Dalam dunia ini memang ada pelbagai jenis manusia. Tapi, bagi aku cuma ada dua jenis; manusia normal dan otaku.
“Ai, hmm nak pergi juga ke esok?” Gin, abangku bertanya lalu duduk di kerusi belajarku.
“Mestilah! Ini acara penting untuk Ai!” Esok ada Anifest di Sunway Pyramid. Sudah menjadi kewajipan untuk aku menghadiri setiap festival anime setiap tahun. Err..baiklah, aku sebenarnya gila dengan anime, manga dan cosplay atau lebih senang sila panggil aku otaku tegar. Perempuan yang jadi otaku ni selalu dikaitkan sebagai seorang yang anti-sosial dan mahu lari dari realiti tapi bukan aku. Aku masih bergaul rapat dengan rakan sekelasku di universiti dan kawan-kawan yang lain. Tetapi, tak dinafikan yang kalau boleh aku mahu lari masuk ke dalam dunia anime. Heh, kalau bolehlah…