Kapitalis

Sunday, August 16, 2015

Cerpen: The Cool and the Delinquent (Part 3)

[kredit]   


Zirafah yang dok seronok mengunyah pucuk daun yang aku beri kuperhatikan sehinggalah dia siap menelan. Sekarang aku di zoo negara bersama dengan kakak-kakak Nadhif, Nadhif, Nashrul serta Rafi dan Rafiq. Oh ye, along aku pula ditugaskan menjadi pemandu kami hari ini. Dari tadi aku perasan yang kakak-kakak Nadhif berusaha nak beramah-tamah dengan along aku tapi…along dah memang sejak azali tak berapa pandai bersosial dengan perempuan maka nampak sangat mereka di’boo’ layan tak pun along aku senyum lepas tu ‘melarikan diri’ konon-konon layan Rafi dan Rafiq. Aku? Bila dah ramai macam ni, aku memang automatik jadi senyap.

“Kau tengah serap semangat zirafah ni dengan harapan kau tinggi sikit dari sekarang ke apa?” Teguran dari Nadhif menghentikan lamunanku.

Saturday, August 8, 2015

Cerpen: The Cool and the Delinquent (Part 2)

my Ricky. hehehe...


Waktu rehat memang waktu yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar. Aku yang baru sahaja lepas membeli roti untuk makan tengah hari berjalan perlahan menuju ke taman botani sekolah. Namun tak sempat keluar dari kantin, aku mendengar jerkahan kasar dan suara perempuan menangis.

“Tak payah kau nak buat drama sedih! Kutip balik makanan tu cepat!” Kelihatan Abang Baby memarahi seorang pelajar perempuan dengan muka memerah. Aku perasan ditangannya ada seekor kucing. Dah macam mak tiri Cinderella pula bila tengok aksi dia marah orang sambil dengan selamba mengusap kucing.

Saturday, July 11, 2015

Cerpen: The Cool and the Delinquent (Part 1)

[kredit]   


Merah langit senja mendamaikan sesiapa sahaja yang memandang. Buku-buku latihan dan ulangkaji sudah siap aku masukkan ke dalam beg galas dan sekarang aku mahu menatap permandangan indah ini sepuas-puasnya sebelum aku pulang ke rumah. Di rumah, aku tak boleh menumpukan perhatianku memandangkan aku ada adik beradik yang masih kecil. Sudah menjadi kebiasaan aku akan memanjat bukit ini dan mengulangkaji sehingga waktu senja.

“Okay cukup.”Aku bangun lalu berjalan turun ke tangga pondok. Disebabkan aku selalu datang ke sini, aku telah membina sebuah pondok kecil khas untuk aku mengulangkaji. Ayah dan abang-abang aku turut sama membantu dalam pembinaan pondok ini dan jangan risau, kami dah minta izin tuan tanah sebelum membina. Tuan tanah pun tak kisah sebab dia boleh gunakan pondok untuk berehat selepas berkebun.

Tuesday, June 23, 2015

Cerpen: The Other Side

[kredit]    

Imran memutar kunci rumahnya. Pintu terbuka dan dia melangkah masuk setelah memberi salam. Rumahnya tidak mewah tidak juga daif. Cukup untuk dia tinggal berseorangan di bandar besar ini. Langkahnya diatur ke sofa lantas dia melabuhkan punggungnya. Dia baru sahaja mengimamkan solat berjemaah di surau komuniti kejiranannya.

Imam muda. Panggilan jiran-jiran kepadanya. Kadangkala dia sampai malu sendiri memikirkan dirinya hanyalah manusia biasa dan tak terlepas dari dosa. Jolokan itu kadangkala bagaikan satu beban untuk dirinya. Ilmu agama yang ada didalam dada tak sebanyak mana. Namun dia bersyukur dan menganggap panggilan itu sebagai satu doa dan pemangkin untuk dirinya supaya lebih berusaha menjadi seorang Muslim yang baik.

Tuesday, May 26, 2015

Cerpen: Lieutenant in Love

IchiRuki [kredit]   


“Bila dah besar nanti, kita kahwin eh?”

“Kalau mama dengan ayah tak bagi?”

“Kita kahwin lari!”

Huk! Tersentak aku dari lamunan. Imbasan memori ketika zaman masih belum mumaiyiz. Mentah dan tak tahu apa-apa. Memori yang jika boleh aku tak mahu ingat dan hari ini merupakan hari perkahwinan si dia yang berjanji mahu berkahwin denganku dahulu.

Hmm wajah si dia yang ceria bergambar dengan isterinya menunjukkan betapa dia tidak ingat akan janjinya dahulu. Heh, siapalah yang ingat janji yang dibuat ketika berusia tujuh tahun?! Oh..kecuali aku.