Kapitalis

Sunday, May 4, 2014

The Tale of Mr Feminine and Miss Masculine

taken from here  

“Waa..cantik gila model tu! Kau kenalkanlah kat aku,” wajah model yang sedang bergaya dengan gaun pengantin dipandang tanpa berkelip.

“Err aku aku tak rasa kau nak berkenalan dengan dia se…”

“Setan! Berapa banyak lagi gambar kau nak ambil!” Diam satu studio apabila suara garau si model bergema. Mak aih lelaki rupanya!

“Kau diam! Selagi kau tak habis bayar duit aku kau kena jadi model aku secara percuma faham!” balas seorang perempuan Cina yang berdiri berdekatan dengan jurukamera sambil menyilang tangan ke tubuh.

“Arghh!!!!!!!!!!!!!!!”  jerit si model sambil menarik-narik rambut palsu dikepalanya tanda bengang



“Celaka punya Selena! Aku kena paksa jadi model dia lagi kau tau!” Emy menghulurkan sebotol air mineral kepada aku. Bagus betul ada kawan memahami macam dia ini bukan macam kakak bedebah aku itu. Oh ye Selena tu kakak kandung aku.

Relax la Isaac, salah kau juga.”

“Der, bukan aku suka-suka nak accident! Ni luka kat kaki aku ni pun belum sembuh lagi!” Geram punya pasal aku singkap seluar jeans aku menunjukkan luka yang masih berbalut.

“Habis tu kau nak aku nak buat apa?” soal Emy dengan muka selambanya. Satu trademark yang buat aku suka bergaul dengan Emy. Dia sentiasa cool dan selamba.

“Emy kau ganti aku lain kali boleh?”

“Tak boleh.”

“Kenapa? Kau perempuan lagi sesuai….”

“Aku 100% pasti yang Selena akan sepak aku keluar dari studio tu.”

“Weh der..”

“Jom makan. Aku belanja.” Tak sempat aku nak sambung mengayat Emy dah jalan jauh ke depan. Emy atau nama penuhnya Aimy Adara. Seorang perempuan Melayu yang berketinggian 172cm dan bergaya agak maskulin. Sering disalahertikan oleh sesetengah manusia yang hanya memandang pada luaran.

Lupa nak kenalkan diri. Nama aku Isaac Goh, seorang lelaki yang berwajah feminine atau orang Melayu panggil muka jambu (yang ni Emy yang beritahu). Selena Goh, kakak aku mempunyai butik perkahwinan dan sekarang aku terpaksa menjadi model  atau lebih kepada hamba kepada kakak aku kerana aku rosakkan kereta kesayangannya. Kalau setakat kereta Proton itu boleh sahaja aku tutup mata bayar tapi masalahnya sekarang dia pakai Ferrari  F12! Gila la perempuan tu! Okey, tapi aku lagi gila sebab terlanggar pokok dengan kereta mahal itu sebab nak mengelak kucing yang tiba-tiba melintas. Haish nasib-nasib.. Oh ye kucing tu selamat dan melintas macam tak ada apa-apa yang berlaku huhuhu…



“Apa ini semua Isaac! Kamu tak suka jadi lelaki ke?!” tengkingan dari mama aku membuatkan aku keliru dan mula menggelabah. Gambar aku yang sedang bergaya dengan gaun pengantin dicampakkan ke mukaku. Ganas betul mama aku ni..

“Mama…I’m just helping Selena with her business okay! You know what I’ve done to her F12 right? This is considered as payment.”

Oh my god! Selena must be crazy! Whatever it is, I don’t like it and I think I should marry you off Issac.”

“What?!”

“Kamu dah dengar kan? Anak Auntie Mae minat dengan kamu. Nanti mama uruskan perjumpaan kamu dengan dia. Dah mama ada urusan lain. Jumpa dirumah petang nanti!” Bamm! Pintu pejabatku ditutup kuat. Serius memang mama aku ini kira kasar dan perangai kasar itu kini diwarisi oleh Selena yang selalu buatkan aku jadi huru-hara.



Macam biasa petang itu aku pergi mengadu pada Emy. Aku berkawan baik dengan Emy sejak tadika lagi. Haa tak percaya ke? Kini Emy bekerja sebagai pensyarah di UIAM. Lagak sahaja macam agak kelakian tapi dia ini perempuan bertudung dan berpakaian Muslimah. Pernah juga perkara lucu terjadi pada kami berdua.

Suatu petang sewaktu kami menunggu bas selepas aku dan Emy pulang dari kuliah.

“Assalamualaikum, saya rasa saya perlu sekolahkan kamu berdua.” Tegur seorang perempuan bertudung labuh yang turut sama menunggu bersama kami.

Terjongket terus kening kami berdua. Apakah?

“Ini kenapa lelaki berpakaian perempuan dan perempuan ini pula pakai macam lelaki?”

