Kapitalis

Sunday, September 14, 2014

Cerpen : Oh Ustaz? Yes Tuan! (Part 10)

[kredit]  

Petang itu selepas Asar, aku mengajak Ustaz Elyas untuk menziarah Makcik Aisyah. Alang-alang dah sampai sini agak keterlaluanlah jika langsung tidak menjenguk wanita yang banyak menabur budi kepadaku.

“Assalamualaikum, makcik!” aku melaungkan salam dihadapan pintu rumah Makcik Aisyah yang tertutup. Pelik juga kerana selalunya Makcik Aisyah akan membuka pintu rumahnya sambil mengaji atau menyulam selepas solat Asar.

“Sayang, abang rasa Makcik Aisyah tak ada kat rumahlah.” Aku mengangguk akur setelah tiga kali salam kuberi tidak bersahut.

“Kita pergi makan ABC nak? Nanti kita datang sini lagi.” Pujuk acik ustaz itu lagi. Kami berjalan kaki menuju ke warung Mak Temah yang terletak betul-betul dihadapan pantai. Memang syok pekena ABC sambil menikmati permandangan petang. Kereta kami biarkan sahaja dihalaman rumah Makcik Aisyah.

“Dulu abang selalu juga lepak kat sini dengan geng-geng abang zaman sekolah dulu. Kat sinilah port paling ideal nak mengurat awek haha..” Aku dah mula menayang muka masam. Kurang asam punya acik ustaz! Sengaja dia nak bagi aku cemburu. Tiba-tiba aku mendapat satu idea hehehe..

“Oh ye ke? Takat mengurat awek-awek kampung ni apa class? Dari zaman universiti lagi macam-macam jenis lelaki mengurat Mar sampai malas nak layan. Oh hari tu pun kat masjid ada makcik yang berkenan nak buat Mar jadi menantu dia.” Terdiam terus acik ustaz itu mendengarkan kata-kata aku. Haaa kacau aku lagi?

“Mar layan ke?” pendek aje soalan acik ustaz itu menunjukkan dia dah mula cemburu. Masa-masa inilah aku rasa nak gelak guling-guling tapi aku tahankan aje.

“Kenapa pula tak layan? Semuanya anak-anak datuk, tan sri dan ada juga kerabat. Rugilah Mar kalau tak layan.”  Hakikatnya aku tak pernah kisah pun pasal darjat mereka dan memang aku tak layan. Buang masa sahaja melayan lelaki yang aku tahu cuma tertarik pada luaran dan kaki perempuan!

“Laa kenapa senyap? Tak suka dengar cerita Mar ke?” Acik ustaz itu membekukan diri sebelum bangun membayar harga ABC. Mukanya masam mencuka. Aku hanya mampu ketawa dalam hati. Padan muka nak bagi aku cemburu sangat kan?

Kami berjalan menyelusuri pantai tapi dari warung tadi Ustaz Elyas mendiamkan diri. Mungkin sedang mengawal api cemburu. Aku yang dah tak tahan dengan silent treatment acik ustaz ini terus mengapai tangannya.

“Tadi saya berbohong.” Acik ustaz itu terus menayang muka terkejut katak.

“Maksud Mar?”

“Saya tak pernah layan mana-mana lelaki yang menghulurkan salam perkenalan kepada saya kecuali yang saya memerlukan khidmat mereka.” Berkerut-kerut muka acik ustaz itu dengan peneranganku.

“Saya cuma akan bercakap dengan mereka ketika berurusniaga tak lebih dari itu. Dari dulu lagi saya terapkan dalam diri supaya tidak melayan lelaki yang hanya mahu mengambil kesempatan keatas diri saya. Pernah juga terlintas yang saya tidak mahu berkahwin kerana saya yakin saya boleh hidup dengan baik tanpa suami disisi.” Aku menarik nafas sebelum meneruskan cerita.

“Tapi semuanya berubah apabila saya terjumpa dengan seorang acik ustaz yang berjaya membuat saya menangis dengan hanya mendengar ceramahnya. Dalam diam dia juga berjaya menembus tembok hati saya dengan jayanya.” Aku menghadiahkan senyuman untuk lelaki yang berjaya menakluki hatiku. Tak perlu banglo lima tingkat dan kereta Lamborghini, Ustaz Elyas berjaya memiliki hatiku dengan gayanya tersendiri.

“Betul ni?” soal acik ustaz itu dengan mata bercahaya. Aku rasa Puss in Boots pun kalah dengan mata acik ustaz ni sekarang.

“Betul kecuali yang part makcik kat masjid tu. Dia berkenan dengan saya dan Marissa. Katanya dia ada tiga anak lelaki yang masih bujang.” Ustaz Elyas masam semula. Aduilah acik ustaz! Betullah kata maknya yang dia ini ada perangai macam kanak-kanak tadika. Sabar jela.

“Isy jangan risaulah! Masa tu mama ada dan dah beritahu yang saya dah kahwin.” Aku mencubit pipi Ustaz Elyas. Merah jugalah pipi acik ustaz itu aku kerjakan. Geram sebab senang sangat nak merajuk bagai. Ceit!

