Kapitalis

Thursday, April 24, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 35

http://images.cdn.bigcartel.com/bigcartel/product_images/25298042/max_h-1000+max_w-1000/fb_tiger_hat_with_paw.jpg
taken from here  

“Rin!” Muiz dengan gaya kanak-kanak riang berlari menuju ke arah seorang gadis yang menunggu di balai ketibaan. Baik Firdaus mahupun Adriana, masing-masing tercengang dengan aksi sengal Muiz yang selalu berlagak macho. Iqram, Mia dan Hamdan hanya tersengih sambil menutup muka dengan passport.

“Kau dah kenapa?! Bukan ke dua minggu lepas baru kau datang dengan bonda aku?” gadis bertubuh kecil itu bercekak pinggang meleteri Muiz yang hanya menayang wajah selamba.

“Saja je. Oh Adriana ni Syazrina sepupu si Hamdan. Masa korang kahwin dulu budak ni ada datang kan?” Syazrina mengangguk lalu mendekati Adriana. Masa kenduri dulu dia tengok dari jauh sahaja.

“Assalamualaikum. Nama aku Syazrina, panggil Rin je.”

“Waalaikumussalam. Adriana Hanan.” Adriana sedaya upaya menguntum senyum untuk gadis bertubuh kecil itu. Usahanya kira berjaya apabila gadis itu turut membalas senyuman lima sentimeternya.

“Rin, geudeul-eun dochaghaneun?” seorang jejaka kacak bertubuh tinggi lampai mendekati Syazrina. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah mereka yang lain. Sebotol air mineral dihulurkan kepada Syazrina. Siap tolong bukakan dan letakkan straw lagi. Memang sweet~

Ye, geudeul-eun imi yeogi issda. Ni kawan baik aku Lee Chan Hee.” Syazrina menyambut huluran air mineral tersebut. Masing-masing pakat perhati wajah Muiz. Memang sah kawan itu sedang menahan rasa.

“Oh hi, I’m Chan Hee. Nice to meet all of you.” Salam perkenalan dihulurkan kepada lelaki-lelaki sahaja. Mesti Syazrina dah ajar adab pada mamat Korea ini.

“Okay. Jom,  korang mesti penat kan? Eh kejap...mana baby Mia?”

“Saya tinggal dengan mama. Kecil sangat jadi tak boleh nak bawa.” Mia sudah menayang muka sedihnya. Iqram segera memeluk bahu isterinya untuk menenangkan Mia yang sudah ada ura-ura nak menangis. Ada juga yang terus patah balik Malaysia ni..

“Err..sorry. Weh jomlah. Ni korang dah tempah hotel ke tak? Kalau tak yang perempuan ikut aku, yang lelaki ikut Chan Hee.”

“Tak apa aku dah tempah bilik hotel.” Muiz menarik bagasinya lalu mula berjalan meninggalkan yang lain.

“Kau nak pergi mana? Jom kami dah sewa van. Esok bolehlah kita semua pergi jalan-jalan. Elok pula esok aku dengan si Chan Hee ni tak ada kelas.” Syazrina menarik beg yang digalas Muiz sehingga Muiz hampir terdorong ke belakang.

“Esok kami nak pergi Yongin tengok tapak projek,” beritahu Hamdan yang senyap sejak tadi. Chan Hee pula galak berborak dengan Firdaus dan Iqram yang memang senang ramah dengan siapa-siapa.

“Alah takkan seharian tengok tapak. Tak apa nanti kita cari tempat jalan-jalan kat situ. Chan Hee yah! Naeil urineun Yongin e gaissda!” jerit Syazrina kepada Chan Hee.

“Oh! Everland?”

Roller-coaster!” jerit mereka serentak.

“Tengoklah macam mana nanti.” Muiz menyentak beg galasnya sebelum berjalan keluar dari balai ketibaan.






“Abang, Muiz suka Rin tu ke?” soalan yang keluar dari mulut Adriana menerbitkan senyuman pada wajah Firdaus. Pertama kali isterinya bertanyakan tentang perihal sahabat baiknya. Mungkin sebab Muiz yang terlalu menunjukkan perasaannya tadi. Dalam kereta ketika perjalanan ke hotel, Muiz mogok tak mahu bercakap dek mereka yang asyik melayan Chan Hee yang peramah dan sangat mesra dengan Syazrina. Mesra-mesra pun mereka dapat melihat yang Chan Hee sangat menjaga batas-batas.

