Kapitalis

Saturday, April 5, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 34

Haagen_Dazs_Ice_Cream_Green_Tea_scoop
taken from here  

“Ana ingat lagi tak pasal projek yang Muiz ajak kita join tu?”

“Hmm kenapa?”

“Muiz ajak pergi tapak projek dia minggu depan”

“Minggu depan? Oh okey nanti Ana check schedule dulu apa-apa nanti Ana beritahu abang balik.”

“Bukan selalunya perempuan excited ke kalau dapat pergi ke Korea Selatan?”

Excited juga kalau dapat jumpa Bang Yong Guk tak pun TOP.”

“Apakah?! Siapa pulak yang Ana sebut ni? Apa Bangkok?!”

Ex-boyfriends.”

“Okeylah abang, nanti Ana call abang balik ye? Assalamualaikum.”

“Eh Ana tak jawab lagi! Ana!”

Teet..teet..teet..talian diputuskan dengan sengihan melebar diwajah Adriana. Sejak mengandung, semakin galak dia menyakat suaminya. Firdaus pula makin sensitip! Sikit-sikit tayang muka cemberut macam dia pula yang mengandung. Alhamdulillah dia tidak mengalami sebarang alahan tapi...selera makan Firdaus pula yang semakin menjadi-jadi. Apa kejadah mengidam lasagna pukul 3 pagi?!! Nak tak nak terpaksa juga dia bangun dah memasak untuk suaminya. Nasib baik stok cheese dan segala mak nenek memang sentiasa ada.

“Err assalamualaikum Puan Adriana, Mr Chris dah menunggu di bilik mesyuarat.” Emir yang terpaku didepan pintu bilik bos aisnya segan-segan bersuara. Lama tak jumpa Puan Bos yang muka sentiasa tak ada perasaan tapi sejak mengandung, Puan Bos dah pandai senyum tapi segaris je dan tak sampai tiga saat.

Adriana pantas mengambil dokumen-dokumen untuk mesyuarat. Telefon pintarnya sengaja ditinggalkan didalam laci meja kerjanya. Tahu mesti suaminya akan menelefon tanpa henti selagi tak mendapat jawapan.




Tamat masa bekerja, Firdaus sudah menunggu di lobi. Muka tak usah ceritalah, memang cemberut dan muncung kalah tikus mondok. Adriana menahan tawa didalam hati. Dengan langkah ala-ala model, Adriana mendekati suaminya.

“Tak nak balik ke?” soal Adriana apabila Firdaus hanya duduk bersilang kaki di sofa.

“Cepat beritahu siapa si Bangkok dengan TOP tu.” Sedikit pun Firdaus tidak memandang wajah Adriana. Tunjuk protes gaya kanak-kanak sengal.

“Balik nanti Ana tunjuk gambar.” Adriana mengatur langkah ke tempat parkir. Firdaus bingkas bangun mengejar isterinya yang sudah jauh meninggalkannya. Isterinya memang kejam! Penat dia merajuk bukannya nak memujuk lagi kasi sakit hati dengan perangai selamba dia.

“Nak makan apa hari ni ‘ibu mengandung’?” soal Adriana sebaik sahaja Firdaus masuk ke dalam kereta. Dengar sahaja pasal makanan terus ceria muka Firdaus. Bab makan memang dia suka, nak-nak lagi masakan isterinya yang buat dia ketagih. Sekarang siap bawa bekalan makanan tiap-tiap hari. Kalau masakan orang lain, dia tak berselera untuk makan.

“Nak kuehteow goreng. Letak kerang dengan udang...” perlahan Firdaus menjawab. Gaya budak yang masih merajuk. Adriana menahan tawa dengan gelagat suaminya. Macam-macam perangai dan entah kenapa nampak comel pula bila Firdaus merajuk hahaha....makin seronoklah dia menyakat!

“Hmm kita beli jela boleh? Ana penatlah.” Sengaja Adriana menguji Firdaus. Serta-merta berubah wajah Firdaus. Kecewa gila tapi masih boleh mengangguk. Bukan dia kejam sangat nak menyeksa isterinya yang sedang mengandung.

“Okeylah kalau sayang penat kita beli je.”

“Serius? Ana gurau je tadi. Tapi kalau abang redha makan kuehteow beli, Ana okey je.”

“Ana! Saje je sayang ni nak menyeksa jiwa raga abang. Tahulah Ana dah tak sayang abang kan? Ada  si Bangkok dengan TOP la kan...” Adriana memandang sekilas ke wajah cemberut Firdaus. Okey kali ni betul-betul punya merajuk sampai merah telinga capang kawan tu.

Adriana memeluk lengan Firdaus. Nasib baik pakai kereta automatik. Kalau tak mahu berpeluh nak menukar gear dan menekan klac. Dahlah dengan keadaan trafik Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk dan ramai pemandu-pemandu yang bisa menguji kesabaran.

“Apa ni peluk-peluk orang? Pi la main jauh-jauh!” rajuk Firdaus padahal hati bukan main suka.

“Tak nak la main jauh-jauh. Abang, hari ni abang heeeeeeeeeeeeeennnnnnnnnnnsem sangat!” pujuk Adriana dengan gaya budak-budak sekolah menengah yang baru nak belajar bercinta..eh?

“Hari ni je? Abang sentiasa hensem okey!” seronok pula bila isterinya dah mula nak bermanja-manja. Kurang sedikit stress memandu diatas jalanraya yang sesak lagi menyakitkan kepala.

