Kapitalis

Saturday, May 10, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 36

taken from here  

“Do you want to build a snow man?” Sedikit pun Adriana tidak mempedulikan Firdaus yang cuba memujuknya sejak pulang dari taman tema tadi. Dia yang sedang mengemas pakaian meneruskan kerjanya dengan tak berapa nak khusyuk.  Apa tidaknya? ‘Ulat’ besar itu asyik menyibuk dari tadi.

Adriana yang sedang memakai gaun tidur berwarna biru dipandang sepi oleh Firdaus. Sedih tak dilayan oleh isterinya. Teringin juga dia membawa diri ke bilik Muiz dan Hamdan tapi tak silap hari bulan mahu kena ejek dengan kedua-dua orang sahabat baiknya itu. Ratu ais yang bergaun biru mengingatkannya kepada Elsa watak kartun dari filem Frozen.

“Ana...tak mahu la merajuk gini. Abang minta maaf eh?” pujuk Firdaus lagi kali ini siap memeluk Adriana dari belakang. Bak kata orang putih ‘back hug’..

Adriana masih meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan Firdaus. Padan muka siapa suruh menggatal tadi! Firdaus yang tiba-tiba melepaskan pelukan mengejutkan Adriana. Lima minit kemudian, Firdaus kembali dengan sut harimaunya. Tak cukup dengan itu, mukanya turut diconteng menyerupai harimau. Ini betul-betul bapak rimau! Mana dia dapat barang menconteng?

“Hello little one! Mr Tiger come to entertain you! Zip-pe-dee-doo-dah zip-pe-dee-eay!” Bulat mata Adriana apabila si bapak rimau mula menari dan menyanyi ikut sesuka hati dia.

“Sekejap!”Adriana berlari mendapatkan kamera videonya. Ini barang baik! Mesti rakam punya.

“Okey boleh mula semula.” Selesai meletakkan kamera video diatas tripod, Adriana mengeluarkan arahan dengan muka tiada perasaan padahal dalam hati seronok gila. Tak cukup dengan itu, dia turut merakam dengan telefon pintarnya. Firdaus hanya redha melayan kerenah isterinya yang macam-macam. Aduilah sayang bini punya pasal..

Tengah syok Firdaus menyanyi dan menari, loceng bilik hotel mereka berbunyi.

“Mungkin room service.” Adriana bangun membuka pintu setelah memakai baju sejuk dan menyarungkan tudung. Tak mungkin dia nak suruh si bapak rimau buka pintu. Mahu pengsan pekerja hotel itu dek terkejut nanti.

“Oh Adriana. Firdaus ada? Ni nak cakap pasal kita nak pergi Jeju-do lu...astaghfirullahalazim Firdaus! Sejak bila kau tukar jadi harimau ni!” Muiz tergelak terbahak-bahak melihat sahabatnya yang lengkap bersut harimau. Mia dan Iqram turut sama menggelakkan Firdaus yang hanya mampu menayang wajah selamba. Hamdan walaubagaimanapun memandang Firdaus dengan wajah simpati. Simpati sebab kena gelak ramai-ramai.

“Apa? Ni aku tengah buat video untuk anak aku yang bakal lahir la!” Firdaus memberi alasan sambil menunjukkan ke arah kamera video yang masih berada diatas tripod.

“Dah tak payah kau nak mengarut. Jom kita pergi makan sambil-sambil tu boleh bincang pasal nak pergi Jeju lusa nanti. Kami tunggu kat lobi.” Hamdan menarik Muiz yang masih bersisa ketawanya.

Bro, kau ada cita-cita nak jadi bintang Disney ke? Hahaha..” Muiz yang masih belum berhenti ketawa membuatkan yang lain turut ketawa. Nasib kaulah Firdaus..





“Okey aku rasa nak beli tanah kat sini.” Ucap Muiz sebaik sahaja turun dari kapal terbang. Mungkin kerana terlalu terpegun dengan permandangan Pulau Jeju yang lain turut mengangguk. Semalam mereka melawat kawasan-kawasan menarik di Seoul dan membeli-belah dengan ditemani oleh Syazrina dan Chan Hee. Tercapai juga hasrat Adriana yang mahu ke Lotte World. Dua hari berturut-turut ke taman tema tapi Firdaus relakan sahaja kerana seronok melihat gaya keanak-anakan isterinya. Tak macam orang tengah mengandung langsung! Oh Firdaus dapat juga strawberi yang diidam.

“The question is, do they want to sell their land to you?” Hamdan cuba mengembalikan Muiz ke realiti. Pulau Jeju ialah tempat pelancongan paling popular di Korea Selatan.

“Aku pasti aku boleh beli. Kau tunggu dan lihat,” jawab Muiz dengan yakin. Muiz seorang yang pantang dicabar dan dia pasti akan dapatkan apa yang diingininya.

“Ye Mia tahu abang boleh. Jom kita cari tempat makan. Mia lapar.” Mia memaut lengan Muiz manja. Bukan selalu dia dapat bermanja dengan abang kandungnya sejak sudah berkahwin.

