Kapitalis

Monday, December 28, 2015

Heartbreak Compilation 2: Suicide

[credit]  


Melangkah dan terus melangkah. Hidup aku makin tak bermakna dari hari ke hari. Jiwaku kosong dan aku sudah lupa tujuan hidupku. Oh tuhan, kenapa KAU ciptakan aku? Kenapa KAU berikan aku nyawa? Aku dah penat, cukup penat dengan dunia! Dunia yang tak adil dan penuh muslihat! Cukup-cukuplah KAU menyeksa aku wahai tuhan!

 Bangunan pencakar langit aku pandang dengan pandangan lesu seraya berfikir, aku patut habiskan nyawa aku disini. Sudah banyak kali aku cuba membunuh diri tetapi liat sungguh nyawaku nak bercerai dari jasad. Tali gantung aku putus sebelum sempat leher aku terjerut. Apabila aku kelar urat nadiku, jiranku yang datang mahu menumpang tandas segera menyelamatkan aku. Ketika mahu membeli pil tidur di farmasi, boleh pula kehabisan stok dan kelemahan aku yang tak suka bau ubat racun binatang menyebabkan aku tak boleh menelan racun tikus untuk membunuh diri.

Friday, December 25, 2015

Heartbreak Compilation 1: The Last Trip

[kredit]  


Penerbangan yang mengambil masa enam jam setengah aku rasakan seperti setahun. Percutian ke Guam yang dihadiahkan oleh anak sulungku untuk aku dan suamiku setelah kami berura-ura mahu berpisah. Usia perkahwinan yang mahu menginjak 30 tahun bagaikan tiada lagi makna buat kami berdua. Masing-masing sudah muak dan bosan dengan perkahwinan yang selama ini bertahan hanya kerana anak-anak dan rasa tanggungjawab.

“Beg awak tu.” Pantas aku letakkan beg untuk pemeriksaan kastam. Bagasi semua sudah selesai diperiksa ketika aku mengelamun tadi.

“Kalau macam ni baik duduk rumah sahaja. Mengelamun tak sudah-sudah!” Bisa perkataan yang keluar dari mulut suamiku tapi aku hanya buat tak peduli dan hanya menunjukkan muka selamba. Malas nak melawan sebab  dia tak akan pernah mengaku kesalahan.

Tuesday, December 8, 2015

Cerpen: Power Ranger Merah dan Raksasa


Aku pandang tiket yang aku pegang. Nama aku jelas tertulis, bersama dengan nombor tempat duduk. Aku mengeluh perlahan. Perasaan cemas memenuhi jiwa. Ini bakal jadi kali pertama aku naik kapal terbang, moganya tak ada apa yang akan berlaku, aku berdoa dalam hati.

Saturday, October 10, 2015

Cerpen: The Cool and the Delinquent (END)

 [kredit]
[kredit]

Aku tak tahu apa kena dengan Abang Baby sejak akhir-akhir ini. Setiap hari ada sahaja nota-nota kecil dan bunga kecil diatas meja aku. Macam mana aku tahu dia yang buat? Si dia yang dok sengih-sengih dari tempat duduknya membuatkan aku senang meneka. Ces! Dah nak dekat SPM pun nak mengarut lagi!

Hari ini dia meletakkan lirik lagu ‘Daisy Bell’ dan tiga kuntum bunga daisy biru. Walaupun macam sengal tapi disebabkan aku memang suka bunga jadi aku biarkan sahaja. Kot la esok dia tiba-tiba bagi brokoli tu lain cerita la..

Saturday, September 19, 2015

Cerpen: The Cool and the Delinquent (Part 4)

Abang Baby dan Rei [kredit]   


Latihan merentas desa yang baharu sahaja tamat cukup meletihkan aku. Laluan trek yang agak mencabar membuatkan ramai pelajar yang berhenti sekerat jalan dan berehat di warung-warung yang terdapat di sekitar laluan trek. Aku? Tak adanya nak berhenti! Nadhif menggugut mahu mencari anjing liar dan melepaskan anjing tersebut untuk mengejar aku jika aku berhenti separuh jalan. Memang bagi semangat kaw-kaw punya kat aku!

“Penat?” soalnya sambil menghulurkan sebotol air mineral. Mula-mula agak sangsi juga nak ambil sebab dia ini banyak akal nak kenakan aku tapi…haus punya pasal tibai sahajalah! Alhamdulillah hilang haus dengan air yang Abang Baby beri minum.