“Hmm soalan tu baik Ana tanya Muiz sendiri. Muiz tak pernah cakap apa-apa jadi abang tak nak buat apa-apa kesimpulan. Tapi Ana sendiri dapat tengok kan macam mana diorang berdua tu?” Adriana mengangguk. Konon macam tak layan Muiz tapi bila Muiz senyap Syazrina banyak kali juga mencuri pandang ke arah Muiz sepanjang perjalanan mereka. Muiz juga begitu sehingga tertangkap oleh Firdaus dan Adriana. Masing-masing pakat gelak apabila Muiz serba tak kena selepas itu.

“Hmm ada Ana rasa mereka tu suka sama suka tapi malu nak cakap. Ini hunch orang mengandung tahu!” Adriana menayang muka bangga kepada Firdaus. Pecah ketawa Firdaus dengan gelagat isterinya. Ratu ais yang tiba-tiba jadi hiperaktif dan berlagak detektif. Macam-macam orang mengandung ni....

“Ha..gelak kuat lagi boleh share bilik dengan Hamdan dan Muiz!” ugut Adriana siap masukkan balik baju Firdaus dalam bagasi. Elok pula ketika itu dia sedang mengemas pakaian mereka. Firdaus segera tutup mulut. Tak mahu dia ber’honeymoon’ dengan dua sahabatnya. Dah ada isteri maka manfaatkannya hehehe....

“Ala Ana sayang...abang gelak pun tak boleh ke? Nak abang muka ketat 24/7 ke?” Firdaus memeluk belakang tubuh Adriana. Sambil-sambil itu sempat juga dia keluarkan semula baju-baju.

“Hehe tak nak...tadi dengar Adriana ada sebut pasal Everland. Dari kecil mama dengan papa tak pernah bawa Ana pergi theme park.” Mahu terkejut cipanzi Firdaus dengan apa yang dikatakan oleh isterinya.

“Papa dulu sangat sibuk sebab ada masa Elves hampir muflis dan papa kena bangunkan semula. Dengan segala kudrat dan pengalaman yang ada, alhamdulillah Elves berjaya sampai sekarang. Sebab itulah lepas je habis belajar Ana terus kerja dengan papa. Tahu sebab utama dia gila-gila pertahankan Elves dulu adalah kerana nak mewariskan empayarnya kepada Ana.”

“Ibu pernah cerita dekat abang dulu. Alhamdulillah, ingat itu semua perancangan Allah dan tengok hikmah sebalik kejadian. Sekarang Elves dah berjaya dan Ana dapat kahwin dengan abang yang hensem lagi bergaya hehehehe..” Adriana mencubit perut suaminya. Boleh pula bergurau masa tengah nak feeling touching touching...

Hehe sorry..abang bukan apa, kalau Ana sedih nanti affect kat baby juga. Dah jom tidur! Best woo katil ni.” Firdaus melompat naik ke atas katil bersaiz King. Mereka menginap di hotel Seoul Palace. Bilik jenis suite dihadiahkan kepada mereka oleh Muiz. Kononnya hadiah belated honeymoon untuk pasangan itu. Muiz kalau pasal belanja kawan-kawan memang tak pernah berkira.

“Tak apa. Esok abang paksa Muiz pergi Everland tu. Ala sebenarnya kalau si Rin tu cakap sekali je dia mesti setuju punya. Lagipun esok kita cuma lawat tapak projek dan berkenalan dengan mereka-mereka yang bakal mengendalikan projek ini je. Lain semua Muiz dah settle dari Malaysia.” Firdaus menyambung setelah Adriana buat muka sedih. Tahu sangat yang isterinya mahu mengajak mereka ke Everland tapi malu nak berterus-terang konon tak kena dengan imej aisnya. Hihi lagipun di Korea Selatan tengah musim luruh.

Adriana bertepuk tangan gembira. Selalu tengok di internet je keseronokan di taman tema. Everland pula merupakan taman tema yang popular di Korea Selatan jadi mana mungkin dia mahu melepaskan peluang mengunjungi Everland dah alang-alang mereka semua ke Yongin. Ada peluang dia mahu berjalan ke Lotte World juga hehehe...

“Dah meh la tidur..abang penat ni.” Firdaus memalapkan lampu disisi katil.

“Abang tidur la dulu. Ana nak update sche..” tak sempat Adriana menghabiskan ayat Firdaus sudah mengendongnya. Nak tak nak kena tidur lo~








“Ana, abang bukan tak sayang Ana tapi....” Adriana menarik muka lalu mengatur langkah ke kedai menjual aksesori. Firdaus menggaru kepalanya yang tak gatal. Pening apabila isteri aisnya meminta izin untuk naik roller-coaster. Mia dan Iqram sudah lama lesap ber’dating’ sebaik sahaja tiba di taman tema itu. Muiz dan Hamdan pula mengikut Syazrina dan Chan Hee.

