus untuk menjadi seorang pembimbing walaupun ayah sebenarnya dapat rasakan yang dia sudah cukup bersedia. Mungkin itu cara penolakkan Elyas yang tak mahu menyinggung hati sesiapa.” Aku menelan liur mendengarkan cerita bapa mertuaku.

“Bila Elyas beritahu ayah yang dia mahu berkahwin dengan Mar, ayah cukup terkejut. Mak kamu tak usah ceritalah. Bertambah risau apabila mengetahui yang Mar anak orang berada padahal kami ini cuma orang kebiasaan. Tapi Elyas yang cukup bersemangat untuk kahwin membuatkan kami sanggup pergi melamar Mar dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar.” Orang kebiasaan? Papaku sendiri pun mengagumi kehebatan bapa mertuaku dalam perniagaan kerana dia bermula dari sekecil-kecil perniagaan dan kini berjaya menjadi usahawan yang disegani. Papaku pula bernasib baik kerana dilahirkan didalam keluarga berada dan mewarisi perniagaan keluarga.

“Apabila lamaran diterima, ayah perasan yang Elyas semakin kerap melakukan solat malam yang panjang dan membaca al-Quran. Selalunya Elyas akan membuat solat malam setakat tahajud, taubat dan witir kemudian akan tidur sementara menunggu waktu Subuh sebab dia selalu keletihan selepas balik kerja. Bila nak dekat tarikh kahwin, makin lama masa dia habiskan untuk menyembah diri kepadaNYA walau sepenat mana pun dia. Ayah yang tengok ini pun menjadi malu sebab tak dapat jadi sebaik dia.” Aku terharu mendengar usaha acik ustaz itu sebelum mengahwiniku. Aku ingatkan cuma aku yang berusaha menjadi lebih baik sebelum berkahwin rupanya dia juga begitu. Ternyata dia lelaki luar biasa.

“Ayah, Mar sangat mencintai abang dan Mar mencintainya kerana Allah. Mar yang minta abang kahwin dengan Mar sebab Mar nak berubah jadi perempuan yang lebih baik disamping meminta bantuan abang untuk kembalikan keluarga Mar ke jalan yang diredhai Allah. Abang sangat baik sebab sanggup memperisterikan Mar walaupun dia sebenarnya ada banyak pilihan yang lain.” Aku melihat tenang sahaja wajah bapa mertuaku. Kusangkakan dia akan terkejut dengan pengakuanku.

“Elyas dah ceritakan semua kepada ayah dan mak. Mar mungkin tak perasan tapi ayah tahu Elyas itu juga tertarik dengan Mar sebab wajahnya ceria bila menceritakan perkara itu kepada kami. Elyas bukan menerima Mar diatas dasar simpati tapi lebih kepada tarikan yang ada pada Mar dan hatinya sudah terbuka untuk berkahwin bila bertemu dengan Mar.” Aku menyeka air mataku yang mula bergenang. Hatiku berasa sedikit lega apabila mengetahui yang ibubapa mertuaku faham akan keadaanku.

“Nasihat ayah cuma Mar perlu sentiasa istiqomah dengan apa yang Mar kerjakan sekarang. Jadi orang perempuan ni senang, patuh pada suami dan perintah Allah, insyaAllah syurga dijanjikan untuk kamu.” Ya Allah aku bersyukur kerana aku dikurniakan keluarga mertua yang sangat membantu dan memberikan sokongan moral.

“La kat sini rupanya ayah dengan sayang abang ni. Jom masuk, mak dah siap masak dah tu.” Ustaz Elyas berjalan masuk ke dalam bengkel seni ayahnya. Dia menghulurkan tuala bersih kepada ayahnya untuk membersihkan tangan. Tadi ibu mertuaku melarangku untuk masuk dapur memandangkan kedua-dua adik iparku sudah sibuk menolong. Hasilnya aku membawa diri ke bengkel bapa mertua aku ini dan Allah merupakan sebaik-baik perancang kerana aku tak menyesal menapakkan kaki ke sini.