“Err...” sedaya upaya aku cuba mahu menjelaskan kepada perempuan itu tapi belum sempat nak jelaskan dah kena potong.

“Mungkin kerana desakan nafsu yang songsang tapi tak sepatutnya kamu berdua menentang fitrah Illahi!” Tercengang terus aku dan Emy. Aduilah akak tudung labuh ni dah salah sangka.

“Kamu sepatutnya bersyukur dilahirkan dengan keadaan yang sempurna…”

“Okey cukup. Saya ni lelaki dan dia ni perempuan okey! Akak dah salah faham.”Walaupun muka aku feminine tapi suara garau aku ini memang melambangkan aku seorang lelaki sejati. Mungkin kerana terlalu malu, kakak tudung labuh itu terus beredar meninggalkan kami berdua. Tak sampai seminit, kami berdua sudah gelak berguling-guling di stesen bas itu.


“Kau ingat apa tu?” tegur Emy sebelum mengambil tempat dihadapanku. Terpaku sekejap aku dengan penampilan Emy. Eh Emy kenapa hari ini kau nampak lain ha? Okey tak patut komen apa-apa sebab otak aku memang tengah tak betul.

“Emy I’m in a big trouble.” Sesi mengadu bermula. Segala benda aku ceritakan kepada Emy. Aku ada ramai juga kawan tapi hanya Emy sahaja yang boleh dipercayai. Dah kata kawan dari tadika la kan..

Terdiam terus Emy mendengar cerita aku. Wajahnya berkerut-kerut memikirkan sesuatu. Emy dari dulu lagi memang tak akan biarkan aku sendirian apabila aku ditimpa masalah. Itu yang buat aku setia berkawan dengan dia.

“Kau tak suka anak Auntie Mae tu?” soal Emy dengan wajah serius.

“Tak! Aku tak suka perempuan yang selalu upload gambar mabuk tak senonoh di Instagram dan berpeleseran dengan jantan macam-macam!” tegas aku memberikan jawapan. Emy hanya mengangguk. Dia sendiri tahu sifat aku yang bukan kaki kelab dan memang aku kurang suka bersosial.

“Hmm kau beritahu sahaja dengan perempuan tu yang kau tak suka dekat dia. Habis cerita.” Emy duduk bersilang tubuh sambil memesan makanan. Muka selamba dan cool Emy hari ini tampak kurang gembira. Kenapakah?

“Kalau mama aku mengamuk macam mana?”

“Kau kan lelaki. Tegas sikit dengan keputusan kau!” Okey kali pertama aku rasa macam kena marah dengan Emy.

“Kau marah ke? Bendera Jepun tengah naik ke?” Pap! Kuat bahuku dipukul dengan majalah yang memang tersedia ada di café itu. Muka merah padam Emy aku pandang tanpa berkelip. Err kenapa jantung aku berdegup kencang?



“Isaac! Kenapa cakap dengan Gina yang kamu tak suka dia?!” Aduilah..kenapalah tempayan sangat mulut anak Auntie Mae tu?

“Sebab tu benda yang betul.” Muka aku sengaja aku selambakan. Ikut macam muka si Emy. Hehehe..

“Kamu ada calon lain ke? Mama tak kira! Dalam minggu ni kalau kamu tak bawa balik calon lain yang lebih baik dari Gina, mama tak akan teragak-agak kahwinkan kamu dengan Gina walaupun mama kena seret kamu pada hari perkahwinan kamu!” Rasanya macam ada bunyi guruh dan kilat menyambar sebagai latar belakang perasaan aku sekarang. Gilalah mama aku ni!



Masuk hari ni, dah dua hari aku tak dapat menghubungi Emy. Dah la ada lagi empat hari sebelum tarikh tutup menghantar calon sesuai kepada mama aku. Makin serabut kepala otak aku nak memikirkan perempuan mana yang patut aku bawa dan kenalkan sebagai calon isteri dalam keadaan tanpa penasihat ulung aku itu. Bila masuk hari ketiga aku rasa aku patut report polis. Gila aku kalau Emy tak ada dan ketika ini barulah aku sedar yang aku sangat perlukan Emy. Oh mama! Isaac dah jumpa calon yang sesuai!

“Emy!” Dengan perasaan riang gembira aku berlari mendapatkan Emy yang jelas tampak terkejut dengan kehadiran aku. Penat gila aku bertanya sana-sini untuk mengetahui kedudukan Emy yang rupanya pulang ke kampung halaman kerana melawat neneknya.

“Macam mana kau tahu aku kat sini?” soal Emy dengan muka agak bengang. Adakah dia dah bosan dengan kerenah aku?

“Aku cari kau macam nak gila Emy! I need you and I think I lov…”Adui payah pula nak sebut perkataan keramat itu.

“Yeah you always need me because I’m your best buddy. Same g…”

I love you la bongok!” Belum sempat Emy menghabiskan ayatnya yang ditutur dengan nada jengkel aku melafazkan ayat cinta aku dengan cara yang paling tak macho.