“Haish yela budak manja!” Muiz mencubit pipi adiknya geram. Dah jadi mak orang pun nak manja-manja lagi. Gelagat mereka diperhati oleh Iqram, Firdaus dan Adriana. Hamdan? Dia senyum geleng kepala sahajalah melihat gelagat dua beradik itu.

“Weh kita makan seafood ye? Adriana ada alergik apa-apa tak?” soal Muiz prihatin. Adriana hanya menggelengkan kepalanya. Pergi Pulau Jeju tapi tak makan makanan laut memang rugi woo..
               
“Err aku rasa baik kita singgah hotel letak barang dulu sebelum cari makan. Gua tak sanggup nak angkut barang-barang ni masuk kedai.” Cadangan Firdaus disambut baik oleh mereka semua. Yang lelaki tak kisah sangat bab bagasi tapi yang perempuan. Walaupun hanya dua orang tapi seorang sahaja pun dah ada dua bagasi itupun belum beli lagi buah tangan untuk mereka-mereka yang menunggu di Malaysia. Lelaki berjalan bawa satu beg galas pun dah cukup hehehe...

Luonto Boutique Pool Villa merupakan tempat penginapan yang disediakan oleh Datuk Ilyas untuk mereka semua. Tahu sahaja Adriana, Firdaus dan sahabat-sahabatnya ke Korea Selatan, Datuk Ilyas segera mencadangkan mereka semua ke Pulau Jeju dan segala perbelanjaan ditanggung olehnya.

“Hamdan nampaknya kita berdua lagi la...” ujar Muiz selepas mendaftar masuk. Hamdan hanya mampu ketawa.

“Kenapa abang nak tidur dengan Mia ke?” soal Mia kudus. Sewaktu mereka kecil, selalu sahaja mereka tidur sekatil. Iqram tersedak mendengar pertanyaan isterinya yang kadangkala memang tak terjangka.

“Isk mengarut apa ni Mia? Abang gurau jela..mau kena hempuk dengan Iqram juga kang,” gurau Muiz sambil menjeling ke arah Iqram yang sudah tersengih.

“Ke nak asing? Satu villa untuk lelaki dan satu villa lagi untuk perempuan? Waa bestnya Adriana kita boleh borak-borak sampai pagi!” Adriana memandang Mia pelik. Sejak bila pula Mia Hana jadi seorang yang sangat ceria tak ingat?

No way! Papa dah sediakan tiga villa jadi rugi kalau cuma pakai dua villa. Oh lagi satu tak ada kerja nak pisahkan bilik tidur suami-isteri okey!” Firdaus segera memeluk bahu Adriana. Adriana hanya mendiamkan diri. Mukanya sudah memerah menahan malu.

“Mia gurau jela bapak rimau! Okey jom letak barang lepas tu boleh makan. Lapo!!” Iqram menggeleng kepala dengan gelagat isterinya. Muiz dan Hamdan sudah menggelakkan Firdaus yang menggelabah tak tentu hala. Tahu sangat yang Mia pun tak akan berpisah bilik dengan Iqram.

Selesai meletakkan bagasi, mereka keluar dengan menggunakan kereta yang disewa. Mereka ke restoren makanan laut. Sebelum makan lagi, Muiz sudah bertanya tentang bahan masakan. Mereka bernasib baik kerana restoren tersebut hanya menghidangkan makanan laut dan tiada arak yang digunakan didalam makanan yang dimasak. Memang agak sukar untuk mendapatkan makanan halal di Pulau Jeju jadi Hamdan mencadangkan mereka membeli peralatan memasak dan memasak sendiri. Adriana dan Mia masing-masing teruja untuk memasak. Yang lelaki semua seronok dapat merasa masakan Mia dan Adriana sampaikan sanggup turun ke pasar pantai Yongduam atau Dragon Head Rock mencari barang mentah yang segar di sana.





“Ana..jom mandi dengan abang!” ajakan Firdaus hanya dibalas anggukan dari Adriana. Vila yang mereka duduki mempunyai kolam renang peribadi dan semestinya tertutup membolehkan Adriana dan Firdaus berkubang tanpa risau.

“Ana suka sini tak?” soal Firdaus sambil mengusap bahu isterinya.  Mereka berendam sambil memerhatikan langit malam Pulau Jeju.

“Suka,tapi lagi seronok kalau kita datang sini masa musim bunga.” Adriana melentokkan kepalanya ke bahu Firdaus. Manja dengan yang halal dapat pahala woo..

“InsyaAllah kalau ada peluang kita dapat sini dengan bawa baby kita sekali okey?” Adriana mengangguk setuju. Bercuti bersama keluarga memang menyeronokkan disamping boleh mencipta pelbagai memori.

But before that you need to take me to France first. Ingat tak abang janji nak bawa pergi sana? Kalau bawa mama mesti dia borong barang-barang untuk baby kat sana.” Adriana mengingatkan Firdaus tentang ‘janji manisnya’ dahulu.