“Mak, ayah kami balik dulu ye? InsyaAllah sampai sana Mar call.” Aku menyalami tangan ibu dan bapa mertuaku. Mereka hanya mengangguk dengan senyuman tersungging di bibir. Qaisara dan Qairiah terus memelukku apabila tiba giliran mereka untuk bersalaman. Walaupun tak lama di rumah mertua, aku dah dapat rasakan nilai kekeluargaan yang tinggi disemai didalam keluarga ini. Abang Qa’id hanya menjadi pemerhati dan aku perasan yang dia bukan seorang yang banyak bercakap tapi seperti acik ustaz dan bapa mertuaku, dia juga seorang yang murah dengan senyuman.

“Kak jangan lupa beli souvenir kat Qairiah tau?” Ustaz Elyas terus menarik telinga adik bongsunya.

“Tak malu punya orang. Kalau gini terbantut terus niat abang nak beli ole-ole kat adik.” Qairiah sudah mencebik merajuk dengan acik ustaz yang boleh tahan suka menyakat.

“Tak apa, kalau abang ngah tak nak beli biar akak beli ye? Nak apa-apa terus text akak okey?” Muka Qairiah bertukar ceria dan tubuhku dipeluk gembira. Adik beradiknya yang lain terus mengetawakannya. Biasalah anak bongsu memang manjanya lain sikit.

“Abang suruh Kak Mar beli keychain tak pun baju I love London je kat adik,” sakat acik ustaz itu lagi. Qairiah terus memukul lengan acik ustaz tanda tak puas hati.

“Dah, dah tunjuk perangai mengada pula depan Kak Mar. Kak Mar, nanti Qaisara nak pesan barang sikit boleh? Kalau ada Kak Mar belikan dulu nanti Qaisara bank-in duitnya.” Adik bawah Ustaz Elyas ini memang matang sedikit dari Qairiah.

“Tak apa, nak apa terus text nanti Kak Mar beli. Pasal duit tak payah risau sebab akak ada fefeeling nak kosongkan poket acik ustaz akak ni,” gurau aku sambil mengenyitkan mata kepada Ustaz Elyas. Terlupa seketika yang ibubapa mertua aku ada kat depan aku ini aje hehehe...

“Nakal.” Ustaz Elyas mencubit pipiku perlahan.

“Ehem! Esok pukul berapa bertolaknya?” soal Abang Qa’id yang tersipu malu dengan gelagat kami tadi. Pemalu sungguh Abang Qa’id ini. Terasa nak lamarkan dia untuk Marissa. Hmm boleh ke?

“InsyaAllah pukul 11 pagi flight kami tu. Pukul 9 macam tu dah keluar dari rumah rasanya,” jawab acik ustaz itu. Ala sempat sangatlah sebab bukan jauh sangat pun rumah kami dengan KLIA itu.

“Baik. Kalau macam tu esok insyaAllah kalau tak ada aral melintang, kami ke lapangan terbang.” Okey sekarang ini aku sedang berusaha untuk menahan gelak. Serius aku cakap yang dua beradik ini memang stok skema. Gerenti murid harapan guru zaman sekolah dulu.

“Baiklah mak, ayah. Kami bertolak dulu, nak singgah rumah Makcik Aisyah sekejap. Assalamualaikum.” Suka gila aku bila acik ustaz ini tak lupa akan janjinya. Aku melambai ke arah keluarga mertuaku. Yang semangat membalas hanya Qaisara dan Qairiah. Mak, ayah dan Abang Qa’id cuma mengangkat tangan sedikit. Hehe nasib merekalah dapat menantu sengal macam aku.









Natural History Museum, London.

Ya Allah nak tergelak sakan aku dengan Marissa apabila acik ustaz itu mengajak kami ke muzium pada hari kedua tiba di London. Aku dan acik ustaz itu menumpang di rumah Marissa malam semalam dan ikut perancangan akan check-in hotel hari ini selepas makan tengah hari. Maka dengan langkah tak berapa nak rela kami ke muzium ini juga dan seperti aku jangkakan, muka acik ustaz itu ceria bagaikan budak-budak mendapat gula-gula percuma.

“Subhanallah, besar kan dinosaur ni?” Aku perasan yang Marissa masih berusaha menahan tawa. Aku hanya tersengih lalu mengangguk sahaja dengan telatah acik ustaz ini.