“Sayang, jangan macam ni okey? Abang fikir pasal sayang dan baby je. Kalau kita berdua, nak naik sampai muntah hijau pun abang tak kisah.” Firdaus memujuk isterinya yang menayang muka selamba sambil membelek-belek aksesori telinga haiwan dan topi di kedai itu. Walaupun nampak macam tak ada perasaan tapi Firdaus tahu isterinya sedang merajuk teruk. Sepatah haram pun tak bersuara.

Tiba-tiba Adriana mengambil topi kepala harimau lalu disarungkan ke kepala Firdaus. Firdaus hanya merelakan sahaja. Lega sedikit apabila isterinya mula berinteraksi walaupun secara senyap dengannya.

“Buka kasut.” Tercengang Firdaus apabila Adriana menghulurkan selipar berbentuk kaki harimau kepadanya. Ah sudah! Tak cukup dengan itu, sarung tangan berbentuk tapak tangan harimau turut dihulurkan kepada Firdaus. Firdaus dengan separuh rela menyarungkan sarung tangan dan selipar yang dihulur Adriana.

‘Ini dia nak aku buat pertunjukan kostum ke apa kat sini?’ getus hati Firdaus. Senyuman nakal isterinya sekurang-kurangnya membuat dia berasa sedikit lega.

“Jom keluar.” Adriana menarik ‘tangan’ Firdaus keluar dari kedai sebaik sahaja membayar. Firdaus nak seluk poket pun susah maka Adriana yang pergi membayar tadi. Keluar sahaja dari kedai, Firdaus menjadi tumpuan ramai pengunjung yang lain. Mana tidaknya? Lelaki dewasa yang memakai hampir kostum penuh harimau. Ada juga yang mengambil gambarnya namun dia hanya buat selamba. Demi kegembiraan isterinya dia sanggup berkorban....

Your boiprendeu?” seorang pengunjung tempatan yang agak berumur bertanya kepada Adriana dengan loghat Korea pekat.

Ani, geu-saram-i nae nampyeon ida,” jawab Adriana dengan wajah selamba.

Omo neomu gwiyeowoyo. Aigoo..i-jal saeng gi nam iya. Jaemiga iss-eubsio!”

Nae, kamsahamnida.” Pengunjung tadi meninggalkan Firdaus dan Adriana setelah bergambar bersama.

“Okey dah boleh bertukar balik.” Adriana mengarah setelah mengambil gambar Firdaus dengan pelbagai aksi. Firdaus yang hanya melayan membuatkan sesi fotografi mereka menyeronokkan.

“Tak nak. Tadi ramai awek-awek cun Korea nak ambil gambar dengan abang..” usik Firdaus.

“Oh ye?” Adriana terus berjalan meninggalkan Firdaus dengan kostumnya. Mood merajuk re-activate!


Firdaus tepuk dahi...

p/s: serius saya tengah buat kerja gila..ada report, presentation dan kerja-kerja masih tertangguh tapi gian nak update punya pasal maka...ahahaha doakan yang terbaik untuk saya ye hehehe (^-^)

pencerahan~
geudeul-eun dochaghaneun = adakah mereka dah sampai?
Ye, geudeul-eun imi yeogi issda = ye, mereka sudah berada di sini.
Naeil urineun Yongin e gaissda = Esok kita akan ke Yongin
Ani, geu-saram-i nae nampyeon ida = Bukan, dia suami saya.
Omo neomu gwiyeowoyo. Aigoo..i-jal saeng gi nam iya. Jaemiga iss-eubsio = Oh sangat comel. Aigoo( lebih kurang macam amboi)...lelaki yang sangat kacak. Sila berseronok.
Nae, kamsahamnida = Baiklah, terima kasih.

7 comments:

adryz annissa said...

bab yang sangat ditungu-tunggu. congrates writer !

Anonymous said...

Tbaek...tp kalu buleh selitkn la skali meaning bahase korea tuh..chek xphm..hehe

Norlyana Nasrin said...

hehehe adryz annisa: Thanks (^-^)

Anonymous: hihi sorry la cheq...sat gi kami update meaning ya?

Anis Mohamad said...

Tahniah writer, keep it up. Cerita best !

Norlyana Nasrin said...

Thanks Anis Mohamad (^-^)

Syahid zulkifli said...

Best

Norlyana Nasrin said...

Thanks Syahid Zulkifli :)