“Kalau mama tak ada awak diamkan jela ye?” rajuk acik ustaz itu lagi. Aduilah ini memang tahap budak tadika.

“Isy taklah, dah ada acik ustaz comel macam ni takkanlah nak yang lain.” Lebar sengihan Ustaz Elyas mendengarkan kata-kataku. Nasib baiklah aku ada juga ilmu memujuk kanak-kanak dan warga emas huhu...

“Haa baru nampak hensem. Tak payah cemburu atau nak buat Mar cemburu sebab masa kita atas dunia ni tak lama jadi jangan bazirkan dengan benda-benda negatif okey?” Aku terdengar acik ustaz itu beristighfar panjang. Mungkin menyesal kerana terlalu mengikut perasaan.

“Sayang berjaya buatkan abang jatuh cinta lagi kat sayang. Alhamdulillah abang ada seorang isteri yang boleh ingatkan abang bila abang lupa.” Dia mengenggam erat tanganku dan kami berpatah balik ke rumah Makcik Aisyah.










“La tadi Mar datang ke sayang? Maaflah makcik pergi ke jeti tadi pergi tengok ikan. Rezeki kamu Mar, malam ni kamu berdua makan kat sini boleh?” pinta Makcik Aisyah. Ketika kami sampai tadi, kebetulan Makcik Aisyah baru sahaja pulang. Sempat juga kami membuat drama jejak kasih walaupun baru minggu lepas kami berjumpa.

“InsyaAllah boleh makcik. Nanti saya telefon mak saya beritahu.”

“Tapi Mar tak boleh tidur sini tau makcik? First time balik rumah mertua ma..” Makcik Aisyah terus ketawa mungkin kelakar bila aku membuat mimik muka takut padahal bukan ada apa-apa pun.

“Tak apa makcik faham. InsyaAllah lain kali kamu berdua tidurlah rumah makcik ye?” Serentak aku dan acik ustaz itu mengangguk.



Malam itu kami membuat stimbot makanan laut. Rezeki aku dapat makan udang galah besar-besar dan ketam sepuas-puas hatiku. Menggeleng acik ustaz itu melihatkan seleraku yang bertambah. Makcik Aisyah lagi menggalakkan aku makan. Katanya seronok bila tengok aku makan berselera macam itu sebab selalunya aku makan sopan aje depan dia hahaha..

“Tak apa bukan selalu Mar dapat makan macam ni kan? Lain kali kalau Mar datang lagi, kita masak macam ni lagi ye?” Pantas aku mengangguk setuju.

“Perlahan-lahan sikit makan tu. Tengok? Kan dah comot ni.” Ustaz Elyas mengesat tepi mulutku dengan jarinya. Malu sendiri aku dengan kelakuan romantis acik ustaz itu didepan Makcik Aisyah yang sudah tersenyum-senyum melihat gelagat kami.

“Tak apa lain kali kalau Mar nak makan fresh seafood cakap je biar abang pergi cari.” Alahai baik sungguh hatimu acik ustaz! Aku tersenyum lebar dan meneruskan suapanku. Untuk menunjukkan rasa terima kasihku, aku mengupas seekor udang galah dan menyuap ke mulut acik ustaz itu. Terlupa pula yang kami kini berada dirumah Makcik Aisyah. Nasib baiklah Makcik Aisyah buat-buat tak nampak hehehe..




Selepas solat Maghrib berjemaah, kami duduk bersantai di pangkin depan rumah Makcik Aisyah. Berbual sambil menikmati angin malam. Lebih seronok apabila Makcik Aisyah menghidangkan biskut kering dengan air kopi. Memang best!

“Makcik nak pesan apa-apa tak? Lagi dua hari kami nak ke London. Kalau makcik nak apa-apa cakap je Mar belikan.” Makcik Aisyah tersenyum sebelum menggelengkan kepalanya.

“Tak apa Mar, nanti berat pula kamu nak bawa balik.”

“Alah makcik, takpe sebab Mar dah ada tukang angkat beg.” Sengaja aku menjuihkan mulut ke Ustaz Elyas yang hanya tersenyum dari tadi.

“Isy nakal tak habis-habis! Tak apa Mar, kalau nak beli sangat pun, belikan sahaja magnet peti ais untuk makcik.” Rasanya Makcik Aisyah dah mula bertoleransi. Tak apa nanti sedozen magnet peti ais aku beli untuk Makcik Aisyah.

“Mar pergi negara orang tu baik-baik ye? Semoga selamat pergi dan pulang.” Aku hanya mengangguk. Sayu pula rasanya nak tinggalkan Makcik Aisyah. Rasanya sempat lagi kalau aku nak beli tiket untuk angkut Makcik Aisyah sekali.

“Makcik nak ikut Mar tak? Boleh jalan-jalan.” Tersedak Makcik Aisyah dengan cadanganku. Paling tak boleh tahan, acik ustaz itu pun terbatuk-batuk sama. Aku yang terlebih sayang Makcik Aisyah segera mengurut-urut belakangnya. Bila dia dah lega baru aku urut belakang acik ustaz haha..