“What?!”

I love you. Saya cintakan awak. Wo ai ni. Saranghae yo. Kau nak bahasa apa? Meh aku google sekejap.”

“Kau bukan dah selamat dengan anak Auntie Mae ke? Kenapa tiba-tiba cakap cin..suka kat aku pula ni?” Emy bertanya dengan wajah yang agak bingung. Kot terkejut dengan pengakuan berani mati aku itu.

“Emy, empat hari kau tak ada aku dah nak gila kau rasa macam mana keadaan aku kalau tak nampak kau langsung?”

“Tu sebab kau asyik melekat dengan aku dari dulu bukan sebab kau sukakan aku!”

“Bukanlah sengal! Aku cintakan kau okey? Aku tak boleh bayangkan masa depan aku dengan orang lain. Asal fikir masa depan kau mesti akan aku fikirkan sekali dan kalau kata kau cakap kau ada pilihan lain aku rasa mesti aku pergi bunuh lelaki itu. Serius aku tak main-main!” Wajah Emy aku tatap dengan penuh kasih. Kenapalah aku ni buta sangat tak nampak yang aku sebenarnya sukakan si Emy ni dari dulu. Emy tunduk malu-malu apabila aku pandang dia tak berkelip. Agak-agaklah minah yang selalu nampak maskulin kini nampak ayu berkain batik.

“Siapa tu Ai? Jemputlah dia naik. Belum nak runtuh rumah nenek ni!” laungan nenek Emy mematikan lamunan kami berdua.

“Jom masuk. Kau kena lulus ujian QC dari nenek aku dulu sebelum aku setuju nak terima kau.” Aku mengangguk dengan yakin. Dengan hati yang berdebar-debar aku melangkah masuk ke dalam kediaman nenek Emy.



“Sayang dah siap ke belum?” jeritku dari dalam bilik mandi. Aku yang sudah lengkap berbaju Melayu berwarna merah hati merapikan rambutku. Hari ini kami akan bersama-sama menghadiri sebuah program daurah. Alhamdulillah kini aku dan Emy sudah setahun mendirikan rumah tangga dan bakal menimang cahayamata.

Banyak sungguh cabaran yang perlu aku tempuh sebelum dapat mengahwini suriku kini. Bantahan daripada kedua ibubapa hampir membuatkan aku putus asa namun aku bertuah kerana mendapat sokongan dari nenek Emy dan Selena. Kakak yang selalu membuatkan aku gila tu yang bermati-matian menolong aku sehinggakan kedua ibubapa surrender. Ada guna juga sikap kasar dan degil kau tu ye Selena?

Sesudah itu, aku ditarbiahkan pula oleh ayah Emy. Apa kau ingat senang ke orang tua tu nak kahwinkan satu-satunya anak gadisnya kepada lelaki berbangsa Cina yang memang tak berapa nak pandai pasal agama? Aku diajar mengaji dan segala hukum-hakam Islam sampai master baru dia bagi izin. Kelas di Perkim pun aku tak pernah miss! Alhamdulillah aku bersyukur kerana diberikan hidayah sebelum aku berkahwin dan aku sangat gembira kerana menemui sinar Islam.

Tiba-tiba pintu bilik mandi dikuak perlahan. Isteriku yang cantik memakai baju kurung sedondon dan dipadankan dengan tudung merah jambu berdiri mencekak pinggang dengan senyuman sinis dimuka pintu.

“Abang tunggu apa lagi? Bersiap kalah perempuan! Bukan suruh pakai gaun pengantin pun.”

“Emy!!”
FX Amber Liu as Aimy Adara
EXO Luhan as Isaac Goh

7 comments:

Suha Fasihah said...

kyaaaa~~~
sugoi~

yang org perasan cerpen sis selalu pendek tapi apa yang nak disampaikan tu sampai... hehe...
sempoi je... suka3...

teruskan berkarya :)

Norlyana Nasrin said...

hahaa arigatou!

pendek ke Suha? Hehehe insyaAllah len kali kita buat panjang skit (^-^)v

insyaAllah thanks (^-^)

Suha Fasihah said...

haah agak pendeklah... sebab bila tengah syiokkk2 baca tetiba, eh dah abes?! hehe

but it's okay though... sebab pernah baca kategori cerpen yang pendek ada yang 250 ~ 1500/2000 words...

Tip & motivasi: penulisan genre cerpen (Othman Puteh)

Norlyana Nasrin said...

huhu thanks atas pandangan (^-^)

serius kita ni jenis lebih suka tulis ikut suka hati hahaha nampak tak ke'rebel'an disitu?

apa-apa pun akan cuba memperbaiki lagi hehehe~

lisanna said...

Sweet cerita ni.. suka

lisanna said...

Sweet cerita ni.. suka

Norlyana Nasrin said...

@lisanna: thanks (^-^)v