“Kalau nak tahu, muzium ni dibuka untuk orang awam dari tahun 1881 dan sejak dari itu makin banyak koleksi ditempatkan disini. Dah nama pun Natural History Museum maka yang dikumpul memang berkaitan dengan alam semulajadi dan Mar pun suka melawat tempat ni waktu kecil dulu. Ada spesimen binatang pra-sejarah dan macam abang tengok sekarang ni mereka membina replika dinosaur yang nampak seperti hidup dan boleh bergerak. Tarikan muzium ini bukan hanya pada haiwan tapi kepada benda-benda mikroskopik dan batuan juga.” Aku menjelaskan setakat mana yang aku ingat. Marissa? Dia dah lari ke mana untuk menghamburkan tawa yang tersimpan mungkin.

“Untung Mar dah dapat tengok benda-benda ni dari kecil. Waktu kecil dulu, keluarga abang tak macam sekarang. Ayah bekerja sebagai penjual aiskrim dan mak berniaga kuih-muih. Arwah atuk dulu pernah saran ayah untuk kerja polis tapi ayah tak mahu sebab dia lebih suka berniaga dan ayah tak suka kerja yang kasar-kasar macam tu. Memang kehidupan kami tak mewah tapi ayah dan mak sentiasa ada masa untuk kami adik beradik. Kami sangat menantikan hujung minggu kerana masa itulah mak dengan ayah akan membawa kami adik beradik berjalan-jalan naik kereta Nissan Sunny ayah dulu. Abang Qa’id, Qaisara dan abang akan duduk dibelakang manakala Qairiah pula diriba mak di tempat duduk hadapan. Bila umur Qairiah tiga tahun macam tu, Qaisara yang meriba Qairiah ditempat duduk belakang sebab takut ayah tak nampak cermin pandang tepi. Tempat yang kami pergi selalunya tempat yang tak payah bayar duit macam air terjun ke pantai ke tak pun tepi tasik. Biasalah orang tak mewah.” Fahamlah aku sekarang kenapa Ustaz Elyas teringin untuk melawat muzium ini. Aku terus memeluk lengan acik ustaz itu.

“Maaf Mar ketawakan abang dalam hati tadi sebab abang macam budak-budak nak melawat muzium.” Ustaz Elyas tersenyum lalu mengusap kepalaku.

“Tak apa sebab Mar tak tahu. Risa tu pergi jauh sebab gelakkan abang ke apa? Muka budak tu memang nampak sangat tengah tahan gelak.” Aku ketawa sambil mengangguk membenarkan kata-kata acik ustaz itu.

“Jom kita tinggalkan dia. Sekarang kita tengah honeymoon kan?” Ustaz Elyas meraih pingangku dan kami keluar dari muzium. Okey sekarang masa untuk bercinta puas-puas!

****************************************************************************

Alhamdulillah..rentetan kejadian pembikinan

10am - breakfast

11.30am - on laptop, buka FB melalut sebentar dan mula membuka Word

12pm - mula menaip sambil dengar Asma Allah by Sami Yusuf, Kehidupan by In-Team......

1.10pm - berhenti solat Zohor dan makan tengah hari

2.00pm - sambung menaip sambil melalut buat benda lain juga hahaha~

4.12pm - berhenti solat Asar dan selesai solat sambung menaip sehingga sekarang ditemani aktiviti-aktiviti sengal yang lain huhu~

5.50pm - siap juga~ Alhamdulillah 

okey macam biasa tak suka ka apa sila komen. (^-^)v

4 comments:

Anis Farhana said...

hahaha comel ja acik ustaz nak tgk muzium. sep sikit acik ustaz >.<


kira okey la tuuuu buat cerpen dari pukul 12 sampai pukul 5. saya kalau buat cerpen... sebulan pun takkan siap T.T

update blog pun 2 3 hari menulih T.T

Norlyana Nasrin said...

@Anis Farhana: London tu memang terkenal dengan muziumnya. Macam-macam muzium ada dan insyaAllah kalau ada peluang akak pun nak pi sana huhu...

Takpe start buat pelan-pelan nanti bila dah biasa rasanya takkan sampai seminggu dah siap

Tang blog tu akak plak jenis ikut mood hahaha~

(^-^)v

Fazliana Nazri said...

Haha..Saya berkenaan abg acik ustaz lagi.Muahaha,sesuai je kak, Marissa dgn abg Qa'id.Sorg kaki bising,sorg lagi pendiam..Haha

Norlyana Nasrin said...

@Fazliana Nazri: Hehehe kan? Macam sesuai je..huhu nanti akak pertimbangkan ye? keskeskeskeskes

(^-^)v