“Apa kamu merepek ni Mar? Kamu ni nak pergi berbulan madu. Tak kuasa makcik nak jadi tiang lampu!” Aku terus tergelak mendengar ayat ‘tak kuasa’ Makcik Aisyah.

“Mar tanya je. Tapi kalau makcik nak ikut cakap je, Mar terus tempah tiket.”

“Tak mahulah Mar. Masa bulan madu inilah kamu suami isteri saling mengenali dan memupuk kasih sayang. Gunakan sebaiknya masa berdua itu. InsyaAllah ia akan menjadi kenangan untuk sepanjang hayat.” Sayu sahaja kedengaran suara Makcik Aisyah. Mungkin dia teringat akan arwah suaminya. Aku terus memeluk tubuh Makcik Aisyah. Tak betah aku melihat wanita yang banyak budi kepadaku ini bersedih.

“InsyaAllah Mar dengar nasihat makcik.”

“Ustaz, Mar ni masih lagi belajar tentang Islam. Bukan makcik nak mengajar ustaz tapi makcik harap sangat ustaz tolong ajar Mar dengan penuh kasih sayang. Makcik percaya dengan cara didikan sebegitu, Mar boleh menjadi Muslimah yang disegani.” Ustaz Elyas terus mengangguk. Aku pula dah mula nak banjir kat sini. Aduilah Makcik Aisyah...

“InsyaAllah makcik. Saya sayangkan Mar dan saya akan mendidik dia dengan penuh kasih sayang. Terima kasih makcik sebab selama ini banyak mengajar isteri saya ini.” Haa mulalah acik ustaz ini nak jadi skema. Kami berhenti bersembang setelah mendengar azan Isyak mula berkumandang.







“Makcik kami balik dulu ye? InsyaAllah nanti Mar datang lagi.” Pamitku setelah kami selesai solat Isyak berjemaah. Bukan apa, agak melampau juga kalau aku berlama-lama dirumah Makcik Aisyah sedangkan aku sepatutnya menghabiskan masa dengan keluarga mertuaku.

“Baiklah. Kirim salam makcik kat keluarga sebelah sana. Mar jaga diri ye nak?” Aku terus mengangguk. Air mata aku ini mulalah nak menitis. Suka benar buat drama sedih bila dengan Makcik Aisyah ni.

“InsyaAllah. Makcik pun kalau ada rasa tak sedap badan ke rindu kat Mar ke, call ye? Mar sanggup terbang balik dari London nun.” Makcik Aisyah ketawa dengan kata-kataku. Ustaz Elyas pula tersengih sambil menggeleng kepala dengan telatahku. Nasib kaulah acik ustaz oii...

“Baiklah kami gerak dulu? Assalamualaikum.” Aku melambai-lambaikan tanganku kepada Makcik Aisyah sehinggalah kelibatnya hilang dari pandangan. Kalau orang tak tahu mesti ingat budak sengal manalah yang melambai dengan kepala terjengul luar tingkap kereta.

“Sudahlah tu. Nanti esok sebelum balik kita singgah sini lagi okey?” Aku terus tersenyum dengan pujukan Ustaz Elyas. Lengannya aku paut dan aku lentokkan kepalaku ke bahunya. Ala bawa kereta auto aku jadi memang tak kisahlah kalau nak beromantik sakan. Lainlah kalau bawa kereta manual dia tu, boleh kemalangan tahu?

“Sayang abang!” Aku melihat bibirnya mengukir senyum mendengarkan kata-kataku.


“Sayang my naughty wife ini juga.” Katanya sambil menunduk sedikit untuk mengucup ubun-ubunku. Hatiku bertambah seronok dan rasa bahagia mula bercambah. Okey Maritza! Lepas ini operasi bermesra dengan keluarga mertua pula huhuhu...


***************************************************************************
Ohoi esok sudah kilija~ Memang saya rasa cerpen ni dah jadi tahap novel pendek dah ni. Okey macam biasa tak suka ka apa sila komen....

(^-^)v

8 comments:

Anonymous said...

Wahhhhhh besttt torrrbaikkk gerram.hahaha semua double ni..

Norlyana Nasrin said...

@Anonymous 14/9/2014 10.58pm: Alhamdulillah..
hahaha xpe2~
(^-^)v

rozita kadiman said...

ahalah dah mcm novel plak tapi seriously cerita dia menarik. Thumbs up for you....

Norlyana Nasrin said...

@rozita kadiman: hehe kan? huhu
Alhamdulillah..insyaAllah akan memperbaiki lagi cerpen saya ni.

(^-^)v

Daisy said...

Sweetnyaaa. Keep it up writer! ;)

Norlyana Nasrin said...

@Daisy: Alhamdulillah..hehe thanks
(^-^)v

rose emily azli said...

Best. Nak lg.

Norlyana Nasrin said...

@rose emily azli: Alhamdulillah. InsyaAllah nnt bila ada kesempatan saya update lagi ye

(^-^)v