“Hmm abang nak kuehteow basah ke kering-kering?”

“Nak sederhana basah boleh?”

“Mengada-gada. Okeylah nanti Ana masak untuk sayang Ana ni ye?” Adriana mencuit hidung suaminya. Bergurau dan menyakat Firdaus memang menghilangkan stress dan satu terapi untuknya sebenarnya hahaha...




“Tapak projek kita ni terletak di Yongin. Ada komuniti Islam yang baru mendirikan penempatan disitu. Tujuan utama projek ini adalah untuk memastikan sumber makanan yang masuk ke dalam M Hotel datang dari sumber yang halal lagi boleh dipercayai. Projek ini juga mendapat sokongan dari Korea Muslim Federation yang akan turut membantu dalam pemantauan.” Wajah serius Muiz memberikan penjelasan tentang projek yang ingin diusaha sama dipandang dengan penuh khusyuk oleh mereka-mereka yang hadir. Mesyuarat sebelum mereka berangkat ke Korea Selatan untuk melawat tapak projek. Baik Adriana, Firdaus, Iqram, Mia dan Hamdan. Masing-masing begitu tekun mendengar setiap butir bicara Muiz.

“Selain dari memastikan M Hotel menyajikan makanan dari sumber yang halal, kita dapat memasarkan M Hotel sebagai satu-satunya yang hotel yang bercirikan Islam di Korea Selatan. Dengan projek ini juga kita secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada saudara baru yakni mualaf yang bilangannya semakin bertambah dari hari ke hari. InsyaAllah ini juga satu jalan kebajikan untuk kita semua.”

“Apa maksud Muiz yang kita memberi peluang pekerjaan kepada mualaf? Adakah M Hotel hanya mengaji orang Islam sahaja?” soal Adriana. Memang bukan Adriana Hanan jika tak bertanya apa-apa jika kurang jelas. Setiap bisnes yang melibatkannya akan diteliti dan dikaji sebelum membuat sebarang keputusan. Bukan hanya bisnes, dalam kehidupan sehariannya juga dia memang begitu.

Tersenyum Muiz dengan soalan tiba-tiba dari Adriana. “Dari segi penyediaan makanan dan rumah sembelihan, kita hanya akan mengambil pekerja yang beragama Islam untuk mengelakkan sebarang keraguan. Kamu pun akan berasa was-was untuk makan kan jika yang memasak itu bukan Islam?” Adriana segera mengangguk.

“Hmm ada apa-apa soalan lagi?” Masing-masing menggelengkan kepala.

“Oh, oh masa kita pergi nanti ada pergi ladang strawberi  tak? Aku teringin nak makan la.” Meledak ketawa yang hadir dengan soalan sengal dari Firdaus. Adriana masih menayangkan muka tak ada perasaan. Dah biasa sangat dengan Firdaus yang mengidam macam-macam jadi dia tak terkejut dengan soalan sengal Firdaus itu tadi.

“Kau nak bawak balik 15 bakul strawberi pun boleh. Kau ke bini kau yang mengandung ni?” Hamdan memandang Firdaus dengan senyuman sinis. Dia perasan dengan perubahan sahabatnya yang agak pelik-pelik sejak Adriana Hanan disahkan mengandung.

“Tak apa Hamdan, nanti kau kahwin kau tahulah.” Firdaus membalas dengan sengihan.

“Ek eleh, masa Mia pregnant dulu aku tengok Iqram okey je? Kau je yang pelik semacam.”

“Sebab aku sayang bini aku lebih la aku jadi gini.” Hamdan menggeleng kepala apabila mendengar jawapan bajet sengal Firdaus. Iqram, Mia dan Muiz hanya mampu ketawa. Firdaus semakin ceria sejak Adriana mengandung. Lupa terus pasal muka cemberut kawan itu semasa ketiadaan Adriana.

“Banyaklah kau punya sayang bini. Nanti aku akan hantarkan butiran lengkap kat korang sekali dengan kontrak okey?” Semua mengangguk setuju. Muiz menutup mesyuarat dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

“Err Mia, saya nak jumpa awak sekejap boleh?” Mahu terkejut Mia Hana apabila ditegur oleh Adriana yang sememangnya terkenal dengan sifatnya yang berat mulut + tak ada perasaan.

“Oh boleh-boleh. Bila?”

“Sekarang jom? Kat bangunan depan sana ada kedai Haagen Dazs. Kita lepak situ nak?”

“Sekejap ye minta izin dulu. Awak pun pergilah minta izin Firdaus dulu.” Adriana segera mengangguk. Dalam kepalanya banyak perkara yang ingin ditanya kepada Mia Hana yang baru melahirkan putera sulungnya. Walaupun dalam pantang, Mia nampak bertenaga dan sangat ceria.

Petang itu Adriana berguru dengan Mia tentang amalan-amalan ketika mengandung dan segala pantang larang. Mahu berjam-jam jugalah mereka bersantai disitu sebelum Firdaus dan Iqram datang menjemput mereka. Tak sangka Adriana boleh bergaul mesra dengan Mia Hana. Mungkin kerana mereka berkongsi gelombang fikiran yang sama?

4 comments:

Syahid zulkifli said...

Wa.. Lama tunggu ni... Best��

adryz annissa said...

jyeah, dah lama tunggu. terbaik !

Norlyana Nasrin said...

Thanks semua (^-^)
InsyaAllah akan update lagi dalam masa terdekat maka sabar ye hehehe~

Anonymous said...

Sama lah ...hari2 tunggu bila nak update ni ...