“Haah nasib baik Ana ingatkan. InsyaAllah boleh tapi bagi abang settle pasal design M Hotel Muiz lepas tu abang memang nak ambil cuti panjang. Projek Gione Ana tu pun dah nak kawtim dah kan?” Adriana mengangguk mengiyakannya. Walaupun mereka sedang bercuti di Korea Selatan, Firdaus masih membawa semua barang-barang kerjanya. Kadangkala, Adriana perasan yang Firdaus akan bangun membuat kerjanya pada pukul 3 pagi dan kemudiannya membuat solat-solat sunat sebelum tiba waktu Subuh. Pernah juga dia menyertai suaminya bersolat sunat bersama jika dia terjaga.

Semenjak dia mengandung, setiap malam Firdaus akan mengalunkan ayat-ayat al-Quran sehingga dia tertidur. Adriana juga mengikut petua-petua yang Mia ajarkan kepadanya. Setiap hari dia akan membuat soalan Matematik yang diemel oleh Mia. Pergh! Mahu pecah kepala sebab Mia hantar soalan Matematik Tambahan yang sememangnya bukan subjek yang dia mahir. Tak cukup dengan itu, Mia turut mengajaknya mempelajari Bahasa Arab. Kata Mia, senang supaya dia dapat memahami ayat-ayat al-Quran yang dibaca setiap hari. Ternyata dia tidak silap dalam memilih Mia sebagai penasihat sepanjang mengandung kerana dia tahu apa yang diajar oleh Mia ada kebaikan untuknya dan bayi yang dikandung.

“Ana sayang...” Adriana memandang wajah Firdaus yang serba salah. Apahal tiba-tiba ni?

“Kenapa?” Wajah Firdaus diusap perlahan.

“Abang sejuk la berendam lama-lama kat luar ni. Jom masuk?” Adriana memerhatikan jari-jemarinya yang mengecut. Tak perasan pula yang mereka sudah lama berkubang dek melayan perasan dari tadi.

“Tapi seronok. Terasa nak makan aiskrim pula sekarang ni.” Terkejut orang utan Firdaus dengan kata-kata sang ratu ais comel. Mana mahu cari aiskrim malam-malam ni? Kalau dapat pun belum tentu halal.

“Err sayang, tunggu balik Malaysia baru makan aiskrim boleh? Abang was-was sikit nak beli aiskrim kat sini.” Firdaus berdiri lantas menarik tangan Adriana untuk bangun berdiri bersamanya. Sudah tak tertahan sejuk dek berendam lama sangat. Mahu sejam juga mereka berendam di kolam renang peribadi itu. Adriana mengangguk faham. Bukan senang nak cari makanan halal di Korea Selatan nak-nak lagi aiskrim. Dia sendiri tak mahu mengambil risiko. Bukan apa, setiap yang kita makan akan menjadi darah daging kita dan dia tak mahu bayi yang dikandung termakan benda yang haram dek kecuaiannya.

“Ana, kita buat steambot nak? Malam-malam yang sejuk gini best woo makan steambot,” cadang Firdaus sambil berjalan berpegangan tangan dengan isterinya keluar dari kolam renang. Tuala yang diletakkan ditepi kolam diambil dan dihulurkan kepada Adriana. Setelah dia siap bertuala, dia mengambil sehelai lagi tuala lalu membantu isterinya mengeringkan rambut. Adriana hanya membiarkan sahaja perlakuan suaminya. Seronok juga dimanjakan sebegitu.

“Abang tolong Ana masak nasi ye?” Adriana mengangguk lagi. Untung kerana mempunyai suami yang sangat memahami dan ringan tulang.


Malam itu mereka menikmati steambot sambil berbual-bual ditepi kolam renang. Sebelum tidur, Firdaus tetap meneruskan rutin mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran ditelinga Adriana. Harapannya cuma satu, dia mahu anak yang bakal lahir menjadi anak yang patuh pada perintah Allah. Andai seorang manusia itu patuh pada perintah Allah, insyaAllah dia akan menjadi manusia yang terbaik dan patuh pada ibubapanya.

8 comments:

Syahid zulkifli said...

Terbaik

Norlyana Nasrin said...

Thanks Syahid Zulkifli (^-^)

Anonymous said...

Tertarik utk follow ur to story starting penulisan2u. N seronok katamkan this episod utk 1 mlm... tahniah.. ske citer ni n x sabar nk tau episode seterusnya.. do update yer. Jgn stop half way...

Norlyana Nasrin said...

Thanks sebab sudi baca karya amatur saya ni (^-^)
InsyaAllah saya akan update dalam masa terdekat.

Anonymous said...

Wargh baru habis marathon. Best2 thanks for d wonderful love story. Waiting for d next en3. X sabar nak tunggu Ana N Firdaus Junior ��
-new fan HR-

Norlyana Nasrin said...

Hahaha tahniah2x~ you're welcome. The new entry will be uploaded within this week (^-^)v
Hehee sabar~

Anonymous said...

Hehe baiklah menunggu dengan penuh kesabaran.. :)
-new fan HR-

Norlyana Nasrin said...

Hehehe bagus2 (^-^)v